Hati Rambozzi® "tersentuh" lagi. Ya! 'Bench' Bara Rambozzi® yang Rambozzi® buat awal tahun 2015 ini, telah "menyatakan kesunyiannya" kepada Rambozzi® Aik? Boleh pulak 'bench' tu bercakap ye? Heh heh heh heh... Tapi betul, bro. Rambozzi® boleh "nampak" dan Rambozzi® boleh "rasa" kesunyiannya itu. Kadang² Rambozzi® dapat mendengar keluhannya, dalam bentuk lagu. Bukan lagu cinta, lagu 'rock', bro. Bukan kumpulan 'rock' biasa, kumpulan DEF LEPPARD, bro. Dan bukan lagu 'rock' biasa, lagu "Hysteria", bro! Haha!
"I gotta know tonight
If you're alone tonight
Can't stop this feelin'
Can't stop this fire
Oh, I get hysterical, hysteria, oh, can you feel it, do you believe it?
It's such a magical mysteria
When you get that feelin' better start believin'
'Cause it's a miracle, oh, say you will, ooh babe
Hysteria when you're near..."
- Def Leppard - Hysteria - "Hysteria" - (1987)
Halamak... Lagu nie adalah lagu 'rock' paling 'cool' bagi Rambozzi®! Bila mendengar lagu ini, Rambozzi® dapat merasakan 'feel' kehidupan di dalam era 'rock' 80-an. Sangat 80's. Yeah!
Jadi, disebabkan 'bench' Bara Rambozzi® itu telah "menyatakan kesunyiannya", maka, Rambozzi® nak buatkan sebuah 'side table' untuknya. 'Side table' itu akan berada di sebelahnya - sepanjang masa - tanpa jemu. Ok. Tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Bara Rambozzi® Pt.II - Bara Side Table. Wah! Panjangnya nama! Heh heh heh heh...
Seperti biasa, Rambozzi® dapatkan ukuran yang sesuai dan potong kayu² di atas kepada saiz² yang diperlukan. Kayu² di atas juga Rambozzi® tebuk lubang² 'pocket hole' untuk pemasangan.
Tanpa membuang masa, Rambozzi® teruskan ke proses pemasangan. Hanya sambungan biasa, yang sangat mudah, sangat Rambozzi®. Rambozzi® pasangkan ketiga² bahagian di atas yang akan membentuk kaki dan 'table top' untuk 'side table' ini.
Berbeza daripada 'bench' Bara Rambozzi®, Bara Side Table ini mempunyai satu para di bawahnya, yang boleh digunakan untuk menyimpan majalah atau buku. Rambozzi® akan gam dan skrukan kayu untuk para itu melalui lubang 'pocket hole', mengikut arah anak panah seperti di dalam gambar di atas.
Tetapi, disebabkan ruangan itu agak sempit, maka 'cordless drill' milik Rambozzi® tidak dapat dimasukkan untuk memutar skru ke dalam lubang 'pocket hole' itu.
Jadi Rambozzi® pasangkan 'right angle drill attachment' ke 'cordless drill' Rambozzi® supaya skru itu boleh diskrukan menggunakan 'cordless drill'. Kayu kecil itu pula berfungsi sebagai 'spacer' supaya kayu² untuk bahagian para dipasangkan sama jarak, dan sama arasnya (lihat anak panah berwarna merah di dalam gambar di atas).
Rambozzi® gam dan skrukan pula kayu² di bahagian tepi seperti di dalam gambar di atas.
Seterusnya, Rambozzi® gam dan skrukan 2 batang lagi kayu di bahagian dalam binaan tadi. 2 batang kayu itu akan menyambungkan ketiga² binaan tadi dan membentuk sebuah meja.
Rambozzi® hanya gam dan skrukan 2 bahagian itu sahaja. 1 lagi bahagian akan dicat dahulu. Boleh juga kalau dipasangkan terus kesemua bahagian dan dicat kemudian. Tapi, berdasarkan pengalaman mengecat Bara Rambozzi® tempoh hari, Rambozzi® rasa, lebih mudah untuk mengecat dan lebih kemas hasil catnya jika bahagian itu dicat berasingan.
Tiba² "hati" tergerak untuk melihat bagaimana hasilnya jika kesemua bahagian itu dicantumkan. Rupa²nya gerak hati Rambozzi® itu berasas. Bahagian yang akan dicat itu tidak dapat dimasukkan ke tempatnya kerana ia tersekat dek kayu penyambung tadi (garisan berwarna biru)! Memang tak akan boleh dimasukkan, ia akan tersekat! Hahahahaha! Lawak betul!
Sekarang projek ini sudah menjadi susah! Disebabkan kecuaian dan kealpaan Rambozzi® tadi, Rambozzi® terlepas pandang beberapa perkara asas di dalam pertukangan kayu ini. Rambozzi® terpaksa ketuk dengan penukul getah untuk mencabut kayu² yang telah digam dan diskrukan tadi. Disebabkan gam kayu yang Rambozzi® gunakan juga agak pantas melekat dengan kuat, kayu² itu telah terkoyak dan pecah² di beberapa bahagian!
Sekarang projek Bara Rambozzi® Pt.II - Bara Side Table ini sudah bertukar nama kepada Bala Rambozzi® Pt. II - Bala Side Table! Hahahahahahahaha! Aduh! Jahanam projek aku! Aaarrrggghhh! Aduh! Bala, bala, bala... Hahahahaha. Rambozzi® gelak sebab Rambozzi® nak gelak!
Sengaja Rambozzi® kongsikan pengalaman kegagalan Rambozzi® ini di sini. Dunia "woodworking" Rambozzi® ini penuh dengan keseronokan. Dunia "woodworking" Rambozzi® ini juga penuh dengan kegagalan. Tak lupa juga, dunia "woodworking" Rambozzi® ini juga penuh dengan kesedihan. Semuanya Rambozzi® tuliskan di sini, sebab inilah hidup Rambozzi®. Di sinilah tempat Rambozzi®.
Blog Rambozzi® ini tidak hanya menunjukkan kejayaan² Rambozzi® menghasilkan kerja² kayu amatur ini. Blog Rambozzi® ini juga ada ditunjukkan kegagalan² Rambozzi®. Kegagalan² ini amat menyedihkan. Tapi kegagalan² seperti ini bukanlah alasan untuk Rambozzi® mengalah. Dengan "woodworking" ini Rambozzi® bergembira. Dengan "woodworking" ini juga Rambozzi® bersedih. "Woodworking" ini juga adalah semangat Rambozzi®! Jadi, teruskan usahamu Rambozzi®! Teruskan berusaha, jadilah kuat dan bersemangat seperti Kotaro Minami! Hahahahahaha!
Rasanya, ramai yang kenal dan ramai juga yang tak kenal Kotaro Minami nie kan? Hahahaha!
Oraits. Rambozzi® rasa, kerosakan tadi tidaklah seteruk mana. Ia masih boleh diperbaiki. Ia masih boleh Rambozzi® siapkan dengan kemas. Itu keyakinan Rambozzi®. Itu harapan Rambozzi®...
Haaa... Kan? Hehehehehehe... Ok. Bara Rambozzi® Pt.II - Bara Side Table itu Rambozzi® cat dengan 1 lapisan cat 'undercoat' dan 3 lapisan cat minyak berwarna merah. Ya. Rambozzi® "masih setia" dengan warna merah itu. Merah itu warna Rambozzi®. Merah itu warna pilihan "hati" Rambozzi®. Merah itu warna "cinta" Rambozzi®. Merah itu adalah Rambozzi®.
Dan bila Bara Rambozzi® Pt.II - Bara Side Table diletakkan di sebelah Bara Rambozzi®, maka "tenanglah hati" Bara Rambozzi® itu. Redalah "jiwa" Bara Rambozzi® itu. Bara Rambozzi® dan Bara Rambozzi® Pt.II - Bara Side Table ini adalah hasil karya seni "terhebat" Rambozzi®! Kerana keduanya dibuat dengan menggunakan tangan dan "hati" Rambozzi®. Keduanya adalah jiwa Rambozzi®. Keduanya adalah "Ukiran Jiwa" Rambozzi®. Maafkan Rambozzi® duhai abang Awie. Kerana menggunakan perkataan "Ukiran Jiwa" itu...
Oraits. Heh heh heh heh... Bara Rambozzi® dan Bara Rambozzi® Pt.II - Bara Side Table ini adalah konsep 'woodworking' Rambozzi® ini. Kedua²nya menunjukkan dengan jelas identiti Rambozzi®. Rambozzi® rasa, Rambozzi® kena fikirkan lebih banyak lagi produk di bawah tema Bara Rambozzi® ini. Ia tidak susah. Cuma perlukan 'idea' dan lebih banyak penambaikan lagi. Tak apa. Rambozzi® percayakan "hati" Rambozzi® ini. Rambozzi® tahu "isi hati" Rambozzi® ini. Sebab...
"I am Rambozzi®.
I am your woodworker.
Always..."
"My Heart"
Bench
BOSCH®
Cintaku
Def Leppard
DIY
I Love You
Kerja Kayu
KREG®
Meja Kayu
Melayu Malaysia
Perabot
Peralatan Pertukangan Kayu
Rak Kayu
Side Table
Tips&Tricks
Tools
Woodworking
0 Comments