- Display Rack Sazli


Selepas selesai membantu Boboy tempoh hari (sila baca di dalam 'entry' Kaunter Mudahalih Sazli), maka tiba²!, Rambozzi® menjadi semakin bersemangat untuk menjadi 'woodworker' ini! Hahahaha! Aduh... Sebenarnya Rambozzi® kekeringan 'idea' untuk menulis sekarang ini kerana terlalu banyak hal yang bermain di fikiran Rambozzi®. Terlalu banyak yang Rambozzi® fikirkan terutamanya Boboy. Boboy adalah sahabat Rambozzi® yang banyak memberikan kata² semangat dan juga 'idea'² yang bernas untuk kerja² Rambozzi® ini. Aduh apa pasal tulis pasal Boboy pulak nie....

Oraits! Sebenarnya Sazli menempah rak ini serentak dengan Kaunter Mudahalih Sazli. Rak ini tidak susah untuk dibuat, tetapi untuk projek ini Rambozzi® akan kongsikan beberapa teknik menggunakan 'mini router/trimmer', yang semestinya boleh mengundang risiko kemalangan kerja yang serius. Rambozzi® akan fokuskan kepada penggunaan 'mini router/trimmer' dan beberapa jenis 'router bit' yang digunakan di dalam projek ini.

Jadi, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Display Rack Sazli.


OraitsRambozzi® mulakan dengan memotong kayu² 1x2 di atas kepada saiz² yang diperlukan. Kemudian, kayu² itu ditebuk pula lubang² 'pocket hole' untuk proses pemasangan nanti.


Kayu² di atas adalah untuk bahagian para atau 'shelf' di dalam rak ini. Rambozzi® 'route'kan bucunya sedikit bulat dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'roundover router bit'.

Ok. Itu adalah 'router bit' yang pertama yang Rambozzi® gunakan di dalam projek ini. Ingat ye, 'roundover router bit'.


Kemudian Rambozzi® gam dan skrukan sahaja kayu² tadi menjadi sebuah 'frame' seperti di dalam gambar di atas.


Sekarang Rambozzi® akan gam dan skrukan pula kayu² untuk bahagian 'shelf' tadi. Untuk memastikan 'shelf' itu dipasangkan ke 'frame' dengan jarak yang sama, Rambozzi® ukur dan dapatkan jarak yang sesuai dahulu. Kemudian Rambozzi® potong 2 batang kayu terbuang (lihat anak panah berwarna merah di dalam gambar di atas) untuk dijadikan 'spacer'. 'Spacer' itu akan memastikan kayu² untuk bahagian 'shelf' dipasang sama jaraknya di antara satu sama lain.


Dan itulah hasilnya setelah kesemua 'shelf' dipasangkan ke 'frame'. Sekeping 'plywood' akan ditampalkan di bahagian belakang 'frame' itu.


Oraits. Rak ini mempunyai pintu yang akan dipasangkan plastik 'acrylic' sebagai cerminnya. Rambozzi® tidak akan tampal plastik 'acrylic' terus ke atas 'frame' pintu itu nanti. Rambozzi® akan tebuk sedikit 'rabbet' pada bahagian dalam 'frame' untuk pintu dengan menggunakan 'mini router/trimmer'. Dan Rambozzi® akan gunakan 'router bit' jenis 'straight router bit'. Ok, itu adalah jenis 'router bit' kedua di dalam projek ini - 'straight router bit'.

Memandangkan Rambozzi® ini masih amatur dan tidak mahir dengan teknik ini, maka Rambozzi® akan tebuk 'rabbet' pada kayu² yang belum dicantumkan menjadi 'frame'. Maksudnya, Rambozzi® akan tebuk 'rabbet' pada kayu, dan baru cantumkan menjadi 'frame'. Kalau mengikut teknik yang betul, 'rabbet' akan ditebuk selepas 'frame' itu siap dipasang, kot...

"Apa yang Rambozzi® tuliskan di sini hanyalah mengikut pembacaan dan pemahaman Rambozzi® sahaja. Istilah² yang digunakan adalah tidak dijamin tepat penggunaannya. Sebarang kekeliruan atau salahtafsiran atau "ajaran sesat" yang bakal timbul adalah di bawah tanggungan pembaca blog ini sendiri. Rambozzi® tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan diadukan kepada pihak polis sekiranya terjadi sebarang masalah tersebut. Peace! Heh heh heh heh..."

Oraits! Anak panah merah di dalam gambar di atas menunjukkan kepada aksesori 'mini router/trimmer' milik Rambozzi® yang dipanggil 'roller guide'. Sungguh Rambozzi® sendiri pun tidak pasti sama ada itu adalah nama yang tepat untuk aksesori itu heh heh heh heh...


'Roller guide' itu (anak panah berwarna merah) akan membantu Rambozzi® mendapatkan jarak yang Rambozzi® perlukan untuk menebuk 'rabbet' pada kayu nanti. 'Straight router bit' itu pula (anak panah berwarna oren) Rambozzi® setkan kedalamannya supaya sesuai dengan ketebalan plastik 'acrylic' yang akan digunakan nanti. Oraits! Wah! Susahnya nak terangkan! Hahahahahahaha!


Dan Rambozzi® tebuk 'rabbet' pada kayu² di atas. Kayu² di atas akan digam dan diskrukan menjadi sebuah 'frame', nanti.

Sekarang, kita ke proses seterusnya, masih lagi dengan menggunakan 'mini router/trimmer', dengan jenis 'router bit' yang berlainan pula.


Oraits. Sekarang Rambozzi® pasangkan pula 'roman ogee router bit' ke 'mini router/trimmer' di atas. Ok. Itu adalah 'router bit' ketiga untuk projek kali ini - 'roman ogee router bit'.


Untuk menebuk 'profile' pada kayu dengan menggunakan 'router bit' jenis 'roman ogee router bit' ini - hasil dari kajian dan pembacaan Rambozzi® - kita perlu menebuk beberapa peringkat atau 'step' atau 'passes' pada kayu sebelum mendapat hasil yang diinginkan. Ok, macam nie.. Lihat 'roman ogee router bit' di dalam gambar di atas. Ia telah diturunkan sedikit, dengan hanya sedikit sahaja yang kelihatan. Tujuannya adalah supaya kita boleh menebuk 'profile' pada kayu sedikit demi sedikit. Ini melibatkan faktor keselamatan dan untuk menjaga kayu yang ditebuk. Ia perlu ditebuk sedikit demi sedikit, secara berperingkat sehingga mendapat bentuk 'profile' itu.

Sekarang, Rambozzi® akan tebuk 'step' yang pertama.


Dan itulah hasilnya. Hanya sedikit sahaja yang ditebuk.


Kemudian, Rambozzi® naikkan sedikit 'roman ogee router bit' tadi pada 'mini router/trimmer'. Ini adalah peringkat kedua atau 'passes' yang berikutnya.


Itulah hasilnya. Lebih dalam daripada 'step' yang pertama tadi.


Dan Rambozzi® naikkan lagi 'roman ogee router bit' pada 'mini router/trimmer' untuk peringkat atau 'passes' yang terakhir.


Dan Rambozzi® mendapat bentuk 'profile' yang mengikut bentuk 'roman ogee router bit'.

Oraits. Operasi² di atas perlu dilakukan secara berperingkat kerana beban yang akan ditanggung oleh mesin ini adalah terlalu berat dan sangat berbahaya jika dilakukan secara terus dengan hanya satu 'passes' sahaja. Kayu² itu ditebuk atau dibuang sedikit demi sedikit sehingga mendapat bentuk yang diinginkan.

Ini adalah untuk 'router' jenis 'mini router/trimmer' atau dipanggil 'palm router' sahaja. Untuk 'router' yang sebenar (bukan jenis 'mini') lain pula panduan penggunaannya. Ok. Semua itu hanyalah mengikut pembacaan dan pemahaman Rambozzi® sahaja. Lebih baik kalau dibaca sendiri panduannya yang mudah didapati di laman² web 'woodworking' yang lain.


Oraits. Kemudian barulah kayu² itu digam dan diskrukan menjadi 'frame' seperti di dalam gambar di atas. Fuuhhh!!!!


Tetapi, Rambozzi® terlupa bahawa kayu² itu akan dicantumkan dengan menggunakan "Jurus Keramat Rambozzi®" iaitu 'pocket hole joinery technique'! Maka skru yang diskrukan menerusi lubang 'pocket hole' akan kelihatan kerana bentuk 'profile' tadi! Hahahahahahahahaha! Wau seronoknya! Yeee haaaa! Hahahahahaha. Aduh.....

Rambozzi® pun tak tahu nak buat macam mana dah nie. Rasa macam nak tampal 'wood filler' tapi rasanya akan comot dan kelihatan lebih teruk nanti. Hmmmm... Biar je la dulu, pikir kemudian je la hahahahaha.....


Oraits. Siap 2 bahagian utama untuk projek Display Rack Sazli ini.


Seterusnya, Rambozzi® akan potong plastik 'acrylic' mengikut saiz 'rabbet' pada 'frame' pintu tadi.


Dan memang kita boleh dapat saiz plastik 'acrylic' yang tepat dengan saiz 'rabbet' pada 'frame'.


Seterusnya, Rambozzi® pasangkan engsel pada rak ini. Maaf, Rambozzi® masih memasang engsel itu dengan cara yang salah heh heh heh heh... Baru² ini Rambozzi® telah ditegur di komuniti kerana teknik pemasangan engsel yang salah. Rambozzi® akui memang cara di atas adalah salah dari segi teknik yang betul. Hehehehehehehe. Bro, Rambozzi® nie amatur lagi, bro!


Di bahagian dalam rak pula Rambozzi® pasangkan 2 biji 'magnetic catch'.


Dan di bahagian belakang rak ini Rambozzi® skrukan 2 biji penyangkut. Dan projek ini siap sepenuhnya!


Projek yang sangat ringkas dan mudah. Projek yang sangat Rambozzi®!


Rambozzi® suka dengan Display Rack Sazli ini. Sangat ringkas tetapi dalam masa yang sama "sangat cantik di mata Rambozzi®".


Rambozzi® rasa, gabungan di antara kayu 'pine' yang berwarna cerah dengan 'plywood' yang berwarna gelap agak menarik. Hmmm... Ya! Rambozzi® suka gabungan kedua 'material' ini.


Rambozzi® harap, Sazli akan suka dan berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi® ini. Rambozzi® harap Display Rack Sazli ini bersesuaian dengan keperluan Sazli.

Projek ini mengajar Rambozzi® beberapa perkara mengenai saiz² kayu dan saiz 'router bit' yang Rambozzi® gunakan di dalam setiap kerja² 'woodworking' Rambozzi®Rambozzi® akui, Rambozzi® masih terlalu amatur di dalam bidang ini. Rambozzi® sebagai 'admin' di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia telah disalahanggap sebagai seorang pakar di dalam bidang ini. Rasanya, ramai yang tak pernah membaca blog Rambozzi® ini. Jika mereka pernah membaca blog Rambozzi® ini, mereka akan tahu setakat mana kemahiran dan kemampuan Rambozzi®. Masih terlalu banyak yang perlu Rambozzi® pelajari dan dalami. Sesiapa yang pernah membaca blog Rambozzi® ini akan tahu, Rambozzi® bekerja dengan cara Rambozzi®. Dan Rambozzi® adalah Rambozzi®! Yeah! Heh heh heh heh...


10 Comments

  1. Thanks bro Rambozzi. Penerangan yang jelas dan best!!! boleh tiru buat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jelas dan best? Hahahaha... Aduh...
      Ok la kalau En. Anonymous boleh faham hehehehehe...

      Delete
  2. Salam bro Rambozzi,

    Kerja yang sangat kemas.

    Cuma maaf kalau saya cadangkan jika frame luar tu bukan dipotong lurus, tapi menyerong, bagi menyerlahkan lekuk di bahagian dalam itu. Bila dipotong serong, baru nak lekuk itu tidak terputus.

    Dan berbanyak terima kasih membalas soalan saya tempoh hari tentang tools dan ongkosnya. Satu perkongsian yang saya harapkan bro sentiasa dirahmati Allah hendaknya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sangat Berani.

      Ye Rambozzi faham, maksudnya kayu² untuk frame pintu dipotong 45 darjah. Terima kasih banyak² atas teguran ini. Ini satu teguran yang sangat berguna untuk Rambozzi.

      Terima kasih atas sokongan bro. Apa yang Rambozzi kongsikan di sini hanyalah sedikit "pengembaraan" Rambozzi di dalam bidang ini.

      Terima kasih banyak².

      Delete
    2. Ya, bro. Itulah maksud saya.

      Delete
    3. Ok. Terima kasih banyak² bro! Hehehehehehe

      Delete
  3. Saya teringin nak memiliki sliding miter saw macam yang Rambozzi pakai tu, tapi bajet hobi belum ada. Kena tunggu beberapa bulan lagi untuk hadiah hari jadi, hihihi.

    Apapun, dah tiba masanya Rambozzi kena ada table saw. Lagi akan syok belah kayu kepada saiz dihendaki Bro. Ibarat Rambozzi dah memiliki yang "jantan' (miter saw), yang "betina" (table saw) akan menambahkan lagi seri "kecintaan" Rambozzi kepada "woodworking ini. Hihi, jangan marah... Tapi saya harap Rambozzi tidak membeli table saw itu sebaliknya buat sendiri guna circular saw dan 1/2" plywood. Buat sendiri sebab kita Woodworkers. Rambozzi akan lebih puas hati dari segi saiz table yang kita sendiri tentukan.

    Berbekalkan Kreg Pocket Hole Jig, Cordless Circular Saw, Bosch 10" Miter Saw yang Rambozzi sudah miliki DAN 7 1/2" electric Circular Saw (kena beli), projek ni pasti dapat disiapkan oleh Rambozi.

    Happy Woodworking

    Bruce- Kuching

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambozzi tak akan buat sendiri table saw, Bruce. Sebab memang Rambozzi nak beli Bosch Table Saw tu. Ada beberapa ciri padanya yang Rambozzi nak. Terutamanya rip fence nya.

      Bila dah ada nanti, Rambozzi akan pasti akan share di blog ini.

      Slide miter saw itu memang sangat berguna. Dan tak rugi kalau boleh beli sebijik. Beli la Bruce!!!!! hehehehehehehe

      Delete
  4. Ya, memang rip fence tu yang paling kritikal. kalau tak selari dengan blade akan timbul masalah besar. Table saw Bosch tu nampak menarik. Selain rip fence, miter gauge dia pun nampak kukuh.

    Saya akan tunggu sahaja sponser Sliding Miter Saw tu sebab dah janji. Kalau ikutkan hati petang Jumaat ni saya angkat dari KL sebab kebetulan ada meeting sebelah pagi di Hotel Everly, Putrajaya. Di Kuching mahal.

    Happy woodworking

    Bruce - Kuching

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmmm untungnya Bruce ada sponsor...miter saw lagi tu...
      Cool la Bruce!

      Delete