- Kaunter Mudahalih Sazli


Tiba²! Rambozzi® menjadi seorang 'woodworker' yang sangat kental dan bersemangat! Halamak apa tiba² 'intro' macam nie, bro? Heh heh heh heh... Ok ok. Sebenarnya, dah beberapa kali Rambozzi® menolak projek² untuk membuat kaunter seperti ini. Kerana memang Rambozzi® mempunyai beberapa kekangan untuk memproses sesebuah projek dalam skala yang besar, buat masa ini. Masalah ruang kerja, pengangkutan, kemahiran dan pengalaman, terutamanya, menjadi penghalang kepada  Rambozzi® untuk membuat projek seperti ini. Tetapi! Tiba²! Hahahaha... Apabila Sazli meminta Rambozzi® membuat sebuah kaunter yang boleh dilipat, Rambozzi® terus bersetuju menerima "cabaran" ini. Kerana ketika itu, Rambozzi® menyedari, Rambozzi® perlukan satu cabaran untuk menjadi 'woodworker' yang Rambozzi® nak jadi...

Ketika itu juga Rambozzi® menyedari, Rambozzi® mempunyai "hati" dan "cinta" yang amat kuat kepada "woodworking" ini. Rambozzi® sentiasa mencari pembaharuan di dalam kerja² 'woodworking' Rambozzi®. Dan ini adalah satu peluang kepada Rambozzi®! Tidak! Aa.. Aa.. Aa.. No.. No.. No.. Rambozzi® tidak akan lepaskan peluang ini. Kerana Rambozzi® yakin dengan "hati" dan "cinta" Rambozzi® ini. 

Tanpa "hati" dan "cinta" ini, Rambozzi® takkan kekal relevan sebagai Rambozzi®. "Tanpa cinta" di dalam bahasa Inggeris adalah 'without love'. Dan 'Without Love' di dalam dunia Rambozzi® adalah Bon Jovi. Heh heh heh heh... Ooooh! Rambozzi® suka Bon Jovi...


"She wasn't young, but still a child
There was still innocence in painted smiles
She called to me as I passed her by
Lady of the night looked in my eyes

She said, "I've been through some changes
But one thing always stays the same"

Without love, there's nothing without love
And nothing else can get you through the night
Nothing else feels right without love

I saw a man down on Lonely Street
A broken man who looked like me
And no one knows the pain that he's been living
He lost his love and still hasn't forgiven

He said, "I've been through some changes
But one thing always stays the same"

Without love, there's nothing without love
And nothing else can get through the night
Nothing else feels right without love

And nothing without love
Nothing else but love can burn as bright
'Cause nothing would mean nothing without love

I see my life, some things I took for granted
Love's passed me by, so many second chances
I was afraid, I won't be afraid no more

Without love, there's nothing without love
Nothing else can get you through the night
Nothing else feels right without love

And nothing without love
And nothing else but love can burn as bright
'Cause nothing would mean nothing without love

There's nothing without love
And nothing without love
Nothing without love..."

Bon Jovi - Without Love - Slippery When Wet (1986) 

Oraits! Tanpa membuang masa lagi, jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Kaunter Mudahalih Sazli. Yeah!!! 


Rambozzi® perlu memotong beberapa kepingan kayu yang sama panjang dalam kuantiti yang agak banyak. Untuk memastikan setiap kayu dipotong sama panjang, Rambozzi® memerlukan satu sistem kerja yang efisien.

Oraits. Mari kita lihat gambar di atas. Mari, mari... Jangan malu²...

Ok. Anak panah A menunjukkan kepada 'miter saw zero clearance fence' dari kayu 1x2 yang diskrukan ke 'miter saw fence' yang asal. Tujuan Rambozzi® menambah kayu ke 'miter saw fence' yang asal adalah untuk mengelakkan 'tearout' pada kayu yang dipotong. Anak panah B pula menunjukkan kepada 'zero clearance slot' untuk mata gergaji 'miter saw'. Ok. 'Miter saw fence' asal pada 'miter saw' mempunyai bukaan yang terlalu luas dan akan menyebabkan bahagian belakang dan bawah kayu yang dipotong, pecah² dan merosakkan kayu - terutamanya jika kita menggunakan kayu jenis lembut seperti kayu 'pine'. Jadi, kayu 1x2 yang diskrukan ke 'miter saw fence' itu berfungsi sebagai 'miter saw zero clearance fence'. Apa yang Rambozzi® buat di atas adalah untuk sementara waktu sahaja. Rambozzi® akan buat sebuah 'miter saw zero clearance fence' yang lebih kemas dan bersistematik lagi di masa akan datang.

Oraits. Anak panah C pula menunjukkan kepada penandaan pada kayu di mana kayu itu hendak dipotong. Rambozzi® temukan atau 'align'kan tandaan itu ke slot mata gergaji pada 'miter saw fence'. Dan itu adalah satu lagi kelebihan menambah 'miter saw zero clearance fence' ke 'miter saw'.


Seterusnya, Rambozzi® turunkan mata gergaji dan pastikan ia kena tepat ke garisan pada kayu.


Dan Rambozzi® 'clamp'kan sebatang kayu di hujung kayu yang hendak dipotong. Kayu itu di'clamp'kan pada 'miter saw fence extension'. Ia berfungsi sebagai kayu penahan atau 'stop block' yang membolehkan kita memotong seberapa banyak kayu yang kita nak, dengan panjang yang sama.


Dan itulah hasilnya. Dan kayu² itu Rambozzi® tebuk pula lubang² 'pocket hole'. Dan ia sedia untuk dicantum²kan. Dan ia juga telah ditanda untuk memudahkan pemasangan. Dan Rambozzi® sangat gembira. Dan...heh heh heh heh...


Ok. Kayu² tadi ditebuk lubang² 'pocket hole' dan akan digam dan diskrukan antara satu sama lain. Ketika ini Rambozzi® menyedari, sambungan terus kayu ke kayu untuk 'design' seperti ini kelihatan OK. Tetapi kurang menarik.


Jadi Rambozzi® 'route'kan sedikit setiap sisi kayu dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'roundover router bit'. Sekarang, ia nampak lebih menarik. Kan? Kan...


Dan Rambozzi® teruskan sahaja ke proses mencantumkan kayu² tersebut. Hanya gam dan skrukan melalui lubang² 'pocket hole'.


Oraits. Satu proses penyambungan kayu ke kayu yang sangat mudah.


Seterusnya, Rambozzi® cantumkan kayu² tadi dan membentuk sebuah 'countertop'. (pssstt...'countertop ke table top?.....pssstt...)


Di sekeliling 'countertop' tadi akan diskrukan pula beberapa batang kayu lagi yang akan membentuk 'frame'.


Dan siap bahagian 'countertop'. Satu proses kerja yang sangat ringkas dan mudah. Tapi sakit juga pinggang Rambozzi®, bro. Heh heh heh heh... Ringkas dan mudah la sangat kan...


Proses yang sama juga Rambozzi® ulangi untuk bahagian kaki kaunter ini. Tetapi Rambozzi® tambahkan sebatang kayu 1x2 di bawahnya untuk menutup 'end grain' yang kelihatan, dan supaya ia boleh bertahan lebih lama.

Oraits. Asalnya, Rambozzi® bercadang nak cantumkan 2 panel besar di atas menjadi satu. Tapi ia akan menjadi terlalu berat. Dan tidak praktikal untuk Sazli yang mahukan kaunter ini mudahalih. Jadi, Rambozzi® terpaksa ubah 'plan'. Bahagian kaki untuk kaunter ini akan terdiri daripada 2 bahagian yang berasingan.


Oraits. Seterusnya Rambozzi® skrukan pula 3 biji engsel ke setiap set kaki di atas. Sekarang kaki ini boleh dilipat dan dimasukkan ke dalam kereta.


Di bahagian bawah 'coutertop' tadi akan diskrukan beberapa batang kayu yang akan berfungsi sebagai slot untuk dimasukkan kaki kaunter. Rambozzi® pastikan kayu² 1x2 di atas digam dan diskrukan di tengah² bahagian bawah 'countertop'.


Kayu yang bertanda anak panah merah itu berfungsi sebagai 'spacer' untuk memastikan jarak di antara di kayu itu sesuai untuk dimasukkan kaki kaunter nanti. 'Spacer' itu sedikit lebar daripada saiz kayu kaki kaunter untuk memudahkan kaki kaunter dimasukkan ke dalam slot.


Sama juga untuk bahagian kaki yang boleh dilipat tadi. Rambozzi® letakkan kaki kaunter tadi dan pastikan bukaan kakinya adalah tepat 90° sebelum kayu² untuk slot digam dan diskrukan ke bahagian bawah 'countertop'.


Dan itu adalah slot untuk kaki kaunter boleh lipat tadi.


Ok. Ia tidak susah sangat. Ia masih lagi selari dengan konsep "Ringkas & Mudah" Rambozzi®.


Sekarang, Rambozzi® cuba masukkan kaki tadi ke slotnya. Dan ia boleh masuk, dan muat dengan selesa. Ngam².


Oraits. Disebabkan projek ini "sudah lari agak jauh" dari perancangan asal Rambozzi®, maka ada beberapa masalah yang perlu Rambozzi® selesaikan.

Asalnya, Rambozzi® bercadang nak pasangkan 3 biji engsel ke kedua² bahagian kaki kaunter ini. Tetapi ia masih terlalu berat untuk fungsi mudahalihnya.


Akhirnya, Rambozzi® mendapat satu ilham yang bernas. Rambozzi® pasangkan 4 biji 'bag clip' ke kedua² bahagian kaki itu. 'Bag clip' itu berfungsi seperti 'clamp' yang akan menarik rapat kedua² bahagian itu, dan bertemu dengan kemas. Hmmmm... Bagi Rambozzi®, 'idea' ini agak menarik dan ya, memang 'cool'! Ooooh! Yeah! Heh heh heh heh...


Oraits. Maka siaplah kesemua bahagian untuk projek Kaunter Mudahalih Sazli ini. 3 bahagian yang berasingan di atas akan memudahkan Sazli untuk membawa kaunter ini ke lokasinya.


Sekarang, mari kita lihat bagaimana mudahnya untuk membuka dan memasang Kaunter Mudahalih Sazli ini.

Mula, buka kaki kedua² bahagian kaki di atas. Buka dengan perlahan² supaya lipatan kaki itu tidak merosakkan engsel. Buka dengan perlahan²... Dan letakkan ia bersebelahan.


Kemudian, kuncikan 'bag clip' pada kaki² di atas. Ia akan menarik dengan rapat dan kemas di antara satu sama lain.


Dan letakkan 'countertop' dengan memastikan bahagian kaki kaunter masuk ke dalam slot di bahagian bawah 'countertop'. Slot itu akan mengunci pergerakan kaki kaunter dan mengukuhkan kaunter ini secara automatik.

Ini adalah satu 'idea' atau teknik yang sangat hebat dari Rambozzi® selama Rambozzi® menjadi 'woodworker' ini! Yay! Hahahahahaha!


Oraits. Projek ini sudah siap sepenuhnya. Rambozzi® akan 'sanding' keseluruhan bahagian kaunter ini. Kaunter ini tidak akan dicat dengan sebarang kemasan. Hanya akan dicuci dengan menggunakan Formby's® Build-Up Remover sahaja sehingga bersih.


Aduh... Sejuk mata dan hatiku memandangmu, duhai sayangku... Rambozzi® rasa, sejak akhir² ini, Rambozzi® amat sayangkan projek² yang Rambozzi® hasilkan. Rambozzi® rasa macam nak simpan dan guna sendiri je heh heh heh heh... Bukan kerana rupabentuknya, tetapi kerana fungsinya yang Rambozzi® rasakan boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Mungkin ia boleh dijadikan 'bar table'. Mungkin ia boleh digunakan untuk Rambozzi® melakar rekabentuk perabot yang Rambozzi® hendak hasilkan. Mungkin juga ia boleh digunakan untuk Rambozzi® menongkat dagu dan termenung sambil tersenyum seorang diri sesudah 'woodworking'... Heh heh heh heh... Rambozzi® suka Kaunter Mudahalih Sazli ini. Rambozzi® gembira kerana mendapat peluang untuk membuat projek ini.


Sekarang Rambozzi® hanya boleh menatap gambarnya sahaja. Kerana kaunter ini akan diserahkan kepada Sazli nanti.


Rambozzi® tak suka sangat gambar di atas, sebab kualitinya kurang memuaskan. Rambozzi® rasa, memang Rambozzi® kena belajar juga teknik fotografi, satu hari nanti. Tapi, daripada Rambozzi® belajar teknik fotografi, baik Rambozzi® belajar lebih banyak lagi mengenai 'woodworking' kan? Kan... Heh heh heh heh...


'Countertop' ini adalah bahagian kegemaran Rambozzi® di dalam projek ini. Susunan kepingan² kayu itu "sangat cantik di mata Rambozzi®". Sangat Rambozzi®.


Rambozzi® harap, Sazli akan suka dan berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi® ini. Rambozzi® harap, fungsi bolehlipat kaunter ini akan memudahkan pergerakan Sazli

Sekarang, Rambozzi® terpaksa berhenti menulis dahulu. Rambozzi® tidak sempat menyemak ejaan dan penggunaan perkataan² Rambozzi® di dalam 'entry' kali ini. Rambozzi® akan semak kemudian. Kerana ada seorang budak bernama Boboy meminta pertolongan Rambozzi® untuk mengambil keretanya di hospital.

Persoalannya, kenapakah kereta Boboy berada di hospital? Sakitkah ia? Rosakkah ia? Kalau rosak, kenapa kereta Boboy tidak pergi ke bengkel kereta? 

Ok Ok! Jom Boboy! Heh heh heh heh... Boboy memang macam²...


2 Comments

  1. lepas ni kal nk order perabot kena caj GST ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena faham GST dulu, bro. Siapa yang layak kenakan GST.
      Barang²/material untuk bidang ini akan naik sebab termasuk dalam barangan yang akan dikenakan GST.
      Bila harga material naik, harga perabot buatan woodworker seperti Rambozzi ini juga akan naik.
      Harga naik sebab material naik harga, bukan sebab kami woodworker nie kenakan GST.

      Delete