- Rak Telur Aleiya



"Everybody needs a little place they can hide
Somewhere to call their own don't let nobody inside
Every now and then we all need to let go
For some it's the doctor for me it's rock and roll...

We all need a little shelter
Just a little helper to get us by
We all need a little shelter
Just a little helper and it'll be alright..."

- Cinderella - Shelter Me - Heartbreak Station (1990)

Yeah! Cool! Hahahaha... Betul. Kita semua perlukan sedikit perlindungan di dalam kehidupan kita seharian. Perlindungan dari ancaman bahaya, perlindungan dari cuaca, perlindungan dari penyakit. Kalau di dalam 'woodworking' ini, kita perlukan perlindungan dari mengalami risiko kecederaan ketika mengoperasikan sebarang 'power tools'. Untuk Rambozzi®, perlindungan yang Rambozzi® perlukan adalah dalam bentuk "pelukan kasih sayang yang tidak bertepi" yang sehangat "Mentari Merah di Ufuk Timur" heh heh heh heh lagu Search tuh...

Tapi tidak bagi Aleiya. Aa aa aa... No no no... Aleiya hendak melindungi telur²nya dari segala bentuk ancaman! Hahahahaha!

Jadi, Aleiya telah menghubungi Rambozzi® dan meminta Rambozzi® buatkan sebuah bekas atau kotak atau rak untuk menyimpan telur. Sungguh Rambozzi® tak tahu nak letak nama apa untuk "bende" nie heh heh heh heh... Rak telur ke, kotak telur ke, rumah telur ke...

Oraits. Tanpa membuang masa lagi, jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Rak Telur Aleiya.


OraitsRambozzi® akan bina rak telur ini daripada beberapa keping kayu yang dicantumkan. Rambozzi® dapatkan ukuran yang sesuai untuk diletakkan 12 biji telur - mengikut kehendak Aleiya.

Rak ini terdiri dari 2 tingkat, setiap tingkat boleh diletakkan 6 biji telur. Jadi, kalau mengikut saiz kayu yang Rambozzi® ada, saiz kayu di dalam gambar di atas boleh diletakkan 3 biji telur di atasnya. 2 tingkat rak dengan 2 batang kayu yang boleh diletakkan 3 biji telur, menjadikan jumlah 6 biji telur di atas setiap tingkat dengan jumlah keseluruhan telur yang boleh disimpan di dalam rak telur ini adalah 12 biji telur. Oittt! Ada orang baca ke ni?? Heh heh heh heh...

OraitsRambozzi® tandakan 3 tandaan pada kayu di dalam gambar di atas dengan memastikan jarak yang sesuai untuk diletakkan telur nanti. Tandaan itu adalah panduan atau 'guide' untuk Rambozzi® menebuk lubang menggunakan 'drill press'.


Mata 'drill' jenis 'forstner drill bit' dipasangkan ke 'drill press' untuk menebuk lubang² di atas kayu. Rambozzi® tebuk lubang² pada 2 kayu serentak. Tujuan paling utama adalah untuk mendapatkan lubang² pada kedudukan yang sama, di samping untuk mempercepatkan proses kerja.


Beberapa keping kayu untuk membuat kotak pula ditebuk lubang² 'pocket hole'. Oh! Takkan tak tahu lagi kot, itu adalah "Teknik Keramat Rambozzi®". Dan ya, Rambozzi® akan terus "setia" dengan teknik ini.

Oraits. Kayu² itu digam dan diskrukan membentuk 4 bahagian panel untuk projek ini.


Seterusnya, Rambozzi® hanya cantumkan sahaja kesemua bahagian tadi dengan hanya menggunakan 'super glue' sahaja. Projek ini kecil sahaja. Beban yang akan ditampungnya hanyalah 12 biji telur sahaja. Jadi, 'super glue' sahaja sudah memadai. Tiada sebarang skru digunakan untuk mencantumkan kesemua bahagian tersebut.


Kemudian Rambozzi® gam dan 'clamp'kan pula bahagian atas rak ini. Bahagian itu hanya berfungsi sebagai "atap" - sekadar untuk menutup 'end grain' yang kelihatan dan ya, untuk mencantikkan lagi rak berbentuk kotak ini. Tiada sebarang skru digunakan, hanya sapukan gam kayu, dan 'clamp' sehingga ia melekat dengan sempurna.


Oraits. Untuk bahagian tapak Rak Telur Aleiya ini, Rambozzi® bentukkan sedikit kayu² di atas supaya kelihatan lebih menarik. Hanya sedikit bentuk lengkungan sahaja, dibuat dengan menggunakan 'drill press' yang dipasangkan 'drum sander'. Ada rakan di komuniti yang bertanya kepada Rambozzi® mengenai teknik² membentuk kayu menggunakan 'drill press' yang dipasangkan 'drum sander'Rambozzi® tidak akan terangkan mengenai teknik itu di dalam 'entry' ini. Rambozzi® akan buat satu 'entry' khusus untuknya, dalam masa terdekat. Rambozzi® juga akan cuba buat satu 'entry' mengenai beberapa peralatan asas yang diperlukan untuk memulakan hobi pertukangan kayu ini.

Wah! Rajinnya abam Rambozzi® nak buat 'entry'² tu?!! Kenapa yek?

Sebab;

"I am Rambozzi®. I am Your Woodworker. i-Woodworking with Style. i-Woodworking with Heart. i-Woodworking with Love. I Love U. U Love Me. Biar ku pimpin tanganmu, sambil kita berlari di pantai impian kita, disaksi mentari senja itu. Oh! Marilah sayang!"


Heh heh heh heh heh... Oh! Puspawangi... Hahahaha...


Oraits. Begitulah rupanya tapak itu selepas ia digam dan dicantumkan. Perhatikan pula 'frame' yang disandarkan ke dinding di dalam gambar di atas. 'Frame' itu adalah untuk bahagian pintu rak ini. Perhatikan betul², kerana 'frame' itu sudah tiada lagi. 'Frame' itu sudah patah di'karate' Rambozzi®!!! Hahahaha. Aduh.... Jap lagi la Rambozzi® citer...


Oraits. Bahagian tapak itu hanya digam sahaja ke rak. Juga dengan menggunakan 'super glue' sahaja.


Untuk menutup bahagian belakang rak ini, Rambozzi® hanya tampalkan sekeping 'plywood' nipis sahaja. Ada beberapa sebab Rambozzi® hanya gunakan 'plywood' sahaja, tapi biarlah rahsia... Heh heh heh heh... (psssst sebab bajet, beb... Kita kena pandai pilih material yang selari dengan bajet yang sanggup dikeluarkan oleh pelanggan kita heh heh heh heh...)


Oraits. Perhatikan 'frame' di dalam gambar di atas. 'Frame' itu adalah yang kedua yang Rambozzi® buat untuk projek ini. Sebab 'frame' yang pertama agak tebal dan tidak kena dengan saiz rak ini. Asalnya, Rambozzi® cuba nipiskan sedikit 'frame' yang pertama itu dengan menggunakan 'router'. Tetapi dek kerana kerana kekurangan teknik dan pengalaman, 'frame' itu telah rosak. Jadi, tiada pilihan lain, Rambozzi® pun terpaksa 'karate' 'frame' itu kerana ada sedikit "bara di dalam hati Rambozzi®" pada saat dan tika itu heh heh heh heh... Kalaulah ada 'table saw'... Kan...

Ok. 'Frame' di atas telah dibelah kepada ketebalan yang Rambozzi® nak dan Rambozzi® dapatkan ketebalan yang lebih tepat dengan menggunakan 'drill press' yang dipasangkan 'drum sander'.


Plastik 'acrylic sheet' itu pula akan dipasangkan ke 'frame' ini. Rambozzi® potong 'acrylic sheet' itu dengan menggunakan 'acrylic sheet cutter' seperti di dalam gambar di atas (berwarna biru). 'Acrylic sheet' itu dipotong sedikit besar daripada saiz 'frame'. Dan Rambozzi® akan 'trim' lebihannya nanti dengan menggunakan 'mini router/trimmer' "kesayanganku"...


Oraits. Projek ini sudah hampir siap. Seterusnya, Rambozzi® pasangkan pula 'furniture handle' seperti yang ditunjukkan oleh anak panah merah di dalam gambar di atas. Dan Rambozzi® pasangkan juga engsel untuk pintu rak ini.


Oraits. Anak panah merah di dalam gambar di atas menunjukkan kepada bagaimana Rambozzi® memastikan pintu itu tertutup rapat ke rak. Rambozzi® hanya benamkan sebiji 'magnet' terpakai ke dalam kayu rak, dan skru pada 'furniture handle' yang diperbuat daripada besi akan melekat pada 'magnet' itu. Sangat D.I.Y. Sangat 'simple'. Sangat mudah.  Dan sangat Rambozzi®. Peace! Heh heh heh heh...


Dan Rak Telur Aleiya in siap sepenuhnya! Yay! Yeah! Cool! Heh heh heh heh...

OraitsRambozzi® 'sanding' keseluruhan rak ini sehingga halus. Dan cuci dengan menggunakan Formby's® Build-Up Remover. Dan baunya sangat harum... Dan rupanya semakin halus... Dan senyumannya semakin berseri.... Dan wajahnya kembali bersinar... Dan hatinya kembali berbunga... Dan hidupnya lebih bererti... Dan malamnya bermimpi indah... Dan...



Rak Telur Aleiya ini, "sangat cantik di mata Rambozzi®". Tapi, disebabkan peningkatan isi rumah yang menuntut lebih banyak pemintaan di dalam sektor makanan, stok telur di rumah Rambozzi® telah habis. Masih ada baki 3 biji telur sahaja dalam simpanan Rambozzi®. Dan Rambozzi® ambil cepat² dan letakkan di dalam rak ini untuk tujuan penggambaran. Kalau Rambozzi® lambat, mungkin telur² itu akan digulai kuning, lagi... Heh heh heh heh...


Satu projek yang sangat ringkas dan mudah. Sangat Rambozzi®Rambozzi® harap, Aleiya akan suka dan berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi® ini. Ini adalah kemahiran Rambozzi® setakat hari ini. Rambozzi® akan berusaha lebih gigih untuk menghasilkan "karya" yang lebih bermutu dan berkualiti. Ya! Rambozzi® akan terus "berkarya". Ayuh! Teruskan usahamu Rambozzi®!!!


Dialog "Telur 3 Sekawan"...

Telur Left: Wekkk!
Telur Middle: Oooh! I'm soooo cool! Yeah!
Telur Right: Kih kih kih kih...


Telur Left: Wekkk!
Telur Middle: Ngape kau gelak? Yeah!
Telur Right: Kih kih kih kih... Aduh... Sakit perut akuuuuuuu......



8 Comments

  1. Comey projek ni bang.... Nak cop telur hok tengoh.... Cool jew... Haha..
    ~joe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha yg tengah tu terlebih cool tu ~joe~

      Delete
  2. Peace rambozzi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ye Peace juga en.anonymous!

      Sape ntah nie tetiba je peace heh heh heh heh...

      Delete
    2. Alamak laju aa bro rambozzi reply! Hahaha.. Suke tgk kerja rambozzi. Salam kenal - husni peace!

      Delete
    3. Ye salam kenal Husni.
      Terima kasih byk2 atas sokongan.
      Terima kasih byk2 kerana sudi melawat blog Rambozzi ini.

      Delete
  3. abg kalu pakai gam Dunlop tu ok x. atau ada jenama yg bleh suggest. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gam Dunlop tu bukan gam kayu Leejump Jack. Itu 'contact cement' untuk tampal laminate.
      Untuk gam kayu Rambozzi memang guna brand Elmer's Wood Glue.
      Kadang² guna Titebond. Dua² gam tu boleh dapat kat Ace Hardware.

      Delete