Bayangmu menjelma
Rindu semakin menyala
Bagai gelora di dalam dada..."
Aduh...Memang Rambozzi® tak lena tidur la hahahaha! Ok. Macam nie ceritanya...
Pada suatu hari... Rambozzi® telah menerima "wassap" dari seorang 'journalist' sebuah majalah tempatan (Rambozzi® akan maklumkan nama majalah ini kemudian sebab ia belum diterbitkan lagi, jadi baik Rambozzi® berhati² heh heh heh heh), yang menawarkan satu sesi penggambaran kepada Rambozzi® untuk dimuatkan ke dalam ruangan 'D.I.Y' di dalam majalah mereka. Wah! Ini satu peluang yang memang Rambozzi® takkan lepaskan! Hahahaha! Rambozzi® rasa sangat teruja, sangat gembira dan ahhh susah nak cakap la hahaha! Aduh... Ini sesuatu yang di luar jangkaan Rambozzi®... Memang Rambozzi® tak sangka langsung... Ini satu khabar gembira buat Rambozzi®...
Jadi... Pihak majalah ini telah meminta Rambozzi® buatkan satu perabot secara 'D.I.Y' - khusus untuk ruangan 'D.I.Y' di dalam majalah itu. Dan mereka akan datang membuat sesi penggambaran untuk proses pembuatannya. Dalam erti kata mudah, "dorang nak datang ambik gambar Rambozzi® tengah 'woodworking'!" Heh heh heh heh heh heh...
Jadi, Rambozzi® cakap, "OK, boleh sangat. Rambozzi® sangat berminat. Jadi, 'you' nak Rambozzi® buat apa?"
Dia cakap, "'Bench' pun OK, sesuai untuk konsep perabot 'outdoor' dan asalkan mudah untuk pembaca majalah kami cuba membuatnya sendiri...".
Rambozzi® tak cakap banyak terus ya kan je la hehehe. Rambozzi® rasa, tak susah sangat...kot. Rambozzi® tunjukkan 'design' yang Rambozzi® rasakan agak mudah dan ringkas kepadanya - dan dia bersetuju.
Ok. Jadi. So. Tanpa membuang masa lagi - dengan penuh semangat dan senyuman "di bibir" dan juga "di hati" - jom mulakan 'woodworking' kali ini - Bara Rambozzi®. Heh heh heh heh...
"Nama Bara Rambozzi® itu Rambozzi® pilih sebab projek ini telah membuatkan "hati dan perasaan" Rambozzi® sangat "membara". Dan secara kebetulan pula, ketika Rambozzi® sedang 'woodworking' untuk projek ini, Rambozzi® memang sedang layan lagu Bara - nyanyian siapa lagi kalau bukan Awie! Hahahahaha..."
Ok. Rambozzi® mulakan dengan memotong kayu² di atas kepada saiz² yang diperlukan untuk projek ini. Bara Rambozzi® ini tidaklah besar sangat. Emmm....jap Rambozzi® cari balik di mana 'design' SketchUpnya tu...
Rambozzi® pilih warna merah itu sebab warna itu adalah warna "cinta" dan "hati" Rambozzi®. Warna merah itu adalah "bara cinta" Rambozzi®. Warna merah itu adalah "semangat hati" Rambozzi. Warna merah itu juga adalah "kesayangan" Rambozzi®. Warna merah itu adalah "my woodworking", "my heart", "my love"...
Ok. Seperti biasa, Rambozzi® akan bina 'bench' ini dengan menggunakan teknik 'pocket hole joinery'. Tidak kisahlah sama ada menggunakan KREG® Jig K5 seperti di dalam gambar di atas ataupun KREG® Jig R3. Kalau beberapa tahun yang lalu, produk KREG® ini memang agak sukar untuk didapati di Malaysia. Tapi sekarang produk ini sudah mula "membanjiri" pasaran Malaysia dengan harga mampu milik. KREG® Jig ini adalah antara 'tools' yang memang khusus untuk kerja² 'woodworking' secara 'D.I.Y'.
Jadi, Rambozzi® tebuk terlebih dahulu lubang² 'pocket hole'.
Mula² Rambozzi® akan pasangkan kayu² untuk bahagian kaki 'bench' ini dahulu. Sebatang kayu Rambozzi® letakkan di antara kayu² yang akan membentuk kaki ini sebagai 'spacer' supaya jaraknya sama. Rambozzi® gam dan skrukan kesemua kayu di atas.
Ok. Gambar di atas adalah 2 bahagian kaki untuk 'bench' ini.
Di bahagian bawah 'bench' ini ada satu rangka yang berfungsi sebagai ermmm... ok ini agak bermasalah untuk Rambozzi® berikan istilah yang tepat hehehehehe. Bahagian rangka itu akan menguatkan struktur binaan 'bench' ini. Di bawah setiap kayu untuk tempat duduk akan diskrukan sebatang kayu sebagai penguat agar ia dapat menampung beban penggunanya nanti.
Kesemua bahagian kayu untuk bahagian bawah 'bench' ini dipasang dengan menggunakan gam kayu dan skru juga. Kemudian bahagian ini digam dan diskrukan pula ke kaki 'bench', dan juga ke bahagian tempat duduknya. Rambozzi® yakin, binaan ini cukup kuat dan teguh.
Ok. Itulah proses pemasangan untuk 'bench' ini. Memang sangat ringkas dan mudah. Tidak ada sebarang teknik yang sukar untuk diikuti. Satu teknik pemasangan yang sangat asas.
Seterusnya, Rambozzi® 'sanding' keseluruhan 'bench' ini dengan menggunakan kertas pasir grit 240. Sekarang tibalah masanya untuk proses mengecat pula. Rambozzi® tampalkan terlebih dahulu 'masking tape' di kayu² yang tidak akan dicat - supaya tidak terkena cat pula nanti.
Rambozzi® mulakan dengan menyapu satu lapisan cat 'undercoat' terlebih dahulu. Rambozzi® nak dapatkan warna merah yang 'solid' dan berkilat. Ok. Ini adalah antara teknik Rambozzi® - yang paling banyak ditanya oleh pembaca blog Rambozzi® ini. Kali ini Rambozzi® akan tunjukkan langkah² yang Rambozzi® gunakan. 'Step-by-step'.
Selepas kering lapisan 'undercoat' tadi, Rambozzi® 'sanding' pula dengan menggunakan 'sanding block' grit 150. Kemudian, Rambozzi® cat pula lapisan pertama cat minyak berwarna merah. Rambozzi® biarkan ia kering selama 6 jam. Kemudian, Rambozzi® 'sanding' lapisan pertama cat tadi dengan 'sanding block' grit 150.
Gambar di atas menunjukkan hasilnya selepas lapisan pertama cat tadi di'sanding'.
Rambozzi® cat pula lapisan kedua. Dapat dilihat dengan jelas di dalam gambar di atas, hasil catnya semakin cantik, halus dan berkilat. Tapi jika dirasa dengan tangan, masih terasa sedikit kasar permukaannya kerana masih ada buih² di dalam kayu yang timbul dari permukaan kayu itu. Ok. Lapisan kedua cat ini Rambozzi® biarkan kering selama 6 jam juga.
Kemudian, Rambozzi® 'sanding' sekali lagi tetapi kali ini dengan menggunakan 'sanding block' grit 240 pula. Gambar di atas menunjukkan kesannya apabila lapisan kedua cat itu di'sanding'. Oh ya! Tidak perlulah di'sanding' dengan kasar sehingga tertanggal catnya. Cukup dengan gosokan yang halus untuk merata dan melicinkan permukaan kayu sahaja.
Dan Rambozzi® cat pula lapisan ketiga. Kali ini hasilnya cukup memuaskan hati Rambozzi®. Cukup halus, licin, sekata dan berkilat.
Sebenarnya, ini teknik Rambozzi®. Ada 'woodworker' yang boleh mendapat hasil cat yang cantik dengan hanya satu lapisan cat sahaja! Oh! Rambozzi® masih belum sampai ke tahap itu! Heh heh heh heh.....
...behind the scene...
Ok. Untuk 'entry' kali ini, Rambozzi® nak "belanja" beberapa gambar Rambozzi® heh heh heh heh. Rambozzi® malu juga sebenarnya, tapi ini adalah sesuatu yang amat "besar" bagi Rambozzi®. Rambozzi® nak "abadikan" kenangan "keindahan" pengalaman ini di dalam blog Rambozzi® ini. Sesi penggambaran ini adalah sesuatu yang "sangat berharga" bagi Rambozzi®. Ini adalah satu pengalaman yang "tak akan Rambozzi® lupakan".
Rambozzi® kongsikan beberapa gambar 'behind the scene' ketika penggambaran ini dijalankan. Lihat gambar di atas, Rambozzi® nie tidaklah "sekatang" Rambo tu heh heh heh heh. Kecik je Rambozzi® nie... Sebab tu, Rambozzi® tidak pernah tunjukkan gambar Rambozzi® di dalam blog ini, apatah lagi di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Pernah sekali je dulu, tapi Rambozzi® dah 'delete'. Rambozzi® malu. Hahahahahahaha....
Rambozzi® hanya mengikut sahaja 'skrip' yang sudah disediakan oleh 'crew' majalah ini. Rambozzi® biarkan mereka bekerja dengan cara mereka dan Rambozzi® berikan kerjasama yang sebaik mungkin.
Ok, berpandukan gambar di atas, itulah 'attire' Rambozzi® ketika 'woodworking'. Pakaian ketika 'woodworking' juga perlu dijaga ya, puan². Kita tak boleh pakai pakaian yang bertali², atau labuh, atau kemeja lengan panjang yang tidak disinsing lengannya, kerana ada risiko pakaian yang 'loose' sebegitu akan termasuk ke dalam putaran 'power tools' yang sedang berputar pada kelajuan yang tinggi. Itu juga antara faktor keselamatan yang perlu diambil kira di dalam kerja² yang melibatkan penggunaan mesin berbahaya seperti di dalam 'woodworking' ini. Dan ya. Jangan cuba² la nak pakai kain pelikat kalau tengah buat 'woodworking' ya! Jangan! 'Please' jangan! Dibuatnya kain pelikat tu terbelit kat mata 'circular saw' (sebagai contoh) - aduh memang boleh hilang terus kain tu dimakan dek mata gergaji tu, bro! Hahahahaha! Naya nanti! Bala bala bala...
"Bara yang panas membara
Sanggup kugenggami jua
Namun kutempuhi dengan rela
Tak kupeduli..."
Ok. Memang agak "membara" warna merahnya. Sebuah 'bench' yang "sangat cantik di mata Rambozzi®". Sangat ringkas dan sangat kemas - bagi Rambozzi® la kan hehehe. Dan ya, sangat Rambozzi®!
Rambozzi® amat berpuas hati dengan Bara Rambozzi® ini. Projek ini memang tidak susah. Projek seperti ini boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Projek ini hanya pada tahap "amatur" sahaja. Rambozzi® masih "amatur". Ini adalah yang terbaik yang boleh Rambozzi® berikan sesuai dengan kepakaran Rambozzi® setakat hari ini. Masih terlalu banyak yang perlu Rambozzi® pelajari. Masih terlalu banyak kelemahan di dalam kerja² 'woodworking' Rambozzi®. Masih terlalu banyak...
Ok. Di kesempatan ini, Rambozzi® ingin merakamkan jutaan TERIMA KASIH kepada Cik Azimah dan Abang Jasmi atas peluang yang diberikan kepada Rambozzi® ini. Sebarang keputusan untuk memasukkan projek ini ke dalam majalah mereka adalah di luar bidang kuasa Rambozzi®. Kalau hasil kerja ini sesuai untuk dimuatkan ke dalam majalah mereka, ini adalah satu penghormatan kepada Rambozzi®. Kalau projek ini tidak menepati konsep yang mereka kehendaki, Rambozzi® berpuas hati dapat memberikan kerjasama yang terbaik kepada mereka.
Sekarang, Rambozzi® hanya perlu tunggu sahaja sehingga Bara Rambozzi® ini muncul di dalam majalah mereka. Harapan Rambozzi® agar projek ini akan disukai dan akan masuk dalam majalah tu la kan heh heh heh heh. Dan kalau muncul di dalam majalah itu nanti, Rambozzi® akan kongsikan di sini. Sebab.....
Di sinilah "dunia" Rambozzi®. Di sinilah "hidup" Rambozzi®. Di sinilah "hati" Rambozzi®. Dan di sini jugalah "cinta" Rambozzi®...
"Semalaman ku tak lena
Bayangmu menjelma..."
"My Heart"
Awie
Bench
Black & Decker®
BOSCH®
Converse CONS
DIY
Kerja Kayu
KREG®
Laman Impiana
Melayu Malaysia
Perabot
Peralatan Pertukangan Kayu
Tips&Tricks
Tools
Woodworking
19 Comments
Sekalung tahniah bro Rambozzi! Selamat maju jaya. Bench tu mmg menarik dan sesuai untuk DIY.
ReplyDeleteTahniah sekali lagi!
Terima kasih byk2!
DeleteIni adalah satu penghargaan dan penghormatan kpd Rambozzi. Ini adalah satu semangat utk Rambozzi teruskan woodworking dan blog ini.
Terima kasih atas sokongan.
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini.
Terima kasih.
Bagus la blog ni. Teruskan menulis dan teruskan perkongsian yg bermanfaat ini.
ReplyDeleteBlog bro Rambozzi boleh di buat bahan rujukan untuk woodworking.
Terima kasih!
DeleteMana2 yang boleh dijadikan rujukan, silakan.
Tapi jangan percaya 100% sebab ini cara kerja Rambozzi heh heh heh...
Terima kasih byk2 atas kesudian membaca blog Rambozzi ini.
As'salam Bro.. dh lama nk tanya, tgk gaya bro punya bengkel diy ni kt dlm rumah jer kan, takde isu gangguan ke kpd jiran2. Tgk rumah mcm area apartment/pangsa jer, org tk komplen ka..?
ReplyDeleteTQ..
R.Y
Waalaikumussalam R.Y
DeleteAduh ko punye soalan.....mcm mana nak jawab ehh...
Macam ni la senang... Potong kayu masa dorang keluar pergi kerja. Jangan buat bising malam2 buta. Sbb buat woodworking guna skru dan cordless drill nie tak bising pun. Bising masa potong kayu kalau guna miter saw atau circular saw je... Heh heh heh heh
Owh.. itu mcm ka, ok clear..
DeleteR.Y
Tahniah!!
ReplyDeleteTumpang tanya..berapa tebal dan lebar kayu?
Terima kasih!
DeleteTebal 3/4" lebar 3 1/2"
Celebrity woodworker pertama malaya..hehe..boleh share kt mne dpt pine baru..recycle pine cutting xsame, mmg ssah kalo xde table saw..
ReplyDeleteCelebrity? Poyo! Heh heh heh heh...
DeleteTry tgk2 dlm komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Tgk dlm ALBUM
salam bro rambozzi, saya as newbies in woodworking mmg admire dgn hasil kerja serta tips and tricks yg bro up kt blog nih...mintak tunuk ajar ye sifu.
ReplyDeleteSalam ejamichi. Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca tulisan² Rambozzi.
DeleteRambozzi juga masih amatur. Mana² yg boleh digunakapakai di dalam blog ini, silakan.
Mana² yang tak boleh pakai tu, buat² tak nampak je lah heh heh heh heh...
saya berminat beli bangku mcm ni berapa harga?
DeleteWassap je Rambozzi 016-9527489 ye.
DeleteTerima kasih.
Saya sangat kagum dengan Rambozzi.. banyak ilmu saya dapat. Terima kasih atas pengalaman yang dikongsikan dlm blog ni.. saya yg sangat amatur pun terasa macam boleh nak buat.. Terima Kasih dan semoga Allah merahmati saudara Rambozzi
ReplyDeleteTerima kasih banyak² atas kesudian bro melawat dan membaca blog Rambozzi ini.
DeleteTerima kasih banyak² atas sokongan bro Wong Lanang.
Rambozzi cuba sebaik mungkin menjadikan blog ini sebagai satu tempat untuk peminat kerja kayu melihat betapa bidang ini amat menyeronokkan.
Rambozzi hanya cuba sebaik mungkin untuk menjadikan dunia woodworking ini satu tempat yang menggembirakan orang lain.
terbaik Boss Rambozzi... niat suci mu & berkongsi ilmu tue yang hanya Allah dpt membalasnya...good luck boss
ReplyDeleteTerima kasih byk atas sokongan bro.
DeleteRambozzi buat semua ni demi minat dan demi Love.
Rambozzi - Woodworking with Love kan...
Hehe peace!