- Rambozzi® Cordless Circular Saw Box


Seperti yang Rambozzi® nyatakan di dalam 'post' sebelum ini, BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI yang Rambozzi® beli baru² ini hanya dibungkus dengan kotak kertas sahaja. Dan Rambozzi® ada nyatakan juga bahawa Rambozzi® nak buat satu kotak khas untuknya. Rambozzi® bercadang nak buat satu kotak yang hampir serupa dengan projek terdahulu iaitu Rambozzi® Drill Box. Ok! Tanpa membuang masa, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® Cordless Circular Saw Box.


Kotak untuk projek kali ini hanya khusus untuk dimuatkan BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI dan BOSCH® Starter Kit 10.8V sahaja. Emm.. mungkin juga satu 'measuring tape'. Dan mungkin sebatang pensel. Dan mungkin satu 'speed square'. Dan apa lagi ye heh heh heh heh heh....

Untuk projek kali ini juga Rambozzi® tidak ada ukuran khusus. Rambozzi® hanya letakkan BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI  dan BOSCH® Starter Kit 10.8V itu di atas kayu² di atas untuk melihat dan mendapatkan sedikit 'idea' tentang saiz yang sesuai untuk kotak ini.


Rambozzi® tidak mengukur secara tepat. Hanya dengan menyusun kayu² di atas, tandakan dan potong kayu² itu menggunakan 'slide miter saw'. Proses² seterusnya hanyalah penyambungan kayu ke kayu yang ringkas dengan menggunakan teknik 'pocket hole joinery'.


Tak banyak yang Rambozzi® nak ceritakan tentang proses pemasangan atau kayu² atau bahagian² yang diperlukan sebab proses kerjanya memang hampir sama dengan proses kerja untuk projek Rambozzi® Drill Box dahulu. 3 bahagian utama untuk projek ini telah siap dipasang seperti yang dapat dilihat di dalam gambar di atas. 'Fokus' Rambozzi® kali ini bukan proses² kerja seperti biasa tetapi lebih kepada penyelesaian masalah yang akan 'hadir' sekejaaap je lagi heh heh heh.


Kotak ini telah siap dipasang dan memang muat² la untuk BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI  dan BOSCH® Starter Kit 10.8V tu. Seterusnya adalah proses memasang penutup ke kotak ini.


Ya! Itulah dia masalahnya! Hahahaha bahagian penutup kotak nie dah terlebih besar la pulak dari kotaknya! Boleh je kalau nak dibiarkan macam tu pun. Tapi kalau kotak ini ditegakkan nanti, ia takkan berdiri dengan stabil di atas lantai. Ia akan senget.

Sebenarnya Rambozzi® dah tahu masalah tu akan terjadi sebab Rambozzi® tidak 'rip to width' kayu² yang Rambozzi® gunakan ke saiz atau lebar yang tepat. Bila kayu² itu dicantumkan, ia akan mengikut lebar kayu yang digunakan dan itulah hasilnya. 

Ok, 'rip to width' tu istilah orang putih. Rambozzi® sebagai A-M-A-T-U-R yang banyak membaca blog² orang putih dan menonton video² orang putih di Youtube memang tak pandai nak menerangkannya di dalam bahasa yang tukang² kita di Malaysia nie gunakan. Jadi, Rambozzi® akan gunakan bahasa² mudah yang Rambozzi® faham sendiri je la heh heh heh. 

'Rip to width' tu adalah proses membelah kayu kepada saiz atau lebar yang tertentu. Paling senang adalah dengan menggunakan 'table saw'. Bila kayu² itu sudah dibelah ke saiz² yang kita nak, dan dicantumkan menjadi 'table top' sebagai contoh, kita boleh dapat saiz yang sangat tepat. Bila kita dapat saiz yang sangat tepat, kita akan dapat satu hasil kerja yang sangat kemas dan cantik.

Kayu² yang kita gunakan nie, kalau kita gunakan seadanya atau guna terus macam tu je tanpa 'diproses' terlebih dahulu ke saiz² tertentu, susah kita nak dapat ukuran yang paling tepat untuk projek² kerja kayu kita. Biasanya Rambozzi® hanya potong mengikut panjang yang Rambozzi® nak sahaja. Rambozzi® buat masa ini tak boleh nak 'proses' kayu² yang Rambozzi® gunakan atas beberapa kekangan. Antaranya, Rambozzi® tiada 'table saw'Rambozzi® juga belum memiliki 'jointer'. 'Table saw' dan 'jointer' adalah antara 'power tools' yang sangat penting untuk mendapatkan saiz² kayu yang tepat. Satu lagi 'power tools' yang sangat berguna adalah 'thicknesser'. Ketiga² 'power tools' ini adalah idaman Rambozzi®.

Kalau dilihat gambar di atas, itu adalah 'akibatnya' bila kayu² yang Rambozzi® gunakan tidak 'diproses' dengan betul. Susah nak dapatkan ukuran yang Rambozzi® nak. Tapi itu bukan penghalang bagi Rambozzi®Rambozzi® boleh cuba cara lain. Tapi kayu² itu tidak akan 'seragam' atau sama lebarnya. Rambozzi® cuma boleh dapatkan saiz yang Rambozzi® nak tapi bukan setiap masa. Ia bergantung pada sambungan kayu yang Rambozzi® buat juga nanti.


Berbalik kepada masalah tadi, Rambozzi® akan cuba 'trim' sedikit lebihan kayu pada penutup kotak nie supaya ia 'flush' atau sama aras atau 'level' dengan kotak itu. Untuk tujuan itu, seperti biasa, - dengan menggunakan apa yang Rambozzi® ada buat masa ini iaitu 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'flush trim router bit' Rambozzi® akan cuba samakan penutup itu dengan kotaknya. Menggunakan 'mini router/trimmer' untuk operasi seperti ini agak memakan masa, memerlukan beberapa potongan atau 'trim' untuk selesai dan juga sangat berbahaya!


Ok, lihat gambar di atas dan perhatikan hasilnya setakat ini.Separuh daripada lebihan kayu pada penutup kotak telah berjaya di'trim'. Ini kelebihan menggunakan 'mini router/trimmer'. Ia sangat tepat dan 'flush' dengan kotak. Separuh lagi belum habis di'trim'. Sengaja Rambozzi® biarkan dahulu untuk tunjukkan perbedaannya (halamak bahasa...heh heh heh).


Dan itulah hasilnya bila siap di'trim'. Sangat kemas dan sangat memuaskan hati.


Lihat hasilnya. Setiap kali Rambozzi® melakukan operasi seperti itu, Rambozzi® rasa sangat 'woodworker'. Tapi, kalau nak lebih lagi rasa 'woodworker', gunakan ketam kayu (bukan 'power planer'). Itu lebih tradisional, lebih lama tapi lebih terasa 'feel'nya sebagai seorang 'woodworker'.


Seterusnya Rambozzi® akan 'rout' sedikit di sekeliling penutup kotak tadi untuk mendapatkan sisi yang agak bulat dan tidak tajam. Rambozzi® gunakan 'mini router/trimmer' juga tapi kali ini ia dipasang pula dengan 'roundover router bit' seperti di dalam gambar di atas.


Ok, siap penutup untuk kotak ini. Lihat gambar di atas, itu adalah hasilnya selepas di'rout' tadi. Ini juga adalah satu lagi proses atau operasi yang bila setiap kali dilakukan, Rambozzi® dapat merasa nikmat atau 'feel' sebagai seorang 'woodworker'.


Kotak ini sudah siap sepenuhnya. Seterusnya Rambozzi® nak pasangkan beberapa alatan atau 'furniture fittings' untuk kotak ini. Oh ya, sebelum itu, Rambozzi® terlebih dahulu 'sanding' kotak ini untuk mendapatkan lebih kehalusan pada kayunya. Sebab kalau dah dipasangkan kesemua 'furniture fittings' di atas, agak susah nak 'sanding' dengan sekata dan kemas.


Mula² sekali, Rambozzi® pasangkan dahulu engsel untuk kotak ini.


Kemudian Rambozzi® pasangkan pula 'bag clip' sebagai pengunci penutup kotak.


Kemudian Rambozzi® pasangkan 'drawer knob' untuk memudahkan penutup dibuka.


Di bahagian dalam kotak, Rambozzi® pasangkan 'lid stay' untuk mengelakkan penutup kotak daripada terbuka terus hingga ke belakang.


Dan Rambozzi® pasangkan juga pemegang yang sama 'design'nya dengan Rambozzi® Drill Box dahulu.


Dan akhir sekali, Rambozzi® pasangkan juga 'furniture glides' yang sama seperti Rambozzi® Drill Box dulu sebagai tapaknya yang juga boleh berfungsi untuk memudahkan kotak ini ditolak di atas lantai atau karpet dengan licin dan lembut. (...sebenarnya 'furniture glides' tu Rambozzi® cabut daripada Rambozzi® Drill Box yang dulu tu sebab dah habis dan Rambozzi® malas nak pergi beli yang baru heh heh heh heh...)



Dan siaplah Rambozzi® Cordless Circular Saw Box nie!





Kesemua 'tools' yang Rambozzi® nak masukkan ke dalam kotak ini 'berjaya' dimasukkan dengan selesanya hehehehe... Tapi, Rambozzi® rasa, Rambozzi® nak buat 'divider' di bahagian dalam kotak ini untuk memastikan barang² itu duduk di tempatnya dan tidak bergerak² bila kotak ini dibawa ke mana². Itu akan Rambozzi® 'update'kan kemudian. Sekarang, Rambozzi® nak sapukan beberapa lapisan 'tung oil' ke kotak ini sebagai kemasannya.


Rambozzi® Cordless Circular Saw Box nie adalah satu lagi projek 'woodworking' yang amat menyeronokkan bagi Rambozzi®. Ia tidak susah untuk dibuat.

Sekarang, Rambozzi® dah ada 2 kotak seperti ini. Rambozzi® rasa, Rambozzi® akan buat lagi kotak² seperti ini untuk lain² 'power tools' ataupun 'hand tools' milik Rambozzi®.

Sekarang, Rambozzi® boleh keluar dengan bergaya kalau nak ke kedai² kayu untuk membeli stok kayu.

Kalau ada di antara pembaca blog Rambozzi® nie yang 'terjumpa' seorang lelaki membawa kotak seperti ini di kedai² makan, atau gerai² jual kebab, atau mana² 'hyper market', atau kat mana² je lah, - jangan pelik, jangan takut, jangan lari - dia adalah Rambozzi®. Sebab kotak² ini terlalu 'sayang' untuk ditinggalkan 'bersendirian' di rumah heh heh heh heh heh.....

1 Comments