- Assignment Box Cikgu Sue


Rambozzi® tak pernah tahu, wujudnya kotak untuk dimasukkan kertas² 'assignment' oleh pelajar sebab Rambozzi® tak belajar tinggi sangat. Sekolah pun tinggi 3 tingkat je heh heh heh. Tapi bila Cikgu Sue menghubungi Rambozzi® dan meminta Rambozzi® buatkan 2 buah kotak untuk dimasukkan kertas² 'assignment'Rambozzi® rasa hairan sekejap. Sebabnya, Cikgu Sue nakkan kotak tu berkunci. Rambozzi® terfikir, kalau pelajar² tu dah 'submit' kertas² 'assignment' dorang, adakah mereka akan 'berusaha' mendapatkannya kembali untuk buat sebarang perubahan, tambahan atau nak jual kertas 'assignment' pelajar lain ke pasaran gelap? Heh heh heh... Ntah, hal² budak² kat U nie Rambozzi® memang tak pernah tahu. Tapi Rambozzi® nak cuba buat 2 kotak yang Cikgu Sue nie untuk memudahkan Cikgu Sue mengutip kertas² 'assignment' dari pelajar²nya. Rambozzi® tunjukkan contoh 'design' kotak yang Rambozzi® rasa boleh buat kepada Cikgu Sue dan Cikgu Sue setuju.

Jadi, sebelum pelajar² tu siapkan 'assignment' dorang, jom mulakan 'woodworking' untuk kali ini - Assignment Box Cikgu Sue.


Rambozzi® mulakan projek kali nie dengan bahagian yang paling susah sekali bagi Rambozzi® iaitu bahagian depan kotak yang ada lubang untuk dimasukkan kertas² 'assignment'. Kayu² di atas Rambozzi® akan potong sedikit bentuk lengkungan.


Mula² sekali tandakan di atas kayu tempat yang akan dipotong bentuk lengkungan tu. Untuk memudahkan kerja, Rambozzi® akan tebuk 2 lubang di atas setiap kayu tu.


Kayu yang Rambozzi® 'clamp'kan ke 'drill press table' tu sebenarnya berfungsi sebagai 'stop block' untuk memastikan kesemua lubang ditebuk di tempat yang sama.


Kemudian, Rambozzi® potong sedikit kayu² tadi betul² di bahagian atas bulatan tadi menggunakan 'miter saw'.


Ok, tujuan Rambozzi® membuat 2 operasi di atas tadi adalah untuk memudahkan kerja² memotong bentuk lengkungan menggunakan 'jigsaw'. Bulatan yang ditebuk di 'drill press' tadi sebenarnya 'menyelamatkan' Rambozzi® untuk memotong bentuk bulatan, sebab kalau menggunakan 'jigsaw', agak susah untuk mendapatkan bentuk bulatan yang sempurna. Seterusnya, Rambozzi® hanya perlu memotong satu garisan lurus bermula dari lubang yang pertama sampai ke lubang yang seterusnya di atas kayu tadi.



Rambozzi® hanya potong secara kasar ke garisan yang Rambozzi® lukis itu sahaja. Untuk memastikan garisan² tu lurus dan tepat ke garisan yang telah ditanda, Rambozzi® akan gunakan 'drum sander' yang dipasangkan ke 'drill press' pula.


Proses tadi Rambozzi® hanya lakukan ke atas sebatang kayu sahaja. Untuk kayu² yang lain, Rambozzi® akan 'copy' menggunakan kayu yang siap dibentuk tadi, dan 'route' menggunakan 'mini router/trimmer'. Ini akan memastikan kita mendapat bentuk lengkungan yang sama ke semua kayu yang hendak dibentuk.


Bila dah berjaya memotong bentuk lengkungan tu, barulah Rambozzi® boleh memotong bahagian² lain yang diperlukan, dan tebuk pula lubang² 'pocket hole' untuk proses pemasangan nanti.


Seterusnya Rambozzi® cantumkan bahagian² kayu seperti di dalam gambar di atas untuk dijadikan 'muka depan' kotak nie heh heh.


Kayu² di atas adalah untuk bahagian atas dan bawah kotak.


Dan kayu² di atas pula adalah untuk bahagian tepi kotak.


Ok, dah siap cantum kesemua bahagian kayu yang diperlukan.


Kesemua bahagian kayu tadi akan dipasang dengan menggunakan teknik 'pocket hole joinery' kecuali untuk bahagian bawah kotak, Rambozzi® akan skrukan terus dari bawah. Rambozzi® tebuk dahulu lubang² 'pilot hole' untuk skru dan 'countersink'kan lubang² tu.


Ok, bahagian² kayu tadi Rambozzi® cantumkan kecuali bahagian bawahnya. Sebab Rambozzi® nak pasangkan dulu pintu di bahagian belakang kotak. Kalau pasang terus bahagian bawah kotak nie, susah nak pasang pintu nanti.


Gambar di atas menunjukkan engsel dan pengunci yang akan digunakan untuk kotak² tu. Rambozzi® juga pasangkan satu pemegang di atas setiap kotak untuk memudahkan Cikgu Sue membawa kotak² nie nanti.


Ok, siap pasang pintu dan penguncinya.


Selepas itu, barulah Rambozzi® pasangkan bahagian bawah kotak. Jika dilihat gambar di atas, luas lubang di bahagian depan kotak adalah mengikut ukuran yang Cikgu Sue nak, iaitu muat² untuk dimasukkan kertas² 'assignment' bersaiz A4. Jangan cuba la nak masukkan kertas bersaiz A3 heh heh heh...


Di dalam bahagian dalam kotak juga Rambozzi® pasangkan 'magnet' tu yang berfungsi untuk merapatkan pintu ke kotak, juga berfungsi sebagai 'stop' untuk mengelakkan pintu tu termasuk jauh ke dalam kotak pula nanti.



Siap 2 buah Assignment Box Cikgu Sue. Kotak² nie Rambozzi® akan 'sanding' dulu sebelum dicat dengan menggunakan 'clear polyurethane varnish'Rambozzi® rasa, 2 lapisan 'varnish' dah cukup tapi tengok la nanti macam mana...


Ok, siap Assignment Box Cikgu SueRambozzi® harap kotak² nie akan membantu memudahkan tugas Cikgu Sue. Dan Rambozzi® harap para pelajar Cikgu Sue tak cuba nak mengambil semula kertas² 'assignment' dorang sebab kat dalam kotak tu Rambozzi® ada letakkan 'jerangkap samar' untuk memerangkap tangan mereka heh heh heh heh heh...


0 Comments