"...adakalanya menitis airmata Rambozzi® melihat 'kedaifan' 'drill press' milik Rambozzi® yang tidak terurus dan bagai kurang belaian kasih sayang...Hati mana yang tidak tersentuh..."
Rambozzi® rasa, Rambozzi® nie boleh jadi penulis novel cinta satu hari nanti heh heh heh. Ok, sebenarnya Rambozzi® memang 'tak berapa sayang' 'drill press' nie sebab ia ada banyak kelemahan yang melambatkan kerja² Rambozzi®. Tapi dalam masa yang sama, - dalam keadaannya yang serba kekurangan - ia masih menjadi antara 'tools' yang sangat penting dan sangat berguna pada Rambozzi®.
Lihatlah keadaannya, hanya diskrukan ke sekeping 'chipboard' terpakai yang dipasangkan 4 roda kerusi, juga terpakai. Tapak ini terlalu kecil untuknya dan kadang² 'drill press' yang agak berat ini tidak stabil kedudukannya. 'Drill press table' juga dibuat dari 'chipboard' terpakai.
Rambozzi® rasa, sudah tiba masanya Rambozzi® melakukan 'sesuatu' kepada 'drill press' nie. Transformasi harus dilaksanakan dalam masa terdekat heh heh. 'Plan' Rambozzi® adalah nak buat satu tapak yang lebih cantik dan kukuh dan tukar 'drill press table' tu. Mungkin ia dalam bentuk sebuah meja atau rak yang beroda dan ada ruangan simpanan. Ok, itu adalah 'plan'nya, sekarang, jom mulakan 'woodworking' untuk kali ini - Rambozzi® Drill Press Station.
"Asalnya Rambozzi® nak letak namanya sebagai 'Drill Press Table'. Tapi 'drill press table' adalah bahagian yang bertanda anak panah dalam gambar kat atas tu..."
Rambozzi® akan gunakan kayu² lebihan dari projek² sebelum ini. 2 batang kayu yang bertanda anak panah di dalam gambar di atas itu sebenarnya kayu terpakai yang Rambozzi® 'jumpa' kat mana ntah... Kayu tu sebenarnya adalah tapak untuk tempat sidai kain yang ada dijual di kedai² tu...
Mula² sekali Rambozzi® nak buat tapak untuk Rambozzi® Drill Press Station nie. Kayu² di atas telah dipotong ke saiz yang Rambozzi® nak, dan ditebuk lubang² 'pocket hole' dahulu.
Kesemua kayu² tadi digam dan diskrukan menjadi satu rangka atau 'frame' seperti di dalam gambar di atas.
Sekeping 'plywood' akan ditampal ke atas rangka ini supaya ia menjadi table top'. 'Plywood' di dalam gambar di atas hanya setebal 3mm dan boleh dipotong hanya dengan menggunakan pisau 'cutter' tu. 'Plywood' itu Rambozzi® potong lebih besar daripada luas rangka kayu itu sebab Rambozzi® akan 'trim' pula lebihan 'plywood' itu nanti. 'Aluminium' itu pula Rambozzi® jadikan sebagai pembaris sebab kalau Rambozzi® guna pembaris panjang milik Rambozzi®, mata pisau yang tajam boleh menghiris dan mengikis pembaris panjang Rambozzi®. Sayang la kan.. 'Aluminium' tu takpe la kalau nak terhiris terkikis pun, Rambozzi® tak sayang sangat heh heh heh.
'Plywood' itu Rambozzi® akan gamkan ke rangka kayu tadi menggunakan gam seperti di dalam gambar di atas. Gam jenis itu dipanggil 'contact cement' atau 'contact adhesives'. Perkataan 'contact' itu sendiri sudah cukup menggambarkan bagaimana gam jenis ini berfungsi. Kedua² permukaan yang hendak dilekatkan perlu disapukan dengan gam ini. Bila 2 permukaan yang disapu gam ini 'bertemu' ('contact'), maka ia akan melekat dan bercantum dengan sangat kuat sehingga amat sukar untuk dileraikan lagi 'sebuah pertemuan' itu heh heh heh heh...Memang Rambozzi® boleh tulis novel cinta la tak lama lagi...
Rambozzi® tuangkan gam itu ke atas rangka kayu tadi dan akan sapu sehingga rata ke keseluruhan permukaan rangka itu dengan menggunakan 'squeegee' (nama dia ke tu?...) yang berwarna hijau tu.
Ok, kedua² permukaan itu sudah disapukan gam. Apabila dilekatkan nanti, Rambozzi® akan 'staple' pula dengan menggunakan 'staple gun' seperti di dalam gambar di atas. 'Staple gun' itu agak unik, sebab ia juga boleh dimasukkan 'brad nails' ke dalamnya. Oh ya, sebenarnya Rambozzi® juga memiliki 2 buah 'electric nail gun'. Tetapi 1 dah rosak. Dan yang satu lagi tu pula terlalu 'power' untuk 'plywood' senipis ini. Sebab itu Rambozzi® gunakan 'staple gun' tu, dia tak 'power' sangat.
Dan sebelum Rambozzi® terlupa, selepas disapukan gam ke atas kedua² permukaan tu, biarkan ia kering lebih kurang 3 - 7 minit. Bila dah kering barulah boleh dilekatkan sesama mereka. Dan kita kena berhati² semasa nak melekatkan antara 2 permukaan itu, sebab bila ia dah melekat, ia akan melekat dengan sangat kuat dan tak boleh nak dicabut² dah. Kalau dipaksa cabut juga, 'plywood' itu akan terkoyak.
Ok, disebabkan 'staple gun ' itu tidak 'power' sangat, maka 'brad nails' yang 'ditembak' ke atas 'plywood' itu tidak dapat masuk sepenuhnya ke dalam kayu yang lebih keras. Tapi takpe, Rambozzi® boleh ketuk 'brad nails' itu dengan tukul. Ada seorang kawan Rambozzi® cakap, "Ek eleh leceh betul la buat keje mcm nie. Nak kena gam, kena staple, pastu tu kena ketuk pulak. Tak sanggup I!!! Hiisshh I tak suka la!!!".
Takpe, Rambozzi® sanggup. Semasa Rambozzi® mula jadi 'woodworker' dulu, Rambozzi® tahu, kerja ini bukan senang kalau nak dapatkan hasil yang terbaik dan cantik. Kalau setakat nak dapatkan hasil kerja yang 'cincai', bila² dan sesiapa pun boleh buat. Tapi nak dapatkan hasil kerja yang kemas dan cantik, bagi Rambozzi®, ia memerlukan kerajinan, kesanggupan dan pengorbanan. Rambozzi® masih amatur, sama seperti mula dulu, tetapi Rambozzi® sanggup berusaha mengemaskan lagi hasil kerja Rambozzi®. Kecacatan dan keburukan di dalam hasil kerja Rambozzi® masih ada, tapi Rambozzi® sentiasa berusaha menutup setiap kelemahan itu dengan belajar dari pengalaman.
Ok, sekarang Rambozzi® nak ketuk 'brad nails' yang timbul tadi dengan menggunakan semua tukul dan pengetuk di atas heh heh heh heh.
Selesai proses mengetuk. Seterusnya Rambozzi® nak 'trim' lebihan 'plywood' di sekeliling rangka di atas supaya ia 'flush' atau sama dengan rangka kayu. Untuk tujuan itu, Rambozzi® gunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'flush trim router bit'.
Ok, dah siap 'trim'. Sebenarnya, antara tujuan Rambozzi® menggunakan kayu terpakai dari tapak tempat sidai kain tu adalah untuk mendapatkan bentuk seperti di dalam gambar di atas. Jadi, ada la sedikit 'design'nya kan heh heh heh.
Seterusnya Rambozzi® nak buat pula bahagian utama untuk projek ini iaitu tapak untuk 'drill press' ini, yang ada roda, ada 'drawer' dan menjadi sebuah 'station'. Kayu² di atas adalah untuk bahagian itu. Kayu yang bertanda bintang itu adalah dari projek Rambozzi® Candle Holder yang tak menjadi sebelum ini hahahahaha.
Kayu² itu juga Rambozzi® tebuk lubang² 'pocket hole' terlebih dahulu untuk proses pemasangan nanti.
Ok, sebenarnya kayu² itu adalah kayu lebihan dari projek² terdahulu. Rambozzi® rasa sayang nak buang. Sebab itu Rambozzi® guna semula tapi terpaksa la disambung²kan heh heh heh. Untuk projek pakai sendiri boleh la nak buat macam nie...
Ok, kesemuanya siap digam dan diskrukan menjadi tapak untuk projek ini. Tengok kayu yang bertanda bintang tu, 'berjaya' digunakan heh heh heh. Sebenarnya, kayu itu terpaksa Rambozzi® letakkan di tengah² tapak itu sebab Rambozzi® takut beban dari 'drill press' yang berat mungkin akan merobohkan 'table top'. Jadi, Rambozzi® rasa, baik Rambozzi® berhati². Tapi, ruangan untuk 'drawer' sudah menjadi kecil. Takpe, Rambozzi® akan cuba buat 2 buah 'drawer' yang kecil hehehe.
Seterusnya Rambozzi® skrukan 'table top' tadi ke atas bahagian tapaknya. Oh ya, sekeping lagi rangka yang ada anak panah tu pula untuk bahagian bawah. Rambozzi® terlupa nak ambil gambar tadi. Sorry ye... Heh heh heh
Dan Rambozzi® gam, skru dan cantumkan kesemuanya. Rambozzi® bercadang nak pasangkan 4 biji roda atau 'caster' yang tahan lasak untuk 'station' nie sebab 'drill press' tu agak berat. Roda yang Rambozzi® gunakan sebelum ini adalah khusus untuk kerusi. Boleh juga digunakan tapi Rambozzi® nak gunakan 'caster' yang lebih tahan lasak.
Seterusnya, Rambozzi® pasangkan pula 4 biji 'caster' seperti di dalam gambar di atas. 2 daripada 4 'caster' itu boleh dikunci atau di'lock'.
Ok, sebenarnya projek ini boleh dianggap siap setakat proses tadi. Tapi, Rambozzi® rasa, Rambozzi® nak cantikkan ia sedikit lagi, terutamanya bahagian 'table top'nya. Untuk tujuan itu, Rambozzi® akan gunakan 'wood veneer' yang sudah lama Rambozzi® beli, tapi tidak berapa digunakan. 'Wood veneer' itu adalah dari pokok nyatoh, Cina kedai tu cakap la, bukan Rambozzi® heh heh heh. 'Wood veneer' itu akan Rambozzi® tampalkan ke atas 'table top', dan kalau ada lebihan mungkin Rambozzi® akan tampal juga di sekelilingnya sebagai 'edging'. Proses menampal 'wood veneer' ke 'table top' adalah sama seperti proses menampal 'plywood' itu tadi. Juga dengan menggunakan contact cement' atau 'contact adhesives'. 'Wood veneer' itu agak nipis dan boleh digunting sahaja untuk mendapatkan saiz yang kita nak.
Rambozzi® tampalkan 'wood veneer' itu ke tengah² 'table top'. Untuk memastikan 'wood veneer' itu melekat dengan kemas dan sekata ke atas 'table top', Rambozzi® tekan dan tolak ia dengan menggunakan 'art roller' seperti di dalam gambar di atas. 'Art roller' seperti itu boleh didapati di mana² kedai buku.
Sementara nak menunggu 'wood veneer' tadi kering dan melekat dengan kemas ke atas 'table top', Rambozzi® nak buat pula 2 buah 'drawer' untuk Rambozzi® Drill Press Station nie. Kayu² di atas telah dipotong ke saiz² yang diperlukan dan akan ditebuk 'pocket hole' pula.
Rambozzi® akan gunakan KREG® Micro Pocket Drill Guide untuk mendapatkan lubang² 'pocket hole' yang lebih kecil untuk 'drawer' yang kecil.
Disebabkan ruangan di dalam 'drawer' itu agak sempit, maka tidak banyaklah peralatan yang boleh disimpan di dalamnya. Hanya beberapa peralatan asas yang khusus untuk 'drill press' ini sahaja. Takpelah tak boleh nak simpan banyak barang pun, yang penting 'drawer' tu kiut heh heh heh.

Proses seterusnya hanyalah proses pemasangan yang ringkas dan mudah. Hanya gam dan skrukan sahaja menjadi 2 buah 'drawer'. Rambozzi® akan pasangkan juga 'drawer knobs' ke kedua² 'drawer' ini nanti.
Ok, 'wood veneer' tadi telah kering dan melekat dengan kemasnya ke atas 'table top' tu. Bahagian sisi 'table top' ini juga Rambozzi® tampalkan 'wood veneer'. Hmmm...boleh tahan la hasilnya kan? Heh heh heh heh...
2 buah 'drawer' tadi dimasukkan ke ruangannya. Oh ya, 'drawer' itu hanya dimasukkan ke dalam ruangan itu tanpa menggunakan sebarang 'drawer slides'. Sangat ringkas dan mudah. 'Drawer knobs' juga telah siap dipasangkan, ia juga diperbuat daripada kayu. Rambozzi® rasa, kenalah dengan konsep untuk projek kali ini, iaitu kayu.
Kesemua bahagian atau sisi yang terdedah menampakkan kayu atau 'plywood' Rambozzi® tutup atau tampalkan dengan 'wood veneer' sebagai 'edging'. Kecuali bahagian dinding untuk tapak yang sengaja Rambozzi® biarkan terdedah untuk menampakkan kecantikan ira kayu itu. Proses seterusnya adalah 'sanding'. Rambozzi® hanya akan 'sanding' dengan menggunakan kertas pasir 220 grit kerana permukaan kayu dan 'wood veneer' itu sendiri sudah cukup halus. Sedikit 'sanding' sahaja lagi untuk lebih halus dan kemas. Rambozzi® Drill Press Station nie Rambozzi® tak akan cat dengan apa² kemasan. Rambozzi® hanya akan sapukan 2 atau 3 lapisan 'tung oil' sahaja.
Disebabkan ruangan di dalam 'drawer' itu agak sempit, maka tidak banyaklah peralatan yang boleh disimpan di dalamnya. Hanya beberapa peralatan asas yang khusus untuk 'drill press' ini sahaja. Takpelah tak boleh nak simpan banyak barang pun, yang penting 'drawer' tu kiut heh heh heh.
Bila dah siap macam nie, Rambozzi® rasa cantik sangat la pulak untuk diletakkan 'drill press'. Ya, Rambozzi® rasa projek ini sangat cantik! Tidak, Rambozzi® tak puji diri sendiri, itu adalah kenyataan yang perlu kita terima di dalam kehidupan ini. Walau sepahit manapun kenyataan itu, terpaksa kita telan jua. Mungkin pedih dan perit di dalam hati, tetapi kehidupan dan cinta ini perlu diteruskan. Hahahaha Rambozzi® rasa, satu hari nanti Rambozzi® nak jadi penulis novel!!!
Ada satu bahagian lagi yang kurang pada Rambozzi® Drill Press Station nie, iaitu 'drill press table'. Untuk 'drill press table', Rambozzi® rasa Rambozzi® hanya akan gunakan sekeping 'plywood' atau 'chipboard' terpakai sahaja sebab nanti 'drill press table' itu akan berlubang² jugak bila menebuk kayu nanti. Buat apa nak buat cantik² kan? Tapi kalau Rambozzi® 'ter'buat cantik macam projek nie jugak, itu adalah satu lagi kenyataan dan hakikat yang harus kita harungi dan terima di dalam kehidupan ini...
Black & Decker®
BOSCH®
DIY
Drawer
Drill Press
Drill Press Station
Kerja Kayu
Kotak Kayu
KREG®
Melayu Malaysia
Peralatan Pertukangan Kayu
Rak Kayu
Stand
Tips&Tricks
Tools
Woodworking
1 Comments
Salam.. saya tengah memikir2 nak beli drill press. Nak tanya tuan pengalaman guna drill press jenama ezylift ni.. berbaloi ke brand ni?
ReplyDelete