Setiap kali Rambozzi® nak keluar membeli kayu, antara faktor² yang Rambozzi® kena ambil kira selain duit modal adalah pengangkutan, lokasi, masa, 'sikap dan sifat' sesebuah 'hardware', cuaca dan macam² perkara lagi. Ya, bunyinya mudah, nak beli kayu, nak beli kayu... Tapi bagi 'amatuer woodworker' macam Rambozzi® nie, keluar membeli kayu agak perit sebab menggunakan kenderaan yang kecil, kekangan nak membeli dalam kuantiti yang banyak, kekangan nak membeli kayu dalam saiz yang panjang dan paling 'best' sekali, ada 'hardware' yang membuatkan Rambozzi® terpaksa berpeluh sekejap sebab kena potong kat situ juga sebelum boleh dimuatkan ke dalam kereta heh heh heh 'best' betul...
Itu bukan alasan dan penghalang bagi Rambozzi®. Rambozzi® boleh dan mampu kalau setakat nak potong beberapa batang kayu dengan gergaji tangan. Tetapi, apabila BOSCH® mengeluarkan 'cordless circular saw' dalam saiz yang 'compact' dan 'mini' baru² nie (mungkin dah lama kot, tapi Rambozzi® baru terjumpa di Malaysia nie...), dengan 'design'nya yang agak 'sejuk mata memandang' Rambozzi® rasa Rambozzi® mesti beli 'cordless circular saw' nie untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan aktiviti 'woodworking' kesukaan Rambozzi® nie.
Jadi, baru² nie Rambozzi® telah membeli satu lagi 'power tools' iaitu BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI. Pertama kali Rambozzi® melihat gambar 'cordless circular saw' nie di laman web, Rambozzi® dah jatuh hati jatuh cinta masa tu jugak di depan 'monitor' heh heh heh. Bila Rambozzi® tengok videonya di Youtube, lagilah membaranya hati Rambozzi® nie. Jadi, Rambozzi® keluarkan modal dan beli BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI nie.
Untuk pasaran Malaysia, BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI nie datang secara 'solo' - iaitu tanpa bateri dan pengecasnya. Hanya mesinnya semata². Rambozzi® tak pasti sama ada BOSCH® memang sengaja keluarkan produk ini dengan cara itu, ataupun ia hanya terjadi di Malaysia sebab bila Rambozzi® 'check' di 'internet', untuk pasaran di luar negara, model ini datang lengkap dengan 2 bateri, pengecas bateri dan 'beberapa' aksesori lain. Tapi lain halnya dengan pasaran di Malaysia nie, ia datang secara 'solo'. Ntah Rambozzi® tak faham dan kalau Rambozzi® faham pun, tak ada apa yang Rambozzi® boleh buat.
Jadi, Rambozzi® 'terpaksa' pula membeli set bateri dan pengecasnya, secara berasingan.
Dan, BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI ini juga hanya dibungkus dengan kotak kertas, bukan 'carrying case' yang kita biasa tengok tu. Hmmm.... nampaknya Rambozzi® kena buat satu kotak kayu untuknya nanti. Plastik berwarna hitam di dalam gambar di atas tu rasanya boleh digunakan dan mungkin Rambozzi® akan lekatkan ia di dalam kotak kayu itu nanti.
Ok, Rambozzi® akan cuba 'review' sedikit mengenai BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI nie sebagai pengguna dan dari pemahaman Rambozzi®. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai produk ini, silalah ke laman web rasmi BOSCH®.
BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI ini sangat ringan dengan beratnya hanya 1.4 kilogram. Mata gergajinya hanya berdiameter 85mm dan sangat nipis. BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI menggunakan bateri jenis 'Li-ion' 10.8V. Ok, tinggalkan sekejap pasal BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI nie, Rambozzi® nak bercerita pasal baterinya dulu heh heh...
Ok, bateri dan pengecas untuk BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI ini datang dalam bentuk set atau 'kit' yang dipanggil BOSCH® Starter Kit 10.8V. BOSCH® Starter Kit 10.8V nie terdiri daripada 2 bateri 'Li-ion' 10.8V dan satu pengecas.
'Starter kit' tu sebenarnya adalah set permulaan atau kita hanya perlu beli sekali sahaja set bateri ini dan ia boleh digunakan ke mesin² lain dari BOSCH® yang datang secara 'solo'. Ada beberapa 'cordless power tools' dari BOSCH® yang sesuai dengan 'starter kit' ini tetapi Rambozzi® tak akan ceritakan tentang itu di sini. Rambozzi® rasa, lebih baik lawati sendiri laman web rasmi BOSCH® untuk maklumat lebih lanjut dan lebih tepat.
Berbalik semula kepada BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI nie, ia sangat ringan iaitu hanya seberat 1.4 kilogram sahaja...Heh heh heh Rambozzi® dah tulis kat atas tu tadi kan? Sebenarnya tak ada apa sangat yang Rambozzi® nak ceritakan pasal mesin nie tapi tangan nie gatal nak menulis sebab projek 'woodworking' Rambozzi® belum siap lagi atau dalam perkataan lebih tepat lagi, masih belum ada 'permintaan' lagi setakat hari ini hehehehehehehehe....
Ok, BOSCH® mendakwa, BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI ini mempunyai 'design' yang paling 'compact' di dalam kelasnya. Rambozzi® pula mendakwa, ini adalah 'cordless circular saw' yang paling cantik pernah Rambozzi® jumpa setakat ini heh heh heh.
Oh ya! BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI ini juga mempunyai 'battery charge level indicator' di bahagian tepinya untuk memudahkan kita melihat berapa banyak lagi 'kuasa' yang ada di dalam baterinya. Juga ada lampu LED dekat dengan mata gergajinya untuk memudahkan kita melihat dengan jelas lagi semasa hendak memotong kayu.
Sekarang Rambozzi® nak 'test' BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI nie untuk melihat sejauh mana kehebatannya memotong kayu. Rambozzi® akan 'test' ke atas sebatang kayu 1x2.
Ya sangat berkuasa dan sangat halus potongannya. Terima kasih kepada mata gergajinya yang nipis. Rambozzi® yakin BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI ini akan dapat membantu memudahkan Rambozzi® memotong kayu di mana² 'hardware' yang tidak menyediakan perkhidmatan pemotongan untuk pelanggannya.
BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI hanya akan Rambozzi® gunakan untuk tujuan yang Rambozzi® tuliskan tadi sahaja. BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI akan Rambozzi® gunakan untuk memotong secara kasar sahaja. Rambozzi® akan kemaskan lagi potongan kayu itu dengan menggunakan 'slide miter saw' pula nanti.
BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI ini sangat ringan dengan beratnya hanya 1.4 kilogram heh heh heh lagi sekali Rambozzi® tulis sebab memang sangat ringan! Dengan adanya BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI nie, Rambozzi® sekarang boleh potong kayu di mana² sahaja. Kalau sedang berkelah di tepi pantai dan ternampak pepohon 'pine' pun Rambozzi® boleh potong pada masa tu jugak, masa orang tak nampak heh heh heh heh.....
Black & Decker®
BOSCH®
Cordless Circular Saw
Deepest Feelings
DIY
Jigs
Kerja Kayu
Kerja Plastik
Melayu Malaysia
Peralatan Pertukangan Kayu
Tips&Tricks
Tools
Woodworking
10 Comments
Thanks for review..mister rambo..:-). Teringin nak beli circular saw camnie
ReplyDeleteSama²....Review ala-Rambozzi je la hehehe...
DeleteBeli jangan tak beli!
berape ketebalan max kayu boleh potong ye bos..
ReplyDeleteooh...tak tebal sangat bos...dlm 26.5 mm je bos...blh baca lagi dlm official web Bosch atau kat sini bos...
Deletehttp://www.bosch-professional.com/gb/en/gks-10-8-v-li-34687-ocs-p/
http://www.bosch-pt.com.my/my/en/professional/power-tools/c131399/p121122/new-tools/gks-10-8-v-li.html
salam, berape dapat harga tu?
ReplyDeleteSalam...try check harga kat sini:-
Deletehttp://cthardware.com/bosch-cordless-circular-saw-5-10-8v-li-ion-professional-gks108vli-solo.html
dan sini
http://cthardware.com/accessories/powertools-accessories/bosch-starter-kit-10-8v-c-w-2pc-battery-pack-2-0ah-1pc-al-1130-cv-charger.html
Assalamualaikum bos...
ReplyDeleteNak nyelit sikit...
Apa sebab Bosch jual secara solo ialah:
Bateri dan charger tu sbnrnya boleh digunakan untuk cordless tools yang lain..
contohnya, cordless circular saw, cordless driver, cordless drill dsb yg menggunakan bateri yang sama.
Maknanya, sebaiknya beli cordless tools ni dalam range bateri yang sama, supaya, 3 tools, kita cuma perlu bawa 2 bateri dan sebijik charger je...
jangan mare....
Waalaikumussalam Anas Nazri...
DeleteHalamak wakil BOSCH ke bro nie?! Aduh...hahahaha...
Tak, Rambozzi tak marah. Rambozzi ok. Dan Rambozzi tau Starter Kit 10.8V blh masuk ke beberapa cordless tools yg lain.
Dan ya. Bosch mmg pilihan Rambozzi.
Kalau dah suka tu, mcm mana sekalipun Rambozzi tetap akan beli.
Terima kasih atas penerangan itu.
T.kasih bro Rambozzi atas segala info mengenai cordless saw bosh ini...
ReplyDeleteCool! Superrr!
Delete