"Pada suatu hari, ketika Rambozzi® sedang 'syok' mengemas dan menyapu 'studio' Rambozzi®, mata Rambozzi® telah terpandang kepada beberapa objek di atas lantai. Apakah objek itu? Mengapa ia menarik perhatian mata Rambozzi®? Dari mana objek² itu datang?"
Lebihan² kayu je, takde apa pun heh heh heh. Saspen macam nampak Kak Limah. Objek itu adalah lebihan² kayu dari projek² Rambozzi® sebelum nie. Ada di antara lebihan kayu tu yang mendatangkan ilham 'scrap wood project' kepada Rambozzi®. Ok, jom mulakan 'woodworking' dari lebihan kayu, kali nie dengan projek - Rambozzi® Mug Mat.
Ini sebenarnya bukan projek 'woodworking' pun, tapi dah lebih kepada kraftangan. Ok, mula² Rambozzi® kena asingkan dulu dan pilih lebihan kayu yang sesuai untuk projek nie.
Projek nie tidak memerlukan sebarang 'power tools'. Rambozzi® hanya gunakan gam kayu dan juga getah gelang.
Rambozzi® cantumkan dua lebihan kayu tu dengan gam dan ikat kuat² dengan getah gelang tu.
Semua lebihan kayu yang diperlukan dicantumkan dan menjadi 6 bahagian.
Kemudian Rambozzi® cantumkan lagi dan sekarang sudah menjadi 3 bahagian.
Dan akhir sekali, Rambozzi® cantumkan sekali lagi dan lengkaplah ia menjadi bentuk segi enam seperti di dalam gambar di atas.
Seterusnya Rambozzi® akan 'sanding' pula untuk menghaluskan permukaannya yang tidak rata langsung. Oh ya! Tadi Rambozzi® cakap projek nie tidak memerlukan sebarang 'power tools' kan, heh heh heh 'sorry'... Tapi sebenarnya memang tidak perlukan sebarang 'power tools' pun. Boleh je di'sanding' dengan kertas pasir menggunakan tangan.
Dan Rambozzi® akan 'route' sedikit setiap sisi kayu tu untuk mendapatkan sedikit bentuk yang lebih cantik. Kita juga boleh gunakan kertas pasir atau kikir sahaja sisi²nya.
Ok! Dah siap pun! Rambozzi® hanya sapukan beberapa lapisan 'tung oil' sahaja sebagai lapisan perlindungan untuk kayu.
Dan bila diletakkan gelas atau 'mug' tu di atasnya, jadilah ia Rambozzi® Mug Mat heh heh heh. Projek dari lebihan kayu yang sangat mudah tetapi menarik.
Bila diletakkan di atas meja tu, ia menjadi satu gabungan kerja kayu yang sangat cantik dan menarik. Meja tu pulak datang dari mana? Bila Rambozzi® buat? Itu Rambozzi® akan ceritakan dalam 'entry' selepas nie heh heh heh.....
Alas Gelas Kayu
BOSCH®
DIY
Kerja Kayu
Melayu Malaysia
Mug Mat
Peralatan Pertukangan Kayu
Scrap Wood Projects
Tips&Tricks
Tools
Tung Oil
Woodworking
0 Comments