- Rambozzi®, Rose & Kreg® Jig R3


Baru² nie Rambozzi® telah dihubungi oleh seorang PEMINAT Rambozzi® bernama Rose heh heh heh uolls jangan marah ehh.. Rose nie baru memiliki Kreg® Jig R3 (lihat gambar di atas) dan Rose telah meminta pendapat, pandangan dan 'tips' daripada Rambozzi® berkenaan Kreg® Jig R3. Macam biasa, Rambozzi® akan cuba sebaik mungkin memberi sedikit penerangan mengenai Kreg® Jig R3 mengikut pemahaman, pengalaman dan cara Rambozzi®. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas lagi tepat, Rambozzi® cadangkan Rose lawati sendiri laman web rasmi Kreg®.


Ok, pertama sekali, seperti yang telah beberapa kali Rambozzi® pesan sebelum nie, JANGAN SESEKALI JATUHKAN MATA DRILL KREG® TU!!! Sebab ia boleh tumpul atau lebih teruk lagi, patah terus! Kreg® Step Drill Bit tu bukan murah, dan bukan senang nak dapat kat Malaysia nie.


Kalau patah, sila buangkan sahaja.


Rambozzi® akan kongsikan beberapa 'tips' mengenai penggunaan Kreg® Jig R3 dengan menggunakan kayu 1x2.


Pertama sekali kita kena tahu berapa tebal kayu yang kita gunakan tu. Dalam kes di atas, tebal kayu 1x2 tu adalah 7/8".


Bila dah dapat kenalpasti ketebalan kayu tu, setkan pada Kreg® Jig R3 tu sama dengan ketebalan kayu yang kita gunakan. Pastikan anak panah penanda di bahagian belakang Kreg® Jig R3 tu menunjukkan kepada tanda 7/8" pada 'positioning sliders' tu.


Kemudian ketatkan 'depth-collar' ke Kreg® Step Drill Bit di slot yang tersedia di dalam kotaknya, juga disetkan pada 7/8".


Pastikan 'cordless drill' yang digunakan disetkan pada kelajuan dan 'power' yang maksimum. 


Dan 'clamp'kan Kreg® Jig R3 ke kayu yang hendak ditebuk 'pocket hole'.


Ok, sekarang barulah kita boleh tebuk lubang 'pocket hole' pada kayu tu.


Untuk mendapatkan lubang 'pocket hole' yang cantik dan kemas, mata Kreg® Step Drill Bit yang tajam dan putaran 'cordless drill' yang laju memainkan peranan penting. Kalau mata Kreg® Step Drill Bit tumpul dan ditebuk pada kelajuan yang perlahan, memang tak berapa cantik lubangnya.


Ok, ini adalah soalan yang paling ramai 'woodworker' bertanya kepada Rambozzi®. Macam mana nak tahu berapa panjang skru yang sesuai untuk 'pocket hole' nie? Sebenarnya, jawapannya ada dalam laman web rasmi Kreg®, ada di dalam Youtube, dan kalau sudah memiliki Kreg® Jig R3 juga ada panduan di dalam kotaknya. Tapi demi PEMINAT Rambozzi®Rambozzi® akan cuba beri jawapan sebaik mungkin heh heh.


Rambozzi® tak pernah gunakan Kreg® Pocket Hole Screws. Sebab ia agak mahal dan susah nak dapat kat mana² kedai 'hardware' biasa. Rambozzi® gunakan sama ada 'drywall screws' ataupun 'self-drilling screws'. Dan bila dah guna skru selain dari skru Kreg®, maka tak bergunalah Kreg® Driver Bit tu. Sebab skru jenis 'drywall screws' atau 'self-drilling screws' tu kepalanya adalah jenis bunga dan kena guna 'driver bit' jenis bunga jugak la. Orang putih takkan tahu apa itu 'driver bit' atau skru jenis bunga, rakyat Malaysia je yang tahu heh heh heh... 


Jadi soalan Rose adalah, bagaimana nak tahu berapa panjang skru yang sesuai untuk ketebalan kayu yang digunakan tu? Rambozzi® tak ada jawapan yang paling tepat, tapi Rambozzi® ada cara Rambozzi® sendiri. Rambozzi® hanya main 'try test' je. Rambozzi® biasanya akan skrukan skru pada lubang 'pocket hole' supaya Rambozzi® dapat lihat setakat mana skru tu akan masuk ke dalam kayu. Lihat gambar di atas, itu yang selalu Rambozzi® buat. Tapi bila dah selalu buat macam tu, sekarang Rambozzi® dah tahu mana skru yang sesuai.


Rambozzi® tunjukkan beberapa contoh. Lihat gambar di atas, skru yang digunakan adalah terlalu pendek dan memang takkan kuatlah sambungan tu.


Skru yang di atas pula terlalu panjang. Ia akan keluar menembusi kayu yang hendak disambungkan dan akan mencacatkan projek kita.


Saiz skru di dalam gambar di atas adalah yang paling tepat, paling sesuai. Sebabnya skru tu masuk lebih kurang 2/3 daripada ketebalan kayu yang hendak disambungkan.


Sama juga kalau dibuat sambungan seperti di dalam gambar di atas. Skru itu terlalu panjang.


Lihat pula gambar di atas, itu adalah saiz skru yang paling sesuai. Lihat bagaimana skru tu masuk lebih kurang 2/3 daripada ketebalan kayu tu. Oh ya, 'skru masuk lebih kurang 2/3 ketebalan kayu' tu bukan teori Rambozzi®. Ia adalah asas di dalam pertukangan kayu. Kalau baca dalam blog² 'woodworking', memang akan jumpa 'tips' tu.

Jadi, bila kita dah tahu saiz yang sesuai untuk skru yang kita perlukan, kita hanya perlu keluarkan duit dan beli skru itu sahaja. Bila dah semakin lama buat kerja kayu nie kita akan tahu sendiri skru mana yang kita nak pakai dan beli.


Lihat contoh skru di dalam gambar di atas. Dari kiri ke kanan adalah Kreg® Self-Tapping Screw, 'self-drilling screw' dan 'drywall screw'. Sebelum nie Rambozzi® gunakan 'drywall screw' tapi skru jenis nie mempunyai kepala yang tajam dan mudah menembusi kayu yang hendak disambungkan. Sekarang Rambozzi® gunakan skru jenis 'self-drilling screw' tu. Walaupun skru tu khusus untuk kerja² besi, Rambozzi® rasa ia boleh digunakan.

'Self-drilling screw' tu mempunyai rupabentuk yang hampir sama seperti Kreg® Self-Tapping Screw. Beza yang paling ketara adalah 'mata pisau' di hujungnya. Dan 'self-drilling screw' nie agak lambat untuk menembusi kayu berbanding Kreg® Self-Tapping Screw. Tapi nak cepat² nak pergi mana kan? 'Woodworking' nie adalah satu kerja yang perlu 'dilayan' dan tak perlu terburu-buru nak cepat siap. Nanti hilang 'feel' dia heh heh heh heh...


Bila dah dapat tahu saiz skru yang diperlukan, tak perlulah nak buat 'ujikaji' macam kat atas tu lagi.


Sekarang dah boleh skrukan dan sambungkan kayu² tu. Oh ya, Rambozzi® cadangkan Rose belilah 'cordless drill'. Sebab 'cordless drill' boleh disetkan kelajuan dan 'power'nya. Rose nak gunakan 'electric drill' pun boleh juga. Tapi ada risiko skru akan menembusi kayu yang disambung.


Potongan kayu yang tepat dan kemas juga penting untuk memastikan sambungan yang tepat dan kemas.


Dan Kreg® sendiri turut mencadangkan agar digunakan gam kayu bersama² dengan Kreg® Self-Tapping Screw untuk mendapatkan sambungan yang paling kuat dan kemas.

Mesin², 'hand tools', 'power tools' atau apa² sahaja 'jigs' atau alatan untuk membuat kerja² kayu mestilah kita tahu kegunaannya. Kita juga kena banyak buat ujikaji sendiri. 'Manual' yang datang sekali dengan sesuatu alat tu kita kena baca dan faham. Ramai orang yang tak suka baca buku panduan dan suka 'buat pandai'. Tapi ramai juga yang dah baca, dah faham dan dah pandai tapi suka baca tulisan Rambozzi® jugak sebab dorang kata, "blog Rambozzi® nie seronok dibaca dan mengggembirakan hatiku" heh heh heh heh heh heh heh heh heh.....

Rambozzi® harap Rose akan dapat memahami apa yang Rambozzi® tuliskan di sini. Rambozzi® harap Rose akan dapat menghasilkan hasil kerja kayu yang 'gempak'. Dan Rambozzi® harap Rose dapat 'share' hasil kerja kayu Rose nanti dengan Rambozzi®. Selamat bertukang, Rose!


5 Comments

  1. Salam. Tq Rambozzi for sharing. Terharu kot ada post Untuk beginner mcm saya ni. :-). Ros -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ros..sama-sama..
      Rambozzi pn bermula sbg beginner dan sampai ke hari ni Rambozzi masih amatur.
      Kalau blog Rambozzi ni memberi sedikit manfaat kpd org lain, itu adalah kejayaan Rambozzi.

      Delete
  2. nak tanya wood glue yang admin guna tu cepat atau lambat (kena clam atau tidak?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempoh lekat antara 20-3- minit. Kena clamp kalau nak dapatkan cantuman terbaik dan kemas.

      Delete
  3. Salam s rambozzi,dimana boleh saya beli kreg self tapping screw?

    ReplyDelete