"Pernahkah anda melalui keadaan di mana setiap kali anda ingin ke lokasi pemasangan, anda terpaksa membawa beberapa biji kotak untuk 'drill', skru², tukul, 'level' dan segala macam 'tools' lagi? Adakah anda selesa dengan keadaan itu? Rambozzi® Drill Box adalah penyelesaiannya.
Heh heh heh macam iklan kat TV pulak. Tapi itulah keadaan yang Rambozzi® lalui. Jadi Rambozzi® terfikir, kan bagus kalau semua 'tools' tu diletakkan di dalam satu kotak je? Semuanya di dalam satu tempat dan mudah dibawa ke mana² lokasi pemasangan.
Kadang² Rambozzi® rasa malu jugak sebab terpaksa letak kotak² 'drill' tu dalam beg yang berwarna PINK. Eh tak salah pun! Cuma Rambozzi® rasa malu je heh heh heh heh heh...
Jadi, Rambozzi® rasa baik Rambozzi® buat satu kotak khas untuk 'drill'² Rambozzi® tu. Ok, sementara tengah ada 'idea' nie, jom mulakan 'woodworking' kali nie - Rambozzi® Drill Box.
Memandangkan untuk projek nie Rambozzi® tak 'design' betul², maka Rambozzi® akan buat secara 'ikut sedap mata' Rambozzi® je heh heh.
Jadi, Rambozzi® cuma susun²kan segala macam 'tools' yang Rambozzi® rasakan akan dibawa ke lokasi pemasangan, dan cuba dapatkan sedikit idea tentang saiz dan 'design' yang sesuai dengan 'tools' milik Rambozzi®. Dari situ Rambozzi® akan cuba dapatkan ukuran yang sesuai.
Bila dah dapat ukuran yang Rambozzi® rasa agak² OK, barulah boleh potong kayu.
Dan Rambozzi® masih lagi setia dengan "teknik keramat Rambozzi®" - 'pocket hole joinery technique'.
Gambar di atas adalah 2 bahagian pertama untuk Rambozzi® Drill Box nie. Papan yang kat bawah tu akan dijadikan alas untuk bahagian bawah kotak. Dan 'frame' tu pula adalah kotaknyalah.
2 bahagian tadi dicantumkan menjadi 1. Ini adalah bahagian utama untuk projek nie. Penutup kotak nie Rambozzi® akan buat 'last' sekali sebab yang pentingnya adalah kotak dan bahagian dalamnya untuk ruangan 'storage'.
Ok, ini adalah 'part' paling penting sekali nie tau heh heh heh. Rambozzi® nak pastikan bahawa kotak nie akan dapat menyimpan 2 'drill', 1 'cordless drill charger', 'extension plug' tu dan lain² 'tools'. Itu yang Rambozzi® rancang awal² tadi. Tapi, itu hanya rancangan. Sekarang Rambozzi® nak tentukan kedudukan ruangan yang sesuai untuk barang² tu. Yang nie kena banyak fikir dan kena banyak 'main susun²' dulu. Bila dah dapat 'setting' terbaik nanti barulah boleh dipotong kayu² untuk dijadikan 'divider' untuk ruangan simpanan barang.
Seterusnya Rambozzi® pasangkan pula kayu² untuk dijadikan pintu (lihat gambar di atas).
Ntah kat mana pulak silapnya nie.... Kayu² tak muat la pulak nak dimasukkan ke dalam 'frame' tu. Ok, Rambozzi® rasa ada 2 sebab yang menyebabkan keadaan di atas berlaku. Pertama, kayu² tu mungkin tidak sama lebarnya, walaupun 'lari' sikit je tapi dah cukup untuk membuatkan sesikunya tidak tepat. Kedua, mungkin 'frame' yang Rambozzi® pasang itu juga tidak tepat sesikunya. Sama ada disebabkan oleh salah satu daripada sebab² itu ataupun kedua²nya sekali, ia takkan dapat masuk dengan tepat atau muat ke dalam 'frame' tu. Ini kesilapan Rambozzi®. Mungkin 'keghairahan' nak siapkan projek nie menyebabkan Rambozzi® terlupa kepada asas² di dalam pertukangan kayu heh heh heh heh...
Tapi takpe, Rambozzi® akan cuba selesaikan masalah itu.
Rambozzi® akan 'trim' sedikit bahagian kayu yang tidak dapat dimasukkan ke dalam 'frame' tadi. Untuk tujuan itu, Rambozzi® akan gunakan 'mini router/trimmer' yang dilekatkan ke 'mini router table' di atas. 'Mini router table' tu sebenarnya dah lama Rambozzi® buat. Tapi 'terpaksa dihentikan sementara operasinya' sebab, ia dah 'makan' jari Rambozzi® heh heh heh.
Rambozzi® letakkan 'mini router/trimmer' ke bahagian bawah 'router table' tu dan 'clamp'kan kayu penahan di bawahnya untuk mengelakkan ia dari bergerak². 'Router table' itu pula Rambozzi® 'clamp'kan ke 'workbench' tu.
Mata 'flush trim router bit' itu pula Rambozzi® pastikan cukup tinggi supaya dapat memotong atau 'trim' ketebalan kayu yang Rambozzi® nak.
'Router table fence' itu juga Rambozzi® buat dari kayu terbuang. Ok, ini agak susah untuk Rambozzi® terangkan dalam bahasa yang mudah.
Jika diperhatikan dari jarak dekat, dapat dilihat perbezaan di antara bahagian 'in-feed' dan 'out-feed' yang Rambozzi® maksudkan tadi. Tapi kalau tengok gambar di atas memang tak nampak la heh heh.
Seterusnya, Rambozzi® kena pastikan bahawa bahagian 'out-feed' pada 'router table fence' itu adalah sama aras atau 'flush' dengan mata 'flush trim router bit'. Untuk tujuan itu, Rambozzi® gunakan 'square' seperti di dalam gambar di atas dan tolak 'router table fence' itu supaya 'flush' dengan 'flush trim router bit'.
Ok, sekarang Rambozzi® dah sedia dan Rambozzi® akan tolak kayu yang hendak di'trim' mengikut arah anak panah tu, di mana kayu itu akan melalui bahagian 'in-feed' dahulu. Bila kayu itu sudah melepasi mata 'flush trim router bit', tekan sedikit kayu itu rapat ke bahagian 'out-feed' supaya hasil potongannya nanti adalah lurus, tepat dan sekata. Bahagian yang hendak Rambozzi® buang adalah lebih kurang 1/8 inci, jadi Rambozzi® mungkin terpaksa melakukan operasi di atas 2 kali atau mungkin lebih.
Seterusnya Rambozzi® cuba masukkan sekali lagi kayu itu ke dalam 'frame'nya. Dan selepas 'dihentak' beberapa kali dengan tukul getah tu, ia masuk dengan jayanya heh heh heh heh heh...
Ok, dah siap 2 bahagian utama untuk projek nie. Sebelum pintu itu dipasangkan ke kotaknya, Rambozzi® nak setkan dahulu bahagian² untuk ruangan simpanan atau 'storage' di bahagian dalam kotak.
Rambozzi® nak kotak nie mempunyai 3 ruangan utama untuk menyimpan 'Bosch® Corded Drill' (ruangan 1), 'Bosch® Cordless Drill' (ruangan 2) dan 'level' (ruangan 3) yang warna hijau tu. Rambozzi® akan membuat 'divider' atau 'partition' atau apa² nama je lah yang sesuai untuk 3 barang tu.
Ok, semua ruangan telah dibahagi dengan seadanya, dan digam dan diskrukan ke bahagian dalam kotak.
Itulah hasilnya bila dimasukkan semua barang ke tempatnya. Ruangan di bahagian tengah sengaja Rambozzi® biarkan kosong untuk diletakkan lain² barang seperti 'extension plug', 'measuring tape', bateri dan pengecas 'cordless drill' dan lain² lagi.
Sekarang barulah Rambozzi® akan pasang barang² di atas supaya ia siap menjadi kotak kayu yang lengkap.
Mula² sekali Rambozzi® pasangkan dulu 2 biji engsel tu.
Kemudian Rambozzi® pasangkan 2 biji 'bag clip' tu untuk mengunci pintu ke kotaknya.
Seterusnya Rambozzi® skrukan 'lid stay' itu untuk memastikan pintu tidak terbuka sampai ke belakang. Sebenarnya Rambozzi® nak pasang 2 'lid stay' nie tapi malangnya tiada ruang yang sesuai, jadi Rambozzi® pasang 1 je dulu heh heh heh...
Rambozzi® pasangkan pula pemegang untuk membuka pintu kotak.
Ok, seterusnya Rambozzi® skrukan 4 biji 'furniture glides' yang akan memudahkan kotak ini ditolak di atas lantai atau karpet dengan licin dan lembut.
Di bahagian belakang kotak juga Rambozzi® skrukan 4 biji lagi 'furniture glides'.
Ok, seterusnya Rambozzi® pasangkan pemegang seperti di dalam gambar di atas tu. Sebenarnya, Rambozzi® bercadang nak pasangkan pemegang itu di bahagian yang yang ada anak panah kuning tu dan kotak nie boleh dibawa seperti membawa beg bimbit. Tapi bila dimasukkan segala barang² tadi ke dalam kotak, kotak nie dah jadi terlalu berat. Jadi, Rambozzi® terpaksa ubah 'plan'. Sekarang Rambozzi® terpaksa pasangkan roda ke kotak nie dan pemegang tu berfungsi untuk menarik kotak nie heh heh heh...
Haaa itulah 2 biji roda atau 'caster' untuk kotak nie.
2 plastik hitam di dalam gambar di atas sebenarnya adalah tapak untuk perabot yang Rambozzi® jumpa kat mana ntah heh heh. Tapak plastik tu akan menyokong roda tadi dan akan membolehkan kotak ini berdiri.
Ok, siaplah projek kali nie Rambozzi® Drill Box. Selain dari boleh 'berdiri', kotak ini juga boleh 'baring' heh heh heh heh..
Projek nie amat menggembirakan Rambozzi® sebab ia adalah satu projek yang sangat menyeronokkan. Rambozzi® tak rancang betul² projek nie, jadi bila ada keadaan yang di luar pemikiran Rambozzi®, Rambozzi® terpaksa memikirkan cara² penyelesaian yang tidak mencacatkan keseluruhan projek nie.
Rambozzi® rasa Rambozzi® tak akan cat kotak nie. Mungkin Rambozzi® akan sapukan beberapa lapisan 'tung oil' sahaja. Kalau cat pun mungkin dengan 'clear varnish' sahaja. Tengoklah dulu macam mana nanti, sekarang Rambozzi® nak 'sanding' dulu.
Rambozzi® harap Rambozzi® Drill Box nie akan memudahkan pergerakan Rambozzi® ke lokasi² pemasangan. Walaupun berat dah bertambah, asalkan ia dapat membawa barang² keperluan Rambozzi®, kira ok la kan? Heh heh heh...

"Rambozzi® pernah mengalami kecederaan di 'router table' nie disebabkan kecuaian Rambozzi® sendiri. Rambozzi® ketika itu terlalu 'excited' me'route' kayu sehingga ibu jari kiri Rambozzi® telah terkena mata 'flush trim router bit' yang sedang berputar pada kelajuan maksimum. Akibatnya, 3/4" hujung ibu jari kiri Rambozzi® telah 'hilang' dimakannya. Terduduk sekejap Rambozzi® bila sedar bahawa Rambozzi® mengalami kecederaan dan tengok darah keluar dengan banyak. Nasib baik tak kena tulang jari... Hmmm... Berhati²lah setiap kali mengoperasikan sebarang 'power tools'..."Itu kisah benar. Sekarang Rambozzi® kena lebih berhati² sebab Rambozzi® kena guna jugak 'router table' nie untuk 'trim' kayu tadi tu. Walaupun masih ada sedikit 'trauma', Rambozzi® terpaksa lalui juga sebab itu adat dalam pertukangan kayu, pasti ada berlaku kemalangan tak kira banyak atau sedikit...
Rambozzi® letakkan 'mini router/trimmer' ke bahagian bawah 'router table' tu dan 'clamp'kan kayu penahan di bawahnya untuk mengelakkan ia dari bergerak². 'Router table' itu pula Rambozzi® 'clamp'kan ke 'workbench' tu.
Mata 'flush trim router bit' itu pula Rambozzi® pastikan cukup tinggi supaya dapat memotong atau 'trim' ketebalan kayu yang Rambozzi® nak.
'Router table fence' itu juga Rambozzi® buat dari kayu terbuang. Ok, ini agak susah untuk Rambozzi® terangkan dalam bahasa yang mudah.
"Untuk operasi 'flush trim' atau 'edge jointing' di 'router table', 'router table fence' yang digunakan mestilah mempunyai 2 bahagian yang berbeza iaitu 'in-feed' dan 'out-feed'."Bahagian 'router table fence' berlabel 'A' adalah 'in-feed' dan bahagian berlabel 'B' pula adalah 'out-feed'. Kedua² bahagian itu tidak sama aras di mana bahagian 'in-feed' agak ke dalam sedikit lebih kurang 1/32 inci berbanding bahagian 'out-feed'. Kayu yang hendak di'trim' akan melalui bahagian 'in-feed' dahulu dan akan melalui pula bahagian 'out-feed'. Ya, Rambozzi® akui, agak susah untuk Rambozzi® terangkan keadaan di atas.
Jika diperhatikan dari jarak dekat, dapat dilihat perbezaan di antara bahagian 'in-feed' dan 'out-feed' yang Rambozzi® maksudkan tadi. Tapi kalau tengok gambar di atas memang tak nampak la heh heh.
Seterusnya, Rambozzi® kena pastikan bahawa bahagian 'out-feed' pada 'router table fence' itu adalah sama aras atau 'flush' dengan mata 'flush trim router bit'. Untuk tujuan itu, Rambozzi® gunakan 'square' seperti di dalam gambar di atas dan tolak 'router table fence' itu supaya 'flush' dengan 'flush trim router bit'.
Ok, sekarang Rambozzi® dah sedia dan Rambozzi® akan tolak kayu yang hendak di'trim' mengikut arah anak panah tu, di mana kayu itu akan melalui bahagian 'in-feed' dahulu. Bila kayu itu sudah melepasi mata 'flush trim router bit', tekan sedikit kayu itu rapat ke bahagian 'out-feed' supaya hasil potongannya nanti adalah lurus, tepat dan sekata. Bahagian yang hendak Rambozzi® buang adalah lebih kurang 1/8 inci, jadi Rambozzi® mungkin terpaksa melakukan operasi di atas 2 kali atau mungkin lebih.
Seterusnya Rambozzi® cuba masukkan sekali lagi kayu itu ke dalam 'frame'nya. Dan selepas 'dihentak' beberapa kali dengan tukul getah tu, ia masuk dengan jayanya heh heh heh heh heh...
Ok, dah siap 2 bahagian utama untuk projek nie. Sebelum pintu itu dipasangkan ke kotaknya, Rambozzi® nak setkan dahulu bahagian² untuk ruangan simpanan atau 'storage' di bahagian dalam kotak.
Rambozzi® nak kotak nie mempunyai 3 ruangan utama untuk menyimpan 'Bosch® Corded Drill' (ruangan 1), 'Bosch® Cordless Drill' (ruangan 2) dan 'level' (ruangan 3) yang warna hijau tu. Rambozzi® akan membuat 'divider' atau 'partition' atau apa² nama je lah yang sesuai untuk 3 barang tu.
Ok, semua ruangan telah dibahagi dengan seadanya, dan digam dan diskrukan ke bahagian dalam kotak.
Itulah hasilnya bila dimasukkan semua barang ke tempatnya. Ruangan di bahagian tengah sengaja Rambozzi® biarkan kosong untuk diletakkan lain² barang seperti 'extension plug', 'measuring tape', bateri dan pengecas 'cordless drill' dan lain² lagi.
Sekarang barulah Rambozzi® akan pasang barang² di atas supaya ia siap menjadi kotak kayu yang lengkap.
Mula² sekali Rambozzi® pasangkan dulu 2 biji engsel tu.
Kemudian Rambozzi® pasangkan 2 biji 'bag clip' tu untuk mengunci pintu ke kotaknya.
Seterusnya Rambozzi® skrukan 'lid stay' itu untuk memastikan pintu tidak terbuka sampai ke belakang. Sebenarnya Rambozzi® nak pasang 2 'lid stay' nie tapi malangnya tiada ruang yang sesuai, jadi Rambozzi® pasang 1 je dulu heh heh heh...
Rambozzi® pasangkan pula pemegang untuk membuka pintu kotak.
Ok, seterusnya Rambozzi® skrukan 4 biji 'furniture glides' yang akan memudahkan kotak ini ditolak di atas lantai atau karpet dengan licin dan lembut.
Di bahagian belakang kotak juga Rambozzi® skrukan 4 biji lagi 'furniture glides'.
Ok, seterusnya Rambozzi® pasangkan pemegang seperti di dalam gambar di atas tu. Sebenarnya, Rambozzi® bercadang nak pasangkan pemegang itu di bahagian yang yang ada anak panah kuning tu dan kotak nie boleh dibawa seperti membawa beg bimbit. Tapi bila dimasukkan segala barang² tadi ke dalam kotak, kotak nie dah jadi terlalu berat. Jadi, Rambozzi® terpaksa ubah 'plan'. Sekarang Rambozzi® terpaksa pasangkan roda ke kotak nie dan pemegang tu berfungsi untuk menarik kotak nie heh heh heh...
Haaa itulah 2 biji roda atau 'caster' untuk kotak nie.
2 plastik hitam di dalam gambar di atas sebenarnya adalah tapak untuk perabot yang Rambozzi® jumpa kat mana ntah heh heh. Tapak plastik tu akan menyokong roda tadi dan akan membolehkan kotak ini berdiri.
Ok, siaplah projek kali nie Rambozzi® Drill Box. Selain dari boleh 'berdiri', kotak ini juga boleh 'baring' heh heh heh heh..
Projek nie amat menggembirakan Rambozzi® sebab ia adalah satu projek yang sangat menyeronokkan. Rambozzi® tak rancang betul² projek nie, jadi bila ada keadaan yang di luar pemikiran Rambozzi®, Rambozzi® terpaksa memikirkan cara² penyelesaian yang tidak mencacatkan keseluruhan projek nie.
Rambozzi® rasa Rambozzi® tak akan cat kotak nie. Mungkin Rambozzi® akan sapukan beberapa lapisan 'tung oil' sahaja. Kalau cat pun mungkin dengan 'clear varnish' sahaja. Tengoklah dulu macam mana nanti, sekarang Rambozzi® nak 'sanding' dulu.
Rambozzi® harap Rambozzi® Drill Box nie akan memudahkan pergerakan Rambozzi® ke lokasi² pemasangan. Walaupun berat dah bertambah, asalkan ia dapat membawa barang² keperluan Rambozzi®, kira ok la kan? Heh heh heh...
BOSCH®
DIY
Drill Box
Kerja Kayu
Kotak Kayu
KREG® Automaxx™ Face Clamp
KREG® Jig K5
Melayu Malaysia
Perabot
Peralatan Pertukangan Kayu
Rak Kayu
Tools
Woodworking
0 Comments