Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Baru² nie Rambozzi® telah 'berjaya' membeli sepasang 'sneakers' baru heh heh heh heh. Bila dah ada 2 'sneakers' nie, Rambozzi® 'terpaksa' buat satu rak yang khusus untuknya. Rambozzi® tak nak buat rak yang pelik² atau yang cantik atau kemas sangat. Rambozzi® nak buat rak yang paling 'simple', paling cepat dengan menggunakan kayu palet sahaja. Ya, Rambozzi® nak satu rak yang 'sempoi', 'cool', 'poyo semua nie!' heh heh heh. Ok, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® Converse CONS Rack.


Sebenarnya, dah lama Rambozzi® nak 'main' kayu palet nie. Tapi, kebanyakan pelanggan Rambozzi® (yang tak banyak mana pun sebenarnya heh heh heh...) tak pernah lagi minta atau 'order' sesuatu daripada kayu palet. Dan Rambozzi® sendiri tidaklah se-kreatif mana untuk membuat sesuatu daripada kayu palet. Tapi, baru² nie, bila Rambozzi® buat carian di internet untuk rak kasut kreatif untuk 'sneakers' Converse, antara hasil carian yang dapat adalah rak kasut dari kayu² palet. Kebetulan pula Rambozzi® ada beberapa batang kayu² palet. Jadi, memang sesuai sangat la untuk diletakkan 'sneakers' yang baru kan? Hehehehehehehe... Oh! Rambozzi® tak boleh gunakan perkataan kasut untuk 'sneakers' nie. Sebab, 'Shoes are Boring, Wear Sneakers' heh heh heh..

Ok, kayu² palet di atas telah pun dipotong kepada saiz² yang Rambozzi® nak. Seterusnya, Rambozzi® hanya nak gam dan skrukan sahaja kayu² itu.


Untuk projek kali ini, Rambozzi® tidak mengukur atau menanda dengan tepat dan teratur untuk lubang² 'pilot hole' untuk skru. Rambozzi® nak buat projek kali ini dengan cepat dan secara santai. Skru² itu diskrukan terus ke kayu secara bebas. Tapi, Rambozzi® rasa, kalau nak lagi 'best' gunakan paku kan? Hmmm... takpe, itu Rambozzi® akan cuba lain kali...

Kayu² tadi Rambozzi® cantumkan menjadi seperti bentuk palet juga, tapi dalam saiz yang lebih kecil.


Rambozzi® skrukan sekeping lagi kayu di bahagian hadapan kedua² rak untuk ditampal sedikit 'design' nanti.


Untuk bahagian kaki rak, Rambozzi® potong sedikit 'miter' sebanyak 22.5°. Kaki² itu pula ditebuk lubang² 'pocket hole' untuk memudahkan ia dipasang ke rak.



Asalnya Rambozzi® nak pasangkan kaki² tu menjadi bentuk 'X'. Tapi, bila Rambozzi® cuba susun²kan ia nampak agak pelik dan tidak cantik. Jadi, Rambozzi® akan pasangkan kaki² tu menjadi bentuk 'V'. Harap² OK la, kalau tak OK pun, kira OK je la kan heh heh heh..


Rambozzi® skrukan dulu kaki² itu ke rak paling atas.


Dan skrukan pula ke rak yang bawah. Dan siap! Memang ini adalah satu projek kayu yang sangat 'simple' dan cepat.


Sebenarnya, beg kertas itulah punca Rambozzi® mulakan projek ini. Asalnya Rambozzi® memang dah nyaris² nak buang dah beg kertas tu. Tapi, tetiba dapat 'idea' pulak nak buat projek nie.


Rambozzi® hanya potong bahagian² yang tercetak tulisan di atas beg kertas itu dengan menggunakan pisau. Dan Rambozzi® akan lekatkan tulisan² itu ke rak tu dengan menggunakan 'spray adhesive' cap 3M tu. 'Spray adhesive' cap 3M tu memang ramai la yang kenal, terutamanya geng² 'art' dan D.I.Y.


Rambozzi® nie jenis yang sukakan kekemasan dan ketepatan dalam kerja² Rambozzi®. Tapi, untuk projek Rambozzi® Converse CONS Rack nie, Rambozzi® nak buat secara bebas. Kalau ikutkan cara kerja Rambozzi®, tulisan² itu akan ditampal dengan tepat dan kemas. Tapi kali nie Rambozzi® tampal terus je, senget pun senget lah.


Ok, siaplah projek kali ini - Rambozzi® Converse CONS Rack. Projek ini siap dalam masa tak sampai sejam. Ini projek kayu Rambozzi® yang paling cepat setakat nie hehehehe.


Rambozzi® tak akan 'sanding' rak ini seperti biasa. Rambozzi® rasa, Rambozzi® akan cat terus rak ini dengan 2 lapisan 'clear polyurethane varnish' sahaja.


Bila disusunkan 'sneakers' itu di atas rak ini, dan diletakkan pula 2 mesin BOSCH® tu di bawahnya, dan ditambah pula logo Rambozzi® tu, Rambozzi® rasa Rambozzi® Converse CONS Rack ini sangat cantik di mata Rambozzi®. Tahniah di atas kejayaan Rambozzi® heh heh heh heh heh.....




Seperti yang Rambozzi® nyatakan di dalam 'post' sebelum ini, BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI yang Rambozzi® beli baru² ini hanya dibungkus dengan kotak kertas sahaja. Dan Rambozzi® ada nyatakan juga bahawa Rambozzi® nak buat satu kotak khas untuknya. Rambozzi® bercadang nak buat satu kotak yang hampir serupa dengan projek terdahulu iaitu Rambozzi® Drill Box. Ok! Tanpa membuang masa, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® Cordless Circular Saw Box.


Kotak untuk projek kali ini hanya khusus untuk dimuatkan BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI dan BOSCH® Starter Kit 10.8V sahaja. Emm.. mungkin juga satu 'measuring tape'. Dan mungkin sebatang pensel. Dan mungkin satu 'speed square'. Dan apa lagi ye heh heh heh heh heh....

Untuk projek kali ini juga Rambozzi® tidak ada ukuran khusus. Rambozzi® hanya letakkan BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI  dan BOSCH® Starter Kit 10.8V itu di atas kayu² di atas untuk melihat dan mendapatkan sedikit 'idea' tentang saiz yang sesuai untuk kotak ini.


Rambozzi® tidak mengukur secara tepat. Hanya dengan menyusun kayu² di atas, tandakan dan potong kayu² itu menggunakan 'slide miter saw'. Proses² seterusnya hanyalah penyambungan kayu ke kayu yang ringkas dengan menggunakan teknik 'pocket hole joinery'.


Tak banyak yang Rambozzi® nak ceritakan tentang proses pemasangan atau kayu² atau bahagian² yang diperlukan sebab proses kerjanya memang hampir sama dengan proses kerja untuk projek Rambozzi® Drill Box dahulu. 3 bahagian utama untuk projek ini telah siap dipasang seperti yang dapat dilihat di dalam gambar di atas. 'Fokus' Rambozzi® kali ini bukan proses² kerja seperti biasa tetapi lebih kepada penyelesaian masalah yang akan 'hadir' sekejaaap je lagi heh heh heh.


Kotak ini telah siap dipasang dan memang muat² la untuk BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI  dan BOSCH® Starter Kit 10.8V tu. Seterusnya adalah proses memasang penutup ke kotak ini.


Ya! Itulah dia masalahnya! Hahahaha bahagian penutup kotak nie dah terlebih besar la pulak dari kotaknya! Boleh je kalau nak dibiarkan macam tu pun. Tapi kalau kotak ini ditegakkan nanti, ia takkan berdiri dengan stabil di atas lantai. Ia akan senget.

Sebenarnya Rambozzi® dah tahu masalah tu akan terjadi sebab Rambozzi® tidak 'rip to width' kayu² yang Rambozzi® gunakan ke saiz atau lebar yang tepat. Bila kayu² itu dicantumkan, ia akan mengikut lebar kayu yang digunakan dan itulah hasilnya. 

Ok, 'rip to width' tu istilah orang putih. Rambozzi® sebagai A-M-A-T-U-R yang banyak membaca blog² orang putih dan menonton video² orang putih di Youtube memang tak pandai nak menerangkannya di dalam bahasa yang tukang² kita di Malaysia nie gunakan. Jadi, Rambozzi® akan gunakan bahasa² mudah yang Rambozzi® faham sendiri je la heh heh heh. 

'Rip to width' tu adalah proses membelah kayu kepada saiz atau lebar yang tertentu. Paling senang adalah dengan menggunakan 'table saw'. Bila kayu² itu sudah dibelah ke saiz² yang kita nak, dan dicantumkan menjadi 'table top' sebagai contoh, kita boleh dapat saiz yang sangat tepat. Bila kita dapat saiz yang sangat tepat, kita akan dapat satu hasil kerja yang sangat kemas dan cantik.

Kayu² yang kita gunakan nie, kalau kita gunakan seadanya atau guna terus macam tu je tanpa 'diproses' terlebih dahulu ke saiz² tertentu, susah kita nak dapat ukuran yang paling tepat untuk projek² kerja kayu kita. Biasanya Rambozzi® hanya potong mengikut panjang yang Rambozzi® nak sahaja. Rambozzi® buat masa ini tak boleh nak 'proses' kayu² yang Rambozzi® gunakan atas beberapa kekangan. Antaranya, Rambozzi® tiada 'table saw'. Rambozzi® juga belum memiliki 'jointer'. 'Table saw' dan 'jointer' adalah antara 'power tools' yang sangat penting untuk mendapatkan saiz² kayu yang tepat. Satu lagi 'power tools' yang sangat berguna adalah 'thicknesser'. Ketiga² 'power tools' ini adalah idaman Rambozzi®.

Kalau dilihat gambar di atas, itu adalah 'akibatnya' bila kayu² yang Rambozzi® gunakan tidak 'diproses' dengan betul. Susah nak dapatkan ukuran yang Rambozzi® nak. Tapi itu bukan penghalang bagi Rambozzi®. Rambozzi® boleh cuba cara lain. Tapi kayu² itu tidak akan 'seragam' atau sama lebarnya. Rambozzi® cuma boleh dapatkan saiz yang Rambozzi® nak tapi bukan setiap masa. Ia bergantung pada sambungan kayu yang Rambozzi® buat juga nanti.


Berbalik kepada masalah tadi, Rambozzi® akan cuba 'trim' sedikit lebihan kayu pada penutup kotak nie supaya ia 'flush' atau sama aras atau 'level' dengan kotak itu. Untuk tujuan itu, seperti biasa, - dengan menggunakan apa yang Rambozzi® ada buat masa ini iaitu 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'flush trim router bit' - Rambozzi® akan cuba samakan penutup itu dengan kotaknya. Menggunakan 'mini router/trimmer' untuk operasi seperti ini agak memakan masa, memerlukan beberapa potongan atau 'trim' untuk selesai dan juga sangat berbahaya!


Ok, lihat gambar di atas dan perhatikan hasilnya setakat ini.Separuh daripada lebihan kayu pada penutup kotak telah berjaya di'trim'. Ini kelebihan menggunakan 'mini router/trimmer'. Ia sangat tepat dan 'flush' dengan kotak. Separuh lagi belum habis di'trim'. Sengaja Rambozzi® biarkan dahulu untuk tunjukkan perbedaannya (halamak bahasa...heh heh heh).


Dan itulah hasilnya bila siap di'trim'. Sangat kemas dan sangat memuaskan hati.


Lihat hasilnya. Setiap kali Rambozzi® melakukan operasi seperti itu, Rambozzi® rasa sangat 'woodworker'. Tapi, kalau nak lebih lagi rasa 'woodworker', gunakan ketam kayu (bukan 'power planer'). Itu lebih tradisional, lebih lama tapi lebih terasa 'feel'nya sebagai seorang 'woodworker'.


Seterusnya Rambozzi® akan 'rout' sedikit di sekeliling penutup kotak tadi untuk mendapatkan sisi yang agak bulat dan tidak tajam. Rambozzi® gunakan 'mini router/trimmer' juga tapi kali ini ia dipasang pula dengan 'roundover router bit' seperti di dalam gambar di atas.


Ok, siap penutup untuk kotak ini. Lihat gambar di atas, itu adalah hasilnya selepas di'rout' tadi. Ini juga adalah satu lagi proses atau operasi yang bila setiap kali dilakukan, Rambozzi® dapat merasa nikmat atau 'feel' sebagai seorang 'woodworker'.


Kotak ini sudah siap sepenuhnya. Seterusnya Rambozzi® nak pasangkan beberapa alatan atau 'furniture fittings' untuk kotak ini. Oh ya, sebelum itu, Rambozzi® terlebih dahulu 'sanding' kotak ini untuk mendapatkan lebih kehalusan pada kayunya. Sebab kalau dah dipasangkan kesemua 'furniture fittings' di atas, agak susah nak 'sanding' dengan sekata dan kemas.


Mula² sekali, Rambozzi® pasangkan dahulu engsel untuk kotak ini.


Kemudian Rambozzi® pasangkan pula 'bag clip' sebagai pengunci penutup kotak.


Kemudian Rambozzi® pasangkan 'drawer knob' untuk memudahkan penutup dibuka.


Di bahagian dalam kotak, Rambozzi® pasangkan 'lid stay' untuk mengelakkan penutup kotak daripada terbuka terus hingga ke belakang.


Dan Rambozzi® pasangkan juga pemegang yang sama 'design'nya dengan Rambozzi® Drill Box dahulu.


Dan akhir sekali, Rambozzi® pasangkan juga 'furniture glides' yang sama seperti Rambozzi® Drill Box dulu sebagai tapaknya yang juga boleh berfungsi untuk memudahkan kotak ini ditolak di atas lantai atau karpet dengan licin dan lembut. (...sebenarnya 'furniture glides' tu Rambozzi® cabut daripada Rambozzi® Drill Box yang dulu tu sebab dah habis dan Rambozzi® malas nak pergi beli yang baru heh heh heh heh...)



Dan siaplah Rambozzi® Cordless Circular Saw Box nie!





Kesemua 'tools' yang Rambozzi® nak masukkan ke dalam kotak ini 'berjaya' dimasukkan dengan selesanya hehehehe... Tapi, Rambozzi® rasa, Rambozzi® nak buat 'divider' di bahagian dalam kotak ini untuk memastikan barang² itu duduk di tempatnya dan tidak bergerak² bila kotak ini dibawa ke mana². Itu akan Rambozzi® 'update'kan kemudian. Sekarang, Rambozzi® nak sapukan beberapa lapisan 'tung oil' ke kotak ini sebagai kemasannya.


Rambozzi® Cordless Circular Saw Box nie adalah satu lagi projek 'woodworking' yang amat menyeronokkan bagi Rambozzi®. Ia tidak susah untuk dibuat.

Sekarang, Rambozzi® dah ada 2 kotak seperti ini. Rambozzi® rasa, Rambozzi® akan buat lagi kotak² seperti ini untuk lain² 'power tools' ataupun 'hand tools' milik Rambozzi®.

Sekarang, Rambozzi® boleh keluar dengan bergaya kalau nak ke kedai² kayu untuk membeli stok kayu.

Kalau ada di antara pembaca blog Rambozzi® nie yang 'terjumpa' seorang lelaki membawa kotak seperti ini di kedai² makan, atau gerai² jual kebab, atau mana² 'hyper market', atau kat mana² je lah, - jangan pelik, jangan takut, jangan lari - dia adalah Rambozzi®. Sebab kotak² ini terlalu 'sayang' untuk ditinggalkan 'bersendirian' di rumah heh heh heh heh heh.....


 "...adakalanya menitis airmata Rambozzi® melihat 'kedaifan' 'drill press' milik Rambozzi® yang tidak terurus dan bagai kurang belaian kasih sayang...Hati mana yang tidak tersentuh..."



Rambozzi® rasa, Rambozzi® nie boleh jadi penulis novel cinta satu hari nanti heh heh heh. Ok, sebenarnya Rambozzi® memang 'tak berapa sayang' 'drill press' nie sebab ia ada banyak kelemahan yang melambatkan kerja² Rambozzi®. Tapi dalam masa yang sama, - dalam keadaannya yang serba kekurangan - ia masih menjadi antara 'tools' yang sangat penting dan sangat berguna pada Rambozzi®. 


Lihatlah keadaannya, hanya diskrukan ke sekeping 'chipboard' terpakai yang dipasangkan 4 roda kerusi, juga terpakai. Tapak ini terlalu kecil untuknya dan kadang² 'drill press' yang agak berat ini tidak stabil kedudukannya. 'Drill press table' juga dibuat dari 'chipboard' terpakai.

Rambozzi® rasa, sudah tiba masanya Rambozzi® melakukan 'sesuatu' kepada 'drill press' nie. Transformasi harus dilaksanakan dalam masa terdekat heh heh. 'Plan' Rambozzi® adalah nak buat satu tapak yang lebih cantik dan kukuh dan tukar 'drill press table' tu. Mungkin ia dalam bentuk sebuah meja atau rak yang beroda dan ada ruangan simpanan. Ok, itu adalah 'plan'nya, sekarang, jom mulakan 'woodworking' untuk kali ini - Rambozzi® Drill Press Station.
"Asalnya Rambozzi® nak letak namanya sebagai 'Drill Press Table'. Tapi 'drill press table' adalah bahagian yang bertanda anak panah dalam gambar kat atas tu..."

Rambozzi® akan gunakan kayu² lebihan dari projek² sebelum ini. 2 batang kayu yang bertanda anak panah di dalam gambar di atas itu sebenarnya kayu terpakai yang Rambozzi® 'jumpa' kat mana ntah... Kayu tu sebenarnya adalah tapak untuk tempat sidai kain yang ada dijual di kedai² tu...


Mula² sekali Rambozzi® nak buat tapak untuk Rambozzi® Drill Press Station nie. Kayu² di atas telah dipotong ke saiz yang Rambozzi® nak, dan ditebuk lubang² 'pocket hole' dahulu.


Kesemua kayu² tadi digam dan diskrukan menjadi satu rangka atau 'frame' seperti di dalam gambar di atas.


Sekeping 'plywood' akan ditampal ke atas rangka ini supaya ia menjadi table top'. 'Plywood' di dalam gambar di atas hanya setebal 3mm dan boleh dipotong hanya dengan menggunakan pisau 'cutter' tu. 'Plywood' itu Rambozzi® potong lebih besar daripada luas rangka kayu itu sebab Rambozzi® akan 'trim' pula lebihan 'plywood' itu nanti. 'Aluminium' itu pula Rambozzi® jadikan sebagai pembaris sebab kalau Rambozzi® guna pembaris panjang milik Rambozzi®, mata pisau yang tajam boleh menghiris dan mengikis pembaris panjang Rambozzi®. Sayang la kan.. 'Aluminium' tu takpe la kalau nak terhiris terkikis pun, Rambozzi® tak sayang sangat heh heh heh.


'Plywood' itu Rambozzi® akan gamkan ke rangka kayu tadi menggunakan gam seperti di dalam gambar di atas. Gam jenis itu dipanggil 'contact cement' atau 'contact adhesives'. Perkataan 'contact' itu sendiri sudah cukup menggambarkan bagaimana gam jenis ini berfungsi. Kedua² permukaan yang hendak dilekatkan perlu disapukan dengan gam ini. Bila 2 permukaan yang disapu gam ini 'bertemu' ('contact'), maka ia akan melekat dan bercantum dengan sangat kuat sehingga amat sukar untuk dileraikan lagi 'sebuah pertemuan' itu heh heh heh heh...Memang Rambozzi® boleh tulis novel cinta la tak lama lagi...


Rambozzi® tuangkan gam itu ke atas rangka kayu tadi dan akan sapu sehingga rata ke keseluruhan permukaan rangka itu dengan menggunakan 'squeegee' (nama dia ke tu?...) yang berwarna hijau tu.


Ok, kedua² permukaan itu sudah disapukan gam. Apabila dilekatkan nanti, Rambozzi® akan 'staple' pula dengan menggunakan 'staple gun' seperti di dalam gambar di atas. 'Staple gun' itu agak unik, sebab ia juga boleh dimasukkan 'brad nails' ke dalamnya. Oh ya, sebenarnya Rambozzi® juga memiliki 2 buah 'electric nail gun'. Tetapi 1 dah rosak. Dan yang satu lagi tu pula terlalu 'power' untuk 'plywood' senipis ini. Sebab itu Rambozzi® gunakan 'staple gun' tu, dia tak 'power' sangat.

Dan sebelum Rambozzi® terlupa, selepas disapukan gam ke atas kedua² permukaan tu, biarkan ia kering lebih kurang 3 - 7 minit. Bila dah kering barulah boleh dilekatkan sesama mereka. Dan kita kena berhati² semasa nak melekatkan antara 2 permukaan itu, sebab bila ia dah melekat, ia akan melekat dengan sangat kuat dan tak boleh nak dicabut² dah. Kalau dipaksa cabut juga, 'plywood' itu akan terkoyak.


Ok, disebabkan 'staple gun ' itu tidak 'power' sangat, maka 'brad nails' yang 'ditembak' ke atas 'plywood' itu tidak dapat masuk sepenuhnya ke dalam kayu yang lebih keras. Tapi takpe, Rambozzi® boleh ketuk 'brad nails' itu dengan tukul. Ada seorang kawan Rambozzi® cakap, "Ek eleh leceh betul la buat keje mcm nie. Nak kena gam, kena staple, pastu tu kena ketuk pulak. Tak sanggup I!!! Hiisshh I tak suka la!!!".

Takpe, Rambozzi® sanggup. Semasa Rambozzi® mula jadi 'woodworker' dulu, Rambozzi® tahu, kerja ini bukan senang kalau nak dapatkan hasil yang terbaik dan cantik. Kalau setakat nak dapatkan hasil kerja yang 'cincai', bila² dan sesiapa pun boleh buat. Tapi nak dapatkan hasil kerja yang kemas dan cantik, bagi Rambozzi®, ia memerlukan kerajinan, kesanggupan dan pengorbanan. Rambozzi® masih amatur, sama seperti mula dulu, tetapi Rambozzi® sanggup berusaha mengemaskan lagi hasil kerja Rambozzi®. Kecacatan dan keburukan di dalam hasil kerja Rambozzi® masih ada, tapi Rambozzi® sentiasa berusaha menutup setiap kelemahan itu dengan belajar dari pengalaman.


Ok, sekarang Rambozzi® nak ketuk 'brad nails' yang timbul tadi dengan menggunakan semua tukul dan pengetuk di atas heh heh heh heh.


Selesai proses mengetuk. Seterusnya Rambozzi® nak 'trim' lebihan 'plywood' di sekeliling rangka di atas supaya ia 'flush' atau sama dengan rangka kayu. Untuk tujuan itu, Rambozzi® gunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'flush trim router bit'.


Ok, dah siap 'trim'. Sebenarnya, antara tujuan Rambozzi® menggunakan kayu terpakai dari tapak tempat sidai kain tu adalah untuk mendapatkan bentuk seperti di dalam gambar di atas. Jadi, ada la sedikit 'design'nya kan heh heh heh.


Seterusnya Rambozzi® nak buat pula bahagian utama untuk projek ini iaitu tapak untuk 'drill press' ini, yang ada roda, ada 'drawer' dan menjadi sebuah 'station'. Kayu² di atas adalah untuk bahagian itu. Kayu yang bertanda bintang itu adalah dari projek Rambozzi® Candle Holder yang tak menjadi sebelum ini hahahahaha.


Kayu² itu juga Rambozzi® tebuk lubang² 'pocket hole' terlebih dahulu untuk proses pemasangan nanti.


Ok, sebenarnya kayu² itu adalah kayu lebihan dari projek² terdahulu. Rambozzi® rasa sayang nak buang. Sebab itu Rambozzi® guna semula tapi terpaksa la disambung²kan heh heh heh. Untuk projek pakai sendiri boleh la nak buat macam nie...


Ok, kesemuanya siap digam dan diskrukan menjadi tapak untuk projek ini. Tengok kayu yang bertanda bintang tu, 'berjaya' digunakan heh heh heh. Sebenarnya, kayu itu terpaksa Rambozzi® letakkan di tengah² tapak itu sebab Rambozzi® takut beban dari 'drill press' yang berat mungkin akan merobohkan 'table top'. Jadi, Rambozzi® rasa, baik Rambozzi® berhati². Tapi, ruangan untuk 'drawer' sudah menjadi kecil. Takpe, Rambozzi® akan cuba buat 2 buah 'drawer' yang kecil hehehe.


Seterusnya Rambozzi® skrukan 'table top' tadi ke atas bahagian tapaknya. Oh ya, sekeping lagi rangka yang ada anak panah tu pula untuk bahagian bawah. Rambozzi® terlupa nak ambil gambar tadi. Sorry ye... Heh heh heh


Dan Rambozzi® gam, skru dan cantumkan kesemuanya. Rambozzi® bercadang nak pasangkan 4 biji roda atau 'caster' yang tahan lasak untuk 'station' nie sebab 'drill press' tu agak berat. Roda yang Rambozzi® gunakan sebelum ini adalah khusus untuk kerusi. Boleh juga digunakan tapi Rambozzi® nak gunakan 'caster' yang lebih tahan lasak.


Seterusnya, Rambozzi® pasangkan pula 4 biji 'caster' seperti di dalam gambar di atas. 2 daripada 4 'caster' itu boleh dikunci atau di'lock'.


Ok, sebenarnya projek ini boleh dianggap siap setakat proses tadi. Tapi, Rambozzi® rasa, Rambozzi® nak cantikkan ia sedikit lagi, terutamanya bahagian 'table top'nya. Untuk tujuan itu, Rambozzi® akan gunakan 'wood veneer' yang sudah lama Rambozzi® beli, tapi tidak berapa digunakan. 'Wood veneer' itu adalah dari pokok nyatoh, Cina kedai tu cakap la, bukan Rambozzi® heh heh heh. 'Wood veneer' itu akan Rambozzi® tampalkan ke atas 'table top', dan kalau ada lebihan mungkin Rambozzi® akan tampal juga di sekelilingnya sebagai 'edging'. Proses menampal 'wood veneer' ke 'table top' adalah sama seperti proses menampal 'plywood' itu tadi. Juga dengan menggunakan contact cement' atau 'contact adhesives'. 'Wood veneer' itu agak nipis dan boleh digunting sahaja untuk mendapatkan saiz yang kita nak.


Rambozzi® tampalkan 'wood veneer' itu ke tengah² 'table top'. Untuk memastikan 'wood veneer' itu melekat dengan kemas dan sekata ke atas 'table top', Rambozzi® tekan dan tolak ia dengan menggunakan 'art roller' seperti di dalam gambar di atas. 'Art roller' seperti itu boleh didapati di mana² kedai buku.


Sementara nak menunggu 'wood veneer' tadi kering dan melekat dengan kemas ke atas 'table top', Rambozzi® nak buat pula 2 buah 'drawer' untuk Rambozzi® Drill Press Station nie. Kayu² di atas telah dipotong ke saiz² yang diperlukan dan akan ditebuk 'pocket hole' pula.


Rambozzi® akan gunakan KREG® Micro Pocket Drill Guide untuk mendapatkan lubang² 'pocket hole' yang lebih kecil untuk 'drawer' yang kecil.



Proses seterusnya hanyalah proses pemasangan yang ringkas dan mudah. Hanya gam dan skrukan sahaja menjadi 2 buah 'drawer'. Rambozzi® akan pasangkan juga 'drawer knobs' ke kedua² 'drawer' ini nanti.


Ok, 'wood veneer' tadi telah kering dan melekat dengan kemasnya ke atas 'table top' tu. Bahagian sisi 'table top' ini juga Rambozzi® tampalkan 'wood veneer'. Hmmm...boleh tahan la hasilnya kan? Heh heh heh heh...


2 buah 'drawer' tadi dimasukkan ke ruangannya. Oh ya, 'drawer' itu hanya dimasukkan ke dalam ruangan itu tanpa menggunakan sebarang 'drawer slides'. Sangat ringkas dan mudah. 'Drawer knobs' juga telah siap dipasangkan, ia juga diperbuat daripada kayu. Rambozzi® rasa, kenalah dengan konsep untuk projek kali ini, iaitu kayu.




Kesemua bahagian atau sisi yang terdedah menampakkan kayu atau 'plywood' Rambozzi® tutup atau tampalkan dengan 'wood veneer' sebagai 'edging'. Kecuali bahagian dinding untuk tapak yang sengaja Rambozzi® biarkan terdedah untuk menampakkan kecantikan ira kayu itu. Proses seterusnya adalah 'sanding'. Rambozzi® hanya akan 'sanding' dengan menggunakan kertas pasir 220 grit kerana permukaan kayu dan 'wood veneer' itu sendiri sudah cukup halus. Sedikit 'sanding' sahaja lagi untuk lebih halus dan kemas. Rambozzi® Drill Press Station nie Rambozzi® tak akan cat dengan apa² kemasan. Rambozzi® hanya akan sapukan 2 atau 3 lapisan 'tung oil' sahaja.




Disebabkan ruangan di dalam 'drawer' itu agak sempit, maka tidak banyaklah peralatan yang boleh disimpan di dalamnya. Hanya beberapa peralatan asas yang khusus untuk 'drill press' ini sahaja. Takpelah tak boleh nak simpan banyak barang pun, yang penting 'drawer' tu kiut heh heh heh.


Bila dah siap macam nie, Rambozzi® rasa cantik sangat la pulak untuk diletakkan 'drill press'. Ya, Rambozzi® rasa projek ini sangat cantik! Tidak, Rambozzi® tak puji diri sendiri, itu adalah kenyataan yang perlu kita terima di dalam kehidupan ini. Walau sepahit manapun kenyataan itu, terpaksa kita telan jua. Mungkin pedih dan perit di dalam hati, tetapi kehidupan dan cinta ini perlu diteruskan. Hahahaha Rambozzi® rasa, satu hari nanti Rambozzi® nak jadi penulis novel!!!

Ada satu bahagian lagi yang kurang pada Rambozzi® Drill Press Station nie, iaitu 'drill press table'. Untuk 'drill press table', Rambozzi® rasa Rambozzi® hanya akan gunakan sekeping 'plywood' atau 'chipboard' terpakai sahaja sebab nanti 'drill press table' itu akan berlubang² jugak bila menebuk kayu nanti. Buat apa nak buat cantik² kan? Tapi kalau Rambozzi® 'ter'buat cantik macam projek nie jugak, itu adalah satu lagi kenyataan dan hakikat yang harus kita harungi dan terima di dalam kehidupan ini...


Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ▼  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ▼  September 2014 (9)
      • - Rambozzi® Converse CONS Rack
      • - Rambozzi® Cordless Circular Saw Box
      • - Rambozzi® Drill Press Station
      • - Rambozzi® Candle Holder
      • - BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI
      • - Rambozzi®, Rose & Kreg® Jig R3
      • - Rambozzi® Snack Table
      • - Rambozzi® Mug Mat
      • - Assignment Box Cikgu Sue
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes