- Rambozzi® Jigsaw Blades Box


"Langkahku terhenti disini 
Tanpa cahaya menerangi 
Aku sedia terima 
Aku sedang menanti tangan yang mencapai diriku 
yang lemah ini..."

No! No! No! Itu lagu je, bro! Hahahahaha! Mana mungkin langkah Rambozzi® terhenti begitu sahaja selepas sekian lama Rambozzi® "berjuang" di atas nama cinta ini. 'Woodworking' ini adalah kehidupan Rambozzi® sebagai seorang 'woodworker' ini. Biar datang pelbagai dugaan, cabaran dan cubaan sekalipun, Rambozzi® tidak akan biarkan langkah Rambozzi® terhenti setakat ini sahaja.

Benar. Kadang², sebagai manusia, Rambozzi® sendiri tidak dapat lari dari keadaan² yang menjatuhkan semangat Rambozzi®. Atau keadaan² seperti kesedihan, kehibaan, kemurungan atau lain² keadaan yang 'solitude'Rambozzi® pernah "jatuh" dan akan "jatuh" lagi. Tapi, Rambozzi® pasti akan bingkas "bangkit" kembali. Cuma, cara dan tempoh Rambozzi® bingkas itu, juga memainkan peranannya yang tersendiri, yang hanya Rambozzi® yang tahu.

Ada orang yang mampu bangkit dengan pantas. Bila terjatuh, dia mampu melonjakkan dirinya kembali bertapak tegap di atas muka bumi, tanpa sebarang kecederaan pun.

Ada orang yang bangkit secara berperingkat, bertongkat tangan dan kaki, dan bangun perlahan² dan meneruskan larian hidup.

Sedang Rambozzi®, agak 'slow motion' dan agak "merangkak" heh heh heh heh... "Kejatuhan" Rambozzi® agak memeritkan. "Kejatuhan" Rambozzi® agak menyakitkan. Rambozzi® terpaksa "mengheret" tubuh Rambozzi® ke tepian jalan, sebelum mampu menghulurkan tangan untuk mencapai dedahan kayu yang patah, dijadikan tongkat. Itu pun, Rambozzi® masih belum mampu untuk meneruskan perjalanan hidup. Kaki ini terpaksa pula diseret perlahan² untuk beberapa ketika. Dalam keadaan kaki dan tubuh yang lemah longlai, beberapa kali pula Rambozzi® akan terjatuh lagi dek rasa sebak dan sesak di dalam dada ini.

Manusia ini diciptakan tidak sama sifatnya antara satu sama lain. Meskipun bukan yang paling lemah, Rambozzi® adalah seorang insan yang agak lemah. Rambozzi® tidak kuat dan tidak mampu untuk menyesuaikan diri di dalam keadaan, situasi atau persekitaran yang "menyesakkan" kepala dan dada Rambozzi® ini. Kesannya, Rambozzi® tidak dapat hidup dengan "aman" dan "tenteram". Rutin harian Rambozzi® akan terganggu. Fikiran Rambozzi® akan berkecamuk dan bercelaru sehingga kerap kali Rambozzi® membuat keputusan² yang tidak tepat.

Akhirnya, Rambozzi® sedar. Hidup Rambozzi® ini rupanya ditakdirkan untuk menjadi 'woodworker' ini. Tepat dan jelas dengan nama dan bidangnya, Rambozzi® perlu tabah dan cekal untuk "menyiapkan" sesebuah projek 'woodworking' ini sehingga siap sepenuhnya. Dari proses merekabentuk, mengukur, menanda, memotong, memasang dan ke kemasan akhir, semuanya memerlukan Rambozzi® berada di dalam keadaan terbaik, sihat dan cergas. Sepanjang tempoh 'woodworking' itu sendiri, Rambozzi® tidak boleh lalai atau cuai, atau akibatnya amat teruk dan buruk kepada Rambozzi®. Sama seperti kehidupan sebenar, di dalam 'woodworking' ini, Rambozzi® perlu berhati² agar tidak cedera "dimamah" mesin² rakus seperti 'mini router/trimmer' atau 'table saw'. Rupa²nya, tanpa sedar, Rambozzi® "terpaksa" mengaplikasikan setiap proses di dalam 'woodworking' ini, ke dalam realiti hidup Rambozzi®.....

Rambozzi® masih boleh bingkas bangkit dan meneruskan larian ini. Tetapi ritma, tempo dan "senikata" larian itu pastinya sudah terganggu. Ia takkan sama seperti ketika Rambozzi® mula² memulakan pecutan ini dahulu......

Oraits! Hmmmm! Jadi, 'so'. Sebelum Rambozzi® boleh kembali berlari pantas seperti dulu, Rambozzi® perlu pastikan "jalan" atau "laluan" yang hendak Rambozzi® lalui itu, bebas dari sebarang duri yang boleh melukakan Rambozzi®Rambozzi® tidak akan mampu untuk mengelak segala duri dan onak sepanjang jalan ini. Tapi Rambozzi® mampu "menebas" mana² yang boleh dibersihkan.

Untuk tujuan itu, Rambozzi® akan mulakan operasi "pembersihan" ini dengan menyimpan pelbagai jenis 'jigsaw blades' yang berselerak di dalam laci Rambozzi® ini. Ia terlalu menyemakkan mata dan hati Rambozzi®Rambozzi® akan buatkan sebuah kotak yang khusus untuk menyimpan kesemua 'jigsaw blades' itu.

Jadi, 'so'. Dengan tidak membuang masa lagi - dengan hati dan harapan yang kuat untuk kembali bangkit - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® Jigsaw Blades Box.


Projek ini sama konsep dan tujuannya seperti projek Rambozzi® Drill Press StationRambozzi® Cordless Circular Saw BoxRambozzi® Screw CabinetRambozzi® Charging StationRambozzi® Bosch® Cabinet, dan Rambozzi® Layout Tools Display Panel. Tujuannya adalah untuk memastikan segala peralatan atau aksesori itu tersusun rapi dan kemas. Rambozzi® sukakan kekemasan, kebersihan dan keindahan di dalam studio kecil Rambozzi® ini. Hmmmm... Nampaknya, rasanya, - haaa mana satu ntah! - banyak lagi projek seperti ini yang akan Rambozzi® buat di masa akan datang... Sebab ada banyak lagi "koleksi" 'hand tools' dan 'power tools' milik Rambozzi® yang masih belum disusun dengan teratur dan kemas. Ada 'measuring tape', 'utility knife', 'safety glasses', 'jigs'... Eh banyak lagi laaaa! Adakah Rambozzi® ini seorang 'woodworker' yang hanya nak buat projek² untuk tujuan penyimpanan 'tools' seperti ini sahaja? Haaaa?

Oraits! Projek ini juga adalah merupakan 'scrap wood project' sahaja. 'Plywood' itu adalah lebihan dari projek² Rambozzi® sebelum ini. Jarang sangat Rambozzi® menyimpan lebihan 'plywood' di dalam studio kecil Rambozzi® ini. Tetapi disebabkan 'plywood' di atas agak tebal iaitu 18mm dan agak mahal, memang Rambozzi® berasa agak sayang juga hendak membuangnya begitu sahaja.

Jadi, 'so'Rambozzi® pilih 2 keping 'plywood' yang sama saiz, yang dirasakan sesuai untuk dijadikan kotak untuk menyimpan koleksi 'jigsaw blades' di atas. 'Plywood' itu akan digunakan begitu sahaja, tanpa ada sebarang proses untuk memotong ia ke saiz² tertentu. Nama pun 'scrap wood project' kan?

Untuk mendapatkan sedikit 'idea' tentang perjalanan projek ini, Rambozzi® hanya susun²kan 'jigsaw blades' itu di atas 'plywood' di atas, dan cuba mendapatkan susunatur dan 'design' yang bersesuaian.


Rambozzi® akan tebuk beberapa slot 'groove' dan 'dado' di atas 'plywood' tersebut. 'Mini router/trimmer' akan digunakan untuk tujuan itu bersama² dengan 2 'straight router bit' yang berbeza saiznya.


Rambozzi® tandakan beberapa 'marking' di atas 'plywood' tersebut, 'clamp'kan 'square' sebagai 'guide' untuk 'mini router/trimmer' itu, dan Rambozzi® tebuk beberapa slot 'groove' dan 'dado'. Tidak ada sebarang 'jig' yang terlibat di dalam proses di atas. Rambozzi® hanya menebuk secara bebas sahaja dengan hanya memastikan setiap slot adalah lurus dan sama dalamnya. Jadi, jarak di antara setiap slot itu memang tidak sama jaraknya.


Oraits! Siaplah proses menebuk slot² tersebut. Dapat dilihat dengan jelas 'splinter' atau 'tear out' atau di dalam Bahasa Melayunya, hmmmm.... Istilah apa yang sesuai ya.....?

Inilah masalahnya apabila kita banyak membuat rujukan dari blog² orang putih. Inilah dia! Cuba cari satu blog mengenai 'woodworking' di dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. Rambozzi® dah puas cari dah. Belum jumpa lagi. Kononnya, blog ini diwujudkan untuk "menangani" permasalahan istilah itu. Tapi... Inilah dia! Sape penulis blog nie haaa?!!


Rambozzi® juga tampalkan kepingan² kayu 'pine' di atas sebagai 'edging' untuk projek Rambozzi® Jigsaw Blades Box ini. Kepingan² kayu 'pine' itu Rambozzi® belah senipis 2mm dengan menggunakan 'table saw'Rambozzi® akan kongsikan cara² dan teknik selamat untuk membelah kepingan senipis itu dengan menggunakan 'table saw', di dalam artikel yang lain nanti.

Dengan menggunakan gam kayu, Rambozzi® lekatkan kepingan² kayu itu ke setiap sisi kotak dan 'clamp'kan ia dengan hanya menggunakan 'masking tape' sahaja. Leceh punye kerja! Tapi Rambozzi® rasa, ia jauh lebih mudah dan kemas berbanding jika menggunakan 'wood veneer' dan 'contact adhesive' yang lebih "huru-hara". Hahahahahahaha! Tapi, ia bergantung kepada projek itu sendiri juga. Rambozzi® cuma perlu kuasai pelbagai teknik untuk lebih kebebasan pemilihan kemasan di dalam projek² akan datang.


Selepas dibiarkan kering selama lebih kurang 30 minit, Rambozzi® akan ketam pula lebihan 'edging' tadi dengan menggunakan 'Love'. Sebenarnya Rambozzi® boleh 'trim' sahaja lebihan itu dengan menggunakan 'mini router/trimmer'. Tapi Rambozzi® juga perlu menguasai teknik menggunakan ketam tangan. Dan projek ini adalah peluang untuk Rambozzi® menguasai kemahiran menggunakan sesebuah ketam tangan.

Lagipun, itu kan 'Love'. Nama pun 'Love'Rambozzi® perlu luangkan lebih masa bersama 'Love'. 'Love' tidak boleh dibiarkan bersendirian. 'Love' akan kesunyian. 'Love' akan murung. 'Love' akan bermuram durja. Bibir 'Love' akan memuncung macam bibir Angelina Jolie. 'Love' akan berasa jauh dengan Rambozzi®. Mana mungkin Rambozzi® akan membiarkan 'Love' kesunyian tanpa belaian kasih dan sayang Rambozzi® ini? Kan...

"Kadeng², di tengah² malem, Rambozzi® dapat mendengar rintihan 'Love' dari dalam studio kecil Rambozzi®. Bunyinya sayu dan kadeng² agak mengerikan. "Rinduuuuu.....". Eeeeeeee!!! Lari!!!!! Hahahahaha!"


Dan siaplah proses menampal dan mengetam 'edging' tersebut. Hmmmm... Nampak agak kemas untuk sebuah 'scrap wood project', bukan? Kan? Kan? KAN?!!! Hahahahahaha! Peace!


Oraits! Biarlah Rambozzi® berterus-terang sahaja. 'Actually'nya, Starrett® Dual Cut™ di atas adalah PUNCA UTAMA Rambozzi® membuat projek ini. Heh heh heh heh heh heh... Rambozzi® secara tidak sengaja telah "bertemu" dengan 'jigsaw blades' di atas di sebuah 'hardware', baru² ini. 'Design' dan fungsinya yang agak "luar biasa" dan "istimewa" membuatkan Rambozzi® tidak berfikir panjang untuk membelinya. Dan ya. Agak mahal, bro. Satu pek di atas mengandungi 2 batang 'jigsaw blades' sahaja dan berharga RM34.00! Oh! Itu agak mahal untuk 2 batang 'jigsaw blades'!!! What?!!! Hahahahahaha!

"Aku terpandang keindahan
Dihimpit dengan rupa warna
Aku telah tertawan dengan keindahan itu
Yang makin lama makin pudar pandanganku
Yang makin lama makin hanyut usiaku..."


Jika kebanyakan 'jigsaw blade' hanya berfungsi untuk memotong sehala sahaja - sama ada ke atas atau ke bawah - Starrett® Dual Cut™ mempunyai rekabentuk gigi² yang boleh memotong ke kedua² arah, serentak! Dan ia didakwa mampu memotong dengan lebih bersih dan kemas tanpa ada sebarang pecahan atau koyakan yang teruk kepada 'chipboard' dan 'laminate', khususnya.

Starrett® Dual Cut™ di atas sesuai digunakan untuk potongan lurus dan juga lengkungan yang asas ke atas pelbagai material kayu dan berasaskan kayu. Rambozzi® rasa, tidak rugi Rambozzi® membeli Starrett® Dual Cut™ ini.

"Aku terlena dengan diriku
Hanyut dimana tidak tahu
Aku berjanji pada dunia
Pada cintaku dengan yakin..."


Oraits! Projek ini sudah hampir siap. Seterusnya, Rambozzi® pasangkan pula sepasang engsel ke Rambozzi® Jigsaw Blades Box.


Dan juga penguncinya.


Dan projek Rambozzi® Jigsaw Blades Box ini siap sepenuhnya. Yay!


Kesemua jenis 'jigsaw blades' berjaya disusun dengan kemas di dalam slot² yang tersedia di dalamnya.


Sangat Ringkas & Mudah. Sangat menarik dan sangat cantik di mata Rambozzi®.



Satu projek yang sangat Ringkas & Mudah. Tidak susah, tapi masih lagi terasa 'woodworking'nya. Rambozzi® suka dengan hasil akhir projek ini. Kelihatan beberapa bahagian 'plywood' yang pecah² dan tidak di'trim' dengan lebih kemas dan halus. Kalau diikutkan, asalnya Rambozzi® nak tampal 'wood veneer' atau 'laminate' ke atas 'plywood' itu. Tetapi akhirnya Rambozzi® mengambil keputusan untuk membiarkan ia siap setakat itu sahaja. Dan ia masih berjaya menunjukkan konsep 'scrap wood project' itu sendiri.

Kejayaan menyiapkan projek ini agak "melegakan" hati Rambozzi®. Sekurang²nya, tangan dan hati Rambozzi® ini masih boleh lagi bertukang dan meneruskan kewujudan Rambozzi® di dalam "dunia woodworking" ini. Masih ada sedikit "sentuhan" Rambozzi® yang tinggal. Sekurang²nya, Rambozzi® masih lagi di dalam "woodworking" ini.....

"Akan kupendam sebuah cerita ini
Seram akan menanti aku semula..."



Sofea SYJ - "Dihimpit Rupa Warna" - "Mimpi dan Airmata" (1992)

3 Comments

  1. Bang tumpang tnya,ape beza cordless drill dgn Hammer dril?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok. Ini jawapan Rambozzi secara asas sahaja ok.

      Cordless drill boleh tebuk lubang dan putar skru.

      Hammer drill boleh tebuk lubang, putar skru dan tebuk dinding. Fungsi HAMMER tu adalah utk tebuk lubang pada dinding batu / konkrit.

      Delete
  2. Terima kasih atas penerangan Rambozzi..nasib x beli Cordless..hehe

    ReplyDelete