- Photobooth - Ariff & Fadzli


"Oooh!"

Pehal pulak tetiba "Oooh!" nie haa? Hahahahaha! 'Wait! Wait! Wait!'. Sebenarnya, itu adalah perkataan pertama kepada lirik lagu 'Photograph' dendangan kumpulan 'Rock' terkemuka 80-an dulu - Def Leppard. Jap. Rambozzi® nak layan sikit lagi lagu nie pastu baru kita sambung 'woodworking', ok? Oraits?

"I'm out a luck, out a love
Gotta photograph, picture of
Passion killer, you're too much
You're the only one I want to touch

I see your face every time I dream
On every page, every magazine
So wild and free so far from me
You're all I want, my fantasy..."


- Def Leppard "Photograph" (Pyromania) - 1983 - 

"Oooh!" 'Cool!' 'Yeah!' Rambozzi® rasa sangat bersemangat! Sebab Rambozzi® "dicari" oleh Ariff dan kawannya, Fadzli, yang suka melihat hasil kerja Rambozzi® sebelum ini iaitu "Photobooth - Faisal". Manakan tidak, projek "Photobooth - Faisal" itu boleh dikatakan antara projek yang paling mencabar tetapi sangat bagus untuk perkembangan dan kemajuan Rambozzi® di dalam bidang 'woodworking' ini. 

Jenis projek seperti ini adalah yang paling Rambozzi® suka. Kerana, di samping ia memberi peluang kepada Rambozzi® untuk cuba memenuhi segala kehendak pelanggan, ia juga memberi peluang kepada Rambozzi® untuk mencuba sesuatu yang baru, dan yang di luar bidang 'woodworking' ini sendiri. Rambozzi® suka cabaran berbentuk 'customize' atau 'custom made' (hah! mana satu ntah!) seperti ini. 

Proses perbincangan untuk menentukan hala tuju projek seperti ini sendiri adalah sangat menarik. Rambozzi®, Ariff dan Fadzli berpeluang untuk mengutarakan 'idea' dan pendapat masing² dengan sangat bebas, sangat santai, sangat mesra, dan ya, Rambozzi® akui, sangat professional.

Projek ini juga adalah atas dasar kepercayaan. Untuk membuat sesuatu yang seperti ini, semestinya Rambozzi® memerlukan segala peralatan yang hendak mereka letakkan ke dalam 'photobooth' ini seperti kamera, (mahal, beb. Rambozzi® takkan mampu nak beli kamera semahal ini. Rambozzi® "lebih rela" membeli 'power tools' cap Bosch® yang "jauh lebih murah". Heh heh heh heh...) 'monitor', 'speaker' dan lain², berada di dalam tangan Rambozzi®. Itu dalam bentuk barangan. Yang lebih utama, adalah kepercayaan Ariff dan Fadzli terhadap kemahiran Rambozzi® untuk membantu mereka berdua mencapai cita² dan impian mereka.

Sebagai 'woodworker'Rambozzi® faham "kegilaan" mereka berdua terhadap dunia 'photography'. Bidang kami amat jauh berbeza, tetapi "kegilaan" itu tetap sama. Dan apabila "gila woodworking" bertemu "gila photography"Rambozzi® rasa, kami mendapat peluang untuk "melampiaskan kegilaan" itu, 'together-gether'². Heh heh heh heh...

Berbeza dengan projek "Photobooth - Faisal" yang menggunakan konsep "kamera klasik", projek Photobooth - Ariff & Fadzli ini pula menggunakan konsep "peti televisyen klasik".

Jadi, dengan tidak membuang masa lagi - kerana "kegilaan" ini semakin memuncak; kerana jiwa ini semakin berkocak; dan kerana cinta ini semakin rancak - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Photobooth - Ariff & Fadzli.


Rambozzi® mulakan dengan memotong kayu² 1x2 di atas kepada saiz² yang diperlukan. Kayu² di atas adalah untuk bahagian paling penting projek ini, iaitu "muka depan TV" ini.


Kayu² tadi digam dan di'clamp'kan antara satu sama lain. Kemudian ia dibiarkan kering selama lebih kurang 2 jam, kot... A'ah kanRambozzi® lupa pulak berapa lama Rambozzi® biarkan ia kering hari tu kan? Kan? Lain kali, Rambozzi® kena catat tempoh masanya tu untuk lebih ketepatan lagi...



Selepas gam kering, Rambozzi® ketam pula permukaan panel di atas dengan menggunakan 'Love'.


Dan begitulah hasilnya selepas ia siap diketam. Sebenarnya, panel di atas adalah sebahagian sahaja daripada keseluruhan "muka depan TV" ini. Disebabkan kekangan masa, situasi dan ruang studio yang amat "menyesakkan hati" Rambozzi®Rambozzi® telah terlupa hendak mengambil gambar proses seterusnya...

"Oh, look what you've done to this rock 'n' roll clown
Oh oh, look what you've done..."


Photobooth - Ariff & Fadzli ini akan dibina dengan menggunakan 'plywood' setebal 18 mm. 'Material' yang dipilih ini adalah atas persetujuan Ariff & Fadzli sendiri.

Kepingan² 'plywood' di atas telah dibelah kepada saiz² yang diperlukan dengan menggunakan 'table saw'. Lubang² 'pocket hole' juga ditebuk untuk proses pemasangan.


Oraits! Projek ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu kotak TV dan kotak 'speaker'. Di dalam kotak 'speaker' itu nanti akan diletakkan sebuah kamera.

'Plywood' di atas adalah untuk bahagian muka depan kotak 'speaker'Rambozzi® dapatkan dahulu saiz lensa kamera yang akan digunakan dan tebuk lubang untuknya di atas 'plywood' di atas.

Rambozzi® gunakan 'drill press' yang dipasangkan 'hole saw' untuk menebuk lubang tersebut. Di bahagian bawah 'plywood' itu Rambozzi® alas dengan sekeping lagi 'plywood' terpakai untuk mengurangkan pecahan atau 'tearout'Rambozzi® 'clamp'kan kedua² keping 'plywood' itu ke permukaan 'drill press table' untuk menstabilkan kedudukannya semasa proses menebuk lubang.


Kemudian Rambozzi® 'rout' pula sekeliling bulatan pada 'plywood' itu dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'roundover router bit'.


Dan ia dicantumkan dan membentuk kotak 'speaker' seperti yang dapat dilihat di dalam gambar di atas yang telah diambil oleh Rambozzi® selepas selesai proses mencantumkan kotak di atas tadi dan ia akan digunakan untuk diletakkan sebuah kamera di dalamnya selepas projek ini Rambozzi® siapkan dan serahkan kepada Ariff & Fadzli untuk kegunaan mereka mengambil gambar di lokasi² penggambaran yang akan dipilih oleh mereka atau pelanggan atau peminat mereka di waktu yang mungkin bersesuaian dengan tema yang akan dipilih oleh mereka ataupun pelanggan ataupun peminat mereka nanti. Wah! Ada ke orang yang baca ayat di atas sampai habis haaaa?!

"Photograph - I don't want your
Photograph - I don't need your
Photograph - all I've got is a photograph
But it's not enough..."


Sebenarnya, sengaja Rambozzi® menulis panjang² tadi. Sebab, Rambozzi® panas hati lah! Kotak 'speaker' itu telah gagal dengan jayanya. Hmmmph!

Bulatan itu telah ditanda pada kedudukan yang salah. Hmmmph!

Lensa kamera akan condong ke bawah kerana kedudukan bulatan itu yang agak ke bawah. Hmmmph!

Rambozzi® terpaksa pecahkan kotak itu kerana kedua² bahagian yang telah dirosakkan di atas, masih boleh digunapakai. Sekarang, Rambozzi® terpaksa membuat operasi "pembersihan" pula. Hmmmph!


Sekali lagi, 'Love' telah Rambozzi® "seru" untuk membantu Rambozzi® menyelamatkan keadaan ini.

"Datanglah kepadaku, wahai 'Love' sayang... 
Sejukkanlah mata dan hatiku ini, 'Love' 'sweetheart'...
Temanilah hidupku dengan kehalusan belaian kasih dan sayangmu itu, 'Love' 'darling'...
Berdampinglah dengen ku, wahai si 'Love', sayang...
Hanya itulah pesen ku, mambang.........."


Jadi, 'Love' tidak pernah menghampakan Rambozzi®. Kehadiran 'Love' senantiasa menggembirakan hati Rambozzi®. Kewujudan 'Love' senantiasa menceriakan hati Rambozzi®. Kelahiran 'Love' di dalam hidup Rambozzi® senantiasa membawa sinar mentari di hati Rambozzi®. 'I love u so much, 'Love'...'


Bahagian yang rosak tadi "telah selamat diselamatkan". Ia masih boleh digunakan. Ia akan dijadikan pintu untuk kotak 'speaker' itu.

Dengan menggunakan 'jigsaw'Rambozzi® tebuk lubang untuk diletakkan sekeping 'acrylic sheet' pada pintu berkenaan. Lubang itu ditebuk secara kasar sahaja. Lubang yang lebih kemas, tepat dan halus akan ditebuk dengan menggunakan 'mini router/trimmer' pula, selepas ini.


Oraits! Rambozzi® bakal menghadapi sedikit masalah untuk menerangkan proses di atas hehehehe peace! Takpe, 'it's ok'Rambozzi® akan cuba terangkan dengan perlahan² dan seteliti mungkin kerana teknik seterusnya ini adalah antara "nikmat" seorang 'woodworker' yang bekerja dengan menggunakan sebuah 'router'. Ia ringkas, tetapi ia tetap sebuah teknik yang 'best'.

Sila baca setiap perkataan seterusnya satu persatu dengan perlahan² dan penuh pengamatan ye...?

Kayu² lebihan yang bertanda anak panah merah di atas diskrukan ke 'plywood' yang akan berfungsi sebagai pintu kotak 'speaker' nanti. 

Ia berfungsi sebagai 'guide' untuk 'bearing' pada 'flush trim router bit'

Kayu² lebihan itu tidak diskrukan sesuka hati sahaja. 

Ia telah diukur dan ditandakan dengan tepat bersesuaian dengan saiz lubang pada pintu yang hendak Rambozzi® tebuk.

Apabila 'bearing' pada 'flush trim router bit' "menyentuh" permukaan kayu² lebihan itu, 'mini router/trimmer' akan hanya memotong 'plywood' hanya berpandukan kepada bentuk kotak hasil daripada 'frame' sementara yang dibina daripada kayu² lebihan yang diskrukan itu. Ok? Hang bulih paham kaaa? Hahahahaha!

'Frame' sementara yang dibina daripada kayu² lebihan yang diskrukan itu juga boleh dipanggil 'cutting template'. Oraits?

Maka Rambozzi® akan mendapat sebuah lubang yang sangat tepat dan kemas pada pintu kotak 'speaker' itu nanti.


Perhatikan gambar di atas dengan teliti. 'Bearing' pada 'flush trim router bit' itu Rambozzi® pastikan menyentuh permukaan kayu lebihan yang diskrukan ke 'plywood' kotak 'speaker' itu. Jadi, mata 'router bit' itu akan hanya memotong mengikut bentuk 'frame' sementara yang dibina daripada kayu² lebihan yang diskrukan ke kotak 'speaker' berkenaan.

Ya. Rambozzi® terpaksa mengakui bahawa Rambozzi® terpaksa menggunakan perkataan² yang sama yang diulang² beberapa kali sehingga memenatkan mata dan memeningkan kepala. Tetapi percayalah. Baca satu persatu, perlahan² dan Rambozzi® yakin, ia akan dapat difahami dengan jelas.


Sekarang, Rambozzi® akan mula memotong lubang tersebut dengan menggunakan 'mini router/trimmer'.


Dan itulah hasilnya. Dapat dilihat dengan jelas juga, kayu² lebihan yang diskrukan ke 'plywood' di atas masih berada di bawahnya.

'Roundover router bit' berwarna hitam di dalam gambar di atas akan digunakan untuk membulatkan sedikit bucu pada lubang pintu berkenaan.


Oraits! Rambozzi® sudah terlepas peluang untuk mengambil gambar beberapa proses. Rambozzi® agak kelam-kelibut sekarang.

Bahagian² di atas adalah keseluruhan bahagian untuk projek Photobooth - Ariff & Fadzli ini. "Muka depan TV" itu juga telah siap dipasangkan sepenuhnya. Beberapa lubang yang akan berfungsi lubang untuk 'speaker' juga telah ditebuk dengan kemas dan jayanya (lihat anak panah merah di dalam gambar di atas).


Ok. Sebenarnya, agak banyak juga gambar proses kerja yang tidak sempat Rambozzi® ambil. Projek yang Rambozzi® jangkakan "tidaklah sesusah mana" ini rupa²nya boleh tahan susah! Wah!

Oraits! Anak² panah berwarna merah di atas menunjukkan kepada lapisan 'nyatuh veneer' yang telah ditampal ke kotak 'speaker' dan juga kotak TV. Ia akan dicat dengan warna hitam nanti, atas pemintaan Ariff dan Fadzli sendiri.

Anak panah berwarna biru itu pula menunjukkan kepada bahagian dalam "muka depan TV" yang Rambozzi® potong 45° dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan '45° chamfer router bit'. Itu adalah 'idea' dan 'design' daripada Ariff dan Fadzli sendiri.

"I'd be your lover, if you were there
Put your hurt on me, if you dare
Such a woman, you got style
You make every man feel like a child, oh

You got some kinda hold on me
You're all wrapped up in mystery
So wild so free and far from me
You're all I want, my fantasy..."


Di bahagian belakang kotak TV pula Rambozzi® pasangkan sebuah pintu untuk memudahkan Ariff dan Fadzli "bekerja" nanti. Pintu itu tidak mempunyai sebarang pemegang, 'handle' atau 'knob'. Ia hanya perlu ditekan sahaja dan pintu akan terbuka secara automatik. Sebenarnya tidak automatik mana pun heh heh heh heh. Rambozzi® hanya pasangkan 'push to open magnetic door latch' sahaja hehehehe peace!

Di bahagian belakang kotak 'speaker' itu pula juga telah siap dipasangkan 'acrylic sheet' ke bahagian pintunya. Dan projek ini sudah hampir siap sepenuhnya.

Setakat ini, tidak ada banyak masalah sangat. Segala²nya berjalan agak lancar, dan Rambozzi® tunjukkan gambar di atas kepada Ariff dan Fadzli. Dan mereka berdua suka dengan hasil kerja Rambozzi® setakat ini.

"Oh, look what you've done to this rock 'n' roll clown
Oh oh, look what you've done..."


Oraits! Rambozzi® akan terangkan serba sedikit mengenai bahagian dalam kedua² kotak di atas. Untuk kotak 'speaker', tidak banyak 'setting' yang kritikal pun. Rambozzi® hanya gamkan beberapa kayu sahaja di bahagian dalamnya yang akan berfungsi sebagai tempat untuk diletakkan kamera dengan kemas. Kayu² itu akan memastikan kamera diletakkan di tempat yang tepat dan ia akan mengekang kamera itu daripada bergerak².

Di bahagian dalam kotak TV pula, Rambozzi® skrukan 2 buah 'speaker' dan 'extension plug'. Sebatang kayu juga dipasangkan di dalam bahagian dalam kotak di atas sebagai "pengunci" untuk TV yang akan diletakkan nanti.



Projek Photobooth - Ariff & Fadzli ini siap sepenuhnya! Fuhhhh! Boleh tahan susah juga! Hahahahaha!

Ok. Kotak 'speaker' itu Rambozzi® cat dengan 3 lapisan cat minyak berwarna hitam. Untuk "muka depan TV" pula, Rambozzi® cat dengan 3 lapisan 'polyurethane varnish' berwarna 'Rosewood'.


"Photograph I don't want your
Photograph I don't need your
Photograph all I've got is a photograph
You've gone straight to my head..."



Oraits! Begitulah keadaan di bahagian dalam kedua² kotak di atas selepas kesemua barangan dimasukkan. Dapat dilihat bahawa kamera itu hanya diletakkan begitu sahaja di dalam kotak 'speaker'.

Untuk kotak TV pula, kayu yang bertanda anak panah merah itu Rambozzi® pasangkan sebiji engsel untuk membolehkan ia dilipat keluar jika hendak memasukkan atau mengeluarkan 'monitor' berkenaan. Dan ia hanya perlu dikunci dengan menggunakan pengunci yang ditunjukkan oleh anak panah merah itu.

Di bahagian kanan, bawah kotak itu pula, anak panah merah itu menunjukkan kepada 'push to open magnetic door latch' yang Rambozzi® sebutkan tadi.

Tiada sebarang 'setting' atau tetapan yang kompleks. Projek ini masih lagi mengekalkan konsep Rambozzi® - Pertukangan Kayu Ringkas & Mudah itu.


Rambozzi® berharap, Ariff & Fadzli akan berpuas hati dengan hasil kerja tangan Rambozzi® ini. Rambozzi® hanya cuba mengikut kehendak dan keperluan mereka sahaja. 'Idea' dan konsep untuk projek ini hampir 100% adalah dari Ariff & FadzliRambozzi® hanya cuba mengikut dan cuba memenuhi citarasa mereka berdua sahaja.

Sekarang, Rambozzi® akan teruskan ke projek yang seterusnya pula. 

Projek yang seterusnya ini adalah "projek PALING BESAR dalam sejarah Rambozzi® sebagai 'woodworker' ini"! 

Projek yang seterusnya ini adalah "projek PALING SUSAH dalam sejarah Rambozzi® sebagai 'woodworker' ini"!

Projek yang seterusnya ini adalah "projek PALING RAMBOZZI® dalam sejarah Rambozzi® sebagai 'woodworker' ini"!

Tunggu. Nantikan kemunculan 'entry' yang seterusnya. Sekarang Rambozzi® nak minta si Ariff & Fadzli ni ambil gambar Rambozzi® dulu. Sekarang Rambozzi® nak pergi mandi dulu, sabun tubuh ini bersih², dan syampu rambut ini. Kemudian, Rambozzi® akan pakai gel rambut dan gayakan rambut Rambozzi® ini dengan gaya paling 'cool'Rambozzi® akan semburkan juga wangian kegemaranku dan juga kamu. Rambozzi® akan pakai 'Converse Cons Weapon' kesayangan Rambozzi®. Jap. Rambozzi® kena pakai seluar dulu. Kbai! Heh heh heh heh.....

"Photograph - I need only your
Photograph - I'm out a love
Photograph - I'm out a love
Photograph - You're the only one
Photograph - I want to touch..."


7 Comments

  1. Projek yang OHSEM & HENSEM mcm bro Rambozzi jugek... Hahaha...Mmg sgt woodworking projek ni... Mcm mana lekatkan box tu pada tripod tu?
    :mirul:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehehe peace mirul!
      Tripod tu ada tapak kat atas dia.
      Rambozzi cuma skrukan terus tapak tu ke bawah kotak TV dan letak je atas tripod.

      Delete
  2. Cemburu tol tgk hasil kerja rambozi..arghhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  3. Salam Bro Rambozzi.. Sesuai ke nk mulekan hobi bertukang ni kalau duduk di apartment?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro akmd85.

      Tak sesuai sangat la bro. Akan timbul banyak masalah dengan jiran nanti. Akan ada report dan kita berisiko dikenakan tindakan yang tidak berapa mesra alam hehehehehe.

      Masalah paling besar adalah, sekali you sudah start bertukang kayu, you manyak susah mau belenti maaa...

      Delete
  4. Kalau sy bak order 1 set berapa bro?

    ReplyDelete