- Janji Digergaji!!!


Kuala Lumpur, 7 Ogos 2015 - Kekurangan sumber rujukan dan kenaikan kos sara hidup yang tinggi kini menjadi kebimbangan di kalangan warga kota, khususnya golongan tukang kayu.

Meskipun mendapat bantuan dan sokongan moral dari komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia di laman Facebook, masih ramai yang keliru dan bimbang untuk mendapatkan bekalan gergaji elektrik dari syarikat² gergasi antarabangsa.

"Kita... Sebagai rakyat Malaysia... Yang hidup dalam satu negara yang berbilang bangsa... Hendaklah bersatu...  Dan mengumpul wang...  Dan dana.. Untuk membeli... Gergaji yang boleh membantu kita... Sebagai rakyat Malaysia... Untuk... Bersama²... Membasmi kemiskinan... Khususnya golongan "miskin bandar"... Yang makan gaji... Yang tidak pernah cukup gaji... Tetapi.. Justeru itu... Haaa mana satu ntah! Janganlah kita... Makan gergaji... Jika kita... Dalam negara yang aman ini... Belum menggosyok gigi... Kita semua... Dan rakan² kita... ", tegas Menteri Pertukangan Kayu Dalam, Luar Negeri dan Ke Laut, Tun S Rambozzi®.

Menurut beliau lagi, ramai tukang kayu yang ingin membeli gergaji elektrik tetapi amat mengharapkan pendapat dan sokongan moral dari beliau.

"Saya... Sebagai Menteri yang anda sayangi... Akan memanjangkan isu ini ke Parlimen... Tidak lama lagi... Kerana saya... Pada masa ini... Sedang membuat lawatan kerja... di MilwaukeeWisconsinAmerika Syarikat... Dan saya... Berjanji... Akan pulang ke ibu negara... 3 bulan lagi...", ujar beliau ketika ditemui pemberita di lobi Parlimensyemalam.

"Tak broLu sekarang nie kat Milwaukee ke kat lobi ParlimenLu kat mana sebenarnya sekarang nie, bro?"

"Halamak kantoi pula!!!"


Adakalanya, Rambozzi® memang tidak mempunyai ilham untuk menulis di sini. Rambozzi® tidak berapa selesa, jika sesebuah 'entry' itu terus sahaja ke isinya, tanpa sebarang pengenalan atau 'intro''Entry' itu sendiri akan terasa sangat tawar, tidak berperisa. Jadi, Rambozzi® sentiasa memerah kepala ini untuk mencari sedikit ilham yang Rambozzi® rasakan boleh menenangkan jiwa pembaca yang penat 'woodworking'. Ya. 'Woodworking' memang sangat menyeronokkan. Tetapi juga amat memenatkan. Terutamanya jika sesuatu projek itu agak kompleks struktur pembinaannya. Dan lebih memenatkan lagi jika projek yang sedang di"ejas" dengan pelanggan yang bertanya itu, masih belum mencapai kata putus atau lebih teruk lagi, ia menemui jalan buntu.

Untuk mengisi masa "lapang dan santai ini" - dan untuk menenangkan hati yang panas ini - Rambozzi® perlu menulis sesuatu, sambil mengurut² peha ini (bila poket kosong, peha terasa kebas² juga... Ngape ye...).

Memandangkan Rambozzi® baru sahaja siap menulis 'entry' 3 'Power Tools' Asas Untuk Memulakan Hobi Pertukangan Kayu Secara D.I.Y sebentar tadi, jadi, alang², baik juga kalau Rambozzi® teruskan ke topik yang seterusnya pula.

Oraits! Kali ini Rambozzi® akan menulis tentang 'power tools' "paling hangat", "paling dicari", "paling dikehendaki", "paling diingati", "paling dirindui selalu" - iaitu gergaji elektrik! Jeng! Jeng! Jeng!

Ok. Secara ringkasnya, Rambozzi® akan hanya cuba menulis mengenai 4 jenis gergaji elektrik sahaja. Kerana gergaji yang dikuasakan oleh tenaga elektrik untuk tujuan 'woodworking' ini, terlalulah banyak jenisnya..... Ada 'jigsaw', 'circular saw', 'miter saw', 'table saw', 'scroll saw', 'bandsaw', 'radial arm saw', 'rotary saw', 'reciprocating saw', 'chainsaw' dan macam² lagi laaaa... Jadi Rambozzi® akan pilih  4 sahaja untuk ditulis serba sedikit mengenainya iaitu 'jigsaw', 'circular saw', 'miter saw', dan 'table saw'.

'Actually'nya hanya 4 jenis itu sahajalah yang Rambozzi® ada, dan ada sedikit pengalaman menggunakannya. Tapi tidak mengapa. 'Nevermind'. Keempat² jenis gergaji elektrik itu adalah jenis yang paling "rapat" dengan 'D.I.Y woodworkers'.

Seperti biasa, suka Rambozzi® nak ingatkan di sini bahawa, Rambozzi® bukanlah seorang pakar mengenai mesin² "liar dan ganas" ini. Rambozzi® juga bukanlah wakil dari mana² syarikat gergasi itu. Rambozzi® tidak dibayar untuk menulis mengenai mesin² ini. Rambozzi® hanya menulis sebagai pengguna, sebagai 'woodworker', sebagai 'blogger' dan sebagai Rambozzi® ini sahaja.

Jadi, 'so'Rambozzi® tidak menjamin bahawa apa yang akan Rambozzi® tuliskan nanti adalah tepat, bermaklumat, atau berguna kepada mana² pihak sekali pun. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan tepat, silalah amalkan budaya membaca... Bacalah sebarang artikel mengenai "woodworking" ini. Terdapat banyak artikel dengan "fakta" yang menarik, dan adakalanya teramat sukar untuk dipercayai atau "dihadam" oleh akal fikiran kita. Terdapat terlalu banyak kajian yang kita mungkin berasa susah untuk percaya pada asalnya, yang kita ketawakan, tetapi akhirnya kita akan "terpinga²" bila kita betul² sudah menemuinya... Fakta "unik" seperti itu dipanggil 'unbelievable' laaaaaaaaa......! Kan...

Oraits! Dengan tidak membuang masa lagi - dengan rasa takutkan "kerakusan" mesin² ini; dengan jantung yang berdegup kencang; dengan nafas yang sekeras dengusan kuda - jom kita mulakan sekali lagi "cerita" "woodworking" kali ini - Janji Digergaji!!!


Jadi, ramai yang bertanya kepada Rambozzi®, gergaji elektrik jenis yang manakah yang perlu mereka beli untuk memulakan 'woodworking' ini? Sungguh Rambozzi® tidak dapat memberikan jawapan tepat kerana terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan mesin ini. Dan bila ditanya kepada Rambozzi®, sebagai Rambozzi® ini, Rambozzi® amat mementingkan ketepatan.

Rambozzi® cuba sebaik mungkin untuk memberikan jawapan yang boleh membantu mereka membuat keputusan. Untuk 'entry' kali ini, Rambozzi® akan cuba memberikan sedikit penerangan mengenai kegunaan, kelebihan dan kekurangan setiap satu jenis gergaji itu - berdasarkan pengalaman Rambozzi® menggunakannya.

Oraits! Rambozzi® mulakan dengan jenis yang pertama; iaitu 'jigsaw'. 'Jigsaw' adalah gergaji elektrik yang paling banyak dibeli oleh mereka yang ingin mula bertukang. Antara faktornya adalah harganya yang lebih murah jika dibandingkan dengan 3 jenis lagi itu. Ia juga agak ringan. Mampu memotong kayu dengan cepat dan mudah digunakan dengan sebelah tangan. Selain daripada itu, 'jigsaw' "kelihatan" lebih selamat untuk digunakan berbanding yang 3 jenis lagi tadi.


Ada pelbagai jenis mata gergaji untuk 'jigsaw' ini yang boleh ditukar mengikut jenis 'material' yang hendak dipotong. Rambozzi® tidak akan menulis mengenai jenis² mata gergaji untuk 'jigsaw' itu di sini. Boleh baca di dalam 'entry' terdahulu yang bertajuk Jigsaw Blades.


Untuk membuat potongan lurus dengan tepat, kita boleh 'clamp'kan 'square' ke kayu yang hendak dipotong.


'Square' itu akan berfungsi sebagai 'guide' untuk memastikan kestabilan 'jigsaw' itu.

Dengan memilih mata gergaji yang sesuai, kita boleh mendapatkan potongan yang cepat, tepat dan halus.


Walaubagaimanapun, PADA PENDAPAT Rambozzi®, 'jigsaw' bukanlah gergaji yang sesuai untuk membuat potongan tepat 90°. Mata gergajinya yang lembut dan mudah "terpesong" dari laluan akan menjadikan sebarang percubaan untuk memotong dengan lurus, adalah hampir mustahil.

Perhatikan anak panah merah di dalam gambar di atas. Jelas, kayu itu tidak tepat 90°.

Ada 'woodworkers' yang OK dan tidak mempunyai masalah langsung dengan keadaan itu. Tetapi bagi Rambozzi®, itu mendatangkan rasa 'frust' di hati kecil ini...


Bila "disukat" dengan menggunakan 'try square', memang Rambozzi® akan berasa kecewa.

Ketidaktepatan potongan menggunakan 'jigsaw' boleh berlaku dalam potongan jenis 'miter' seperti di dalam gambar di atas.


Dan dalam potongan 'bevel' seperti di dalam gambar di atas.

Atau yang lebih memeritkan lagi, potongan itu tidak tepat dalam kedua² keadaan 'miter' dan 'bevel', serentak!

 

Dan bila kayu itu cuba disambungkan ke kayu yang lain, hasilnya akan sangat mengecewakan.

Jadi, PADA PENDAPAT Rambozzi®, 'jigsaw' tidak sesuai untuk digunakan untuk potongan lurus.

Ini bukanlah bermakna bahawa 'jigsaw' tidak boleh digunakan langsung untuk potongan lurus dan tepat. Ini hanya pendapat Rambozzi® sahaja. 

Jadi, untuk mengelakkan diri Rambozzi® daripada dijadikan "bahan politik", atau "dihentam" secara atas talian, maka, Rambozzi® dengan ini ingin memaklumkan, bahawa 'jigsaw' BOLEH dibeli sebagai gergaji pertama untuk 'woodworking'.

Tapi 'jigsaw' memang tak sesuai untuk potongan lurus dan tepat! Hahahahaha! Lariiii!!!


Lagi sekali, walaubagaimanapun, 'jigsaw' adalah antara mesin TERBAIK untuk memotong lengkungan pada kayu, papan, 'plywood' atau lain² 'material'.


Itu adalah KELEBIHAN 'jigsaw'.


Seterusnya adalah 'circular saw'. Ok, memandangkan Rambozzi® tidak memiliki sebarang 'corded circular saw' lagi buat masa ini, maka Rambozzi® akan gunakan 'cordless circular saw' sahaja dulu, untuk dijadikan contoh.

 

Sama seperti 'jigsaw', 'circular saw' juga memerlukan 'guide' untuk membuat potongan dengan lurus. Hanya 'clamp'kan 'square' ke kayu yang hendak dipotong, dan potong.


'Circular saw' juga amat sesuai digunakan untuk memotong papan, 'plywood', 'chipboard' dan lain² 'material' yang lebih lebar. Sebatang pembaris aluminium yang tebal dan panjang amat berguna untuk operasi seperti di atas.


Hanya 'clamp'kan ke 'material' yang hendak dipotong, dan potong.

Kelebihan 'circular saw' ini adalah kemampuannya untuk memotong dengan lurus dan tepat,  dan juga cepat. Mata gergajinya yang jauh lebih keras jika dibandingkan dengan mata gergaji untuk 'jigsaw' adalah antara faktor utama kepada kestabilannya ketika dioperasikan. Dan hasil potongannya juga amat bersih dan kemas.

Untuk potongan 'miter' juga, 'circular saw' boleh melaksanakan tugasnya dengan sangat berkesan. Yang diperlukan hanyalah 'guide' yang tepat, "tangan yang katang dan tak goyang punye" dan "hati yang tabah".


Untuk potongan 'bevel' pula, rasanya, hampir kesemua 'corded circular saw' boleh dicondongkan ke sudut 'bevel' yang dikehendaki.


Dan, 'circular saw' juga lebih 'versatile'. Ramai 'woodworker' yang menjadikannya sebagai 'D.I.Y table saw'.

Janganlah diketawakan 'cordless circular saw' Rambozzi® itu hehehehehe malu lah! Itu untuk tujuan demonstrasi sahaja. Hehehehehe...

Oraits! Dengan membina meja kerja yang bersesuaian, 'circular saw' boleh diskrukan dari bawah meja, dan mata gergajinya akan keluar di atas permukaan meja kerja kita. Sekarang, kita sudah memiliki sebuah 'table saw'!

'Cool eh?' Tetapi AWAS! Dapatkan nasihat dan bantuan pakar jika ingin mencuba 'advance techniques' seperti di atas. Kepada mereka yang baru menceburi bidang ini, dan tidak mempunyai sebarang pengalaman dan kemahiran menggunakan sebuah 'circular saw', 'please don't try this at home'.

Oraits! Jadi, 'so', PADA PENDAPAT Rambozzi®, 'circular saw' adalah gergaji elektrik yang BOLEH, PATUT, WAJIB dibeli untuk 'woodworking' ini.


Seterusnya... Jeng! Jeng! Jeng! Haaaaa... 'Miter saw'! Oooh! Cool! Yeah!

PADA PENDAPAT Rambozzi®, 'miter saw' adalah gergaji elektrik TERBAIK yang PATUT dibeli jika ingin memulakan bidang pertukangan kayu ini. Antara kelebihannya adalah kestabilan dan ketepatan potongannya. Dan juga keupayaannya untuk memotong dalam pelbagai 'angle' atau dipanggil 'miter cuts'. Juga boleh membuat potongan 'bevel cuts'. Atau, untuk 'level' dan keperluan kerja yang lebih 'advance', ia boleh memotong secara 'compound miter cuts'; iaitu memotong dalam keadaan 'miter' dan 'bevel' serentak!

Gambar di atas Rambozzi® "pinjam" daripada laman web Bosch® kerana Rambozzi® tidak mahu mengubah sebarang 'setting' pada 'slide miter saw' milik Rambozzi® itu. Ia sekarang sedang berada di dalam keadaan terbaik, dengan kadar ketepatan sebanyak 99.999%. Susah tau nak setkan 'miter saw fence' itu kepada 90° dengan sangat tepat. Heh heh heh heh...


Kedudukannya yang terletak kukuh dan "kemah-keming" di atas meja, dengan 'fence'nya yang stabil dan tepat, adalah kekuatan utama sesebuah 'miter saw'.


Memotong tepat 90° BUKANLAH KERJA SUSAH bagi 'miter saw'.


Dan untuk potongan 'miter' juga, 'miter saw' hanya akan "tersenyum" sahaja.


Ketepatan di atas adalah "KRITIKAL" bagi Rambozzi®. Kekemasan potongan itu adalah satu "KEPERLUAN" bagi Rambozzi®.


Itu yang Rambozzi® "SUKA DAN NAK".


Juga untuk potongan tepat 45° seperti di dalam gambar di atas, 'miter saw' BOLEH melaksanakan tugasnya dengan berkesan dan memuaskan hati.


Dari segi 'speed' , 'miter saw' BOLEH memotong sebanyak mana pun kayu yang kita nak dengan cepat, tepat dan sama panjang, tanpa sebarang masalah.

Bagi Rambozzi®, secara peribadi, 'miter saw' adalah gergaji elektrik yang MESTI ADA, TAK BOLEH TAK DE, KENA ADA bagi seseorang 'woodworker'.


Dan yang terakhir adalah 'table saw'.

Untuk mesin ini, Rambozzi® "terpaksa" menulis dengan menggunakan beberapa senarai pendek. Kerana mesin ini mempunyai terlalu banyak ciri untuk ditulis di dalam satu baris ayat.

Oraits! 'Table saw' adalah sebuah gergaji elektrik yang:-

- paling mahal
- paling 'best'
- paling 'cool'
- paling diidami oleh setiap 'woodworkers'
- dan paling bahaya!

Disebabkan ia mempunyai elemen "paling bahaya" itu, maka 'table saw' adalah TIDAK DICADANGKAN untuk dibeli sebagai gergaji elektrik pertama oleh mereka yang baru ingin menceburi bidang ini. Sebab:-

- sangat bahaya, bro. Baik guna gergaji elektrik jenis lain yang lebih selamat dulu. Biasakan diri dan tangan dahulu dengan mesin² dahulu.

- mahal sangat. Beli yang lebih murah dahulu, kalau dirasakan bidang ini tidak sesuai dengan jiwa kita, tidaklah terasa sangat ruginya nanti.

- kita boleh jadikan 'circular saw' sebagai 'table saw'.

- mesin ini dicipta untuk 'woodworker' yang 'advance'. Untuk 'beginner' atau "nubis", baik biasakan diri dan tangan dengan mesin² dahulu la, bro.

- tapi kalau ada MODAL yang 'ooh cool!' dan "hati yang kental", memang tak rugi kalau membeli sebuah 'table saw' sebagai gergaji pertama. Heh heh heh heh...
  

Antara kelebihan 'table saw' ini adalah kemampuannya untuk membelah 'material' yang besar dan lebar seperti papan, 'plywood', 'chipboard' dan lain².


Untuk memotong kayu juga tiada masalah. Boleh gunakan 'miter gauge' itu ataupun dibuat sebuah 'table saw sled' untuk lebih rasa "woodworking" yang "sejati"...


Dan pastinya 'table saw' juga boleh memotong dalam pelbagai sudut 'miter' dan 'bevel'.


Dan sekali lagi, Rambozzi® "pinjam" gambar di atas daripada laman web Bosch® kerana Rambozzi® tidak mahu mengubah sebarang 'setting' pada 'table saw' milik Rambozzi® itu. Ia sekarang sedang berada di dalam keadaan "tenang", "ceria" dengan darjah "kebahagiaan" melebihi 100°. Heh heh heh heh...


Untuk kerja² yang lebih 'advance', banyak lagi teknik pertukangan kayu yang boleh 'table saw' lakukan.

Ok Rambozzi® tipu! Hahahahaha! Tak, macam nie sebenarnya, 'rabbet' pada kayu² di atas tu sebenarnya Rambozzi® potong dengan menggunakan 'mini router/trimmer', bukan dengan menggunakan 'table saw' tu hehehehehehe peace!

Rambozzi® sengaja "memanipulasikan" kayu² itu dengan tujuan untuk menunjukkan bahawa 'table saw' itu juga boleh membuat potongan jenis 'rabbet' seperti itu.

Bukanlah tujuan Rambozzi® hendak menipu.

"Mereka kata saya tipu! Tidak! Ini kenyataannya! Ini adalah faktanya! Dulu... Sebelum saya jadi Menteri... Memang saya suka menipu! Ah hahahahaha! Sekarang... Saya bekerja untuk rakyat... Kerana rakyat sudah banyak berjasa kepada saya. Bukan saya yang berjasa kepada rakyat! Ah hahahahaha! Untuk itu... Saya kena bekerja lebih keras... Gergaji ini milik rakyat... Milik anda semua... Sebagai... Rakyat Malaysia... Yang bersatu-padu..."

"Saya ingin mengajak tuan² dan puan² semua... Kita amalkan cara hidup sihat... Kita keluarkan peluh... Dengan bidang "woodworking" ini... "Woodworking" itu bagus... Kerana... "Woodworking requires working with and carrying wood around a lot. This results in more physical activity, which results in better physical health. Keeping your body physically fit is really important and can help prevent the occurrence of various illnesses later on in life. By being physically fit you can reduce chances that you will have a heart attack, have seizures, become a diabetic, and reduce the chances of having a number of other illnesses."

Demikian tegas Tun S Rambozzi®. Menurut beliau lagi, generasi muda di era 'social media' ini telah mengabaikan cara hidup sihat dengan banyak menghabiskan masa dengan "bermain" Facebook, Instagram, Whatsapp, membaca blog rambozzi.blogspot.com dan lain² lagi.

"Kita banyakkan bersenam... Kita ber'jogging'... Kita berlari... Kita berenang... Kerana berenang itu 'best'... Berenang boleh 'keeps your heart rate up but takes some of the impact stress off your body. builds endurance, muscle strength and cardiovascular fitness. helps maintain a healthy weight, healthy heart and lungs. tones muscles and builds strength'...", tegas Tun S Rambozzi® ketika ditemui pemberita sedang mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil gambar 'we-fie' bersama kekasih²nya, Neelofa dan Nur Fazura Sharifuddin di lobi Parlimen, awal pagi tadi.

 

Dan ya, 'woodworker' kental yang menggunakan 'table saw' tidak akan dapat mengelakkan dirinya dari membuat pelbagai jenis 'table saw jigs':-

- 'small-parts jig'
- 'thin-rip jig'
- 'cross-cut sled'
- 'miter sled'
- 'taper jig'
- 'box-joint jig'

Itulah antara keseronokan bagi seseorang 'woodworker' yang betul² "woodworking" dengan menggunakan 'table saw'.

Jadi, 'so'. Untuk topik ini, PADA PENDAPAT Rambozzi®, 'table saw' BOLEH dibeli sebagai gergaji elektrik pertama bagi mereka yang ingin memulakan bidang 'woodworking' ini. Ikut kesesuaian kerja, ikut modal yang sanggup dikeluarkan dan ikut keperluan 'woodworking' itu sendiri.


Oraits! Fuhhhh! Lega rasanya selepas berjaya menulis 'entry' ini! Ohhhh! "Uolls" tak tahu sudah berapa kali Rambozzi® mengulang jawab soalan ini dari ahli² di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia......

Oraits! Pendapat di atas adalah pendapat Rambozzi®, sebagai 'amateur woodworker' ini, sebagai Rambozzi® ini. Pendapat di atas adalah berdasarkan pengalaman Rambozzi® sahaja. Diharapkan, agar sedikit info itu akan dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin membeli gergaji elektrik.

Sekarang Rambozzi® akan kembali ke "dunia woodworking" Rambozzi®Rambozzi® nak "woodworking" lagi. Rambozzi® suka "woodworking"Rambozzi® perlu "woodworking". Kerana "woodworking" itu 'best'. Seperti berenang juga... 

"Kita... Perlu bersatu... Dengan semangat ini... Dengan cinta ini... Kita woodworking! Bersama² dengan saya... Kita berusaha... Kita bekerja... Kita bertukang... Sayangi gergaji anda... Cintai gergaji anda... Jangan biarkan gergaji kita rosak...", tegas Tun S Rambozzi® lagi, selepas beliau merasmikan Menara Rambozzi® di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Satu.....!
MALAYSIA!!!

Janji.....!
DIGERGAJI!!!

Gergaji.....!
SAMPAI TUA!!!

Rosak.....?!
DIBUANG!!!

Ke mana.....?!
KE LAUT!!!!!

10 Comments

  1. follow kat fb dah lama.. arini baru tau kewujudan blog ni. dah siap bookmark dah.. esok nak sambung cari pasal bt rak cabinet utk power tool tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog Rambozzi ni mcm ni je la, bro. Hehehe... Apa² yg boleh dipakai tu, silakan ambil. Mana² yg mengarut tu, buat² tak nampak je la kot..... Huhu

      Delete
  2. Tetibe lanplak berangan nak beli circular saw..hehe..makin layan blog Rambozzi makin bersemangat nak cari tools..tp apekan daya.byk sgt 'tol' dlm poket..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog ni mcm ni je..... Tak de apa yg menarik sgt pun.....

      Cuma Rambozzi terpaksa akui, agak ramai yg "terachun" dan terjebak dgn woodworking ni lepas baca blog ni...
      Dan Rambozzi like!!!

      Heh heh heh heh heh.....

      Delete
  3. tahniah bro atas perkongsian pengalaman
    sebagai beginner @ amatur yg x punya bengkel; jika circular saw didendangkan di kawasan perumahan, adakah akan mengundang jiran sebelah datang bertandang untuk tuju lagu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak mengganggu jugak bunyinya kalau jarak antara rumah tu terlalu rapat. Kena deal la dgn jiran terdekat. Set masa yg sesuai utk gergaji kayu. Susah Rambozzi nak cakap, tapi kita kena pandai² sendiri la bila hidup berjiran ni...

      Delete
  4. Peh hebat bro ni..leh beli table saw lg.mahal tu..ni hobi ke mmg jd kerjaya?

    ReplyDelete
  5. minat nak bertukang kayu tu ada, dah 3-4 projek dah buat... tapi sebab saya ni rakyat marhaen yang xmampu nak duk rumah banglo, cuma rumah teres lowcost...bila on grinder, jigsaw etc rasa macam mintak ditetak dengan jiran²...
    cane nak bagi mesins tu smua senyap eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bagi mesin tu senyap tu mcm agak mustahil la. Kecuali la kalau bro beli dari brand yang memang tak bising. Rambozzi rasa, lebih baik bro cuba "senyapkan" jiran tu dulu. Bagi la hadiah kecik macam coffee table ke, rak kasut ke...

      Delete