20 September 2015..... ........ .. ....
Tanpa sedar, kita seringkali mengeluh di dalam kehidupan seharian kita. Terlalu banyak hal yang kita rasakan kita cukup arif dan faham, tetapi sebenarnya kita memang tidak arif dan tidak akan faham langsung. Sehingga akhirnya akan terbit keluhan di hati kecil kita, "kalaulah aku tahu...".
Kebiasaannya, 'normally'nya, bila terbit keluhan itu, tidak banyak yang boleh kita lakukan. Sesuatu hal atau keadaan itu pastinya hanya boleh diketawakan atau ditangisi di dalam hati kecil kita. Kita akan tersenyum (kalaupun tidak meratap) sambil menggeleng²kan kepala kita, "kalaulah aku tahu...".
Kebiasaannya juga, 'normally'nya, kita akan simpan keluhan itu dalam², jauh di sudut hati kita, kerana kita tahu ia tidak wajar diceritakan kepada sesiapa pun. Kita sudah terbiasa mendengar jawapan yang menjengkelkan, "nak buat macam mana lagi, layankan je la. Hahahahaha!". Dan hati kecil kita akan membalasnya dengan amarah kerana tidak senang bila diketawakan, "kau tak rasa lagi kau takkan tahu. Aku dah rasa. Kalaulah aku tahu...".
Itu juga yang Rambozzi® rasakan semenjak menjadi 'woodworker' ini. Kalaulah Rambozzi® tahu, Rambozzi® akan ambil jurusan ini sejak dari tadika lagi. Kalaulah Rambozzi® tahu, Rambozzi® akan pelajari ilmu ini dari puluhan tukang kayu yang pernah Rambozzi® kenali dahulu. Kalaulah Rambozzi® tahu, Rambozzi® akan terus menjadi 'woodworker' sejurus menamatkan zaman persekolahan yang tidak setinggi mana itu.
Itu, kalaulah Rambozzi® tahu. Dan pastinya terlalu banyak juga yang Rambozzi® tidak tahu, tidak pernah tahu dan tidak akan tahu. Rambozzi® tidak tahu apa kelebihan dan kekurangan diri Rambozzi® ini sendiri. Tipulah kalau Rambozzi® mengatakan Rambozzi® benar² mengenali diri Rambozzi® ini. Tipulah kalau Rambozzi® mengatakan Rambozzi® benar² mengenali jiwa Rambozzi® ini. Dan tipulah juga kalau Rambozzi® mengatakan Rambozzi® benar² mengenali hati Rambozzi® ini.
Rambozzi® takkan tahu apa yang dipandang atau dicari oleh seseorang itu di dalam diri Rambozzi® ini. Ketika Puan Zanariah menghubungi Rambozzi® untuk satu projek yang Rambozzi® rasakan hanyalah satu projek 'woodworking' seperti biasa, Rambozzi® tidak tahu apa yang dipandang olehnya dalam hasil² kerja Rambozzi® yang baru setahun jagung ini. Tetapi ada beberapa perkataannya yang membuatkan Rambozzi® berfikir 2,3 kali sebelum bersetuju menerima projek ini.
"Rasanya adalah lebih baik Rambozzi® sahaja yang tahu mengenai hal itu sebab kalau Rambozzi® ceritakan di sini, 'entry' kali ini tidak ada 'drama'nya la kan heh heh heh heh... Shhh... Shhh... Biar Rambozzi® teruskan lagi "cereka sains fiksyen" kali ini dulu, oraits?"
Sebelum Rambozzi® bersetuju menerima projek ini, Rambozzi® terlebih dahulu ke lokasi Puan Zanariah untuk mendapatkan sedikit 'idea' mengenai apa yang beliau hendak Rambozzi® buat. Ketika Rambozzi® masuk ke perkarangan rumah Puan Zanariah, ada sedikit rasa gentar dan kecut di hati Rambozzi®. Hati kecil Rambozzi® berbisik perlahan, "tugas ini bukan untuk seorang 'woodworker' amatur seperti Rambozzi®...".
Rasa gentar dan kecut itu makin bertambah bila Rambozzi® mendapat tahu bahawa projek ini pernah dicuba buat oleh orang lain, tetapi tidak menepati kehendak Puan Zanariah. Hati kecil Rambozzi® berdebar kencang.
"Rambozzi® cuba melarikan diri dari tempat berkenaan. Tetapi Rambozzi® telah disekat oleh suaminya, Encik Azlan dan beberapa orang pekerja Indonesia di situ! Rambozzi® telah dikepung dan memang mustahil Rambozzi® akan dapat meloloskan diri Rambozzi®! 2 orang daripada mereka telah membuka langkah pencak silat. Rambozzi® tidak akan mengambil risiko untuk cuba beradu tenaga mereka. Rambozzi® ini kan hanyalah seorang 'woodworker' sahaja? Akhirnya, Rambozzi® terpaksa mengalah sahaja."
Rambozzi® tidak yakin langsung akan dapat menyiapkan tugasan ini mengikut kehendak Puan Zanariah. Apakan tidaknya, 'material' yang bakal Rambozzi® gunakan sudah tersedia di depan mata Rambozzi®, dengan nilainya yang memang tidak berani langsung Rambozzi® hendak menyentuhnya!
"Sebenarnya, kisah ini tidaklah seberat mana pun. Rambozzi® sengaja nak tambahkan elemen "saspen" sikit supaya sape² yang suka baca tulisan Rambozzi® ini ternanti², bilalah Rambozzi® ni nak mula 'woodworking'... Heh heh heh heh..."
Oraits! Sebenarnya Rambozzi® tidak berurusan secara terus dengan Puan Zanariah, sebaliknya dengan suaminya, Encik Azlan. Berurusan dengan Encik Azlan tidaklah seperti yang biasa Rambozzi® lalui. Ini kerana, Encik Azlan betul² mempercayai kebolehan dan kemahiran Rambozzi®, yang Rambozzi® sendiri pun tidak tahu apa yang dipandangnya pada Rambozzi® ini. Cuma, ada perkataan dari Encik Azlan yang agak melegakan hati Rambozzi®, "cuba buat dulu. Kalau tak menjadi, cuba buat lagi...".
Wah! Perkataan itu sebenarnya menambahkan lagi tekanan di hati Rambozzi®! Rambozzi® tidak boleh gagal! 'Material' yang akan Rambozzi® gunakan bukan murah. Siapa yang sanggup membiarkan sesuatu yang mahal dirosakkan begitu sahaja semata² untuk memberi peluang kepada Rambozzi® untuk hanya "mencuba"?
Jadi, berbekalkan kepercayaan dan keyakinan Encik Azlan dan isterinya, Puan Zanariah, Rambozzi® bersetuju untuk cuba memenuhi kehendak mereka berdua. Dengan sedikit pengalaman dan kemahiran Rambozzi® ini, Rambozzi® akan berikan yang terbaik untuk mereka berdua.
"Rambozzi® harap, mereka berdua tidak membaca 'entry' ini kerana Rambozzi® tahu, banyak yang Rambozzi® telah tokok-tambah, sebenarnya... Heh heh heh heh..."
Oraits! Jadi, 'so', dengan tidak membuang masa lagi - kerana Rambozzi® takkan tahu apa pandangan atau penilaian orang lain terhadap Rambozzi® ini - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Kitchen Island Table Top - Puan Zanariah.
Sebenarnya, 'kitchen island' ini sudah siap sepenuhnya. Ia ditempah oleh Puan Zanariah. Tetapi, 'table top'nya tidak menepati kehendak Puan Zanariah. Jadi, tugas Rambozzi® hanyalah membuat 'table top'nya sahaja heh heh heh heh...
Kalau dilihat gambar di atas, 'table top' asal telah dialihkan. Rambozzi® ditugaskan untuk membuat sebuah 'table top' baru. Gambar di atas adalah "sebelum ia diRambozzi®kan". Heh heh heh heh...
Ini adalah kali pertama Rambozzi® membuat kerja 'woodworking' di luar studio kecil Rambozzi®. Jadi, Rambozzi® agak kelam-kabut juga kerana tidak biasa bertukang di lokasi luar seperti ini. Rambozzi® senaraikan segala peralatan yang diperlukan dan membawanya ke lokasi Puan Zanariah. Nasib baiklah 'miter saw' dan 'table saw' milik Rambozzi® itu agak besar dan berat. Kalau tidak, Rambozzi® pasti akan membawanya ke sini juga hahahahahaha!
'Table top' ini akan dibuat dengan menggunakan 2 keping 'plywood' setebal 18 mm setiap satu. Dan ia memang agak berat.
Pertama sekali, Rambozzi® perlu pastikan setiap sisi 'plywood' itu adalah sekata dan kemas. Sesikunya juga perlulah dipastikan tepat.
Dengan menggunakan pembaris aluminium panjang, dapat dilihat dengan jelas bahawa 'plywood' itu telah dipotong senget.
Rambozzi® 'clamp'kan pembaris aluminium itu untuk dijadikan sebagai 'guide'. Memandangkan Rambozzi® belum memiliki 'circular saw', maka Rambozzi® akan cuba memotong sisi yang tidak tepat itu dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'straight router bit'.
"'Cordless circular saw' yang Rambozzi® miliki terlalu kecil, tidak cukup 'power' untuk melaksanakan tugasan ini. Nampaknya, Rambozzi® "terpaksa" membeli sebuah 'corded circular saw' pula satu hari nanti. Dan Rambozzi® suka dengan "keterpaksaan" itu. Heh heh heh heh..."
'Kitchen island' itu akan dialihkan ke lokasi lain nanti. Disebabkan ia terlalu berat, maka bahagian kaki meja dan 'table top' akan diangkat secara berasingan. Atas permintaan Encik Azlan, 2 batang kayu akan digam dan diskrukan ke bahagian bawah 'plywood' itu untuk memastikan ia tidak melengkung bila diangkat nanti.
Kayu yang digunakan di atas adalah berbentuk L. Sungguh Rambozzi® tidak mempunyai 'idea' langsung mengenai kegunaan kayu berbentuk L seperti itu. Yang Rambozzi® tahu, kayu itu dari jenis nyatuh. Dan yang Rambozzi® tahu, kayu nyatuh adalah sangat mahal.
2 batang kayu itu Rambozzi® potong sedikit dengan menggunakan 'cordless circular saw'. Agak tebal dan keras juga kayu ini. Tetapi ia berjaya dipotong dengan jayanya.
Seterusnya, Rambozzi® gam dan skrukan kayu itu ke bahagian bawah 'plywood' tadi. Diharapkan, apabila gam itu kering nanti, ia dapat memastikan 'plywood' itu tidak melengkung jika diangkat.
Oh ya! Kedua² kayu nyatuh itu tidak diskrukan sesuka hati sahaja ke bahagian bawah 'plywood' itu. Ia telah diukur dengan tepat dengan memastikan jarak di antara kedua² kayu itu sesuai untuk dimuatkan ke bahagian tengah kaki meja. Jadi, apabila 'table top' itu diletakkan di atas kakinya, ia secara automatiknya akan berada tepat di tengah².
Selesai proses membuat 'table top' itu.
Seterusnya adalah proses menampal 'laminate' pula ke atas 'table top' tadi.
Rambozzi® ukur dan potong 'laminate' di atas kepada saiz yang diperlukan dengan menggunakan 'mini circular saw'. Beberapa kepingan 'edging' dari 'laminate' yang sama juga dipotong dengan menggunakan 'laminate cutter'.
Rambozzi® mulakan dengan menampal bahagian 'edging' dahulu.
Kemudian Rambozzi® sapukan pula 'contact cement' ke atas 'laminate' tadi.
Rambozzi® sapukan juga 'contact cement' ke atas permukaan 'table top'. Beberapa batang 'acrylic rod' akan digunakan untuk mengelakkan 'laminate' melekat terus ke atas 'table top'.
'Acrylic rod' itu akan membantu Rambozzi® meletakkan 'laminate' ke atas 'table top' dengan tepat.
Dengan menggunakan 'art roller', Rambozzi® tekan dan tolak 'laminate' ke atas permukaan 'plywood' bermula dari bahagian tengah, dan menghala keluar di bahagian tepi. Anak panah merah di dalam gambar di atas adalah arah 'laminate' itu ditampal. Teknik itu akan memastikan 'laminate' dapat ditampal dengan kemas.
Seperti yang biasa Rambozzi® buat apabila bekerja dengan menggunakan 'laminate', Rambozzi® akan pastikan 'laminate' itu sedikit lebar dari saiz 'table top'. Lebihan itu akan di'trim' pula dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'flush trim router bit'. Teknik itu akan memastikan 'laminate' adalah sekata atau 'flush' dengan permukaan 'table top'.
Ok. 'Flush trim router bit' itu tidak memotong serapatnya dengan permukaan 'router bit'. 'Flush trim router bit' itu direka untuk tidak merosakkan permukaan bahagian yang menjadi 'guide' semasa proses 'trimming'. Akan ada sedikit lebihan lagi yang perlu dikikir untuk merapatkan 'laminate' dengan permukaan 'table top'.
Selepas ia dikikir, Rambozzi® akan 'sanding' sedikit 'laminate' berkenaan dengan menggunakan 'sanding block' untuk membuang bucu² yang tajam.
Dan projek Kitchen Island Table Top - Puan Zanariah ini siap sepenuhnya!
Fuhhh! Lega sungguh hati Rambozzi® ini!
'Laminate' yang sangat mahal dengan corak yang sangat menarik.
Projek ini Rambozzi® siapkan dengan sedikit kemahiran Rambozzi® sahaja. Atas dasar kepercayaan dan keyakinan Puan Zanariah dan Encik Azlan kepada Rambozzi®, Rambozzi® siapkan projek ini sebaik mungkin.
'Kitchen island' dan 'table top' itu sebenarnya sudah cukup cantik di mata Rambozzi®. Rambozzi® pun tidak tahu, di manakah "sentuhan Rambozzi®" di dalam projek ini. Rambozzi® tidak "membina" 'kitchen island' itu seperti kebanyakan projek 'woodworking' Rambozzi® selama ini. Kaki meja, 'table top' dan 'laminate' itu sudah tersedia ada. Rambozzi® hanya memasangnya sahaja. Apabila siap sahaja projek ini, Rambozzi® masih tidak tahu, apa sangat yang Rambozzi® buat sebenarnya? Hahahahahaha!
Sambil berehat selepas "penat" menyiapkan projek ini, Rambozzi® termenung dan berfikir. Kenapa Rambozzi® ini yang dicari oleh Puan Zanariah dan Encik Azlan? Rambozzi® bukan merendah diri, tetapi lebih kepada "sedar diri" sebenarnya. Oh tidak! Rambozzi® "tidak sedar diri" sebenarnya! Rambozzi® tidak tahu apa kelebihan Rambozzi®! Bagi Rambozzi®, projek ini tidak lebih dari sekadar menampal sekeping 'laminate' ke atas 'plywood' sahaja! Itu sahaja! Tidak lebih daripada itu!
Ada "sesuatu" yang mungkin "dicari" oleh orang lain pada Rambozzi® ini yang Rambozzi® tidak akan tahu. Dan Rambozzi® tidak ingin tahu. Kerana, kalaulah Rambozzi® tahu, Rambozzi® rasa, ia akan menjadi satu "kekurangan" pula kepada Rambozzi®.
Ada orang yang berbangga dengan kelebihan yang dimilikinya. Ada pula orang yang berkecil hati dengan kekurangan dirinya. Bagi Rambozzi®, "kekurangan" Rambozzi® adalah "kelebihan" Rambozzi®. Dan "kelebihan" Rambozzi® pula adalah "kekurangan" Rambozzi®.
Rambozzi® akan biarkan sahaja "kelebihan" Rambozzi® ini "sentiasa dicari" oleh orang yang ingin "mencarinya". Dan Rambozzi® tidak pula akan menghalang "kekurangan" Rambozzi® itu "dicari". Biarkan ia "dicari"...
Kalaulah Rambozzi® tahu apa "kelebihan" Rambozzi®, Rambozzi® pasti akan menggunakannya untuk sesuatu yang lebih baik. Kalaulah Rambozzi® tahu apa "kekurangan" Rambozzi®, pastinya Rambozzi® akan cuba sebaik mungkin untuk "menutupnya". Akhirnya, Rambozzi® tidak akan menjadi diri Rambozzi® sendiri. Rambozzi® akan menjadi apa yang orang lain "nak".
Dan Rambozzi® tidak akan tahu apa yang orang lain itu "nak". Kalaulah Rambozzi® tahu, Rambozzi® akan gunakan "kelebihan" Rambozzi® itu supaya Rambozzi® ini sentiasa "diingini" atau "diidami" atau "diburui". Tetapi Rambozzi® juga perlu "bersedia" dengan "kekurangan" yang dicari di dalam diri Rambozzi® ini. Itu bukanlah sesuatu yang Rambozzi® nak. Kalaulah Rambozzi® tahu, Rambozzi® akan elakkan "kekurangan" Rambozzi® itu diketahui orang. Kerana Rambozzi® takut hendak menghadapi atau menerima "kesan" daripada "kekurangan" Rambozzi® itu. Kalaulah Rambozzi® tahu..........
"Loneliness seems like an evil dream
But reality is life and life is here
Once my heart was ruled by emptiness
Harmed because of being too sincere
But now that you've crossed my way
Could it be we found it again?
If I knew that I'm your only one
I could live and make it through time
But if one day you'd just be gone
I wouldn't know how to ever get by...
How can I make you feel secure
We're both the same, I'm King and you are Queen
Understand you make me breathe again
Tell me all your thoughts and I will see
Take my hand and we'll be there
Together, someday, somewhere...
If I knew that I'm your only one
I could live and make it through time
But if one day you'd just be gone
I wouldn't know how to ever get by
I wouldn't know how to ever get by
I wouldn't know how to ever get by
I would simply break down....."
- Helloween "If I Knew" (The Time of the Oath) - 1996 -
"and cry…"
'Love'
"My Heart"
BOSCH®
Cintaku
Cordless Circular Saw
Deepest Feelings
DIY
Kerja Kayu
Laminate / Veneer
Mini Router/Trimmer
Plywood
Woodworking
11 Comments
Kemas job bro!
ReplyDeleteTak de job pun bro.
DeleteGi tampal, minum kopi dan balik je bro.
Heh heh heh heh...
Terbaik Bro.. Nnt dh pindah umah boleh menuntut byk ilmu ni.. jd Asstant tk bergaji pun bole la.. huhuhuhuu..
DeleteRY - Romzi Yusoff
Hehehehehehehe
Deletemabeles boh...!!
ReplyDeleteOhsem dan hensem bro sharul redzuan zainuddin!
DeleteHehehehehe!
SALAM BRO...
Deletelama xjengah blog ko ni,semenjak ako retired jadi woodworker nih...skrg baru teringat ko punya blog ni...
ako ade job yg sama macam kat atas tu nak bagi kat bro...ako nak masuk kedai, jadinyer table top ako nak dilaminate lah..kena bincang detail ni..
bleh contact ako x...wassap ke..0197767986
tq bro rambozzi..
Satu soalan bro. Bearing router bit tak dicemari gam contact cement tu ke?
ReplyDeleteHappy Woodworking.
Ye memang bearing pada router bit itu dicemari contact cement.
DeleteSelagi router bit itu masih tajam, Rambozzi memang selalu cuci sebelum digunakan lagi.
Dan bukan satu kerja susah pun Bruce. Hehehehehe...
salam bro rambozzi.. nak tanya mana dapat arcrylic rod panjang tu? boleh bg lokasi mana nak dapatkan.. thanks ye :)
ReplyDeleteSalam. Kalau sy nak tempah kaunter dlm 5' x 1', boleh ka?
ReplyDelete