- Rambozzi® Screw Cabinet




Kotak² di atas adalah antara beberapa kotak skru yang Rambozzi® ada. Makin banyak Rambozzi® buat 'woodworking' nie makin banyak pula jenis dan saiz skru yang Rambozzi® perlukan. Semuanya perlu diasingkan mengikut jenis dan saiz. Dan perlu disimpan di dalam kotak khas untuk memudahkan Rambozzi® menggunakannya. Tapi bila semakin banyak kotak² untuk skru, ia bukanlah sesuatu yang Rambozzi® suka. Dah la kotaknya banyak, berat pulak tu, pastu banyak pakai ruang, ini tak betul nih! Rambozzi® rasa, sudah tiba masanya Rambozzi® buatkan satu rak khas untuk skru² nie. Ok, kali ini Rambozzi® nak buat rak untuk skru. Jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® Screw Cabinet.


Rambozzi® Screw Cabinet ini akan dibuat dengan menggunakan kayu 'pine', meranti, 'plywood' dan juga 'wood veneer'. Ok, kayu² di atas telah pun dipotong ke saiz² yang Rambozzi® perlukan.


Rambozzi® akan mulakan dengan membuat laci² untuk skru dahulu. Seperti biasa, Rambozzi® akan gunakan KREG® Jig K5 yang dipasangkan KREG® Micro Pocket Drill Guide untuk menebuk lubang² 'pocket hole' terlebih dahulu. Beberapa lokasi untuk pemasangan telah ditandakan di atas kayu² di atas. Rambozzi® juga tandakan abjad² pada setiap kayu untuk mengelakkan kekeliruan dan untuk mempercepatkan proses pemasangan.


Proses seterusnya hanyalah penyambungan kayu ke kayu yang sangat ringkas dan mudah. Setiap laci mempunyai dua ruangan di dalamnya. Jumlah kesemua laci adalah 5 biji. Jadi, Rambozzi® akan dapat 10 ruangan untuk diletakkan pelbagai jenis skru nanti.


Ok. Bermula dari proses di atas ke proses² yang seterusnya, Rambozzi® akan menghadapi sedikit masalah untuk menerangkan dalam bahasa dan istilah yang tepat. Tapi, Rambozzi® akan cuba sebaik mungkin untuk menerangkannya.

Setiap laci akan dimasukkan ke dalam rak, di mana di bahagian dalam rak akan diskrukan beberapa batang kayu yang akan berfungsi sebagai "alas" atau dorang panggil 'drawer cradle'. 'Drawer cradle' ini akan berfungsi sebagai tempat untuk diletakkan laci² tadi. Ia juga berfungsi sebagai pembahagi untuk menjarakkan setiap laci.

Kayu yang bertanda anak panah di dalam gambar di atas adalah kayu untuk 'drawer cradle'. Hmmm... payahnya la nak cari perkataan. Ok, ok, sorry...I try my best ok...hehehehe


Kemudian, (ok ini agak penting sebab ini adalah "rahsia besar" dan juga teknik untuk mendapatkan ketepatan jarak dengan mudah) Rambozzi® susunkan kesemua laci yang diletakkan 'drawer cradle' tadi (anak panah berwarna kuning) di antara setiap laci. Rambozzi® juga susunkan 2 lagi batang kayu (anak panah berwarna merah) yang akan dijadikan rangka utama projek ini.

Dari situ, Rambozzi® boleh ukur dan dapatkan ukurannya (anak panah berwarna biru). Ukuran itu adalah untuk tinggi rangka ini.


Kemudian Rambozzi® potong kayu² mengikut ukuran tadi tapi Rambozzi® lebihkan sedikit sahaja lebih kurang 1 hun supaya ada ruangan untuk mengelakkan laci² itu bergesel dengan 'drawer cradle', tadi. Kayu yang bertanda anak panah merah di dalam gambar di atas adalah lebih panjang sedikit sahaja dari jarak ukuran anak panah berwarna biru itu.


Rambozzi® lakukan perkara yang sama untuk bahagian² kayu rangka utama untuk dimasukkan laci² itu nanti. Hanya susunkan kayu, dan dapatkan jaraknya. Itu adalah ukuran untuk lebar rak ini.


Dan potong kayu mengikut ukuran tadi dengan memastikan panjang kayu adalah lebih sedikit sahaja lebih kurang 1 hun juga. Ini bertujuan untuk memastikan laci² dapat disorong keluar masuk dengan lancar tanpa bergesel dengan rangka rak.


Kayu² yang telah dipotong tadi dicantumkan menjadi rangka² seperti di dalam gambar di atas.


Kemudian cantumkan kesemua bahagian rangka tadi menjadi rangka utama untuk rak ini. Semuanya hanyalah proses penyambungan kayu ke kayu yang ringkas menggunakan teknik 'pocket hole joinery'.


Kemudian, Rambozzi® letakkan laci yang pertama di bahagian bawah sekali rak. Rambozzi® letakkan pula kayu untuk 'drawer cradle' tadi di atasnya. Rambozzi® letakkan juga 2 keping kertas pasir di antara laci dan 'drawer cradle'. 2 keping kertas pasir itu sebenarnya berfungsi sebagai "penjarak" atau 'shim' atau 'spacer' untuk memberikan sedikit ruang supaya laci mudah disorong keluar dan masuk dan juga untuk mengelakkan laci bergesel dengan 'drawer cradle'. Cukup ringkas. Hmmmmm..... Rambozzi® rasa, Rambozzi® dah cuba sebaik mungkin memberikan penerangan yang terbaik untuk kesemua operasi di atas. Susah tau nak cari perkataan yang sesuai. Menulis lagi susah dari buat 'woodworking' nie heh heh heh heh...


'Drawer² cradle' tadi Rambozzi® gam dan skrukan ke rangka rak ini. Manakala 'clamp'² yang "berselirat" itu pula sebenarnya adalah untuk mengapit beberapa lagi batang kayu yang akan berfungsi seperti gambar seterusnya.


Ok, kayu² yang bertanda anak panah itu sebenarnya berfungsi sebagai "laluan" atau 'track' atau "pagar" (aduh...apa la perkataan yang sesuai ye...) yang akan memudahkan laci disorong keluar dan masuk tanpa "tergelecoh" dari laluannya. Korang tau "tergelecoh" tu apa? "Tergelecoh" tu istilah orang kampung Rambozzi® yang biasanya digunakan untuk keadaan seperti berikut:-

"...ketika sedang syok berjalan melenggang-lenggok sambil menggayakan kasut Carlo Rino yang baru dibeli tadi, kaki Cik Ta telah "tergelecoh" kerana terpijak seekor siput babi lalu Cik Ta jatuh "terjelepok" ke dalam parit yang tiba² sahaja wujud di kawasan itu hahahahahahaha...."


Kemudian, Rambozzi® tampalkan 'plywood' terpakai ke sekeliling rak ini untuk "menutupi tubuhnya". 'Plywood'² itu Rambozzi® gam dan "tembak" dengan menggunakan 'staple/nail gun'.


Proses seterusnya, Rambozzi® nak tampalkan pula 'wood veneer' ke atas 'plywood' tadi. Proses ini sama seperti yang pernah Rambozzi® tuliskan dalam 'post' Rambozzi® Drill Press Station sebelum ini.


Ok, siap proses menampal 'wood veneer' ke atas 'plywood' tadi. Setakat proses di atas, Rambozzi® dah dapat merasakan keseronokan, kegembiraan, kemanisan membuat Rambozzi® Screw Cabinet ini. Projek ini ringkas dan mudah - tapi tidak terlalu mudah sebab ada beberapa proses yang perlu dibuat dengan teliti dan penuh hati². 

Dapat dilihat dengan jelas di dalam gambar di atas, kesan sambungan 'wood veneer' itu kerana 'wood veneer' yang Rambozzi® miliki tidak cukup lebar untuk menutupi keseluruhan ruang pada rak nie. Tukang @ 'woodworker' yang berpengalaman dan hebat boleh menampal atau menyambung 'wood veneer' dengan sangat kemas tanpa dapat dilihat sebarang kesan sambungannya. Itu satu kerja yang sangat teliti sebab 'wood veneer' yang digunakan perlu dipilih bahagian² uratnya yang sama supaya tidak nampak kesan sambungan seperti yang Rambozzi® buat kat atas tu. Tapi untuk tahap amatur Rambozzi® nie, Rambozzi® rasa ini dah cukup OK dan cun.

Rambozzi® pasangkan juga 4 biji roda atau 'caster' di bahagian bawah rak ini sebab rak ini agak berat bila dimasukkan 5 biji laci tadi. Dan bila sudah dimasukkan skru ke dalam laci² itu, boleh dibayangkan betapa beratnya rak nie nak dialih²kan kalau tiada roda² itu.


Seterusnya Rambozzi® tampalkan 'wood veneer' ke bahagian² lain untuk menutup permukaan kayu yang kelihatan.


Untuk bahagian atas rak ini, Rambozzi® hanya gunakan sekeping 'chipboard' terpakai yang Rambozzi® jumpa kat mana ntah hahahaha... Rambozzi® tebuk terlebih dahulu lubang² 'pilot hole' dan 'countersink'kan ia supaya kepala skru yang akan diskrukan nanti 'flush' dengan permukaan 'chipboard' itu.


Kemudian Rambozzi® skrukan 'chipboard' itu ke rak dan tampal lubang² skru dengan 'wood filler'. Tujuan Rambozzi® adalah supaya permukaan 'chipboard' ini rata dan licin untuk ditampal pula 'wood veneer' nanti. Di sekeliling 'chipboard' ini juga akan ditampal 'wood veneer'.


Ok. Projek Rambozzi® Screw Cabinet ini siap sepenuhnya! Heh heh heh heh...


Ok, kesemua laci Rambozzi® pasangkan 'drawer handle'. Keseluruhan bahagian yang ditampal 'wood veneer' Rambozzi® sapukan beberapa lapisan 'tung oil' untuk mengilatkannya sedikit dan juga sebagai lapisan perlindungan. Tiada kemasan lain untuk rak ini. Rambozzi®  suka lihat warnanya yang 'natural'. Lagipun, rak ini hanya untuk simpan skru je hehehehehehe....


Sekarang, bolehlah Rambozzi® masukkan skru² mengikut jenis dan saiz masing² ke ruangan² di dalam laci² nie.


Aduh! Rambozzi® rasa sayang sangat la pulak dengan rak nie! Rak macam nie sepatutnya bukan untuk disimpan skru! Sepatutnya diletakkan di ruang tamu, boleh simpan pelbagai barangan, telefon ke, kunci, ahhh macam² la... 


4 Comments

  1. Sy rasa Rambozzi maksudkan laci tu akan tergelicir Tergelocoh)
    Pe maksud hun? Rak ni mmg cantik. Terima kasih kerana buat entri ni sbb menulis n upload gambo mmg mengambil masa. Lg2 nk terangkn pd pembaca supaya faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu tergelincir hehehe..Hun itu unit ukuran yg tukang2 kita kat Malaysia nie pakai dah berzaman dah. 1 hun bersamaan 1/8 inci atau lebih kurang 3mm haaa mcm tu la. Maaf kalau ada istilah2 yang tak sampai maksudnya, sbb nak buat woodworking lagi senang dari nak menerangkannya dlm bahasa yang mudah difahami hehehe. Apa2 pun, terima kasih sbb sudi baca blog Rambozzi nie.

      Delete
    2. Baik. Thanks. Bleh tak terangkn kegunaan tung oil? Kt mane bleh dpt tung oil ni?

      Delete
    3. Emmm.. tung oil nie sbnrnya varnish yg nipis tapi cara gunanya sgt senang, gosok guna kain je dlm 3 ke 5 layer. Rambozzi rasa, tung oil sesuai utk finishes kayu utk nmpk natural. Kesan akhirnya akan nmpk macam satu lapisan plastik yg sgt nipis di atas kayu, permukaan juga jd sgt licin dan berkilat.

      Tung oil nie blh beli kat ACE HARDWARE..

      Delete