- Side Table Zaza


4 projek daripada Zaza sebelum nie adalah 'pusingan pertama' untuk projek² Rambozzi® daripada Zaza. Untuk 'pusingan kedua' pula, Rambozzi® akan cuba siapkan beberapa projek lagi daripada Zaza nie. Rambozzi® rasa, tahun 2014 nie adalah tahun Rambozzi® untuk Zaza. Zaza betul² berminat nak terus menempah lagi barangan daripada Rambozzi®. Dan Rambozzi® rasa, Zaza dah 'faham' dan selesa dengan hasil kerja Rambozzi®.

  

Seterusnya, Zaza minta Rambozzi® buatkan 2 buah meja sisi atau 'side table'. 'Side table' nie akan digunakan untuk diletakkan 'mesin perubatan' (Rambozzi® pun tak tahu apa nama mesin tu heh heh) di atasnya. Jadi, Rambozzi® dapatkan terlebih dahulu saiz mesin tersebut. Zaza nak 'side table' lebih kurang sama macam Bedside Table Safa yang Rambozzi® buat tak lama dulu. Tapi kali nie dengan sedikit 'sentuhan' Zaza sendiri. Ok, jom mulakan 'woodworking' untuk projek kali nie, Side Table Zaza.


Gambar di atas menunjukkan kayu² 1x½ dan 1x1 yang akan dijadikan 'table top'Rambozzi® akan menggunakan teknik yang sama seperti Bedside Table Safa dulu. Teknik yang sangat ringkas tapi amat disukai pelanggan Rambozzi® heh heh heh. Kayu² 1x½ tu akan ditebuk 'pilot holes' dan 'countersink' terlebih dulu sebelum diskrukan ke atas kayu² 1x1 tu. Dan Rambozzi® akan menggunakan EZYLIF Drill Press yang Rambozzi® 'post'kan sebelum nie, untuk mendapatkan lubang 'countersink' yang sama kedalamannya.


Sebelum menebuk lubang² 'countersink'Rambozzi® terlebih dulu ukur dan dapatkan 'center' dan tandakan di atas kayu² tu. Dengan menggunakan EZYLIF Drill Press tu Rambozzi® setkan kedalaman Rambozzi® nak dan tebuk perlahan-lahan supaya bulatannya kemas dan tidak pecah atau berbulu-bulu.


Ok dah siap tebuk semua lubang 'pilot holes' dan 'countersink'.


Seterusnya Rambozzi® cantumkan kesemua kayu² 1x1 tadi dan tampal 'plywood' di atasnya. Kayu² 1x½ yang telah siap ditebuk  'pilot holes' dan 'countersink' tadi akan diskrukan di atas kedua "rangka" di atas.


Selepas kayu² 1x½ itu diskrukan ke atas "rangka²" tu, Rambozzi® 'trim' di sekeliling 'table top' tu menggunakan BOSCH® Mini Trimmer / Router supaya kemas dan Rambozzi® pastikan bahawa sesikunya adalah tepat. Selepas itu barulah boleh diskrukan 'frame' luar tu dan menjadi 'table top' lengkap.


Kayu 1x2 untuk dijadikan 'frame' di sekeliling 'table top' tu akan Rambozzi® pasang menggunakan 'pocket hole' juga. Kali ini Rambozzi® akan menggunakan KREG® Jig K5 dan juga KREG® Micro Pocket Drill Guide.



Seterusnya Rambozzi® potong kayu² 2x2, 1x2 dan 1x1 untuk dijadikan kaki meja. Kaki meja ini juga akan Rambozzi® pasang menggunakan 'pocket hole' sahaja.


Ok, semua bahagian kaki² meja dan 'table top' telah siap dipasang. Seterusnya Rambozzi® nak skrukan 'frame' di sekeliling 'table top' tu skrukan kaki meja tu ke 'table top'.


Ok dah siap pasang dan sudah siap menjadi sebuah 'side table'. Kerja kayu yang sangat mudah, kemas dan menarik.


Ok, untuk kaki² meja tu, biasanya Rambozzi® pasangkan 'adjustable stud' atau 'leveller stud' di bawahnya. Selain untuk mencantikkan kaki² meja, 'stud'² tu juga berfungsi untuk menstabilkan meja tu. Biasanya kalau meja kita tu tak stabil atau bergoyang² kita akan letak kertas atau tisu kat salah satu kaki tu kan? Dengan menggunakan 'adjustable stud' atau 'leveller stud' nie hanya perlu pulaskan kat mana² kaki yang tak stabil, dan ia akan stabil. Kemas, cantik dan murah.


Tapi kena tebuk lubang dulu la kat bawah kaki² meja tu, baru boleh dipasang 'adjustable stud' atau 'leveller stud' tu.


Ok, begitulah rupanya selepas dipasangkan. 'Stud'² tu boleh dipulas macam skru dengan tangan je tanpa sebarang 'tools'.

Sekarang, Rambozzi® nak 'sanding' meja² nie dan seterusnya cat dengan menggunakan 'polyurethane varnish'.


Ok, siap! Dengan itu Rambozzi® berjaya menyiapkan 2 buah 'side table' untuk Zaza heh heh heh. Ok, 'side' table' nie, macam biasalah, Rambozzi® cat dengan menggunakan 'polyurethane varnish' sebanyak 3 lapisan. Dengan setiap lapisannya diselangi dengan 'sanding' menggunakan kertas pasir 220 grit. Setiap lapisan Rambozzi® biarkan kering semalaman. 3 lapisan bermakna 3 malam.


Projek nie Rambozzi® buat serentak dengan Bakul² Sampah Zaza tetapi disebabkan atas beberapa hal, kedua² projek nie agak lambat disiapkan. Nasib baik Zaza memahami situasi yang dihadapi Rambozzi®.

Ok, siap projek Side Table ZazaRambozzi® nak teruskan dengan satu lagi projek dari Zaza....next!


3 Comments

  1. salam, tumpang tanya...dekat mana nak beli adjustable stud/leveller stud ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro. Rambozzi beli yg tu kat TEAMSTAR Taman Perindustrian Puchong Utama.

      Delete
    2. Thank you bro..

      Delete