- Penyangkut Kunci Zaza


Penyangkut Kunci Zaza nie seperti yang Rambozzi di dalam 'entry' sebelum nie, Rambozzi buat serentak dengan Rak Zaza dan Guest Book Stand Zaza. Untuk projek nie Zaza minta Rambozzi "buat la apa² pun asalkan boleh sangkutkan kunci yang banyak kat rumah tu". Rambozzi pun 'hentam' je ikut suka Rambozzi, 'design' memang Rambozzi conteng draf atas kertas je. Apa hasilnya nanti Rambozzi tak pasti lagi. Tapi apa² hal pun, jom mulakan 'woodworking' untuk Penyangkut Kunci Zaza nie.


Penyangkut Kunci Zaza nie Rambozzi buat menggunakan kayu 1x2. Dan di bahagian hujung kayu² tu Rambozzi potong 'miter' 30°. Rambozzi pun tak tahu kenapa Rambozzi potong 'miter' 30°. Lepas tu macam biasa, Rambozzi tebuk 'pocket hole' la dulu.


Gambar di atas adalah proses menebuk 'pocket hole'.


Ok dah siap tebuk 'pocket hole' untuk semua kayu² tu.


Seterusnya Rambozzi nak cantumkan kesemua kayu² tu membentuk satu bentuk segiempat. Rambozzi nak skrukan kayu tu agak ke tengah sedikit ke atas kayu yang lagi satu tu. Rambozzi 'clamp'kan 'angle square' tu untuk memastikan kedudukannya tepat 90°. Rambozzi juga 'clamp'kan juga kayu dibelakang kayu yang hendak diskru tu sebagai 'support' supaya kayu tu tak bergerak² tak tentu hala. Bila semuanya dah kemas dan tepat, barulah Rambozzi gam dan skrukan kayu tu.


Untuk memastikan jarak di antara kayu² tu sama, Rambozzi gunakan KREG Multi-Mark tu sebagai 'spacer'. Dengan sekali ukuran, Rambozzi 'transfer'kan ukuran tu ke bahagian lain dan mendapatkan jarak yang sama untuk semua bahagian kayu yang disambungkan. Tapi KREG Multi-Mark tu hanya sesuai dijadikan sebagai 'spacer' untuk projek² kecik je sebab jarak yang boleh dilaraskan hanyalah antara lebih kurang 6 ke 8, 9 inci sahaja.


Ok itulah bentuknya bila dah dicantumkan kesemua bahagian kayu. Rambozzi cuma buat ikut suka Rambozzi je nie. Zaza tu suka atau tak Rambozzi tak tahu lagi nie (kalau Zaza tak suka 'design' macam nie, Rambozzi nak pakai sendiri je hehe). Rambozzi suka tengok bentuknya yang unik. Dan Rambozzi bercadang nak letakkan penyangkut² kunci di sepanjang bahagian kayu yang panjang tu.

Memandangkan ruangan antara kayu tu yang rapat, jadi Rambozzi terpaksa skrukan daripada luar. Jadi, nampaklah lubang² pocket hole tu. Rambozzi cuma isi wood filler je untuk menutup lubang² tu. Rambozzi harap bila dicat nanti, dia tak nampak buruk. Tengok la apa jadi nanti...



Projek nie pun merupakan projek yang sangat 'simple' dan mudah. Sekejap je dah selesai projek nie. Tiga lapisan 'polyurethane varnish' diselangi dengan 'sanding' antara lapisan.



Dah siap. Seterusnya Rambozzi kena pasangkan Penyangkut Kunci Zaza nie ke tempatnya, yang akan ditentukan Zaza nanti. Ok, siap projek Penyangkut Kunci Zaza.


0 Comments