- KREG® Jig R3, S.J dan Rambozzi®

Baru² nie Rambozzi® menerima mesej daripada seorang pembaca Rambozzi® bernama S.J yang bertanyakan tentang KREG® Pocket Hole Jig. Beliau sendiri telah memiliki KREG® Jig R3. S.J menghadapi sedikit masalah berkenaan unit ukuran pada KREG® Pocket Hole Jig tu. KREG® Pocket Hole Jig menggunakan unit ukuran dalam inci. Dan masalah S.J ialah, kita di Malaysia dah terbiasa dan diajar sejak dari sekolah lagi unit ukuran dalam cm, mm dan lain² lagi. Jadi, Rambozzi® "tergerak hati" nak buat 'post' berkenaan hal nie, sebagai sedikit panduan asas dan ilmu untuk bidang pertukangan kayu nie. 'Post' kali nie khusus untuk S.J dan semua pembaca Rambozzi® (macam ramai je yang baca blog nie heh heh heh.

Ok, sebenarnya Rambozzi® sendiri pun pernah menghadapi keadaan 'terkeliru' seperti S.J nie. Ok, macam nie, mamat tukang orang putih nie biasanya menggunakan unit ukuran dalam inci seperti berikut:- 1/8 inci, 3/8 inci, 1/32 inci, 1/16 inci dan berikutnyalah yang memang kita tak biasa guna. Dan jangan tak tahu, tukang kayu orang kita (Melayu, Cina, India, Bumiputera - 1Malaysia) di Malaysia pula menggunakan unit ukuran 'HUN':-  1/2 HUN, 1 HUN, 2 HUN, 3 HUN dan seterusnyalah. Jadi, ilmu sifirnya yang Rambozzi® tahu ialah, dalam 1 inci ada 8 HUN. Sekali lagi, DALAM 1 INCI ADA 8 HUN

Sekarang, mari kita cuba 'tukarkan' unit HUN tukang kita di Malaysia ke unit ukuran inci orang putih tu, dan sebaliknyalah:-

1 HUN     =     1/8 INCI
2 HUN     =     1/4 INCI
3 HUN     =     3/8 INCI
4 HUN     =     1/2 INCI
5 HUN     =     5/8 INCI
6 HUN     =     3/4 INCI
7 HUN     =     7/8 INCI
8 HUN     =        1 INCI

Tapi kalau 8 HUN tu, orang tak sebut la 8 HUN, 1 INCI je la terus, senang...



Sekarang jom lihat gambar "tali tape" di atas. "Tali tape" yang di atas tu adalah "tali tape" yang biasa kita jumpa di 'hardware', kalau tak silap Rambozzi® yang tu jenis 'decimals measure tape'. Dan "tali tape" yang di bawahnya tu pula, memang jarang sangat kita jumpa, kalau tak silap Rambozzi® yang tu jenis 'fractions measure tape'Rambozzi® pun kebetulan terjumpa di ACE Hardware dan Rambozzi® terus beli. Beza di antara kedua 'measure tape' tu adalah, yang jenis 'fractions measure tape' tu ada dicetak unit ukuran untuk 'fractions'. "Tali tape" nie sangat sesuai untuk digunakan dengan KREG® Pocket Hole Jig yang juga menggunakan unit ukuran 'fractions'.


Untuk "tali tape" biasa yang takde unit ukuran 'fractions' pun boleh digunakan. Lihat gambar di atas, dan Rambozzi® rasa S.J boleh faham. Dapat dilihat dengan jelas garisan² untuk unit ukuran HUN, jadi tukarkan je ke unit ukuran 'fractions' tadi. 'Simple'. Jadi, untuk kayu di atas, saiznya adalah 7 HUN ataupun 7/8 inci.


'Try' guna "tali tape" jenis 'fractions' pula, sama je, 7/8 inci ataupun 7 HUN.


Seterusnya, menurut S.J, beliau biasa membuat kerja kayu menggunakan 'plywood' setebal 12 mm. 12 mm tu adalah sama dengan lebih kurang 1/2 inci. Jom 'try' tengok kalau guna 'fractions' measure tape' pula.


Ya, sama! 1/2 inci. Yahoo!


Jadi, KREG® nie juga telah memberikan panduan untuk menggunakan KREG® Pocket Hole Jig mereka. Carta di atas adalah dari laman web rasmi KREG® sendiri. Kalau beli KREG® Jig R3 dapat carta nie dalam buku panduannya. Menurut S.J, untuk 'plywood' 12 mm beliau akan setkan 1/2" pada KREG® Jig R3 miliknya. Betullah tu. Lihat balik carta di atas, memang betul dan sudah mengikut panduan dari KREG® tu. Tapi kata S.J, kalau tebuk lubang 'pocket hole' di atas 'plywood' setebal 12 mm dan menggunakan 'setting' 1/2" pada KREG® Pocket Hole Jig, lubangnya tidak keluar tepat di tengah² 'plywood' dan agak ke bawah. Jawapannya adalah, 'plywood' tu agak nipis dan skru yang kita skrukan memang akan agak 'turun' ke bawah. Ini yang Rambozzi® tahu la.. Ok, jom kita 'try' buat eksperimen..


Sekarang Rambozzi® nak 'try' tebuk 'pocket hole' pada kayu yang sama tebal dengan 'plywood' 12 mm S.J tu, iaitu menggunakan kayu 1/2 inci. Pertama sekali, Rambozzi® akan ukur dan dapatkan ketebalan kayu yang hendak ditebuk 'pocket hole' tu. Kemudian Rambozzi® setkan pada KREG® Jig R3 tu pada 'setting' 1/2", iaitu sama dengan ketebalan kayu. Ini akan memastikan bahawa skru yang diskrukan melalui lubang 'pocket hole' tu akan keluar tepat² di tengah² kayu tu. Dan ini juga akan memastikan bahawa sambungan atau 'joint' tu adalah kuat dan kukuh.


Lepas tu baru Rambozzi® setkan kedalaman lubang 'pocket hole' tu dengan mengetatkan 'depth collar' di KREG® Step Drill Bit pada 'setting' 1/2" juga. Sebenarnya, untuk 'depth collar' nie bergantung pada saiz atau panjang skru yang kita nak guna. Boleh lihat balik carta KREG® di atas.


Ok, dah siap tebuk 'pocket hole' pada kayu 1x1/2.


Gambar di atas menunjukkan keadaan skru yang diskrukan melalui lubang 'pocket hole' tadi.


Berdasarkan gambar di atas, Rambozzi® rasa inilah yang dimaksudkan si S.J tu. Nampak jelas skru tu tak keluar tepat di tengah² kayu. Tak berapa tepat, agak ke bawah, kata S.JRambozzi® rasa, ini disebabkan ketebalan kayu atau 'plywood' tu sendiri yang agak nipis. Tapi itu tak menjadi masalah. Yang menjadi masalahnya ialah, ke mana kayu tu nak diskrukan? Ke kayu yang lebih tebal atau ke kayu yang sama tebal?


Rambozzi® cuba skrukan kayu 1x1/2 tu ke kayu 1x1/2 juga. Kalau 'pocket hole' tu dihadapkan ke bawah dengan niat untuk 'menyembunyikannya', memang skru tu akan menembusi kayu yang nak disambungkan tu dan kayu tu sendiri pecah. Itu adalah sebab kenipisan kayu tu sendiri. Kalau gunakan skru yang pendek sikit pun boleh juga, tapi Rambozzi® rasa, setakat mana sangat la kekuatan sambungannya...


Kalau diskrukan macam dalam gambar di atas pula, lubang 'pocket hole' akan kelihatan dan kalau gunakan skru yang pendek sikit, 'perfect'lah sambungan tu. Kalau nak kukuh dan selamat, skrukan kayu atau 'plywood' yang nipis macam tu ke kayu atau 'plywood' yang lebih tebal. Dan gunakan skru yang lebih panjang.


Rambozzi® memang jarang menebuk lubang 'pocket hole' di atas kayu 1x1/2Rambozzi® selalu membuat kerja² pertukangan kayu menggunakan kayu 1x1, 1x2 dan 2x2 je. Kayu² saiz tu tak besar sangat dan mudah nak buat kerja. Tapi bergantung pada projek tu sendiri jugak la...

Carta di atas menunjukkan saiz kayu yang kita biasa beli di 'hardware' dan juga saiz sebenar. Untuk makluman, saiz kayu tu kecil sedikit daripada saiz yang kita "nak" beli tu. Maknanya, kalau kita beli kayu 1x1, sebenarnya kita dapat kayu 3/4 x 3/4 atau kadang² besar sikit dalam lebih kurang 7/8 x 7/8. Ntah, Rambozzi® pun konfius.. hahaha... Tapi takpe, yang penting kita ukur dulu saiz kayu tu.


Gambar di atas menunjukkan kayu 1x1 yang Rambozzi® biasa guna dalam projek² Rambozzi®. Saiz sebenarnya adalah 7/8".


Bila dah dapat ukuran kayu tu baru Rambozzi® setkan pada KREG® Jig R3 tu - 7/8".


Dan juga pada KREG® Step Drill Bit.


Dan itu hasilnya untuk kayu 1x1. Nampak dengan jelas kemah-keming dan padat, skru tu keluar tepat² di tengah² kayu. Rambozzi® rasa, ini yang diharapkan si S.J tu tadi, kan? Jadi, S.J, gunalah kayu atau 'plywood' yang tebal sikit kalau nak dapat 'result' macam tu. Dan Rambozzi® ada tanya kat tauke 'hardware' tu "apa saiz 'plywood'  you ada?" Tauke Cina tu cakap ada saiz 3mm, 6mm, 9mm, 12mm, 15mm, 18mm dan 25mm. Itu kat kedai 'hardware' kat Dengkil dengan Puchong nie la, kalau kat Besut atau Lawas Rambozzi® tak tahu la pulak...


Biasanya, Rambozzi® akan 'try' skrukan dulu skru supaya keluar melalui kayu tu untuk melihat dan menentukan berapa panjang skru yang Rambozzi® nak gunakan. Ok, ini satu lagi sifir yang Rambozzi® tahu, pastikan skru yang digunakan adalah 2/3 panjangnya bila diskrukan ke kayu yang hendak disambungkan. Tak faham? Lihat gambar di atas, nampak dengan jelas bahawa skru tu masuk tak sampai setengah pun ke kayu berlabel "B" tu. Ini tak bagus, tak cukup kuat.


Dan lihat pula gambar di atas, skru tu masuk lebih kurang 2/3 dari ketebalan kayu berlabel "B" tu. Itu adalah saiz skru yang ideal untuk saiz kayu² di atas.


Jadi, bila makin lama Rambozzi® buat kerja² pertukangan kayu menggunakan KREG® Pocket Hole Jig (satu²nya teknik perkayuan yang Rambozzi® tahu heh heh heh heh) maka, Rambozzi® dah tau la mana skru yang Rambozzi® nak beli dan berapa panjang yang Rambozzi® nak gunakan. Gambar di atas adalah skru² yang biasa Rambozzi® gunakan. Rambozzi® tak gunakan skru 'self tapping screw' dari KREG® sebab mahal sangat. Jadi, Rambozzi® gunakan skru hitam tu, jenis 'drywall screw'.


Skru² yang Rambozzi® biasa guna. Eh, ntah ke mana² dah cerita Rambozzi® nie. Dah panjang sangat dah citer nie.. Takpe sikit lagi...sikit je lagi..


KREG® sendiri turut mencadangkan agar menggunakan 'wood glue' untuk 'pocket hole' mereka. 'Wood glue' nie akan menguatkan lagi sambungan kayu tu. Rambozzi® biasanya menggunakan 'wood glue' cap ELMER's® atau Titebond®.


Rambozzi® memang tak pernah membuat perabot menggunakan 'plywood' yang tebal seperti S.J tu. Sebab buat masa nie Rambozzi® tak ada mesin yang sesuai ataupun 'table saw' untuk memotong 'plywood' yang besar ke saiz² yang Rambozzi® nak. Sebab tu Rambozzi® senang bekerja menggunakan kayu, yang mana Rambozzi® akan jadikan rangka terlebih dulu, dan ditampal 'plywood' yang nipis dan di'laminate' atau dicat. Untuk makluman juga, 'plywood' senipis 3mm, 4mm dan 6mm boleh dipotong menggunakan pisau 'cutter' je. Tak perlu mesin macam 'table saw' atau 'circular saw'.


Ok, jadi Rambozzi® rasa setakat nie saja dulu untuk kali nie. Rambozzi® bukan nak tunjukkan bahawa Rambozzi® nie 'expert' atau 'otai' atau 'legend' di dalam kerja² pertukangan kayu nie. Rambozzi® masih amatur, sangat amatur. Rambozzi® baru setahun jagung. Tapi bila si S.J nie mesej Rambozzi® dengan perkataan 'harap tunjuk ajar'Rambozzi® rasa bertanggungjawab nak kongsi apa yang Rambozzi® tahu dengannya. Rambozzi® harap S.J dapat faham apa yang Rambozzi® cuba sampaikan nie. Rambozzi® harap Rambozzi® menjawab persoalannya tu. Kalau S.J nie tak faham atau nak tanya benda lain pulak, silakan. Rambozzi® alu²kan. Kalau rajin, Rambozzi® buat la 'post' macam nie, tapi kalau malas atau 'busy' sebab "banyak sangat projek sampai tak sempat nak tengok komputer la..." Rambozzi® akan jawab dengan mesej je la heh heh heh...

Seperti yang Rambozzi® pernah 'post'kan dulu, blog Rambozzi® nie adalah untuk berkongsi ilmu, maklumat, teknik dan 'tools' untuk kerja² pertukangan kayu. Rambozzi® nak wujudkan satu komuniti 'woodworking' di Malaysia, lagi ramai yang buat blog macam nie, berkongsi macam yang Rambozzi® buat nie lagi bagus, seperti yang berlaku di U.S. Jadi, Rambozzi® alu²kan sesiapa sahaja yang melawat blog Rambozzi® nie, berkongsi idea dan maklumat, tanyalah apa² yang nak ditanya, Rambozzi® akan cuba jawab kalau Rambozzi® tahu, dan kalau nak 'order' dari Rambozzi® lagi bagus heh heh heh.....

p/s: TERIMA KASIH S.J SEBAB DAH MASUK 'CIRCLE' RAMBOZZI®.


20 Comments

  1. Terima kasih dengan pencerahan ni...blog ni memang banyak membantu saya. Harap Rambozzi teruskan berkongsi ilmu dengan kami terutama saya yang baru dalam dunia D.I.Y ni - erizal-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama²...Rambozzi® cuma cuba mewujudkan komuniti @ geng² yg mempunyai minat yg sama dlm woodworking...
      Rambozzi® pun masih belajar dan kita boleh belajar sama² oraits hahaha...
      Terima kasih banyak² erizal.

      Delete
  2. Nak tanya sket kat mana bleh beli plywood sket-sket....senang citer leh bawak masuk keta....kebanyakkan kedai hardware takmo potong...seme jual 4x8 kaki.....tak muat keta...tu yang terbantut sket nak buat keje kayu nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambozzi dah pusing dari Dengkil ke Puchong, semua hardware mmg jual plywood dlm saiz 4x8.
      kalau nk beli mmg kena potong sndiri kat situ jugak.
      sbb tu Rambozzi buat kerja dgn membina rangka² kayu dulu dan ditampal plywood.
      plywood 3mm-6mm blh dipotong dgn pisau cutter je.
      kalau betul² nk buat, mmg takde apa yg blh membantutkan hajat tu heh heh heh

      Delete
  3. Salam...boleh saya tahu di mana jualnya ELMER's® atau Titebond® wood glue....boleh saya dapatkan link untuk pembelian...thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zainiezam Samsudin.
      Gam cap ELMER's® atau Titebond® tu boleh dibeli di mana² ACE HARDWARE.

      Delete
  4. Salam..boleh sy tanya kayu apa yg mudah dipotong mengunakan handtools dan mudah didapati di kedai hardware untuk buat perabot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam en anon. Kayu yg tak keras sangat dan mudah dapat kat mana² hardware adalah kayu meranti. Kayu pine bekas palet pun lembut tapi tak berapa mudah nak dapat hehehehe. Itu utk geng² DIY mcm Rambozzi ni la. Kalau geng² kedai perabot mahal tu guna jati, cengal dan lain² lagi kayu mahal.

      Delete
  5. 1/2 hun berapa sentimeter?

    ReplyDelete
  6. terima kasih.....br berjumpa blog ini....sangat membantu...baru 3 bln berkecmpung dlm diy perkayuan ni...kebanyakan tgk kt youtube versi mat salleh.....

    ReplyDelete
  7. Salam bro rambozzi...
    Pakai kreg jig tu mmg ada lari dia punya lubang so nk kena offset jig ngan depth collar

    ReplyDelete
  8. Salam bro rambozzi...
    Pakai kreg jig tu mmg ada lari dia punya lubang so nk kena offset jig ngan depth collar

    ReplyDelete
  9. Tq rambozzi.. akhirnye blh juge buat kire2 dlm unit hun ni..

    ReplyDelete
  10. APA BRAND MEASUREMENT TO TUAN

    ReplyDelete