Jadi, EZYLIF Drill Press nie Rambozzi® jumpa dalam Mudah.my. Sekali lagi, Rambozzi® keluarkan modal dan beli 'drill press' nie untuk kegunaan Rambozzi®. Rambozzi® harap, EZYLIF Drill Press tahan lasak dan tahan lama, harap² la...
Mesin yang sangat ringkas dengan fungsi yang juga sangat ringkas. Rambozzi® tambahkan roda kat bawah 'drill press' tu sebab mesin nie boleh tahan berat jugak kalau nak dialih-alihkan. Rambozzi® cuma gunakan papan 'chipboard' terpakai dan juga roda terpakai. Nanti ada masa, Rambozzi® nak buat yang cantik sikit, dan menggunakan 'caster' yang tahan lasak. Rambozzi® juga nak besarkan sedikit bahagian 'table' untuk 'drill press' nie dan tambahkan 'fence'. Tapi itu kemudian la. Bila dah 'free' baru boleh buat.
EZYLIF Drill Press nie sangat murah dan boleh digunakan. Itu je yang Rambozzi® nak bagitau uolls..
1 Comments
Rambozzi so mcm mana ezylif bench drill masih berfungsi dgn baik ke? Dah letak dlm wishlist hehehe...
ReplyDelete