- Rak Telur Ida



Hahahahaha aduh.... Rambozzi® tak boleh tengok video pantun giler tu. Setiap kali tengok memang kuar airmata la Rambozzi® gelak hahahaha! Dan kebetulan pula, baru² ini Rambozzi® mendapat tempahan dari Ida lagi. Masa tengah buat 'woodworking' untuk Ida nie pun Rambozzi® duk teringat video nie hehehehe. Aduh...sakit perut....

Ok. Ida sebelum nie (baru je lagi hehehe) pernah tempah Rak Sos & Kicap dari Rambozzi®. Mungkin, selepas puas main susun² botol tu, Ida pun rasa bosan dan nak susun² telur pulak hahahahaha. Tapi takde rak. Ida ada telur, tapi Ida takde rak telur hahahahaha....aduuuuuh sakit perut aku.....

Jadi, Ida terjumpa la satu 'design' rak telur nie, dan tunjukkan gambarnya pada Rambozzi®. Yakin boleh membuatnya, Rambozzi® terima dan sedia untuk cuba membuatnya. Jadi, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rak Telur Ida. Hahahahaha.... aduh.....


Ok, pertama sekali Rambozzi® kena tahu, berapa biji telur yang nak Ida letakkan ke atas rak ini. Ida hanya nak letakkan 10 biji telur sahaja. Jadi, kayu di atas Rambozzi® potong kepada saiz yang sesuai untuk diletakkan 10 biji telur gred A, kot...


Rambozzi® tandakan dahulu 'marking' di atas kayu untuk ditebuk lubang. Jarak di antara lubang Rambozzi® hanya agak² sahaja, yang Rambozzi® rasakan sesuai. Rambozzi® dapatkan dahulu garisan tengahnya, dan tandakan pula 'marking' pada jarak yang sesuai. Dan Rambozzi® ketuk lubang kecil di tengah² garisan penanda untuk memudahkan mata 'forstner drill bit' menebuk dengan tepat.


Rambozzi® tidak memiliki 'forstner drill bit' yang banyak. Yang ada dalam simpanan Rambozzi® pun hanyalah beberapa saiz sahaja. Jadi, Rambozzi® kena pilih mata 'forstner drill bit' yang sesuai dengan saiz telur itu.


Ok, itu adalah saiz lubang yang agak sesuai dengan telur itu. Sekarang, bolehlah Rambozzi® teruskan ke 'drill press' untuk menebuk 10 lubang pada kayu.


Ok, siap proses menebuk lubang dengan menggunakan 'drill press' yang dipasangkan 'forstner drill bit'.


Rambozzi® haluskan atau bulatkan sedikit bucu² pada setiap lubang dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'roundover router bit'. Tujuannya adalah untuk membuang bucu² yang tajam yang mungkin akan mencederakan telur itu. Hahahahahaha....aduh.....


Seterusnya, dengan menggunakan DREMEL MultiPro 395 yang dipasangkan 'sanding band'Rambozzi® 'sanding' kesemua bahagian dalam lubang. Tujuannya juga sama - untuk membuang bucu² yang tajam yang mungkin akan mencederakan telur itu. Hahahahahaha....aduh.....


Seterusnya ke proses pemasangan. Untuk melekatkan kaki rak itu Rambozzi® hanya akan gunakan 'super glue' sahaja. Tiada sebarang paku atau skru yang akan terlibat. Sebab, rak ini hanya kecil sahaja dan ringan pula. Beban yang akan ditanggungnya hanyalah 10 biji telur sahaja. Jadi, Rambozzi® rasa, 'super glue' sahaja sudah memadai untuk melekatkannya dengan kuat.

Untuk memastikan kaki² itu dilekatkan sama arasnya, Rambozzi® letakkan sekeping kayu terbuang di bawah rak yang pertama seperti di dalam gambar di atas. Kayu itu berfungsi sebagai 'spacer'. Dan Rambozzi® gamkan kesemua kaki ke rak yang pertama itu. Tidak perlu menggunakan sebarang 'clamp'. Dengan 'super glue' ini, hanya titiskan gam ke kayu, lekatkan kayu ke kayu dan pegang dengan kuat kedua² kayu selama lebih kurang 15 saat. Dan ia akan melekat dengan kuat. Perlu diingatkan bahawa, kita perlu sangat cermat dan cepat bila menggunakan 'super glue', sebab gam jenis ini melekat dengan sangat cepat dan sangat kuat.


Ok, siap pasang bahagian pertama rak ini.


Untuk bahagian atasnya pula, Rambozzi® hanya ulang proses tadi. Dan siap! Sangat cepat, sangat ringkas dan sangat mudah!


Seterusnya Rambozzi® 'sanding' sedikit rak ini dan cuci dengan menggunakan Formby's® Build-Up Remover. Bila dah bersih dan hilang kesan habuk kayu, dengan pantas Rambozzi® berlari ke dapur dan mencari sekalian telur yang ada heh heh heh heh... Rambozzi® hanya sempat dapat 9 biji telur sahaja. Sebiji lagi dah digoreng. Ada "budak" nak makan telur mata kerbau. Heh heh heh heh...


Ok. Siap projek Rak Telur Ida ini. Projek ini sangat menyeronokkan. Tidak susah untuk membuatnya. Rak ini akan dicat dengan warna putih - mengikut kehendak Ida. Sebelum cat, Rambozzi® tunjukkan dahulu rak ini kepada Ida untuk meminta pendapatnya. TAPI, tanpa belas, dengan kejam Ida merampasnya dari Rambozzi® dan terus berlari pulang ke rumahnya! Siap melompat² lagi!

"Oitt! Tak cat lagi tuh!" 

"Tak payah cat la! Dah tak sabar dah nak susun telur nie!"

Aduh..... ada jugak orang macam nie.....


2 Comments

  1. pagi2 nak makan telur
    telur x de!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...sblm makan telur tu, gosok la gigi dulu.

      Bangun pagi gosok gigi,
      gigi ilang! hahaha sape ntah nih!

      Delete