- Fireplace - Puan Intan


"Hanya padamu 
Terbuka hatiku 
Menanti hadirnya 
Kasihmu sayang..."

Ketika insan² lain sedang Lena Diulit Intan (perghh! Lagu Wings tuh!) mata Rambozzi® ini masih belum mahu merehatkan dirinya. Jari-jemari Rambozzi® ini bagai menjerit² meminta² agar ia digerak²kan di atas papan² kekunci komputer ini. Hati Rambozzi® ini pula meronta² ingin meluahkan pelbagai rasa di dalamnya. Ingatan Rambozzi® pula melayang jauh tertumpu kepada insan yang Rambozzi® cintai. Jiwa Rambozzi® ini resah gelisah. Kerana Rambozzi® terkenangkan Intan...

Nama Intan itu telah membuatkan hati Rambozzi® ini bergurindam. Ada satu nada yang seia dan sekata dengan nama Intan ini. Rambozzi® buka laman web Youtube dan rupanya nada itu adalah sebuah lagu yang sangat indah ritma dan liriknya. Intan Ku Kesepian - dendangan kumpulan kegemaran Rambozzi® iaitu Wings, yang dinyanyikan oleh Awie, 'rockers' kegemaran Rambozzi®.

Sambil menikmati keindahan senikata lagu ini, Rambozzi® teringat kembali perbualan Rambozzi® dengan Intan di 'wassap'...

Intan: "Rambozzi® awak boleh buat tak bende nie?"
Rambozzi®: "Wah! Menariknya! Ya. Rambozzi® rasa, Rambozzi® boleh buat nie, puan!"
Intan: "Bolehkah Rambozzi® buatkan untuk saya, ini saiz yang saya nak..."
Rambozzi®: "Wah! Menariknya! Ya. Rambozzi® rasa, Rambozzi® boleh buat nie, puan!"
Intan: "Nanti saya "pau" duit suami saya dulu ye? Memang 'confirm' saya nak 'order' dari Rambozzi® nie tau?"
Rambozzi®: "Wah! Menariknya! Ya! Boleh puan! "Pau" la duit dia tu ye puan?!"

Hehehe... Memang Rambozzi® agak "mendesak" Puan Intan nie agar meng'order' 'fireplace' ini dengan Rambozzi®. Sebab projek ini terlalu menarik untuk Rambozzi® lepaskan! Hehehe... Tiba² Rambozzi® jadi 'excited' pulak. Tadi, macam nak tulis jiwang je kan? Kan... Heh heh heh heh... Ok ok. Takpe. Rambozzi® akan teruskan jiwang tu lagi ye. Ok? Boleh? Nak? Jom!

"Cinta yang murni 
Sehangat mentari 
Membara hanyalah 
Untukmu..."

Projek ini adalah projek 'woodworking' terbaik Rambozzi® untuk tahun 2015 ini, setakat ini. Projek ini memang Rambozzi® buat dengan sepenuh hati Rambozzi®Rambozzi® buat dengan "Cinta yang murni"Rambozzi® buat dengan hati yang membara yang sehangat mentari.

Sebelum Rambozzi® memilih kayu² yang sesuai untuk memulakan projek ini, ada baiknya Rambozzi® layan lagu tu dulu sampai habis. 'Then', baru Rambozzi® akan teruskan "woodworking" ini.


Wings - Intan Ku Kesepian - Belenggu Irama (1987)


Pergh! Baikkk punye lagu! Yeah! Oraits! Sekarang Rambozzi® rasa sangat bersemangat! Jadi, so. Jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Fireplace - Puan Intan. Cool!



Oraits! Kayu² di atas telah dipotong kepada pelbagai saiz yang diperlukan. Rambozzi® akan gunakan konsep yang sama seperti projek Kaunter Mudahalih Sazli tidak berapa lama dahulu. Rambozzi® rasa, Rambozzi® akan cuba menggunakan konsep ini untuk projek² Rambozzi® yang akan datang, jika ada heh heh heh. Kerana bagi Rambozzi®, konsep ini terlalu menarik, unik dan sangat cantik di mata Rambozzi®.

Konsep sambungan kayu seperti ini mengandungi beberapa kerja² 'woodworking' yang menyeronokkan Rambozzi®. Konsep ini mencabar Rambozzi® untuk menentukan lebar dan panjang kayu yang sesuai agar corak atau 'pattern'nya nanti menjadi menarik. Dan ia juga membolehkan Rambozzi® menggunakan beberapa 'power tools' pada tahap yang agak maksima dan terasa 'woodworking'nya.

Jadi, so. Kayu² di atas Rambozzi® 'rout' setiap sisinya dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'roundover router bit'.

Kayu² di atas juga ditebuk lubang² 'pocket hole' dan akan digam diskrukan di antara satu sama lain.


Ada beberapa batang kayu yang perlu dipotong sedikit bentuk lengkungan. Rambozzi® lukiskan bentuk lengkungan yang sesuai dan potong kayu² di atas dengan menggunakan 'jigsaw'.


Oraits! Atas permintaan Puan IntanRambozzi® akan potong sedikit bahagian kayu di atas agar dapat mengikut bentuk 'tiles' pada dinding itu. Apa orang panggil tu haa.....?


Selepas bahagian itu dipotong dengan menggunakan 'jigsaw', Rambozzi® haluskan bentuknya dengan menggunakan 'drill press' yang dipasangkan 'drum sander' pula.


Dan Rambozzi® pastikan agar ia muat atau sesuai dengan 'tiles' di dinding itu. Apa orang panggil tu haa.....?


Dan siaplah proses mencantumkan kesemua bahagian kayu di atas.


Dan ia dicantumkan pula menjadi binaan² seperti yang dapat dilihat di dalam gambar di atas.


Seterusnya, binaan² tadi digam dan diskrukan menjadi 1 'top' dan 2 bahagian kaki.

"Projek ini bukan sebuah meja. Dan bukan pula sebuah kaunter. Jadi Rambozzi® tidak pasti sama ada hendak menggunakan istilah 'table top' ataupun 'counter top'. Untuk menyelamatkan diri Rambozzi®Rambozzi® gunakan istilah 'top' sahaja. Dan sekarang Rambozzi® berasa amat selamat. Heh heh heh heh heh... Peace!"


Seterusnya, Rambozzi® pasangkan kaki² tadi ke bahagian 'top'nya.


Di bahagian belakangnya pula Rambozzi® gam dan skrukan lagi kayu untuk mengukuhkan binaan tersebut. 'Actually'nya, Rambozzi® tidak mahu sambungan itu melengkung ke dalam, atau ke luar. Jadi, kayu itu akan memastikan ianya adalah lurus dan tepat.


Di bahagian dalam kaki pula Rambozzi® gam dan skrukan sebatang lagi kayu yang dipotong 'miter' 45°. Kayu itu akan memastikan bentuk kaki itu adalah kemas dan mengekalkan bukaannya kepada tepat 90°.


Rambozzi® gam dan skrukan juga sebatang lagi kayu panjang di bahagian bawah 'top' sebagai 'support'. Sebatang lagi kayu digam dan diskrukan di antara kedua kayu panjang itu untuk memastikan sesikunya juga adalah tepat.


Dan akhir sekali, Rambozzi® "pakaikan" sepasang "kasut" ke kedua² belah kakinya. 'Actually'nya "kasut" itu adalah 'idea' dari Puan Intan sendiri...


Dan begitulah rupanya dari pandangan belakang. Wah! Penuh dengan lubang² 'pocket hole'! Wah! Rambozzi® suka 'pocket hole'! I love IT!


Dan projek Fireplace - Puan Intan ini siap sepenuhnya! Yay!


Ooohh! Satu projek 'woodworking' yang "sangat cantik di mata Rambozzi®!"


Dan pandangan dari sisi ini pula rupa²nya amat mengasyikkan! Aduh! Rambozzi® suka sangat dengan Fireplace - Puan Intan nie.....


Sekarang, Rambozzi® rasa sayang pula hendak menyerahkan 'fireplace' ini kepada Puan IntanRambozzi® rasa sangat cintakan 'fireplace' ini. Rambozzi® cintakan 'fireplace' ini sepenuh hati Rambozzi®. Dan tanpa sedar, Rambozzi® telah membisikkan sesuatu ke telinga 'fireplace' ini. (Ok. Itu agak menyeramkan! Telinga 'fireplace'?!! What?!!)

"Oh fireplace...
I love u so much...
I love u more than u can imagine..."

Hehehe...Ye. Itu agak menyeramkan. Hahaha!

Fireplace - Puan Intan ini akan diserahkan kepada Puan Intan. Dan Rambozzi® pula, pada ketika ini, memang berasa agak keberatan untuk menyerahkannya kepada Puan Intan...

"Belum sempat aku
Memberi padamu
Engkau yang kudamba
Hilang tiba-tiba

Tiada lagi
Irama cintamu sayang
Tiada lagi
Haruman kasihmu Intan

Tinggallah aku
Menyulam cinta yang sirna
Di dalam senyum
Yang berbayang duka
Ku kesepian...

Tetapi tidak mengapa. Nevermind. Memandangkan Rambozzi® adalah seorang 'woodworker'Rambozzi® akan buat sebuah 'fireplace' untuk Rambozzi® nanti heh heh heh heh uolls jangan jeles ehh! Pada ketika ini juga, Rambozzi® sudah mempunyai beberapa 'idea' untuk 'fireplace' milik Rambozzi® itu nanti heh heh heh heh uolls jangan jeles ehh! Tunggu... 'Fireplace' milik Rambozzi® itu akan Rambozzi® buat dalam masa terdekat. Rambozzi® akan gunakan konsep yang Rambozzi® suka. Tunggu... Kerana apabila Rambozzi® 'apply'kan konsep yang Rambozzi® suka itu, uolls akan terkesima.

"Terkesima = tercengang, termangu-­mangu, hilang akal"

Tunggu... Kerana buat masa ini, Rambozzi® hanya akan umumkan nama 'fireplace' Rambozzi® itu sahaja. Dan namanya tidak lain dan tidak bukan - Rambozzi® Bara Fireplace. Tunggu...

Akan ku tunggu
Takdir menentukan
Engkau dan aku
Kan bersua lagi

Memadu cinta
Selembut bayu senja
Mengukir rindu
Di daunan hari kasih

Menghilang resah
Lewat pertemuan kita
Biarpun harus
Ku telan keperitan

Kerana engkau
Intan yang ku sayang
Akan ku terus
Menunggumu Intan..."


0 Comments