Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Ok, hujung minggu baru² nie, Rambozzi® dapat "beberapa tempahan" daripada Zaza. Zaza nak 2 buah rak untuk dilekatkan ke dinding bilik air, nak letak segala macam sabun la tu, kot. Dan sekali lagi, Rak Param menjadi pilihan Zaza. Termasuk Zaza nie, dah 4 orang termasuk Param yang tempah rak nie dari Rambozzi®. Mungkin Rambozzi® kena cari satu nama yang sesuai untuk rak jenis nie. Atau Rambozzi® kekalkan je nama Rak Param nie je, kot.. :-

 Rak Kak Nor  Rak Param  Rak Wan Fatimah Waje

Untuk rak nie, Rambozzi® dah tahu serba sedikit cara² dan teknik² serta masalah²nya. Sekarang, tanpa membuang masa, jom mulakan woodworking untuk Rak Zaza nie..


Ok, untuk projek kali nie, sambil² Rambozzi® menulis tentang proses kerja, Rambozzi® nak selitkan jugak tentang "jig" atau alat² yang Rambozzi® gunakan untuk membantu memudahkan kerja² Rambozzi®. Seperti di dalam gambar di atas, itu adalah meja kerja terbaru Rambozzi® untuk proses menebuk pocket hole. Senang citer meja ni khusus untuk tebuk pocket hole je. Papan chipboard (label 1) tu Rambozzi® jumpa kat mana ntah, tapi disebabkan keadaannya masih baik, Rambozzi® kutip. Lagipun, papan chipboard tu dibeli di IKEA (ada label kat belakang dia) heh heh heh. Label 2 tu pulak adalah "pagar" atau "fence" untuk "mengepung" habuk² kayu daripada bertebaran tak tentu arah. Tapi ada jugak habuk yang terlepas dari "kepungan" tu hehe. Yang paling "special" adalah lubang berlabel 3 tu. Rambozzi® tebuk papan chipboard tu dan letakkan sebiji bekas plastik bulat kat bawahnya, sama saiz dengan lubang tu. Tujuannya untuk buang habuk² tu la. Rambozzi® juga letakkan sebiji "toggle clamp" kat atas papan tu untuk "clamp" kayu yang nak ditebuk. Besi berlabel 4 tu sebenarnya tools untuk buka spark plug kat kereta, tapi Rambozzi® jadikan dia sebagai pemegang untuk clamp tu, sebab pemegang asal clamp tu pendek sangat. Jadi, bila pemegang tu panjang, clamp tu tak lah berat sangat bila nak ditarik untuk di"clamp"kan. Label 5 tu adalah besi untuk clamp berlainan saiz untuk berlainan saiz kayu. Dan blok kayu berlabel 6 tu pula adalah "clamp pad".

Sebelum nie Rambozzi® gunakan face clamp untuk clamp KREG Pocket Hole Jig dan kayu setiap kali nak tebuk pocket hole. Kalau setakat 2-3 lubang takpelah, tapi kalau dah banyak sangat pocket hole yang nak ditebuk, "kejang" jugak tangan nak guna face clamp tu. Jadi, Rambozzi® buat meja tu khusus untuk memudahkan dan mempercepatkan proses menebuk pocket hole.


Untuk proses pemasangan atau "assembly" pun senang dengan menggunakan "toggle clamp" yang dilekatkan ke meja kerja. Tapi meja kerja Rambozzi® ni sesuai untuk projek² kecik je. Anak panah di dalam gambar di atas menunjukkan "clamp pad" yang boleh ditukar mengikut saiz yang kita nak la. Rambozzi® cuma gunakan blok kayu lebihan projek je sebagai "clamp pad".


Ok dah siap pasang kesemua kerangka utama untuk Rak Zaza nie. Seterusnya Rambozzi® nak cantumkan kesemuanya menjadi rak lengkap.


Siap pasang kesemua bahagian untuk kedua² rak nie. Seterusnya Rambozzi® kena potong kayu untuk bahagian alas rak² nie.


Ok itu adalah kayu² untuk dijadikan alas untuk rak nie. Rambozzi® potong kesemuanya sama panjang mengikut ukuran yang dikehendaki. Dan kalau mengikut kepada 3 versi asal rak nie, kesemuanya Rambozzi® lubangkan dan diskru daripada atas. Jadi, Rambozzi® kena la tebuk 'pilot hole' dulu ke kesemua kayu² tu. Lepas tu Rambozzi® 'countersink'kan pula supaya skru² tu terbenam dan tidak timbul di atas permukaan kayu. Tapi untuk projek kali nie, Rambozzi® tak nak gunakan mata 'drill' 'countersink' yang biasa, Rambozzi® nak gunakan 'spade drill bit' sebab lubangnya lagi cantik. Rambozzi® gunakan Wolfcraft 4522 Tec Mobil Drill Stand sebab ia boleh setkan kedalaman lubang 'countersink' yang Rambozzi® kehendaki. Tapi, kalau ada 'drill press' lagi mudah dan lagi sebab 'drill press' tu lain daripada 'drill stand'. Tapi itu kemudian citer la, sebab Rambozzi® takde lagi 'drill press' tu..

Satu pelajaran baru yang Rambozzi® pelajari semasa menebuk lubang² 'countersink' nie adalah, kalau nak 'drill' tu jangan 'drill' dengan laju terus. Sebaliknya kena 'drill' mula dengan perlahan sehingga terbentuknya bulatan yang kemas di atas kayu tu, barulah dibenamkan dengan laju sampai ke kedalaman yang dikehendaki. Sebabnya, kalau terus 'drill' dengan laju, kayu tu akan pecah² dan lubangnya tak cantik. Yang nie Rambozzi® baru tahu..



Gambar di atas adalah lubang 'countersink' yang telah siap ditebuk. Hehehe nampak tak berapa kemas kan? Ok sekarang Rambozzi® dah tahu tekniknya..

Seterusnya Rambozzi® kena pasangkan kesemua bahagian kayu menjadi 2 set rak. Kemudian, proses mengecat la macam biasa. Rambozzi® kena 'sanding' dulu kesemua permukaan kayu barulah boleh mengecat.




Ok selesailah proses menyiapkan Rak Zaza nie. Untuk rak² nie, Rambozzi® cat menggunakan 'polyurethane varnish' berwarna 'dark walnut' sebagai lapisan asasnya, dan dikemaskan dengan 'polyurethane varnish' berwarna merah. Rak² tu dicat dengan tiga lapisan 'varnish', diselangi dengan 'sanding' antara lapisan.

Seterusnya, Zaza minta Rambozzi® tolong pasangkan rak² ke dinding di stokisnya. Ok, jom ke stokis Zaza.
--------------------------------------------------



Rak pertama Rambozzi® pasangkan di luar bilik air.



Dan rak kedua di dalam bilik air.





Maka, siaplah projek Rak Zaza. Rambozzi harap Zaza suka dengan hasil kerja Rambozzi® nie.

Sekarang, Rambozzi® nak sambung siapkan projek Zaza yang seterusnya...


 


"Sepatutnya dah lama Rambozzi® beli "bende" nie. Lain kali, kalau Rambozzi® nak buat kerja kayu atau nak jadi tukang kayu, pertama sekali Rambozzi® akan beli "bende" nie dulu."
Ya. Rambozzi® rasa menyesal sebab tak beli sander nie awal² lagi. Kepada sape² yang nak buat kerja kayu, Rambozzi® nasihatkan belilah electric sander terlebih dulu. Dan belilah model macam Bosch atau lain² brand yang ternama. Sebab electric sander sangat²lah membantu untuk menyiapkan kerja kayu yang cantik dan halus.

Dulu Rambozzi® ada beli satu "electric sander cap ayam" nie dari satu "hyper market" nie (tapi Rambozzi® tak nak sebut la nama hyper market dan jenama electric sander tu, tak pasal² Rambozzi® kena saman pulak nanti, kan? - pssttt... nama hyper market tu Giant..) Gambar dia kat bawah nie...


Hah tu dia "sander"nya. Aduh, tolonglah... Jangan la sape² beli lagi "electric sander cap ayam" macam nie lagi. Tak berguna langsung! Rambozzi® cakap macam nie sebab Rambozzi® dah beli dan bila Rambozzi® bandingkan dengan BOSCH Orbital Sander GSS 230 tu, macam langit dengan bumi la senang citer. Murah tu memang la murah, tapi tak berbaloi langsung. "Electric sander cap ayam" macam nie akan bergegar kuat giler macam naik kuda kat trek motocross. Lepas tu bunyinya bising. Hasil "sanding"nya tak kemas, tak rata, tak sekata dan tak halus. Nak pegang apatah lagi nak kawal memang susah giler macam pegang ikan baru naik ke darat, tau? Rambozzi® guna sekali je "bende" nie sejak dari mula beli, lepas tu tak guna² dah. Rambozzi® menyesal giler beli "bende" nie. Tolong la... tolong la jangan beli "electric sander cap ayam" macam nie lagi...


Sebab tu Rambozzi® beli BOSCH Orbital Sander GSS 230 nie. Dan masa Rambozzi® "test" sander nie kat kedai, Rambozzi® dah jatuh cinta dan berasa yakin dengan BOSCH Orbital Sander GSS 230 nie. Masa tu belum beli lagi, tapi Rambozzi® dah dapat rasa "best"nya tuh! Bukan sebab nama dia BOSCH, tapi sebab masa "test" tu Rambozzi® dah dapat rasakan kelembutan mesin nie, juga bunyinya yang tak "gamat" giler. Dan masa tu Rambozzi® sangat yakin BOSCH Orbital Sander GSS 230 nie akan dapat membantu Rambozzi® dalam membuat kerja² kayu. Jadi, Rambozzi® keluarkan modal dan Rambozzi® beli!

Harga BOSCH Orbital Sander GSS 230 nie 5 kali ganda daripada "electric sander cap ayam" Rambozzi® tu tadi. Boleh bayang boleh kira la perbezaan harganya tu. Boleh check harganya kat Google.

Rambozzi® dah tak sabar² nak balik "test" BOSCH Orbital Sander GSS 230 nie. Rambozzi® sangat² berharap persembahan dan prestasinya se"gah" namanya.


Hah itu dia hasilnya. Tengok kayu berlabel 1, kayu tu belum di"sanding" lagi tu. Dan tengok pula kayu berlabel 2, kayu tu dah di"sanding", menggunakan BOSCH Orbital Sander GSS 230. Boleh nampak dengan ketara perbezaannya. Kayu tu Rambozzi® "test" "sanding" menggunakan kertas pasir 120 grit. Kalau lagi halus kertas pasir, lagi halus la hasilnya, kot... Tapi itu Rambozzi® akan "test" nanti. Rambozzi® sengaja pilih kayu yang agak kasar permukaannya untuk Rambozzi® "test" BOSCH Orbital Sander GSS 230 nie dulu. Terus-terang Rambozzi® katakan, memang puas hati. Hasil "sanding"nya sangat halus. BOSCH Orbital Sander GSS 230 nie tak bising dan "getaran"nya sangat lembut dan senang dikawal. Dan macam ayat pertama Rambozzi® kat atas tu, sepatutnya dah lama Rambozzi® beli "bende" nie!


Rambozzi® ambil gambar kat atas tu dekat² lagi supaya boleh nampak perbezaan hasil kayu yang belum dan yang sudah di"sanding" menggunakan BOSCH Orbital Sander GSS 230 tu.

Rambozzi® akui, produk BOSCH agak mahal berbanding produk jenama yang lain. Tapi Rambozzi® dah percaya dan yakin sangat dengan produk jenama BOSCH nie. BOSCH Orbital Sander GSS 230 nie menambahkan lagi koleksi produk BOSCH milik Rambozzi®. Setakat nie Rambozzi® dah beli 7 mesin BOSCH, iaitu:-

1 - Bosch Corded Drill GSB 10 RE
2 - BOSCH Cordless Screwdriver / Drill IXO Li-Ion III 3.6V
3 - BOSCH Slide Miter Saw GCM 800S
4 - BOSCH Mini Router / Trimmer GMR1
5 - BOSCH Cordless Drill GSR1440-Li
6 - Bosch Wood Planer GHO10-82
7 - BOSCH Orbital Sander GSS 230

Seterusnya, Rambozzi® "berhajat" nak beli BOSCH Jigsaw GST 25M pulak. Tapi buat masa nie, ada "hajat" je la. Mahal boleh tahan. Tapi itulah impian dan "target" Rambozzi®. Dan semestinya ada keperluanlah untuk Rambozzi® beli jigsaw tu.

Beli mesin mahal² nie tapi kalau takde projek tak guna jugak kan? Tapi Rambozzi® yakin akan ada rezeki untuk Rambozzi® lagi nanti. Rambozzi® sanggup beli mesin berjenama yang mahal sebab Rambozzi® tahu akan kebolehan dan kegunaannya. Zaman sekarang nie semuanya kita boleh pelajari dan ambil tahu dulu sebelum nak beli apa² barang. Biasanya Rambozzi® akan "Google" dulu dan tengok kat Youtube sesuatu produk atau mesin yang Rambozzi® nak beli. Google dan Youtube boleh membantu kita menilai sesuatu mesin tu. Kalau kat Youtube, ada "Like" dan "Dislike" dan juga ada komen² dari pengguna atau tukang² yang dah beli mesin tu. Dan yang "best"nya, mereka tu datang dari pelbagai bangsa dan negara! Itu semua membantu kita menilai sesuatu produk tu. Seterusnya, kena tengok dalam poket la berapa duit yang ada hahahaha.....

Rambozzi® harap, mesin² nie akan membantu Rambozzi® menghasilkan kerja kayu yang lebih cantik dan halus. Dan Rambozzi® berharap, lepas nie akan ada projek lagi yang "masyuk" heh heh heh.....

Baru² nie Rambozzi® berkesempatan melawat Mimi. Dan Rambozzi® sempat mengambil gambar Framed Wall Shelf Mimi yang Rambozzi® hadiahkan kepadanya tidak berapa lama dulu. Sebenarnya Framed Wall Shelf nie adalah projek kerja kayu Rambozzi® yang pertama. Rambozzi buat banyak masa tu, lebih kurang 20 biji kot, dan dalam pelbagai warna. Tapi tak semua sempat Rambozzi ambil gambar dan masukkan ke dalam blog Rambozzi nie. Sebab masa tu Rambozzi tak terfikir pun nak wujudkan blog dan akan jadi "hardcore" macam sekarang nie hehehe...

Framed Wall Shelf Mimi nie juga adalah Framed Wall Shelf "batch pertama" yang Rambozzi buat, seangkatanlah juga dengan Framed Wall Shelf Kak Nor. Dan masa tu juga Rambozzi dapat pelanggan Cina pertama Rambozzi iaitu Mr. Lee. Mr. Lee tempah 4 biji Framed Wall Shelf nie dari Rambozzi® "secara online" heh heh heh... Bukan senang nak dapat pelanggan berbangsa Cina tau. Dan Rambozzi® harap Mr. Lee nie bukan yang terakhir laa... Beberapa biji lagi Framed Wall Shelf nie Rambozzi® dah jual dan ada jugak yang Rambozzi® hadiahkan kepada beberapa orang yang rapat dengan Rambozzi®.

Jadi, yang Rambozzi® nak blogkan di sini sebenarnya (heh heh heh) adalah, sebelum Rambozzi® melawat Mimi nie, Rambozzi® telah membeli satu lagi tools untuk kerja kayu Rambozzi® hahahahaha. Seronok betul Rambozzi® kalau bab beli tools baru nih! Tapi itu untuk entry lepas nie....

Ok, tadi Rambozzi® dah test DREMEL 565 Multipurpose Cutting Kit tu ke DREMEL MultiPro 395, sekarang Rambozzi® nak test tengok, masuk ke tak DREMEL 575 Right Angle Attachment nie ke DREMEL MultiPro 395 Rambozzi® tu.


Ok, gambar di atas adalah DREMEL MultiPro 395 milik Rambozzi® dalam keadaan sedia nak test DREMEL 575 Right Angle Attachment tu.


Mula² sekali kena cabut dulu "bende" macam cap tu.


Lepas tu kena masukkan "drive adapter" tu pulak. Untuk DREMEL 575 Right Angle Attachment nie, DREMEL bagi sebiji Right Angle Attachment dan sebiji Drive Adapter. "Drive adapter" tu berbeza dari "collet" yang biasa tu. Yang nie khusus untuk DREMEL 575 Right Angle Attachment. Nasib baik muat dengan DREMEL Rambozzi® tu.



Lepas tu barulah boleh masukkan DREMEL 575 Right Angle Attachment tu. Dan nasib baik jugak, muat!


Gambar di atas nie pulak adalah DREMEL 4486 Chuck ataupun DREMEL Quick Change Chuck. "Chuck" nie tak termasuk sekali dalam kit DREMEL 575 Right Angle Attachment tu. "Chuck" nie Rambozzi® beli dah lama jugak, beberapa tahun yang lalu. "Chuck" nie boleh digunakan untuk bermacam saiz bit tanpa perlu menukar "collet". Tapi, malangnya "chuck" nie tak muat pulak dengan DREMEL MultiPro 395. Sekarang Rambozzi® nak try masukkan "chuck" nie ke DREMEL 575 Right Angle Attachment tu.


Haa muat pun! Barulah Rambozzi® boleh guna "chuck" nie! Adus....

Gambar di atas tu saje je Rambozzi® nak share cara² nak pasang "chuck" tu ke DREMEL.


Ok, maka tercapailah hasrat Rambozzi® nak guna DREMEL nie dengan seadanya. Ada banyak lagi accessories dan attachments untuk DREMEL nie di pasaran Malaysia. Buat masa nie cukup dulu untuk kegunaan Rambozzi®. Lagipun masa Rambozzi® beli model DREMEL MultiPro 395 nie dulu pun, memang dia datang dengan beberapa puluh bits dan segala macam barang lagi sebenarnya. Itu pun Rambozzi® tak guna betul² lagi tu.

Dan Rambozzi® nak share beberapa bende kat sini (kpd sape² yang simpan lagi DREMEL MultiPro 395) :-

1.  DREMEL 565  Multipurpose Cutting Kit BOLEH digunakan dengan DREMEL MultiPro 395.
2.  DREMEL 575 Right Angle Attachment BOLEH digunakan dengan DREMEL MultiPro 395.
3.  DREMEL 4486 Quick Chuck TIDAK BOLEH digunakan dengan DREMEL MultiPro 395.

Awal bulan baru² nie pulak Rambozzi® beli DREMEL 565 Multipurpose Cutting Kit. Jumpa dalam lelong.com.my, dengan harga yang agak menarik. Alang² ke kedai yang jual "bende" nie, Rambozzi® turut membeli DREMEL 575 Right Angle Attachment, juga dapat dengan harga yang agak menarik.


Haa... itulah barangnya..

Sebenarnya, Rambozzi® ada membeli sebuah rotary tools cap DREMEL nie beberapa tahun dulu. Dan yang Rambozzi® beli nie adalah model lama. Model DREMEL MultiPro 395 kalau tak silap Rambozzi®. Dulu, nak dapat accessories untuk DREMEL nie cukup payah. Kalau ada pun mahal giler dan tak banyak pilihan. Sekarang makin ramai la pulak yang menjual "bende" nie kat Malaysia, dengan harga yang menarik pulak tu. Accessories dan attachments pun dah makin banyak yang sampai ke Malaysia nie. Tapi semua tu untuk DREMEL model yang baru. Untuk model lama macam Rambozzi® punya tu, Rambozzi® tak pasti sama ada 'boleh masuk dengan ngam' ataupun tidak. Jadi Rambozzi® kena "google" la dulu. Dan "google" cakap, boleh. Baik...


Untuk DREMEL 565 Multipurpose Cutting Kit nie, DREMEL bagi sebiji Multipurpose Cutting Guide Attachment, 2 batang Drywall Cutting Bits dan sebatang Multipurpose Cutting Bit. Kegunaannya faham²lah, sape² yang "giler" rotary tools" akan tahu berapa banyak kegunaan DREMEL nie, terutamanya geng² yang "giler" modify casing PC tu. Tapi untuk Rambozzi®, Rambozzi® nak guna untuk "routing".


Untuk 3 batang cutting bits tu memang muatlah dengan DREMEL milik Rambozzi®, sebab ada pelbagai saiz "collet" tu.


Dan nasib baik jugak Multipurpose Cutting Guide Attachment tu muat ngam² dengan DREMEL Rambozzi®. Ok, jadi sekarang  Rambozzi® nak bagitau kepada sesape yang guna lagi DREMEL model lama nie, DREMEL 565 Multipurpose Cutting Kit nie boleh masuk dengan DREMEL MultiPro 395!

Seterusnya, Rambozzi® nak test pulak DREMEL 575 Right Angle Attachment!

Beberapa bulan yang lalu Rambozzi® ada beli satu lagi tools daripada KREG® iaitu KREG® Multi-Mark. Tools nie sebenarnya simple je, tapi Rambozzi® mengharapkan "ketepatan buatan mesin" alat dari U.S nie. Memandangkan kerja yang Rambozzi® ceburi nie memerlukan ketepatan yang agak "kritikal" maka Rambozzi® terpaksa terus mencari alat² yang boleh membantu Rambozzi® menghasilkan kerja tangan yang lebih tepat.


Memandangkan ada dijual di Malaysia, maka Rambozzi® pun tak lepaskan peluang dan beli KREG® Multi-Mark daripada pembekal yang sama yang menjual KREG® Pocket Hole Jig tempoh hari.




Tak banyak pun yang Rambozzi® boleh blogkan pasal "bende" nie.. Tools nie digunakan untuk kerja² mengukur dan menanda je. Tiga gambar di atas adalah 3 posisi untuk menggunakan ruler pada tools nie.

Tamat.

Hahahahahahaha


Baru² nie, Rambozzi® telah dihubungi oleh seseorang yang juga meminati kerja² pertukangan kayu nie. Ansary nie berminat nak membuat peralatan dan perabot berasaskan kayu, jadi beliau telah menghubungi Rambozzi® dan meminta bantuan Rambozzi® untuk beliau memulakan "hobi" terbarunya ini. Bagi Rambozzi®, bukan nak merendah diri apatah lagi nak menunjukkan diri sebagai "pakar" dalam bidang nie, tapi Rambozzi® nie sememangnya masih baru buat kerja nie dan Rambozzi® rasa ini adalah sesuatu yang baik untuk bidang nie.

Rambozzi® "perhatikan" di negara² Barat, terutamanya di U.S, mereka seperti ada satu "kesatuan" untuk woodworking nie. Mereka berkumpul dan berkongsi idea, maklumat, "teknik, tips dan trick" dan juga tools sesama mereka, tanpa malu dan tanpa sombong, dan menjadikan bidang nie di U.S sangat menarik. Kalau tak percaya boleh banyak²kan baca blog dan tengok Youtube.

Bagi Rambozzi®, Ansary nie bukan "anak murid" Rambozzi®, tapi adalah seorang lagi geng yang minat woodworking. Rambozzi® sedia membantu beliau dan sama² belajar bersama dengannya. Rambozzi® mungkin ada sedikit "skill" sebab Rambozzi® dah mula dulu daripada beliau, tapi beliau tu pun semestinya "ada sesuatu dengannya" yang Rambozzi® tak tahu. Heh heh heh...

Ok, untuk hujung minggu baru² nie, Rambozzi® telah buat satu "jig" untuk circular saw milik Ansary nie. Circular saw nie senang digunakan secara "free hand" tapi susah kalau nak buat potongan tepat atau lurus. Circular saw nie boleh digunakan dengan "cutting guide" atau beberapa "jig" yang ada pasaran. Yang paling menarik perhatian Rambozzi® semestinya KREG®. Ada dua "jig" atau "cutting guide" dari KREG® yang Rambozzi® tertarik iaitu KREG® Rip Cut dan KREG® Square Cut. Tapi Ansary nie nak gunakan circular saw tu sebagai chop saw. Boleh, tapi kena buat "jig" la dulu. Dan Rambozzi® nak cuba buat "jig" untuk circular saw nie. Jadi, jom start woodworking untuk projek kali nie, Circular Saw Jig / Workbench Ansary.

1 - Circular Saw Jig


Kalau dilihat gambar di atas, itu adalah "jig" yang Rambozzi® buat untuk circular saw Ansary tu. Heh heh heh memang ntah apa² la "design"nya, tapi boleh digunapakai kot... Circular saw tu adalah jenis HITACHI® model C7SS kalau tak silap Rambozzi® la. Operasi "jig" nie adalah seperti menggunakan chop saw.

Ok, "jig" tu Rambozzi® buat ngam² untuk diletakkan circular saw tu di atasnya, dan duduk ngam² di dalam kotak kayu tu dan dikunci dengan beberapa bijik skru dan clamp kecil, mengelakkan circular saw tu daripada bergerak tak tentu hala. Label "1" tu adalah ketinggian "jig" tu, memang tak berapa tinggi la. Maknanya boleh potong kayu yang kurang daripada ketinggian "jig" tu je. Untuk "jig" nie, kayu paling tebal boleh dipotong pun adalah kayu 2*2 je. Rambozzi® tak boleh nak tinggikan lagi "jig" tu sebab nanti blade tu tak dapat nak potong rapat habis ke bawah.

Label "2" tu pulak adalah arah untuk dimasukkan stok kayu yang hendak dipotong. "Fence A" adalah fence kekal untuk "jig" nie. Dan "Fence B" tu pulak adalah fence yang boleh dialihkan. Jadi, kalau Ansary tu nak potong kayu yang lebih panjang, cuma perlu buka "Fence B" tu, gantikan dengan kayu yang lebih panjang sebagai fence.

Label "3" tu adalah lock untuk circular saw tu. Bila nak digunakan kenalah "lepaskan" dulu lock tu. Dan label "4" tu adalah mata gergaji circular saw nie. Saiznya 7" kalau tak silap Rambozzi®. Kecik je, sebab tu tak boleh nak potong kayu yang lebih tebal.

Nak buat "jig" tu senang je. Tapi nak "tune" supaya boleh potong tepat 90° tersangatlah susahnya. Serik dah Rambozzi®, sebab tu Rambozzi® beli miter saw.

2 - Workbench



Seterusnya, Rambozzi® dan Ansary tu nak buat meja atau workbench untuk circular jig tu. Workbench yang ringkas dan hanya menggunakan pocket hole. Dan kayu² tu dipotong menggunakan circular saw dan "jig"nya tadi tu. Nasib baik "jig" tu boleh digunakan dengan jayanya. Kayu yang dipotong adalah tepat dan lurus 90°.



Seterusnya proses membuat kaki untuk workbench tu.


Dan last sekali proses memasang kesemua bahagian kayu menjadi workbench. Table top tu adalah chipboard yang Rambozzi® jumpa kat mana ntah. Siap Circular Saw Jig / Workbench Ansary yang simple je hahahahaha.

Itu adalah workbench yang "basic" je untuk kegunaan Ansary. Kalau dia nak tambah rak atau drawer atau apa² je lagi, dia boleh try buat sendiri menggunakan "jig" nie.

Selesai projek untuk minggu nie. Rambozzi® sedia membantu Ansary nie kalau beliau memerlukan bantuan Rambozzi® lagi. Tapi Rambozzi® sendiri kena banyak belajar lagi sebab kalau Rambozzi® nak tolong ajar orang lain Rambozzi® pun kena ada "banyak ilmu" lagi kan? Hahahaha...

Ini adalah projek yang agak lama tertangguh. Sebabnya, Rambozzi® kehabisan stok kayu, Kedai 'hardware' yang jual kayu tu kehabisan kayu, semuanya habis dibeli oleh geng² PRU aritu, buat pacak bendera. Adus...Projek nie adalah Cathy Cat yang punye, yang sebelum nie pernah tempah Meja Tungku Dapur Cathy Cat dan Rak Kaunter Air Cathy Cat. 'Tray' nie masih belum Rambozzi® serahkan lagi kepada Cathy Cat, dia sekarang sangat sibuk dengan perniagaannya. Jadi, Rambozzi® simpan dulu la kat rumah.


'Tray' nie sebenarnya Cathy Cat nak letak dan susun beberapa biji balang miliknya. Cathy Cat cuma bagi ukuran balang tu je. Jadi, Rambozzi® pun tak tahu sama ada 'tray' nie padan atau tidak dengan saiz balang²nya tu. Kalau tak padan, takpe, Rambozzi® boleh buat semula ikut kehendak Cathy Cat nanti. Cuma yang Rambozzi® yang kongsikan di sini adalah, hasil kemasan cat Rambozzi® untuk projek nie.


Untuk 'tray' nie Rambozzi® tak ambil gambar untuk setiap proses kerja Rambozzi®. Sebab 'tray' nie terlalu 'simple' dan sekejap je nak disiapkan. Untuk kemasan 'tray' nie, Rambozzi® cat menggunakan 4 lapisan 'varnish'yang diselangi dengan 'sanding'. Dan Rambozzi® rasa, ini adalah hasil cat Rambozzi® yang paling kemas dan terbaik setakat ini. "Licin dan berkilat macam dibuat oleh seorang profesional dan diletakkan di kedai² perabot ternama heh heh heh". Rambozzi® puji diri Rambozzi® sendiri sebab Rambozzi® puas hati dengan kesungguhan dan ketekunan Rambozzi® sehingga mendapat hasil kerja semacam ini. Hanya orang² yang tahu "perit-jerih" nak dapatkan hasil kerja yang cantik je tahu "bende" nie.

Dan Rambozzi® berharap, Cathy Cat akan suka dengan 'tray' nie, dan Rambozzi® sangat² berharap saiz 'tray' nie adalah tepat dan sesuai dengan set balang²nya tu. Kalau tak sesuai, Rambozzi® kena buat semula la nampaknya nanti heh heh heh...
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ▼  2021 (6)
    • ▼  April 2021 (1)
      • Kabinet Kecil Bilik Air
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes