- DREMEL 565 Multipurpose Cutting Kit


Awal bulan baru² nie pulak Rambozzi® beli DREMEL 565 Multipurpose Cutting Kit. Jumpa dalam lelong.com.my, dengan harga yang agak menarik. Alang² ke kedai yang jual "bende" nie, Rambozzi® turut membeli DREMEL 575 Right Angle Attachment, juga dapat dengan harga yang agak menarik.


Haa... itulah barangnya..

Sebenarnya, Rambozzi® ada membeli sebuah rotary tools cap DREMEL nie beberapa tahun dulu. Dan yang Rambozzi® beli nie adalah model lama. Model DREMEL MultiPro 395 kalau tak silap Rambozzi®. Dulu, nak dapat accessories untuk DREMEL nie cukup payah. Kalau ada pun mahal giler dan tak banyak pilihan. Sekarang makin ramai la pulak yang menjual "bende" nie kat Malaysia, dengan harga yang menarik pulak tu. Accessories dan attachments pun dah makin banyak yang sampai ke Malaysia nie. Tapi semua tu untuk DREMEL model yang baru. Untuk model lama macam Rambozzi® punya tu, Rambozzi® tak pasti sama ada 'boleh masuk dengan ngam' ataupun tidak. Jadi Rambozzi® kena "google" la dulu. Dan "google" cakap, boleh. Baik...


Untuk DREMEL 565 Multipurpose Cutting Kit nie, DREMEL bagi sebiji Multipurpose Cutting Guide Attachment, 2 batang Drywall Cutting Bits dan sebatang Multipurpose Cutting Bit. Kegunaannya faham²lah, sape² yang "giler" rotary tools" akan tahu berapa banyak kegunaan DREMEL nie, terutamanya geng² yang "giler" modify casing PC tu. Tapi untuk Rambozzi®Rambozzi® nak guna untuk "routing".


Untuk 3 batang cutting bits tu memang muatlah dengan DREMEL milik Rambozzi®, sebab ada pelbagai saiz "collet" tu.


Dan nasib baik jugak Multipurpose Cutting Guide Attachment tu muat ngam² dengan DREMEL Rambozzi®. Ok, jadi sekarang  Rambozzi® nak bagitau kepada sesape yang guna lagi DREMEL model lama nie, DREMEL 565 Multipurpose Cutting Kit nie boleh masuk dengan DREMEL MultiPro 395!

Seterusnya, Rambozzi® nak test pulak DREMEL 575 Right Angle Attachment!

0 Comments