- DREMEL 575 Right Angle Attachment


Ok, tadi Rambozzi® dah test DREMEL 565 Multipurpose Cutting Kit tu ke DREMEL MultiPro 395, sekarang Rambozzi® nak test tengok, masuk ke tak DREMEL 575 Right Angle Attachment nie ke DREMEL MultiPro 395 Rambozzi® tu.


Ok, gambar di atas adalah DREMEL MultiPro 395 milik Rambozzi® dalam keadaan sedia nak test DREMEL 575 Right Angle Attachment tu.


Mula² sekali kena cabut dulu "bende" macam cap tu.


Lepas tu kena masukkan "drive adapter" tu pulak. Untuk DREMEL 575 Right Angle Attachment nie, DREMEL bagi sebiji Right Angle Attachment dan sebiji Drive Adapter"Drive adapter" tu berbeza dari "collet" yang biasa tu. Yang nie khusus untuk DREMEL 575 Right Angle Attachment. Nasib baik muat dengan DREMEL Rambozzi® tu.



Lepas tu barulah boleh masukkan DREMEL 575 Right Angle Attachment tu. Dan nasib baik jugak, muat!


Gambar di atas nie pulak adalah DREMEL 4486 Chuck ataupun DREMEL Quick Change Chuck"Chuck" nie tak termasuk sekali dalam kit DREMEL 575 Right Angle Attachment tu. "Chuck" nie Rambozzi® beli dah lama jugak, beberapa tahun yang lalu. "Chuck" nie boleh digunakan untuk bermacam saiz bit tanpa perlu menukar "collet". Tapi, malangnya "chuck" nie tak muat pulak dengan DREMEL MultiPro 395. Sekarang Rambozzi® nak try masukkan "chuck" nie ke DREMEL 575 Right Angle Attachment tu.


Haa muat pun! Barulah Rambozzi® boleh guna "chuck" nie! Adus....

Gambar di atas tu saje je Rambozzi® nak share cara² nak pasang "chuck" tu ke DREMEL.


Ok, maka tercapailah hasrat Rambozzi® nak guna DREMEL nie dengan seadanya. Ada banyak lagi accessories dan attachments untuk DREMEL nie di pasaran Malaysia. Buat masa nie cukup dulu untuk kegunaan Rambozzi®. Lagipun masa Rambozzi® beli model DREMEL MultiPro 395 nie dulu pun, memang dia datang dengan beberapa puluh bits dan segala macam barang lagi sebenarnya. Itu pun Rambozzi® tak guna betul² lagi tu.

Dan Rambozzi® nak share beberapa bende kat sini (kpd sape² yang simpan lagi DREMEL MultiPro 395) :-

1.  DREMEL 565  Multipurpose Cutting Kit BOLEH digunakan dengan DREMEL MultiPro 395.
2.  DREMEL 575 Right Angle Attachment BOLEH digunakan dengan DREMEL MultiPro 395.
3.  DREMEL 4486 Quick Chuck TIDAK BOLEH digunakan dengan DREMEL MultiPro 395.

0 Comments