- BOSCH® Wood Planer GHO10-82


Antara "tools" yang Rambozzi® tak pernah guna sebelum nie..electric wood planerRambozzi® ada baca² dlm blog, kalau kayu tu diketam, hasilnya lagi halus dan menjimatkan masa daripada "sanding" dengan kertas pasir. tapi kertas pasir kena pakai gak untuk finishing projek tu nanti.

Rambozzi® "test" planer 2-3 kali, dan Rambozzi® memang puas hati la dengan hasil ketam mesin nie. Sangat halus dan licin. Tapi kena praktis lagi beberapa kali baru boleh "master" mesin nih!

"Sebenarnya bukan mesin nie yang Rambozzi® kena praktis bagi mahir, hehehehehe.. Semua yang berkaitan dengan pertukangan kayu sebenarnya..."

Dan seperti biasa, Rambozzi® masih lagi setia dengan produk BOSCH®. Mana datang ntah planer nie, original dari Jerman ke atau "Made in China" ke Rambozzi® tak boleh nak sahkan.. Banyak sangat produk China kat Malaysia nih...Jadi, Rambozzi® keluarkan modal dan beli BOSCH® Wood Planer GHO10-82 nie.

Kalau tengok gambar di atas, akan nampak habuk kayu yang terhasil daripada penggunaan planer nie. Rambozzi® terpaksa memikirkan satu kaedah la pulak untuk "mengawal habuk kayu" nie.. Hmmm macam mana nak buat tu...Itu baru "test" je tu, belum buat projek kayu lagi tu...


Koleksi terkini mesin² daripada BOSCH® milik Rambozzi® setakat nie. BOSCH® Wood Planer GHO10-82, BOSCH® Slide Miter Saw GCM 800S, BOSCH® Cordless Drill GSR1440-Li, BOSCH® Hand Drill GBM10RE, BOSCH® Cordless Screwdriver / Drill IXO III 3.6V dan BOSCH® Mini Router / Trimmer GMR1.

Modal banyak dah keluar nie.. projek tak seberapa pun sebenarnya hahahaha... Takpe, boleh simpan dalam almari kaca buat hiasan heh heh heh...

5 Comments

  1. Berkenaan pengurusan habuk, Rambozzi boleh pertimbangkan penggunaan "dust collection system" dan "dust seperation system" Mungkin Rambozzi dah tahu tentang perkara ni. Dalam posting Rambozzi yang lain, saya nampak ada vacuum. In case pengunjung blog Rambozzi nak tahu, pengalaman saya sendirilah...saya pakai vacuum rumah je...1600 watt. Hos dari vacuum tu pasang ke dust separation (boleh guna homemade Thien Baffle atau Cyclon Separator-boleh googlekan) lepas tu barulah disambung ke mesin. Tujuannya supaya filter vacuum cleaner tak tersumbat maka kekuatan sedutannya maintained. Saya dah guna kedua-dua system ni untuk my homemade 16" drum sander (rujuk Matthias Wandle), homemade table saw, homemade router table, homemade drillpress (Izzy Swan), bosch random orbit sander, 3" planer cap ayam, rotary hammer, jigsaw dan general fllor cleaning selepas seharian berwoodworking.

    Sekian, dengan rendah hatinya berharap info ini dapat membantu yang lain supaya tak banyak sangat debu disedut ke hidung. work safely.

    Happy Woodworking
    Bruce

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak² sekali lagi Bruce atas perkongsian ini.
      Rambozzi sebenarnya memang bercadang nak buat sistem "cyclone" tu tapi tak sempat lagi sebab tengah syok buat woodworking je sekarang nie hehehe.
      Tapi memang Rambozzi nak buat sistem tu jugak satu hari nanti, bila berkelapangan.

      Delete
    2. Ya. Pada pengalaman saya "cyclone" lebih berkesan mengasingkan debu berbanding Thien Baffle. Saya rasa Cyclone ada advantage dari segi "gravity". Susah nak explain. Tapi lebih kurang macam tu lah rasanya. Cuma kena balancekan inflow dan outflownya, kalau tak cyclon to nanti terlalu stress macam replika pertama saya kemek. hehehe

      Delete
    3. Oh! Kalau macam tu Rambozzi kena belajar dgn Bruce! Ok! Nanti Rambozzi wassap je ye? Hehehehe

      Delete
  2. Saua naru beli control mata tu blh tlg bg tips

    ReplyDelete