Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us


"Dengarlah
Gemala hati, dendang jiwaku
Mencurahkan pendaman
Kalbu nan tertawan

Dikaulah umpama bulan
Mengambang di angkasa raya

Oooo dewi jelita
Pandanglah beta
Pungguk teruna

Rindu asyik memuja
Paras gemilang
Ratulah desa
Engkaulah sayang

Dikaulah
Dewi pujaanku..."

"Demikianlah tadi, lagu pilihan saudara Rambozzi, "Dengarlah Gemala Hati" dendangan P.Ramlee. Kita ke lagu seterusnya, pilihan saudara Rajni, yang memilih lagu "Jangan Tak Mandi" nyanyian kumpulan XPDC, yang dipetik dari album "Darjah Satu". Saudara Rajni ingin menujukan lagu ini kepada buah hatinya Shriya Saran yang kini sedang belajar di Mumbai, dengan ucapan "Hai! Tengah buat apa tuuu? Belajar rajin² ye sayang? Dan semoga sukses selalu... Muaahs!"..."

Hahahahaha! Rambozzi® tiba² teringat kenangan mendengar radio pada tahun² lewat 80-an dan awal 90-an. Lebih kurang macam tu lah 'style' 'deejay' radio tu... Hahahahaha best betul... Nostalgia yang best...

Oraits. Rambozzi® bukan nak tulis tentang radio atau Rajni. Kali nie Rambozzi® nak tulis tentang "beberapa orang kekasih" Rambozzi®. "Kekasih²" Rambozzi® itu adalah "gemala hati Rambozzi®" - Dewi Pujaanku... Nama mereka semuanya sama - Bosch®... Heh heh heh heh...

Setelah bertahun Rambozzi® "memberi sedekah" kepada tauke² 'hardware' di sekitar Kuala Lumpur, Rambozzi® "berjaya" mengumpul beberapa 'power tools' idaman Rambozzi® untuk kerja² Rambozzi®. Jenama Bosch® memang menjadi pilihan Rambozzi®. Membeli 'power tools' dari jenama Bosch® memang boleh menggembirakan hati tauke² itu. Tapi demi minat dan "cinta" Rambozzi® kepada "woodworking" ini, Rambozzi® berkorban jiwa dan raga, walaupun Rambozzi® yang menangis... Hahahahaha...

Oraits. Untuk 'entry' kali ini, Rambozzi® bercadang nak buat sebuah kotak atau almari atau kabinet khusus untuk menyimpan kesemua 'power tools' dari jenama Bosch® milik Rambozzi®.

Jadi, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® Bosch® Cabinet.



Untuk projek ini, ada beberapa perkara yang perlu Rambozzi® ambil kira. Antaranya:-

1. Jumlah 'power tools' yang akan disimpan di dalam kabinet ini;
2. Saiz 'power tools'  yang akan disimpan di dalam kabinet ini;
3. Susun atur yang sesuai untuk setiap 'power tools'  yang akan disimpan di dalam kabinet ini;
4. Saiz dan rekabentuk yang sesuai untuk kabinet ini.

Jadi, barulah Rambozzi® boleh potong kayu kepada saiz² yang diperlukan. Rambozzi® mulakan dengan membina beberapa keping panel kayu. Kesemua panel di atas digam dan diskrukan antara satu sama lain melalui lubang² 'pocket hole'.


Panel² tadi Rambozzi® cantumkan pula membentuk 2 binaan seperti di dalam gambar di atas. Ok. Setakat ini tiada masalah. Hanya proses penyambungan kayu ke kayu yang sangat "Ringkas & Mudah".


Oraits. Bahagian² panel di dalam gambar di atas agak 'special'. Setiap panel itu telah diukur dan ditebuk beberapa slot yang khusus untuk bentuk²  dan saiz² 'power tools' yang berlainan. Rambozzi® tidak akan perincikan mengenai tujuan dan fungsi setiap panel di atas ditebuk sebegitu rupa. Panel² di atas adalah untuk bahagian para atau 'shelf' di dalam kabinet ini.

Kesemua slot atau lubang pada panel di atas Rambozzi® tebuk dengan menggunakan:-

1. 'Drill press'
2. 'Mini router/trimmer'
3. 'Jigsaw'
4. 'Cordless drill'


Oraits. Kemudian Rambozzi® gam dan skrukan sahaja bahagian² 'shelf' tadi ke kabinet. Jarak di antara 'shelf' itu juga telah diukur dengan mengambil kira saiz atau ketinggian 'power tools' yang akan diletakkan di atas setiap satunya.

Ok. Siap 2 bahagian utama untuk projek Rambozzi® Bosch® Cabinet ini.


Seterusnya, Rambozzi® potong, gam dan skrukan pula kayu² untuk bahagian belakang dan pintu kabinet. Rambozzi® sengaja memilih 2 keping kayu yang mempunyai warna yang agak kemerahan itu kerana Rambozzi® bercadang hendak menggunakan konsep 'Bara Rambozzi®' di dalam projek ini. Cadangnyalah... Kan...


Sekarang, tibalah masalah pertama untuk projek ini! Panel untuk bahagian pintu kabinet ini tidak sama saiznya dengan kabinet yang siap dibina tadi! Hahahahahaha! Aduh.......

Sebenarnya, Rambozzi® telah merancang dengan teliti sebelum memulakan projek ini. Rambozzi® juga telah membuat lakaran menggunakan 'SketchUp'! Tapi, disebabkan beberapa faktor, dan kecuaian Rambozzi® sendiri, projek ini telah "lari jauh" dari perancangan asal Rambozzi®.

Oraits. Jom kita buat sedikit 'post-mortem' ya heh heh heh heh...


Oraits. 'SketchUp' di atas adalah 'idea' asal Rambozzi® untuk projek ini. 2 bahagian kayu yang bertanda anak panah merah di dalam gambar di atas menunjukkan kepada saiz dan cara sebenar bahagian itu perlu digam dan diskrukan.


Tetapi, untuk menutup 'end grain' yang kelihatan, maka Rambozzi® dengan yakinnya memotong kayu² untuk bahagian yang bertanda anak panah merah di dalam gambar di atas lebih panjang dari 'plan' asal. Dan bahagian itu pula diskrukan ke bahagian atas, bukan di bahagian dalam seperti kayu² yang berwarna biru itu. Maka, keadaan itu sudah cukup untuk merosakkan perancangan asal Rambozzi®! Bahagian pintu itu tidak akan sama saiz dengan kabinet itu! Yeah!!!



Tiada pilihan, Rambozzi® akan skrukan bahagian pintu itu di tengah² kabinet. Dan akan kelihatan bahagian atas dan bawah kabinet yang tidak ditutupi dengan pintu itu. Hmmmm... Boleh laa... Nasib baik untuk Rambozzi® sendiri. Kalau untuk pelanggan, memang Rambozzi® sendiri yang 'reject' projek ni! Hahahahahaha!

Tak mengapa. Ia tidaklah seteruk mana. Ia masih boleh dipasang dengan kemas dan tidak nampak sangat "cela"nya nanti heh heh heh heh... Rambozzi® perlu sentiasa positif dan tidak akan menyerah kalah. Rambozzi® perlu bersedia menghadapi kemungkinan kegagalan atau kecuaian seperti ini. Dan Rambozzi® perlu cepat berfikir dan mencari cara² atau 'idea'² yang bernas untuk menangani permasalahan seperti ini. Mengalah bukanlah satu pilihan bagi Rambozzi®...



Oraits. Maka siaplah 2 bahagian utama untuk projek Rambozzi® Bosch® Cabinet ini.

Ok. Asalnya, Rambozzi® memang bercadang nak gantung kabinet ini ke dinding, dengan 1 daripada 2 bahagian di atas akan berfungsi sebagai pintu. Tapi, bila siap sahaja 2 bahagian di atas, kabinet ini menjadi terlalu berat. Itu belum dimasukkan sebarang 'power tools' lagi tu...

Sekali lagi, Rambozzi® terpaksa ubah 'plan'. Rambozzi® Bosch® Cabinet tidak akan digantung ke dinding.

"Rambozzi® sentiasa merancang dengan teliti untuk setiap projek 'woodworking' yang akan Rambozzi® buat. Tetapi memang Rambozzi® tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Kalau tak banyak pun pasti ada sedikit kecuaian Rambozzi®. Tapi itu bukan alasan untuk Rambozzi® menyerah kalah. Sebaliknya Rambozzi® akan terus berusaha untuk memperbaiki setiap kesilapan yang Rambozzi® lakukan. Dan Rambozzi® belajar dari kesilapan Rambozzi®..."

Oraits. Seterusnya Rambozzi® akan 'sanding' sehingga halus dan kemas keseluruhan kabinet ini. Rambozzi® Bosch Cabinet ini tidak akan dicat dengan sebarang kemasan. Hanya akan dicat sedikit warna merah di beberapa bahagian sahaja untuk mendapatkan atau mengekalkan konsep 'Bara Rambozzi®' itu.


Dan projek ini siap sepenuhnya!


Warna merah itu adalah cat minyak yang disapu sebanyak 3 lapisan. Lapisan pertama adalah cat 'undercoat' dan diikuti 2 lapisan cat minyak berwarna merah. Setiap lapisan cat diselangi dengan 'sanding' menggunakan kertas pasir grit 400.

Sebenarnya, Rambozzi® tidak bercadang pun untuk mengecat warna merah itu dengan cat minyak. Tetapi, warna kayu yang agak kemerahan tadi, tidak cukup merah bagi Rambozzi®. Tidak cukup "bara" heh heh heh heh. Sebab itu Rambozzi® terpaksa juga mengecatnya untuk mendapatkan konsep 'Bara Rambozzi®' itu.


Oraits. Nyaris terlupa pula Rambozzi®. Rambozzi® skrukan juga beberapa 'furniture fittings' ke kabinet ini seperti engsel, 'bag clip' dan juga 'furniture glides'.


Satu hasil kerja yang sangat Ringkas & Mudah".


Dan "sangat Rambozzi®"...


Setiap 'power tools' diletakkan ke tempatnya dengan kemas dan teratur.


Ini adalah "nyawa" dan "hidup" Rambozzi®. Ini adalah "dunia" Rambozzi®. Ini adalah "cinta" Rambozzi®.


Dan, di dalam gambar di atas, dapat dilihat Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional. Ya! Akhirnya Rambozzi® berjaya juga memiliki sebuah 'table saw'! Oh! Jangan ditanya bagaimana perasaan Rambozzi® ketika ini... Jangan ditanya betapa "terharunya" Rambozzi® ketika ini...



Oraits. Rambozzi® tidak akan menulis mengenai Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional itu di dalam 'entry' ini. Rambozzi® akan cuba memberikan sedikit 'review' mengenainya di dalam 'entry' yang akan datang.

Oraits. Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional itu menambah satu lagi koleksi 'power tools' dari jenama Bosch® kegemaran Rambozzi®. Di bawah adalah senarai 'power tools' dari jenama Bosch® yang Rambozzi® miliki. Rambozzi® akan hanya senaraikan nama modelnya sahaja. Rambozzi® tidak akan nyatakan harganya di sini. Sebab, lain 'hardware' lain harganya. Lain pembeli, lain pula harga 'special'nya...

1. Bosch® Impact Drill GSB 10 RE
2. Bosch® Cordless Lithium-Ion Screwdriver IXO 3.6V
3. Bosch® Slide Miter Saw GCM 800 S
4. Bosch® Mini Router/Trimmer GMR 1
5. Bosch® Cordless Drill GSR 1440-Li
6. Bosch® Planer GH010-82
7. Bosch® Orbital Sander GSS 230
8. Bosch® Jigsaw GST 25 M
9. Bosch® Cordless Circular Saw GKS10.8V-Li Solo & Bosch® Starter Kit 10.8 V
10. Bosch® Cordless Drill/Driver Lightseries GSR1080-2-LI
11. Bosch® Orbital Sander GEX 125-1 AE Professional
12. Bosch® Line and Point Laser GLL1P Professional
13. Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional

Senarai di atas adalah "di antara" beberapa 'power tools' dari jenama Bosch® yang telah Rambozzi® miliki. Pembaca yang sentiasa melawat dan membaca blog Rambozzi® ini akan tahu bahawa, Rambozzi® tidak akan berhenti membeli 'power tools' setakat ini sahaja. Ia masih belum cukup bagi Rambozzi®. Dan memang masih ada beberapa 'power tools' lagi yang Rambozzi® "nak miliki" - walaupun ada di antaranya yang bukan dari jenama Bosch®.

Rambozzi® bukan tamak 'power tools'. Rambozzi® hanya "gila" 'power tools' dan "woodworking" sahaja. Heh heh heh heh...



Selepas selesai membantu Boboy tempoh hari (sila baca di dalam 'entry' Kaunter Mudahalih Sazli), maka tiba²!, Rambozzi® menjadi semakin bersemangat untuk menjadi 'woodworker' ini! Hahahaha! Aduh... Sebenarnya Rambozzi® kekeringan 'idea' untuk menulis sekarang ini kerana terlalu banyak hal yang bermain di fikiran Rambozzi®. Terlalu banyak yang Rambozzi® fikirkan terutamanya Boboy. Boboy adalah sahabat Rambozzi® yang banyak memberikan kata² semangat dan juga 'idea'² yang bernas untuk kerja² Rambozzi® ini. Aduh apa pasal tulis pasal Boboy pulak nie....

Oraits! Sebenarnya Sazli menempah rak ini serentak dengan Kaunter Mudahalih Sazli. Rak ini tidak susah untuk dibuat, tetapi untuk projek ini Rambozzi® akan kongsikan beberapa teknik menggunakan 'mini router/trimmer', yang semestinya boleh mengundang risiko kemalangan kerja yang serius. Rambozzi® akan fokuskan kepada penggunaan 'mini router/trimmer' dan beberapa jenis 'router bit' yang digunakan di dalam projek ini.

Jadi, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Display Rack Sazli.


Oraits. Rambozzi® mulakan dengan memotong kayu² 1x2 di atas kepada saiz² yang diperlukan. Kemudian, kayu² itu ditebuk pula lubang² 'pocket hole' untuk proses pemasangan nanti.


Kayu² di atas adalah untuk bahagian para atau 'shelf' di dalam rak ini. Rambozzi® 'route'kan bucunya sedikit bulat dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'roundover router bit'.

Ok. Itu adalah 'router bit' yang pertama yang Rambozzi® gunakan di dalam projek ini. Ingat ye, 'roundover router bit'.


Kemudian Rambozzi® gam dan skrukan sahaja kayu² tadi menjadi sebuah 'frame' seperti di dalam gambar di atas.


Sekarang Rambozzi® akan gam dan skrukan pula kayu² untuk bahagian 'shelf' tadi. Untuk memastikan 'shelf' itu dipasangkan ke 'frame' dengan jarak yang sama, Rambozzi® ukur dan dapatkan jarak yang sesuai dahulu. Kemudian Rambozzi® potong 2 batang kayu terbuang (lihat anak panah berwarna merah di dalam gambar di atas) untuk dijadikan 'spacer'. 'Spacer' itu akan memastikan kayu² untuk bahagian 'shelf' dipasang sama jaraknya di antara satu sama lain.


Dan itulah hasilnya setelah kesemua 'shelf' dipasangkan ke 'frame'. Sekeping 'plywood' akan ditampalkan di bahagian belakang 'frame' itu.


Oraits. Rak ini mempunyai pintu yang akan dipasangkan plastik 'acrylic' sebagai cerminnya. Rambozzi® tidak akan tampal plastik 'acrylic' terus ke atas 'frame' pintu itu nanti. Rambozzi® akan tebuk sedikit 'rabbet' pada bahagian dalam 'frame' untuk pintu dengan menggunakan 'mini router/trimmer'. Dan Rambozzi® akan gunakan 'router bit' jenis 'straight router bit'. Ok, itu adalah jenis 'router bit' kedua di dalam projek ini - 'straight router bit'.

Memandangkan Rambozzi® ini masih amatur dan tidak mahir dengan teknik ini, maka Rambozzi® akan tebuk 'rabbet' pada kayu² yang belum dicantumkan menjadi 'frame'. Maksudnya, Rambozzi® akan tebuk 'rabbet' pada kayu, dan baru cantumkan menjadi 'frame'. Kalau mengikut teknik yang betul, 'rabbet' akan ditebuk selepas 'frame' itu siap dipasang, kot...

"Apa yang Rambozzi® tuliskan di sini hanyalah mengikut pembacaan dan pemahaman Rambozzi® sahaja. Istilah² yang digunakan adalah tidak dijamin tepat penggunaannya. Sebarang kekeliruan atau salahtafsiran atau "ajaran sesat" yang bakal timbul adalah di bawah tanggungan pembaca blog ini sendiri. Rambozzi® tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan diadukan kepada pihak polis sekiranya terjadi sebarang masalah tersebut. Peace! Heh heh heh heh..."

Oraits! Anak panah merah di dalam gambar di atas menunjukkan kepada aksesori 'mini router/trimmer' milik Rambozzi® yang dipanggil 'roller guide'. Sungguh Rambozzi® sendiri pun tidak pasti sama ada itu adalah nama yang tepat untuk aksesori itu heh heh heh heh...


'Roller guide' itu (anak panah berwarna merah) akan membantu Rambozzi® mendapatkan jarak yang Rambozzi® perlukan untuk menebuk 'rabbet' pada kayu nanti. 'Straight router bit' itu pula (anak panah berwarna oren) Rambozzi® setkan kedalamannya supaya sesuai dengan ketebalan plastik 'acrylic' yang akan digunakan nanti. Oraits! Wah! Susahnya nak terangkan! Hahahahahahaha!


Dan Rambozzi® tebuk 'rabbet' pada kayu² di atas. Kayu² di atas akan digam dan diskrukan menjadi sebuah 'frame', nanti.

Sekarang, kita ke proses seterusnya, masih lagi dengan menggunakan 'mini router/trimmer', dengan jenis 'router bit' yang berlainan pula.


Oraits. Sekarang Rambozzi® pasangkan pula 'roman ogee router bit' ke 'mini router/trimmer' di atas. Ok. Itu adalah 'router bit' ketiga untuk projek kali ini - 'roman ogee router bit'.


Untuk menebuk 'profile' pada kayu dengan menggunakan 'router bit' jenis 'roman ogee router bit' ini - hasil dari kajian dan pembacaan Rambozzi® - kita perlu menebuk beberapa peringkat atau 'step' atau 'passes' pada kayu sebelum mendapat hasil yang diinginkan. Ok, macam nie.. Lihat 'roman ogee router bit' di dalam gambar di atas. Ia telah diturunkan sedikit, dengan hanya sedikit sahaja yang kelihatan. Tujuannya adalah supaya kita boleh menebuk 'profile' pada kayu sedikit demi sedikit. Ini melibatkan faktor keselamatan dan untuk menjaga kayu yang ditebuk. Ia perlu ditebuk sedikit demi sedikit, secara berperingkat sehingga mendapat bentuk 'profile' itu.

Sekarang, Rambozzi® akan tebuk 'step' yang pertama.


Dan itulah hasilnya. Hanya sedikit sahaja yang ditebuk.


Kemudian, Rambozzi® naikkan sedikit 'roman ogee router bit' tadi pada 'mini router/trimmer'. Ini adalah peringkat kedua atau 'passes' yang berikutnya.


Itulah hasilnya. Lebih dalam daripada 'step' yang pertama tadi.


Dan Rambozzi® naikkan lagi 'roman ogee router bit' pada 'mini router/trimmer' untuk peringkat atau 'passes' yang terakhir.


Dan Rambozzi® mendapat bentuk 'profile' yang mengikut bentuk 'roman ogee router bit'.

Oraits. Operasi² di atas perlu dilakukan secara berperingkat kerana beban yang akan ditanggung oleh mesin ini adalah terlalu berat dan sangat berbahaya jika dilakukan secara terus dengan hanya satu 'passes' sahaja. Kayu² itu ditebuk atau dibuang sedikit demi sedikit sehingga mendapat bentuk yang diinginkan.

Ini adalah untuk 'router' jenis 'mini router/trimmer' atau dipanggil 'palm router' sahaja. Untuk 'router' yang sebenar (bukan jenis 'mini') lain pula panduan penggunaannya. Ok. Semua itu hanyalah mengikut pembacaan dan pemahaman Rambozzi® sahaja. Lebih baik kalau dibaca sendiri panduannya yang mudah didapati di laman² web 'woodworking' yang lain.


Oraits. Kemudian barulah kayu² itu digam dan diskrukan menjadi 'frame' seperti di dalam gambar di atas. Fuuhhh!!!!


Tetapi, Rambozzi® terlupa bahawa kayu² itu akan dicantumkan dengan menggunakan "Jurus Keramat Rambozzi®" iaitu 'pocket hole joinery technique'! Maka skru yang diskrukan menerusi lubang 'pocket hole' akan kelihatan kerana bentuk 'profile' tadi! Hahahahahahahahaha! Wau seronoknya! Yeee haaaa! Hahahahahaha. Aduh.....

Rambozzi® pun tak tahu nak buat macam mana dah nie. Rasa macam nak tampal 'wood filler' tapi rasanya akan comot dan kelihatan lebih teruk nanti. Hmmmm... Biar je la dulu, pikir kemudian je la hahahahaha.....


Oraits. Siap 2 bahagian utama untuk projek Display Rack Sazli ini.


Seterusnya, Rambozzi® akan potong plastik 'acrylic' mengikut saiz 'rabbet' pada 'frame' pintu tadi.


Dan memang kita boleh dapat saiz plastik 'acrylic' yang tepat dengan saiz 'rabbet' pada 'frame'.


Seterusnya, Rambozzi® pasangkan engsel pada rak ini. Maaf, Rambozzi® masih memasang engsel itu dengan cara yang salah heh heh heh heh... Baru² ini Rambozzi® telah ditegur di komuniti kerana teknik pemasangan engsel yang salah. Rambozzi® akui memang cara di atas adalah salah dari segi teknik yang betul. Hehehehehehehe. Bro, Rambozzi® nie amatur lagi, bro!


Di bahagian dalam rak pula Rambozzi® pasangkan 2 biji 'magnetic catch'.


Dan di bahagian belakang rak ini Rambozzi® skrukan 2 biji penyangkut. Dan projek ini siap sepenuhnya!


Projek yang sangat ringkas dan mudah. Projek yang sangat Rambozzi®!


Rambozzi® suka dengan Display Rack Sazli ini. Sangat ringkas tetapi dalam masa yang sama "sangat cantik di mata Rambozzi®".


Rambozzi® rasa, gabungan di antara kayu 'pine' yang berwarna cerah dengan 'plywood' yang berwarna gelap agak menarik. Hmmm... Ya! Rambozzi® suka gabungan kedua 'material' ini.


Rambozzi® harap, Sazli akan suka dan berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi® ini. Rambozzi® harap Display Rack Sazli ini bersesuaian dengan keperluan Sazli.

Projek ini mengajar Rambozzi® beberapa perkara mengenai saiz² kayu dan saiz 'router bit' yang Rambozzi® gunakan di dalam setiap kerja² 'woodworking' Rambozzi®. Rambozzi® akui, Rambozzi® masih terlalu amatur di dalam bidang ini. Rambozzi® sebagai 'admin' di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia telah disalahanggap sebagai seorang pakar di dalam bidang ini. Rasanya, ramai yang tak pernah membaca blog Rambozzi® ini. Jika mereka pernah membaca blog Rambozzi® ini, mereka akan tahu setakat mana kemahiran dan kemampuan Rambozzi®. Masih terlalu banyak yang perlu Rambozzi® pelajari dan dalami. Sesiapa yang pernah membaca blog Rambozzi® ini akan tahu, Rambozzi® bekerja dengan cara Rambozzi®. Dan Rambozzi® adalah Rambozzi®! Yeah! Heh heh heh heh...


Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ▼  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ▼  March 2015 (7)
      • - Rambozzi® Bosch® Cabinet
      • - Display Rack Sazli
      • - Kaunter Mudahalih Sazli
      • - Rak Telur Aleiya
      • - Kotak Novel Atikah
      • - Bara Rambozzi® Pt.II - Bara Side Table
      • - Holobox Din Pt.II
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes