- Table, Chairs, Fatiha & Fatima


"Hati" Rambozzi® ini sebenarnya sangat "penuh" dengan "cinta", "kasih" dan "sayang". "Hati" Rambozzi® ini juga sebenarnya sangat halus, mudah terguris dan sangat sensitif... Sedikit gurisan memang akan membuatkan "hati" Rambozzi® ini terluka dan menangis. Hamboih! Sampai macam tu sekali! Heh heh heh heh...


Melihat keadaan Fatiha & Fatima yang bermain di Samurai Arm Rest milik Rambozzi®, duduk pula di atas sebuah baldi kecil, cukup mengguris "hati" Rambozzi®Samurai Arm Rest itu adalah kesayangan Rambozzi®! Memang Rambozzi® gunakannya setiap kali menonton TV, untuk diletakkan kaki Rambozzi® heh heh heh. Tapi, bila "disalahgunakan" oleh Fatiha & FatimaRambozzi® rasa, Rambozzi® kena "selesaikan" permasalahan ini!


OraitsRambozzi® rasa, Rambozzi® sudah mendapat ilham yang sesuai untuk Fatiha & Fatima nie. Rambozzi® nak buatkan satu set meja dan kerusi untuk mereka. Jadi, tanpa membuang masa lagi - dengan tidak ingin mengizinkan airmata Rambozzi® mengalir lagi, dengan "sepenuh rasa kasih, sayang dan cinta" Rambozzi® - jom mulakan 'woodworking' kali ini - Table, Chairs, Fatiha & Fatima.


OraitsRambozzi® mulakan dengan memotong kayu² untuk dibuat mejanya dahulu. Kayu² di atas telah dipotong kepada saiz yang Rambozzi® rasakan sesuai untuk dijadikan sebuah meja kecil.


Seperti biasa, Rambozzi® pastinya akan menggunakan "teknik keramat" Rambozzi® - apa lagi kalau bukan 'pocket hole joinery technique'! Heh heh heh heh...


Sebelum kayu² itu digam dan dicantumkan antara satu sama lain, Rambozzi® 'route'kan sedikit sisinya dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'roundover router bit'.


Seterusnya hanyalah proses mencantumkan kayu ke kayu yang sangat ringkas. Rambozzi® gunakan gam kayu dan juga skru dan cantumkan kayu² di atas untuk dijadikan 'table top'.


Rambozzi® potong pula kayu untuk diskrukan ke sekeliling kayu² yang telah dicantumkan tadi, tapi kali ini Rambozzi® potong pada 'miter' 45° pula. Kayu² itu akan menjadi seperti 'frame' bila siap dicantumkan nanti.


Ok. Siap bahagian pertama untuk projek ini iaitu bahagian 'table top'. 'Table top' seperti ini sebenarnya sangat ringkas dan sangat mudah. Yang perlu dijaga hanyalah ketepatan dan kekemasan sahaja.


Rambozzi® potong 8 batang lagi kayu untuk dijadikan kaki meja ini. Kayu² di atas Rambozzi® gam dan skrukan menjadi 4 kaki meja. Ya. Tidak ada sebarang teknik atau 'design' yang 'complex' pun. Rambozzi® masih "setia" dengan cara Rambozzi® - Pertukangan Kayu Ringkas dan MudahRambozzi® juga tebuk lubang² 'pocket hole' siap² untuk memudahkan kaki² itu diskrukan ke 'table top' nanti.


Dan Rambozzi® gam dan skrukan kaki² itu ke tempatnya.


Kemudian, Rambozzi® potong pula kayu² untuk dijadikan 'apron' kepada meja ini. Kayu itu juga hanya digam dan diskrukan terus ke bahagian bawah 'table top' ini.


Dan siap proses memasang kaki ke meja ini. Sangat ringkas. Sangat mudah. Sangat Rambozzi®.


Di bahagian bawah meja ini, Rambozzi® bercadang nak letakkan satu para supaya Fatiha & Fatima boleh meletakkan buku atau mainan mereka di situ. Sebab, kadang² Fatiha akan menggunakan Samurai Arm Rest milik Rambozzi® sebagai "gerai" atau "warung" untuk beliau menjalankan aktiviti perniagaan beliau heh heh heh heh. Dan Fatiha akan menyediakan "menu" yang dipesan oleh pelanggan setianya iaitu Fatima.

Jadi, Rambozzi® rasa, baik Rambozzi® tambahkan satu ruangan simpanan atau para di bawah meja ini untuk kegunaan Fatiha & FatimaRambozzi® tentukan ketinggian yang sesuai dan akan tambahkan para itu. Dengan menggunakan Rambozzi® RamboRulezz®Rambozzi® boleh tetapkan jarak yang sama untuk setiap kayu yang hendak dipasang nanti.


Kayu² untuk bahagian alas atau para itu Rambozzi® hanya gamkan sahaja dengan menggunakan 'super glue'. Tidak ada sebarang skru yang digunakan.


Dan siaplah meja Fatiha & Fatima ini.

Tapi, bucu² meja yang tajam itu nampak agak membahayakan kepada Fatiha & FatimaRambozzi® akan cuba bulatkan sedikit kesemua bucu meja ini dengan menggunakan satu teknik yang sudah agak lama Rambozzi® tahu, tapi tidak berkesempatan untuk mencubanya kerana kekurangan peralatan.


Sebenarnya, bukan satu peralatan pun hehehehe. Yang Rambozzi® perlukan hanyalah sesuatu yang bulat, agak tebal dan boleh diskrukan seperti di dalam gambar di atas. Rambozzi® pun tak tahu ape kebende bende tu, bro! Hahahahaha! Tapi, Rambozzi® rasakan ia sesuai untuk dijadikan sebagai 'guide' untuk memudahkan Rambozzi® me'route' bucu² meja ini nanti.

Rambozzi® hanya skrukan sahaja bulatan itu ke hujung bucu meja, dari bahagian bawah.


Dan Rambozzi® akan 'trim' bucu² meja itu dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'flush trim router bit'. "Bearing' pada 'router bit' perlulah dipastikan "mencecah" permukaan bulatan tadi supaya mata 'router bit' dapat memotong lebihan kayu yang hendak dibuang. Hmmm... Boleh tahan juga penerangan Rambozzi® kali ini kan? Kan... Bagus Rambozzi®! Teruskan "woodworking" ini!


Oraits. Siaplah meja Fatiha & Fatima ini. Itulah hasilnya selepas bucu² meja yang tajam tadi, dibulatkan.

Seterusnya, Rambozzi® akan buat 2 buah kerusi atau 'stool' pula untuk mereka berdua. Jadi, tanpa membuang masa lagi - dengan penuh senyuman di "bibir" dan "hati" Rambozzi®  - jom sudahkan 'woodworking' kali ini - Table, Chairs, Fatiha & Fatima. Heh heh heh heh.....



Oraits. Kerusi kecil atau 'stool' ini hanya melibatkan 5 proses yang ringkas sahaja.

Pertama, ukur dan potong kayu kepada saiz² yang sesuai seperti di dalam gambar di atas.

Kedua, gam dan skrukan kayu² itu sehingga membentuk binaan di atas. Tidak kisahlah sama ada menggunakan teknik 'pocket hole' atau diskrukan terus dari atas kayu.


Ketiga, Rambozzi® gam dan skrukan pula 2 batang lagi kayu ke binaan tadi seperti di dalam gambar di atas.


Keempat, Rambozzi® gam dan skrukan pula ke satu lagi binaan kayu tadi.


Dan kelima, Rambozzi® gam dan skrukan 2 batang lagi kayu seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas (anak panah berwarna kuning). Dan siap! Sangat ringkas dan mudah kan? Cuma, Rambozzi® rasa, kayu yang bertanda anak panah kuning itu sepatutnya lebih panjang dan menutupi kayu² yang bertanda merah itu. Supaya tidak kelihatan 'end grain'nya... Hmmm... Tapi tak apa. Ini pun sudah agak OK dan "sangat cantik di mata Rambozzi®".


Siap projek Table, Chairs, Fatiha & Fatima ini.


Projek ini sangat ringkas dan mudah. Rambozzi® tidak akan cat meja dan kerusi ini. Ermmm... Ntah. Rambozzi® tak pasti lagi hehehehehe...

Rambozzi® siapkan  projek ini dalam masa tidak sampai setengah hari. Rambozzi® sangat yakin, pasti ada 'woodworker' yang boleh membuat projek ini dalam masa tidak sampai 3 atau 4 jam! 


Dan itulah hasilnya! Ini adalah satu "kejayaan peribadi" Rambozzi®!!!


Ini adalah 'priceless'!


Ini adalah "hidup" Rambozzi®. Jap, jap, bro. Rambozzi® nak lap airmata Rambozzi® nie jap. "Hati" Rambozzi® nie kan sangat "sensitif".....?

Oraits. Projek Table, Chairs, Fatiha & Fatima ini bukan sekadar projek 'woodworking' semata. Projek ini adalah tanda "cinta", "kasih" dan "sayang" Rambozzi®. Di dalam "hati" Rambozzi® ini ada terlalu banyak "cinta". "Kasih" dan "sayang" Rambozzi® ini adalah "sesuci embun pagi". Tangan Rambozzi® ini mungkin membuat kerja² 'woodworking' yang kelihatan kasar. Tapi, dalam hati Rambozzi® ini juga ada "taman" seperti "lelaki² yang kelihatan gagah perkasa" yang lain. Rambozzi® rasa, dalam hati Rambozzi® ini bukan sahaja ada "taman", tetapi juga kebun buah-buahan tempatan seperti rambutan, durian, cempedak, manggis, langsat, duku dan dokong.

Cintai dan sayangilah Rambozzi® ini seadanya. Dan orang² yang menyintai dan menyayangi Rambozzi® ini akan turut sama merasai kemanisan buah-buahan tempatan di kebun Rambozzi® itu. Hahahahahaha... aduh sakit perut aku...


8 Comments

  1. Good job..

    Tomey anak² Rambozzi..

    R.Y

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak² R.Y.
      Ye. Tomey hehehehehe

      Delete
    2. Nk Request 1 permintaan boleh tak, bole tk klau Rambozzi review atau beli sesuatu Tools baru tu, bagi tau sekali apa function tools tu & contoh final hasil bila guna tools tu,

      Tgk byk tools yg Rambozzi publish kt blog ni tp org newbie ni blurr tk tau apa function dia & mcm mana hasil dia.. (byk songeh plak..sorry ya.. huhuhuhuu)

      R.Y

      Delete
    3. Dulu mmg Rambozzi ada jugak review skit² pasal power tools nie..
      Tapi takut jugak sbb mmg Rambozzi nie bukan pakarnya. Takut terbagi ajaran sesat je heh heh heh.
      Hmmm... Tengok la mcm mana.. Memang ada beberapa power tools yg Rambozzi dah beli tapi tak pernah review lagi.. Tengok nnt mcm mana...

      Delete
  2. Rambozzi amik tempahan ke ni? Kalau nak tmpah box Utk buat Dulang Hantaran boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang Rambozzi ambil tempahan. Boleh hubungi Rambozzi di 016-952 7489. Terima kasih.

      Delete
    2. cadang supaya abg Rambozzi organise basic woodworking workshop, satu hari ke atau dua hari workshop. Boleh perkenalkan basic tools and basic techniques in woodworking kepada kami yang beginner ni... hehe

      ok tak cadangan nie?

      Delete
    3. Memang cadangan nie ada dalam perancangan Rambozzi untuk komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia, TWIN57. Cuma tunggu ruang, peluang dan masa je. Cadangan ni mmg sangat OK. Harap boleh beri sedikit masa kpd Rambozzi.

      Apa² pun terima kasih atas cadangan ini. Terima kasih atas sokongan. Terima kasih kerana sudi melawat blog Rambozzi ini.

      Delete