- DREMEL® Versaflame™ 2200


Ok. DREMEL® Versaflame™ 2200 ini adalah 'tools' terbaru yang Rambozzi® beli, hujung tahun lepas. 'Tools' ini juga yang Rambozzi® gunakan di dalam projek Rak Telur Lily dan Mobile Phone Holder LilyDREMEL® Versaflame™ 2200 ini adalah produk buatan U.S, kalau tidak silap Rambozzi®.

Dulu..... Cukup susah nak cari produk DREMEL® ini di Malaysia. Tapi sekarang, produk ini dah semakin "bersepah²" pulak. Rambozzi® harap, tahun 2015 ini akan ada lebih banyak lagi produk² seperti ini yang dibawa masuk ke Malaysia. Ada terlalu banyak lagi produk buatan U.S atau negara lain seperti Jerman yang sangat berguna untuk kerja ² 'woodworking' ini, yang Rambozzi® harapkan akan ada di Malaysia!


Ok. DREMEL® Versaflame™ 2200 ini datang di dalam kotak kertas dengan 'packaging' yang agak menarik.


Di dalamnya ada satu kotak aluminium (rasanya la kan heh heh heh heh...) sebagai 'storage' untuk 'tools' ini dan juga aksesori²nya. Kotak yang sangat menarik 'design'nya! Tahniah DREMEL®Rambozzi® ucapkan tahniah kerana Rambozzi® pernah beli satu produk DREMEL® beberapa tahun yang lepas dan memang tak menarik langsung la 'packaging'nya! Macam apa je... Macam apa je... Kan...


Di dalam kotak ini mengandungi:-

- DREMEL® Versaflame
- Catalyst
- Soldering tip
- Flame extension piece
- Deflector
- Soldering tip with blue cap
- Soldering sponge + sponge box (bukan Spongebob tau hahahahaha)
- Instruction manual

Dan ya, Rambozzi® 'copy-paste' je semua tu dari laman web dorang hahahahaha...


Ok. DREMEL® Versaflame™ 2200 ini mempunyai tapaknya. Jadi, ia boleh didirikan dan kita boleh menggunakannya secara 'free-hand'. Dorang yang cakap macam tu, bukan Rambozzi® ok hehehehe...


Gambar di atas menunjukkan api yang keluar dari 'tools' ini. Api itu boleh dikawal atau diubah dia punya apa ye...aduh... Tapi memang ada satu butang di belakangnya yang boleh digunakan untuk melaraskan api itu mengikut keperluan kita. Dan ya! DREMEL® Versaflame™ 2200 ini juga mempunyai ciri² keselamatan yang agak memuaskan - dengan butang khas untuk mengelakkan ia digunakan oleh kanak² sebagai permainan.


Ok. Gambar di atas menunjukkan api itu telah dilaraskan menjadi lebih "panjang". Ntah Rambozzi® tak pasti istilah yang sesuai untuk api itu. Hahaha...


Ok. Aksesori² di dalam gambar di atas adalah untuk tujuan 'soldering' atau pateri.


Hanya pasangkan aksesori² itu ke 'body'nya dan ketatkan dengan menggunakan 'mini wrench' yang tersedia bersama² dengan produk ini. Rambozzi® tidak akan perincikan lagi mengenai fungsi 'soldering' produk ini. Sila ke laman web rasmi mereka atau boleh juga lihat di Youtube. Lagi banyak Rambozzi® cuba terangkan lagi teruk bunyinya nanti heh heh heh heh...


Dan gambar di atas pula adalah aksesori² untuk tujuan 'shrinking' atau untuk melayur kalau tak silap Rambozzi®. Hmmm... Rambozzi® kena belajar lebih banyak bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Belajar sahaja juga tak cukup, Rambozzi® kena belajar menterjemahnya ke bahasa yang sesuai dengan adat dan budaya kita di Malaysia ini. Awas! Jangan selalu amalkan guna Google Translate. Anda akan menyesal bila melihat "keindahan" terjemahannya nanti hahahahaha!


Ok. Ini tujuan utama Rambozzi® beli DREMEL® Versaflame™ 2200 ini. Rambozzi® nak gunakannya untuk kerja² 'woodburning'. Untuk tujuan 'demo' ini Rambozzi® hanya akan gunakan kayu² terbuang sahaja.


Terus-terang Rambozzi® katakan di sini, Rambozzi® memang tidak tahu langsung mengenai teknik atau seni untuk 'woodburning' ini. Setakat mana kayu itu harus dibakar memang di luar pengetahuan dan kemahiran Rambozzi®. Gambar di atas menunjukkan kayu itu akan hangus jika dibakar terlalu lama.


Jadi, Rambozzi® cuba bakar secara "sederhana" sahaja agar tidak menghanguskannya. Cara atau teknik yang Rambozzi® gunakan untuk membakar kayu itu adalah seperti apabila kita mengecat menggunakan 'spray' tin. Itu teknik terbaik yang Rambozzi® dapat setakat ini. Dan dengan cara itu, Rambozzi® dapat mengawal tahap "kebakaran" yang disebabkan oleh api itu.


Dapat dilihat dengan jelas di dalam gambar di atas, bahagian kayu yang hangus dan bahagian kayu yang agak cantik hasilnya. Ira kayu itu menyerlah dan itu agak cantik bagi Rambozzi®.


Satu lagi perkara penting yang Rambozzi® pelajari adalah, hasil bakar pada kayu akan lebih menarik jika kita pandai memilih kayu yang memiliki ira yang unik dan cantik seperti di dalam gambar di atas.


Dan memang ia sangat cantik!


Rambozzi® rasa, Rambozzi® cukup suka dengan DREMEL® Versaflame™ 2200. Keseluruhannya, Rambozzi® berpuas hati. Produk yang sangat berguna - cantik pulak tu 'design'nya hahahaha.


Oh! Nyaris terlupa pula Rambozzi®DREMEL® Versaflame™ 2200 ini hanya "dikuasakan" dengan gas butana sahaja. Ala... gas untuk 'refill' 'lighter' tu je... DREMEL® memberi jaminan, jika DREMEL® Versaflame™ 2200 ini diisi penuh dengan gas butana, ia mampu bekerja pada tahap maksimum untuk tempoh sejam! Sekali isi penuh, boleh guna sejam. Ok la tu. Kan... Dan satu tin gas butana 300 ml itu hanya berharga antara RM5.00 ke RM7.00 sahaja - kalau tak silap Rambozzi®. I like! Rambozzi® 'like' produk ini!


0 Comments