- Dulang² Hantaran Salehan



"Berkorban apa saja...
Harta ataupun nyawa...
Itulah kasih mesra...
Sejati dan mulia..."

Selain Awie dan Wings (yeah!), Rambozzi® cukup suka dengan lagu² dendangan P.Ramlee. (Maaf, Rambozzi® tidak gunakan gelaran "Tan Sri" itu kerana gelaran itu hanya datang selepas beliau meninggal dunia. Gelaran dan penghormatan itu sepatutnya diberikan kepada P.Ramlee sewaktu hayatnya. Adakah bila kita sudah tiada, baru kita akan diberi penghormatan, pujian, disayangi dan dikenang?)

Rambozzi® bukan nak bercerita tentang lagu ini. Hmmm... "berkorban apa saja, harta ataupun nyawa" itu Rambozzi® tak percaya sangat heh heh heh heh. Dalam kita nak menghadapi GST nie, siapa yang nak berkorban harta kan? Ini pulak nyawa hahahahaha...

Rambozzi® nak bercerita tentang "sirih jampi" yang diberikan oleh Hang Tuah kepada Tun Teja di dalam filem ini. Hang Tuah meminta Tun Teja memakan "sirih jampi" itu. Supaya Tun Teja lupakan Hang Tuah. Supaya Tun Teja lupa pernah menaruh hati dan perasaan kepada Hang Tuah. Supaya Tun Teja lupakan cinta dan kasihnya kepada Hang Tuah. Apa daaa.. Dah buat Tun Teja tu "angau", paksa suruh lupa pulak kan? Hahahaha... Kasihan Tun Teja... Tapi demi cinta dan kasih, Tun Teja makan juga. Apa daaa...

Rambozzi® pun nak "sirih jampi" itu! Sebab, Rambozzi® nak lupakan satu "kengerian yang menyakitkan" dalam hidup Rambozzi® ini! Mini Router/trimmer!!! Aaarrrggghhh!!! Heh heh heh heh...


Rambozzi® paling takut dengan mesin ini! Cukuplah sekali ia "makan" ibu jari Rambozzi® tak lama dulu. Serik dah Rambozzi®. Sakit. Sangat sakit...

Setiap kali Rambozzi® ingin menggunakan mesin ini, ada satu perasaan fobia yang sangat kritikal , hadir di hati Rambozzi®. Rasa takut, ngeri yang mengembalikan rasa sakit tempoh hari. Macam nie la senang hehehe... Setiap kali Rambozzi® tekan butang ON pada mesin ini, setiap kali itu jugalah Rambozzi® akan rasa sakitnya itu datang kembali heh heh heh heh... Sampai macam tu sekali kan? Sungguh! Mesin ini adalah 'my greatest fear'! Aaarrrggghhh!!! Sakit!!!

Tapi... dalam pada ia sangat berisiko membawa "kecederaan" kepada Rambozzi®, Bosch® Mini Router/Trimmer GMR 1 ini adalah antara 'power tools' yang paling berguna dan paling Rambozzi® "suka" gunakan. Dan untuk projek kali ini juga Rambozzi® akan menggunakannya, lagi. Dan Rambozzi® terpaksa, ya Rambozzi® macam terpaksa pula, memberanikan diri Rambozzi® ini untuk mengoperasikannya. Sebab itu Rambozzi® nak sangat "sirih jampi" itu heh heh heh heh...

Oraits. Dengan hati yang "berat", dengan rasa takut dan sakit yang amat, jom - beranikan diri, kuatkan semangat, tabahkan hati - kita mulakan 'woodworking' kali ini - Dulang² Hantaran Salehan.


Oh! Lupa pulak ye. Ok. Salehan ini adalah "kawan" kepada seorang kenalan Rambozzi®. "Kawan" itu telah mengesyorkan Rambozzi® kepada Salehan. Percaya dengan "kawan" itu, Salehan menghubungi Rambozzi® dan meminta Rambozzi® buatkan 10 biji dulang hantaran kepadanya, dengan 2 'design' yang berlainan. Yakin dengan kemahiran Rambozzi® setakat hari ini, Rambozzi® terima.

Ok. Rambozzi® akan mulakan dengan 'design' yang pertama dahulu. 5 dulang pertama ini adalah sangat ringkas dan mudah. Dan kayu² di atas telah dipotong ke saiz yang diperlukan untuk membuat 5 dulang pertama ini.


OraitsRambozzi® "masih setia dan akan terus setia" dengan "teknik keramat" Rambozzi® ini - 'pocket hole joinery technique'! Kesemua kayu di atas telah ditebuk lubang² 'pocket hole' untuk proses pemasangan nanti.


Proses pemasangan yang sangat asas, ringkas dan mudah. Hanya gam dan skrukan sahaja. Setakat ini tiada masalah. Proses di atas adalah sangat mudah. Rambozzi® cuba kekalkan cara Rambozzi® iaitu "Pertukangan Kayu Ringkas & Mudah". Tapi tunggu! Sekejap je lagi akan tiba "susahnya" heh heh heh heh... Dan bila ia tiba, ia akan bertukar menjadi "Pertukangan Kayu Ringkas & Mudah, kadang² susah jugak!" heh heh heh heh... Rambozzi® gelak bila Rambozzi® nak gelak. Rambozzi® nangis bila Rambozzi® nak nangis.


Oraits. Itulah rupanya apabila siap dicantumkan.


Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah, sesiku binaan di atas perlu dipastikan tepat. Ingat. Kalau kita nak dapatkan sesuatu yang "cantik" kita kena pastikan sesikunya sentiasa tepat. Kalau lari sikit tu takpe la. "Jangan lari jauh" sangat, "tak terkejar" nanti hehehehe...


Dari binaan kotak di atas, Rambozzi® boleh dapatkan jarak yang sangat tepat untuk diukur ke kayu untuk dijadikan bahagian alasnya pula. Untuk mendapatkan ukuran itu, memang Rambozzi® tidak gunakan sebarang 'measuring tape'. Hanya letakkan kayu yang hendak dipotong ke bahagian hujung kotak (lihat gambar di atas) dan tandakan jarak yang dikehendaki. Dan potong kayu² untuk dijadikan alasnya.


Rambozzi® tebuk pula lubang² 'pocket hole' pada kayu² di atas.


Dan Rambozzi® gam dan skrukan kayu² itu ke bahagian dalam kotak tadi. Rambozzi® letakkan kayu² yang sama saiznya di antara kayu² alas itu sebagai 'spacer' supaya jaraknya sama dan sekata. Dan Rambozzi® 'center'kan kayu² itu secara 'manual' sahaja. Guna mata je, bro. Agak² nampak 'center' je dan itu adalah OK. Heh heh heh heh...


Dan pada ketika inilah masalah itu datang! Rambozzi® betul² terlupa nak tebuk bahagian pemegang pada dulang² ini! Aduh! Haiya! Hahahahahaha! Sepatutnya Rambozzi® tebuk dahulu bahagian pemegangnya sebelum kayu² itu dicantumkan menjadi bentuk kotak! Disebabkan Rambozzi® menggunakan gam kayu dan skru, sebarang percubaang untuk membetulkang keadaang itu boleh menjahanangkang projek ini. Heh heh heh heh tetiba cakap Terengganu pulak hahahaha!

Jadi, nak tak nak, suka tak suka, Rambozzi® "terpaksa" menebuknya dengan cara yang agak susah dan tidak sepatutnyalah.

OraitsRambozzi® tebuk dahulu 2 lubang dengan menggunakan 'forstner drill bit' (lihat gambar di atas). Kayu yang di'clamp'kan di bahagian bawah kayu yang hendak ditebuk itu (lihat anak panah berwarna merah) bertujuan untuk mengelakkan kayu itu pecah² apabila mata 'forstner drill bit' menembusi kayu itu.


Kemudian Rambozzi® potong bentuk pemegang pada kayu dengan menggunakan 'jigsaw' pula. Rambozzi® hanya potong agak rapat sahaja ke garisan di atas kayu. Selebihnya akan dikemaskan lagi dengan menggunakan 'mini router/trimmer'. Tapi, Rambozzi® terlupa la pulak nak ambil gambar proses itu! Haiya lagi! Hahahahaha!

Oraits. Tamat bahagian pertama. Seterusnya, Rambozzi® nak buat pula 5 lagi dulang yang berlainan 'design'nya.


Oraits. Untuk 5 dulang lagi ini, Rambozzi® potong kayu² di atas pada 'miter' 45°. Bila dicantumkan nanti, kayu² itu akan menjadi seperti bentuk 'frame' gambar.


"Terkenangkan" kealpaan Rambozzi® dengan 5 dulang pertama tadi, kali ini Rambozzi® akan lebih berhati² hehehehehehehehe... Untuk 5 dulang kedua ini, bahagian tapaknya akan dibentuk sedikit. Untuk tujuan itu, Rambozzi® lukiskan bentuk yang sesuai, dan bentukkannya dengan menggunakan 'drill press' yang dipasangkan 'drum sander'. Oh ya. Hanya satu kayu sahaja yang akan dibentuk. Kayu yang dibentuk ini akan dijadikan 'master copy' untuk kayu² lain yang hendak dibentuk.


Untuk mendapatkan bentuk tadi ke kayu² yang lain, Rambozzi® akan 'trim' dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'flush trim router bit'.


Kayu yang hendak di'trim' diletakkan di atas kayu 'master copy' tadi. Dan 'bearing' pada 'flush trim router bit' akan mengikut bentuk kayu 'master copy' dan memotong kayu di atasnya. Ok. Rambozzi® sentiasa cuba memberikan penerangan dan penjelasan yang terbaik. Kalau ada yang tidak faham dengan tulisan Rambozzi® ini, "minta maaf banyak²" la ye heh heh heh heh...


Dan itulah hasilnya.


Oraits. Kayu² di atas pula adalah bahagian 'cross braces' untuk 'frame' tadi. 'Cross braces' itu bertujuan untuk mengukuhkan lagi binaan 'frame' tadi dan sekaligus dapat memastikan 'frame' itu tepat sesikunya. Kesemua 'cross braces' itu dipotong pada 'miter' 45°.

Ok. Tidak semua perkataan atau istilah di dalam 'woodworking' ini akan Rambozzi® terjemahkan ke bahasa Melayu. Sebab, kadang², perkataan² atau istilah² dari bahasa Inggeris ini hanya patut digunakan terus sahaja untuk mengelakkan kekeliruan. Ini pada pandangan Rambozzi® la kan. Contoh, istilah² yang digunakan di dalam bidang I.T seperti 'RAM' (random access memory) atau 'hard disk drive'. Pada Rambozzi®, ia tidak perlu diterjemahkan menjadi "memori capaian rawak" atau "cakera pacuan keras". Oh! Rambozzi® bukan cuba nak jadi pakar bahasa, tapi kadang² terjemahan sebegitu agak mengelirukan dan adakalanya, kelakar bunyinya. Contohnya 'joystick' (sejenis peranti yang digunakan untuk komputer juga) diterjemah menjadi "kayu ria" atau "batang gembira"! Mungkin pakar bahasa atau pakar terjemahan merasakan ia adalah tepat. Tapi Rambozzi® "tidak selesa" dengan istilah itu dan mungkin ada beberapa orang lain yang juga "tidak selesa" untuk menggunakan istilah sebegitu.

Untuk "woodworking" di dalam blog Rambozzi® ini, ada beberapa istilah yang memang Rambozzi® tidak akan "terjemahkan" ke bahasa Melayu. Sebab blog Rambozzi® ini adalah "dunia" Rambozzi®. Ada beberapa perkara atau "istilah" yang tidak perlu dan tidak boleh Rambozzi® "terjemahkan" ke bahasa yang boleh "difahami" oleh sesiapa pun. I am Rambozzi®. I-woodworking with Style! I-woodworking with Heart! I-woodworking with Love! I will be your woodworker, forever!




Ok! Ok! Sori bang!


Ye bang! Minta maaf bang!


Ok bang!


Oraits. Teknik ini sudah lama Rambozzi® tidak gunakan. Ini adalah cara terbaik, bagi Rambozzi®, untuk membuat sambungan jenis 'frame' seperti ini. Tapi, untuk projek kecil² boleh la... Hehehehe...

Ok. Hmmm... Ini pun susah jugak Rambozzi® nak terangkan nie... Macam mana ye...

Ok. Kayu² kecil yang dipotong serong itu adalah 'wedges' yang akan diselitkan, atau diketuk di antara 'frame' dan kayu kecil yang diskrukan ke meja itu, ataupun aduh macam mana nak terang nie ha? Hahahahahaha... Kita tengok gambar lepas nie je la senang hahahahaha!


Ok. Macam la yang nie pun senang nak terang kan? Hahahahaha. Ok. Mula² Rambozzi® rapatkan kayu² untuk 'frame' itu dengan kemas dan tepat. Kemudian, Rambozzi® ketuk kayu² kecil itu mengikut arah anak panah seperti di dalam gambar di atas. Kayu² yang diketuk itu berfungsi seperti 'clamp' yang akan mengapit 'frame' itu, sekaligus boleh membantu kita mendapatkan cantuman yang tepat 90° di semua sudut 'frame'. Perlu dipastikan, sebelum digamkan 'frame' itu, kesemua sudut adalah tepat dan sesikunya juga adalah tepat. Fuhhh! Aduh payahnya nak terang! Ok. 'Masking tape' itu pula bertujuan untuk mengelakkan 'frame' itu terlekat ke permukaan meja pula nanti. Bila semua dah OK, Rambozzi® gamkan 'frame' itu dengan menggunakan 'super glue' sahaja. Kalau 'frame' itu perlu diskrukan pun boleh dilakukan ketika ini.


Kemudian Rambozzi® gamkan pula 'cross braces' tadi ke 'frame' itu. Dan siap!


Oraits. Aduh penatnya menulis. Menulis lagi susah dari buat 'woodworking' la! Aduh! Heh heh heh heh.

Seterusnya, Rambozzi® hanya perlu 'sanding' sahaja kesemua dulang² itu. Oh ya. 'Frame' di dalam gambar di atas akan diletakkan sekeping cermin di atasnya. Itu bukan kerja Rambozzi® la kan? Hehehehehe. Salehan akan lekatkan sendiri cermin² itu nanti. Rambozzi® hanya sediakan 'frame' itu sahaja.


Dan itulah hasilnya. Kesemuanya telah di'sanding' halus dan dicuci bersih.

Oh! Projek ini nampak sangat ringkas. Tapi kalau tersilap langkah, memang agak menyusahkan juga! Hahahaha!

Rambozzi® harap Salehan akan suka dan berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi® ini. Menurut Salehan, ssshhhh!... Menurut Salehan, mungkin dia akan 'order' lagi dari Rambozzi®. Ssshhh!!! Hehehehe. Kalau Salehan suka dan nak 'order' lagi dari Rambozzi® nie, kecil tapak tangan, 'plywood' 4x8 Rambozzi® tadahkan! Heh heh heh heh...

Oraits. Sekarang, Rambozzi® nak teruskan dengan projek seterusnya. Rambozzi® kena dapatkan dahulu "sirih jampi" itu. Sebab Rambozzi® akan menggunakan 'mini router/trimmer' lagi. 'Mini router/trimmer' itu, dan juga mesin² yang lain mungkin akan mendatangkan "kecederaan" lagi kepada Rambozzi®Rambozzi® tidak bersedia. Tapi Rambozzi® akan lebih berhati². Dan, kalaupun Rambozzi® akan "tercedera" lagi, Rambozzi® kena hadapinya juga. Kerana Rambozzi® "memilih" untuk menjadi 'woodworker' ini...

"Untuk menjadi bukti...
Kasih yang sejati...
Itulah tandanya...
Jika mahu diuji..."


0 Comments