- Siri Bercakap Dengan Rambozzi®


Rambozzi® teringat masa zaman sekolah dulu², Rambozzi® cukup suka membaca buku Siri Bercakap Dengan Jin tulisan Tamar Jalis. Kisah hantu, pelesit, jembalang dan macam² jenis iblis lagi la... Hahaha... Ok. Kali nie Rambozzi® bukan nak bercerita tentang hantu.  Rambozzi® nak bercerita tentang "misteri".......

Baru² ini, Rambozzi® telah "melangkah ke alam misteri".....!!! Ha! Ha! Ha! Hantu! 

Ok. Macam nie ceritanya...Rambozzi® nie sangat² menginginkan sebuah 'belt & disc sander'. Jadi, pada suatu hari, Rambozzi® telah terjumpa mesin ini di sebuah 'hardware'. Dengan "seikhlas hati" Rambozzi® telah membelanjakan sejumlah wang dan membeli mesin ini.


Dengan hati yang girang, Rambozzi® terus berlari pulang ke rumah dan tanpa membuang masa lagi Rambozzi® pun 'test' la mesin itu. Rambozzi® hidupkan suisnya dan mesin itu pun berputar dengan "normal"Rambozzi® pun letakkan sekeping kayu terbuang - dengan niat hanya untuk mengujinya - dan tidak sampai lima minit... POMMM!!! Ia meletup dan mengeluarkan asap! Haiya!!!!!



Tak sampai 5 minit, beb! Hangus duit Rambozzi®!!!! Aarrrggghhh!!! Dengan pantas Rambozzi® menutup suisnya dan terus berlari keluar dan menyorok di bawah meja, seperti di dalam gambar di bawah...


Eh! Meja mana pulak nie?!! Takpe, Rambozzi® akan ceritakan mengenai meja di atas di dalam 'entry' selepas ini heh heh heh heh heh.....

Jadi. So. Rambozzi® agak bengang dan kecewa juga sebenarnya. Ya lah. Mesin itu bukannya murah. Tidaklah mahal sangat tapi tidaklah murah juga. Ia tetap duit. Inilah akibatnya membeli 'power tools' yang boleh Rambozzi® kategorikan sebagai "cap ayam"! Kenapalah BOSCH® tidak mengeluarkan 'belt & disc sander'?.....

Keesokan harinya, Rambozzi® terus membawa mesin itu ke 'hardware' berkenaan. Niat Rambozzi® nak pulangkan mesin itu dan dapatkan duit Rambozzi® kembali. Sesampainya Rambozzi® di 'hardware' itu, Rambozzi® letakkan mesin itu di hadapan "tokey" kedai itu.

"Apa pasai?"

"Haiya! Sudah meletup la auntie! Baru 5 minit saya test! Saya mau pulang balik la auntie..."

"Haa ok ok. U angkat lain barang. Sama harga punya. Mana² U suka."

"Saya mau duit saya semula la auntie..."

"Oh! Tak boleh! Tak boleh! U angkat lain barang! Ini company punye rules maa..."

Ahh sudah! Rambozzi® tak tahu nak ambil barang apa. Sebab, kebanyakan 'power tools' yang ada di dalam 'hardware' ini sudah Rambozzi® miliki! Rambozzi® sudah memiliki 'slide miter saw', 'cordless drills', 'sanders', 'planer', 'router/trimmer', 'cordless screwdriver', 'hammer drill', 'jigsaw' dan 'cordless circular saw'. 'Power tools' itu sudah mencukupi untuk Rambozzi® membuat kerja² 'woodworking'! Ini satu masalah!

"Tak mau la auntie! Semua saya sudah ada. Saya mau duit saya!"

"Tak boleh! Tak boleh! U angkat lain barang!"

"Auntie jangan bikin saya panas!"

"Kenapa? U mau lawan saya ka? Mari laa!"

"Auntie mau lawan ka? Mari laa! Lai! Lai!"

"Hehehe... Saya sudah tua maa... Nanti saya panggil pekerja saya..."


"Auntie sudah makan lunch ka? Biasa auntie makan lunch di mana ya?"

"Saya sudah makan lunch. Ok. U angkat lain barang ya..."

Ok. Terima kasih auntie. Nanti saya tengok² dulu ya... Sayang sgt auntie!..."

Jadi, selepas puas meronda dan melihat keseluruhan barangan di dalam 'hardware' ini, Rambozzi® telah memilih satu barang yang Rambozzi® rasakan agak berbaloi dengan nilai duit Rambozzi®. Dan ia dari jenama BOSCH® kesukaan Rambozzi®.


Bosch® Grass Trimmer ART 23 Combitrim. Terus-terang Rambozzi® nyatakan di sini, ini bukan sesuatu yang Rambozzi® nak! Apakah kena-mengenanya sebuah mesin rumput dengan kerja² pertukangan kayu Rambozzi® ini? Ini bukan sesuatu yang Rambozzi® nak! Ini sangat misteri! Hahahahahahaha!

Aduh... Rumah Rambozzi® mana ada rumput, broRambozzi® ambil mesin rumput ini sebab ia dari jenama BOSCH® je. Hmmm... Rambozzi® akan simpan dulu mesin rumput ini. Mungkin ia akan berguna "satu hari nanti".

Ini adalah kali ketiga Rambozzi® membeli mesin yang tidak boleh digunakan. Dan kesemuanya adalah produk "cap ayam"! Ada beberapa lagi mesin yang Rambozzi® nak, dan memang ia juga dari jenama yang tidak Rambozzi® kenali. Akan datang, Rambozzi® mungkin akan berhadapan lagi dengan masalah atau "misteri" yang seperti ini. Rambozzi® akan hadapi juga, walaupun terpaksa. Demi "woodworking" ini, Rambozzi® kena bersedia setiap masa untuk menghadapi kegagalan. Tapi itu bukanlah "penghalang" bagi Rambozzi®.

Sekali Rambozzi® sudah "tetapkan" hati Rambozzi® ini, tiada apa yang bisa "menggoncang" Rambozzi®. Sekali Rambozzi® sudah "suka"Rambozzi® akan buang segala "duka". Dan sekali Rambozzi® sudah "cinta"Rambozzi® akan "bercinta", "menyintai" dan Rambozzi® akan nyanyikan lagu² "cinta" dendangan Awie juga heh heh heh heh...

'Belt & disc sander' itu adalah sebenarnya satu "cabaran" buat Rambozzi®Rambozzi® akan beli juga satu hari nanti. Tapi, buat masa ini, Rambozzi® akan gunakan segala mesin yang Rambozzi® ada dahulu. Tak apa... Satu hari nanti... One day...


4 Comments

  1. aduss bro...brape RM belt n disc sander ni?nape xbeli ryobi or einhell?pengalaman perit nih...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg tu RM300 ngam bro. Itu la..Bila dah beli yg ni baru terjumpa cap Ryobi tu.. Perit gak la hahahaha

      Delete
    2. Hehehe...S Rambozzi janganlah bersedih hati. Saya pun berpengalaman membeli tool cap ayam - Jigsaw dan Planer. Memang sangat menyedihkan...huhuhu.

      Agak-agak Rambozzi nak upgrade ke router ke shank saiz 1/2"? Rasa-rasa saya nak beli Skil je utk kegunaan sendiri. Sesiapa yang menggunakan Skil router 1/2" minta kongsikan review, boleh?

      Delete
    3. Sedih tu mmg la sedih. Tp takpe... Heh heh heh..

      Buat masa ni, Rambozzi akan guna mini router /trimmer tu dulu. Itu pun dah sgt berguna dan sgt membantu.

      Oh ya. Router SKIL tu ok, murah dan boleh digunakan. Tapi menurut tokey hardware yg Rambozzi selalu "belanja' tu, router paling baik adalah brand MAKITA.Tp lg mahal dari router BOSCH hehehe...

      Delete