- Mobile Phone Holder Lily


Dengan penuh semangat, 'determination', azam yang baru, jiwa yang suci dan "hati" yang juga "baru", Rambozzi® mulakan 'woodworking' pada pagi pertama 2015. Dengan mata yang bersinar, senyuman semanis kurma hehehe, dan penuh keyakinan, Rambozzi® potong kayu pertama di tahun ini. Cadangnya, Rambozzi® nak buat Saloon Door Opik. Tapi malangnya kayu pulak tak cukup! Aduuuhhhh.... Potong terus! Hahahaha... Rupa²nya baru Rambozzi® sedar, semangat je tak cukup, kayu kena ada, beb heh heh heh heh...

Tapi, disebabkan Rambozzi® dah berazam nak "memperhebatkan" lagi 'woodworking' Rambozzi® di tahun 2015 ini, Rambozzi® buang rasa 'frust' ketiadaan kayu itu dengan cuba membuat projek lain dengan menggunakan lebihan² kayu. Rambozzi® tak boleh berhenti macam tu je... Rambozzi® tak mahu hari pertama 2015 ini mengecewakan Rambozzi®. Jadi, Rambozzi® perah otak Rambozzi® ini, dan cuba cari satu 'idea' untuk melampiaskan 'woodworking' Rambozzi® ini.

Kebetulan pula, Lily ada meminta Rambozzi® buatkan satu tempat untuk diletakkan telefon bimbitnya. Oh! Bagi Rambozzi®, itu bukan sesuatu yang susah. Jadi, tanpa membuang masa lagi, dengan penuh semangat, jom mulakan 'woodworking' pertama di tahun 2015 ini - Mobile Phone Holder Lily.


Ok. Kayu² di atas sebenarnya bukan termasuk di dalam kategori 'scrap' sangat hehehehe. Sebenarnya, lebihan² kayu itu agak panjang saiznya, dan Rambozzi® simpan sebab kayunya cantik dengan iranya yang agak unik. Dan Rambozzi® rasa, kayu² itu sesuai untuk digunakan di dalam projek ini.

Kayu² di atas Rambozzi® potong ke saiz yang sesuai dengan saiz telefon bimbit milik Lily. 2 batang kayu akan dijadikan kaki atau tapak untuk 'mobile phone holder' ini. Hmmm... Rambozzi® terkeliru juga sebenarnya sama ada 'mobile phone holder' atau 'mobile phone stand'.....


Projek ini tidak memerlukan sebarang skru atau paku. Rambozzi® tidak akan tebuk sebarang lubang 'pocket hole' seperti yang biasa Rambozzi® buat untuk projek² Rambozzi®. Kayu² di atas hanya akan digam sahaja dengan menggunakan 'super glue'Rambozzi® akui, sejak kebelakangan ini, Rambozzi® banyak menggunakan 'super glue'. Sebenarnya, untuk projek² kecil dan ringan seperti ini, kita tidak perlu menggunakan gam kayu. Cukup dengan 'super glue' sahaja. Kelemahan gam jenis ini hanya satu, ia terlalu cepat melekat - dengan kuat - yang menyukarkan kita untuk mengubah² kedudukan kayu yang dicantumkan sekiranya tidak dilekatkan dengan tepat ke tempatnya. Rambozzi® kena bekerja dengan pantas bila menggunakan 'super glue' ini.


Untuk bahagian kaki 'mobile phone holder' ini, Rambozzi® tidak akan lekatkan terus ke tapak tadi. Rambozzi® akan mencuba teknik terbaru yang Rambozzi® pelajari iaitu apa yang dipanggil 'woodburning' atau dalam bahasa kita yang lebih indah; "kita bakor je!" Heh heh heh heh.....

Teknik ini pernah Rambozzi® gunakan dalam projek Rak Telur Lily tahun lepas (macam dah lama je kan...hehehehe). Alatan atau 'tools' yang Rambozzi® akan gunakan untuk tujuan ini adalah DREMEL® Versaflame™ 2200. Nak tahu lebih lanjut mengenai 'tools' ini? Bolehlah ke laman web rasmi DREMEL®. Di sana, kita boleh dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai produk ini. Siap ada video lagi hehehehe. Tapi, Rambozzi® akan berikan sedikit ulasan mengenainya tapi bukan di dalam 'entry' ini. Itu akan Rambozzi® cuba perincikan di dalam 'entry' DREMEL® Versaflame™ 2200, selepas ini...


Ok. Memandangkan teknik 'woodburning' ini masih terlalu baru bagi Rambozzi®, terus-terang Rambozzi® katakan di sini bahawa Rambozzi® memang tidak tahu setakat mana kayu itu harus "dibakar" heh heh heh heh... Adakah sehingga agak hangus dan menjadi agak kehitaman? Entah, buat masa ini Rambozzi® tidak ada 'idea'.

Jadi, Rambozzi® hanya akan bakar kayu² di atas sehingga "naik" atau timbul ira kayunya. Cukup setakat itu. Bagi Rambozzi®, itu sudah cukup cantik.


Selepas itu, Rambozzi® 'sanding' kayu² itu dengan menggunakan 'sanding block' seperti di dalam gambar di atas. Grit untuk 'sanding block' di atas adalah 80 grit. Kemudian, Rambozzi® 'sanding' lagi dengan menggunakan 'sanding block' dengan grit 240 pula.


Seterusnya, Rambozzi® akan cuci sedikit kayu² itu dengan menggunakan kain yang dibasahkan dengan Formby's Build-up Remover seperti di dalam gambar di atas. Produk itu boleh membantu kain menyerap habuk² halus di dalam kayu. Sekaligus mengilatkan kayu dan juga memberikan sedikit keharuman kepada kayu.


Ok. Itu perbezaan di antara kayu yang sudah dicuci dengan menggunakan Formby's Build-up Remover dan yang belum dicuci. Kayu yang di bahagian bawah di dalam gambar di atas telah dicuci. Dan dapat dilihat "kesegaran" kayu itu, "terserlah".


Seterusnya, Rambozzi® hanya cantumkan dan gam kesemua bahagian dan biarkan ia kering dan melekat dengan sempurna.


Rambozzi® akan sapukan beberapa lapisan 'tung oil' ke keseluruhan 'mobile phone holder' ini.


Dan siap! Ok. Jika diperhatikan dengan teliti gambar di atas, dapat dilihat bahawa warna kayu itu sudah bertukar menjadi agak kekuningan. Itu adalah kesan daripada sapuan 'tung oil' tadi. Bagi Rambozzi®, ia "cukup cantik".


Siap projek pertama Rambozzi® untuk tahun 2015 ini. Walaupun projek Mobile Phone Holder Lily ini sebenarnya bukan projek pertama yang Rambozzi® nak buat untuk permulaan tahun ini, tapi tetap Rambozzi® buat dengan "sepenuh hati" Rambozzi®. Projek yang kecil sahaja, tapi cukup untuk menjadikan permulaan tahun 2015 ini - "permulaan yang sangat indah dan amat bermakna" heh heh heh heh...


9 Comments

  1. Tahniah rambozzi...walaupun kecil projeknya kekemasan dan kecantikan tetap terserlah!good job bro

    ReplyDelete
  2. Nak tanya...ada beza ke dremel versaflame ni dgn mini torch biasa yg separuh harga kat kedai hardware?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambozzi tak tahu bro. Rambozzi beli tu pun sbb dia Dremel. Tu je sbbnya. Design cantik dgn case yg smart...

      Delete
    2. ok takpe, sy nak cuba yg brandless dulu

      Delete
    3. Branded atau brandless tu satu hal la.. Teknik membakar tu yg penting. Kan?

      Delete
    4. Ya, benar, sy kena belajar teknik dulu... Juga, yg d hware shop takde aksesori berlebihan spt tip2 soldering yg sy takkan pakai. Tapi utk kerja halus, nampak takleh lawan dremel(harga) atau proxxon(kualiti)

      Delete