- Side Table Lily





Nie dah Rambozzi® dah start makin serius pulak dalam keje kayu ni. Projek ni pun sbb si ibu Fatiha tu yg mintak.. (Free lagi...) "Nak side table, nak letak kat sebelah sofa...," kata ibu Fatiha.

Rambozzi® tak pernah "laminate" kayu nih. Memang tak pernah buat kerja pakai laminate". Dah kena beli Virutex laminate cutter (mahal giler) dan Bosch Mini Trimmer/Router.


Tapi Rambozzi® nak try jugak sebab Rambozzi® rasa dah makin syok pulak buat keje kayu. (tapi tak masyuk lagi ni...) Ok, kali ni Rambozzi® try laminate. Sebelum nak jadi mahir buat perabot pakai laminate ni kena la test dulu buat sample. Nak laminate tu senang (selepas beberapa kali try), Tapi nak trim tu yang payah.

Flush trim bit kena yang baru dan betul² tajam. Beli flush trim bit sebijik, boleh la guna untuk 2-3 projek, pastu dia tumpul. Bila tumpul, kalau try nak trim jugak, laminate tu akan pecah². Tak cantik la.

Design nie pun main hentam ikut sedap mata je. Rambozzi® tanya pada ibu Fatiha tu, nasib baik dia kata cantik suka (cuba la kata tak cantik, tengok...). Dan slow je dia cakap, "lagi cantik kalau buat dua...."

0 Comments