- Rak Kasut Fatiha


Rambozzi® kembali lagi...kali nie dengan projek Rak Kasut Fatiha. Hahahahahaha! Ok sebenarnya rak kasut nie Rambozzi® buat menggunakan lebihan chipboard daripada projek Rak Alatan Jahitan Kak Dilah (belum siap lagi semasa entry nie ditulis...). Lebihan chipboard tu tak besar sangat tapi daripada Rambozzi® buang baik Rambozzi® buat sesuatu daripada chipboard tu. Jadi, jom start woodworking untuk Rak Kasut Fatiha nie!


Ok, gambar di atas nie adalah lebihan chipboard tu. Rambozzi® tak potong pun chipboard tu kepada saiz² tertentu. Rambozzi® nak gunakan lebihan chipboard tu macam tu je. Rambozzi® tebuk lubang untuk skru siap² untuk kaki rak nie. Pastu tu cuma sambung dan skru je. Projek yang sangat simple dan mudah.


Gambar di atas adalah proses nak pasang dan skru semua bahagian rak nie.


Ok siap dah Rak Kasut Fatiha nie! Sekejap je..... Hehehehehehe....


Ok, projek yang simple tapi kemas dan memenuhi "kefungsiannya".


Dan itu dia Fatiha, tuan punya kasut² dan rak kasut tu. Suka sangat dia dapat rak tu sebab sebelum nie dia simpan kasut² dia dalam kotak kasut je... Tapi bila Fatiha dah besar nanti Rambozzi® kena buat rak kasut yang lain la pulak sebab kaki dia pun dah makin membesar. Hahahahahahaha!

...sekarang Rambozzi® nak continue siapkan projek Rak Alatan Jahitan Kak Dilah tu pulak...

0 Comments