- Meja Shima


Ok...Kali nie Rambozzi® kembali lagi dengan projek terbaru, Meja Shima. Meja nie adalah design Shima sendiri. Shima bagi ukurannya sendiri pada Rambozzi®. Termasuk dengan corak dan warna laminate, dan juga warna meja nie. Ok tanpa membuang masa, jom start woodworking untuk Meja Shima nie...


Untuk projek Meja Shima nie, bahan² yang Rambozzi® akan gunakan adalah kayu 2*2, 1*2, 1*1, plywood dan juga laminate. Corak dan warna laminate untuk meja nie juga telah dipilih oleh Shima sendiri. Memang meja ini 100% hasil idea Shima lah senang citer...Rambozzi® cuma ikutkan kehendak pelanggan je.. Apa² pun kena potong kayu kepada saiz² yang diperlukan dulu.


Pertama sekali, Rambozzi® nak buat frame untuk table top dulu. Masih lagi dengan teknik pocket hole joinery, dan Rambozzi® masih lagi setia dengan KREG® Pocket Hole Jig...


Ok, dah siap bahagian pertama untuk meja nie.


Seterusnya Rambozzi® gam dan pakukan sekeping plywood ke atas frame tersebut, yang akhirnya nanti akan dibalut dengan laminateRambozzi® juga menebuk pocket hole siap² di sekeliling frame nie kerana di sekeliling frame nie nanti akan dipasang satu lagi frame luar.


Gambar di atas adalah table top yang telah ditampal plywood di atasnya. Dan rod² plastik di atas table top tu adalah sebagai persediaan untuk menampal laminate pula di atasnya. Teknik nie pun Rambozzi® belajar di Youtube, yang mana tujuan rod² plastik tu adalah untuk mengelakkan laminate daripada melekat terus pada plywood, sebab kedua² permukaan plywood dan laminate telah disapukan gam. Jadi, rod² tu berfungsi sebagai alas sementara saja, dan Rambozzi® boleh meletakkan laminate ke atas plywood tu tanpa takut². Sekali laminate tu melekat pada plywood tu, memang tak boleh diangkat dialih lagi dah.

"Lidi penyapu pun boleh digunakan untuk membantu menampal laminate tu. Apa² je boleh digunakan sebagai alas.."


Gambar di atas pula menunjukkan frame luar yang telah dipasang kepada table top tu. Rambozzi® juga telah memasang kayu alas untuk dipasang kaki meja nie pula nanti. Dan semuanya menggunakan teknik pocket hole joinery je. Mudah, cepat dan kemas lagi kukuh.


Ok, itu dia table top yang dah siap sepenuhnya! Table top yang dibalut laminate dan dikelilingi dengan frame kayu di luarnya. Siap bahagian pertama!


Seterusnya, Rambozzi® kena siapkan pula bahagian kedua meja nie iaitu meja bawah atau alas bawah atau rak bawah untuk meja nie. Berapa banyak atau daa... Saiz rak untuk bahagian bawah meja nie sama lebarnya dengan table top cuma pendek lagi dari table top. Dan Rambozzi® kena buat satu lagi frame untuk rak bawah tu.


Gambar di atas adalah kayu² yang telah dipotong dan ditebuk pocket hole siap² untuk dijadikan rak bawah meja.


Dan gambar di atas adalah frame untuk rak bawah meja yang telah siap dipasang. Seterusnya proses menampal plywood dan juga laminate ke atasnya.


Ok, siap tampal plywood, tinggal nak gam laminate tu je.


Dan gambar di atas adalah dua bahagian utama projek nie, table top dan juga rak alas bawah meja. Nampak macam sama tapi lain ukuran dan ketebalan kayu frame sekeliling kedua² table top dan rak bawah tu.


Seterusnya, Rambozzi® juga kena tampalkan laminate pada kayu alas di bawah table top tu kerana itu adalah design dan kehendak Shima.


Ok, untuk frame di sekeliling table top dan rak bawah tu, Rambozzi® nak "route" sedikit supaya menjadi bulat dan tidak bersegi sangat.


Hahaha tetiba je dah siap pasang kaki kan? Gambar di atas menunjukkan kesemua bahagian meja telah dipasang. Dah siap dah pun projek nie.


Sebelum Rambozzi® teruskan dengan proses mengecat meja nie, Rambozzi® tampalkan dulu masking tape siap² di atas laminate tu sebab tak nak la nanti laminate tu terkena cat pulak. Ok, jom mengecat pulak!


Ok, siap proses mengecat meja nie dan siaplah projek Meja Shima! Untuk kemasan meja nie, Rambozzi® cat dengan varnish sebanyak 4 lapisan! Ya 4 lapisan varnish yang setiap satunya diselangi dengan sanding! Memang lama la nak siap proses cat tu je! Tapi hasilnya memang licin dan halus.


Meja yang sangat cantik dan kemas. Rambozzi® puas hati dapat siapkan meja nie.
--------------------------------------------------

Gambar di atas adalah Meja Shima yang telah dihantar ke rumahnya. Dan memang muat ngam² dengan sudut kat rumahnya tu.


Selesai projek Meja ShimaRambozzi® harap Shima suka dan berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi®Rambozzi® sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada para pelanggan Rambozzi®. Walaupun Rambozzi® masih amatur, Rambozzi® tak pernah main² dalam setiap kerja tangan Rambozzi®. Mana² kekurangan tu Rambozzi® sentiasa cuba perbaiki. Dan mana² yang dah cekap dan mahir tu Rambozzi® akan perhalusi lagi.

Rambozzi® puas hati dengan hasil Meja Shima nie. Antara yang terbaik dari Rambozzi®!

0 Comments