- Rak Buku Kak Dilah


Sebenarnya, projek Rak Buku Kak Dilah nie datang serentak dengan projek Rak Alatan Jahitan Kak Dilah. Senang citernye, Kak Dilah tempah dua rak nie daripada Rambozzi® serentak. Dan ini juga bermakna bahawa hasil kerja tangan Rambozzi® memang "ok" dan boleh digunapakai la kot...

Rambozzi® tak boleh nak nilai sendiri hasil kerja tangan Rambozzi®, tapi bila ada pelanggan Rambozzi® seperti Kak Dilah nie yang sanggup dan berani nak tempah projek yang besar dan lebih dari satu daripada Rambozzi®Rambozzi® rasa hasil kerja tangan Rambozzi® sudah memberi kesan kepada beberapa orang insan kat dunia nie.. Heh heh heh wah lain macam sekali penulisan Rambozzi® kali nie hahahahahaha....

Rambozzi® akui, dua projek rak daripada Kak Dilah nie agak memberi tekanan kepada Rambozzi® sebab teknik dan kemahiran Rambozzi® sangat jauh lagi daripada nak menjadi seorang tukang kayu atau tukang perabot yang sebenar. Dan dua projek rak Kak Dilah nie juga sebenarnya adalah projek yang paling banyak memberi masalah kepada Rambozzi®. Banyak yang Rambozzi® tak puas hati tapi projek nie masih jauh lagi dari nak sampai ke tahap "siap". Jadi Rambozzi® kena kemaskan dan perhalusi lagi mana² bahagian yang Rambozzi® tak puas hati.

"Bila orang yang sama, nak tempah perabot lagi daripada Rambozzi®, maknanya dia percaya dan suka akan hasil kerja tangan Rambozzi®Itu yang menambahkan tekanan lagi tu..."


Rak Buku Kak Dilah nie agak besar saiznya. 3 kaki panjang 3 kaki tinggi. Boleh tahan besar la bagi Rambozzi®. Itu ukuran yang Kak Dilah bagi pada Rambozzi®, termasuk designnya sekali. Rak buku memang kena dibuat kuat, kukuh dan stabil. Kalau rak buku yang dibuat menggunakan chipboard, lama-kelamaan rak buku tu akan membengkok di tengah²nya dan akhir sekali runtuh. Sebab bebanan buku² tu la. Jadi Rambozzi® nak gunakan 100% kayu untuk projek nie. (tapi nama dan jenis kayu pun Rambozzi® tak tahu lagi nie...hehe)


Disebabkan terlalu tertekan, kali nie tak banyak gambar proses kerja yang Rambozzi® ambil. Rambozzi® lebih fokus kepada kerja daripada gambar untuk projek nie. Dan gambar di atas adalah rangka utama untuk rak buku nie. Bila dah ada rangka nie baru Rambozzi® boleh tentukan saiz ukuran untuk setiap tingkat rak nie. Semua teknik yang Rambozzi® gunakan adalah teknik asas yang mudah dan tak advance langsung la senang citer. Cuma gam dan skru je.

Tali dalam gambar tu sebenarnya tali pengikat yang selalu digunakan oleh driver² lori untuk mengikat barang² kat atas lori dorang. Tapi boleh jugak dijadikan clamp khususnya untuk projek yang besar macam nie. Tarikannya memang kuat giler la...


Untuk bahagian rak projek nie, Rambozzi® cantumkan beberapa kepingan kayu menggunakan teknik pocket hole joinery, lagi...Hehehehehe jadi banyak la pocket hole nak kena tebuk nie...


Ok, dah siap tebuk pocket hole untuk semua kayu² untuk bahagian rak. Sekarang kena cantumkan pulak.


Ok, gambar di atas adalah proses mencantumkan kayu² tu menjadi sekeping papan untuk dijadikan rak. Banyak pocket hole kan? Hahahaha! Sebenarnya, kalau mengikut KREG®, tak perlu banyak macam tu. Boleh dijarakkan lagi, tak perlu rapat² macam tu. Tapi Rambozzi® tak yakin dengan teknik Rambozzi®, jadi Rambozzi® ambil jalan selamat. Banyak la skru yang kena guna...

Dan mengikut KREG® lagi, bar clamps yang dua bijik tu tak perlu sebenarnya untuk teknik cantuman "edge to edge" macam ni. Sebab KREG® kata, pocket hole dorang tu dah cukup kuat untuk menarik antara satu kayu ke satu kayu yang lain dengan kemas dan kukuh. Tambah lagi bila guna sekali gam kayu. Tapi Rambozzi® tetap ambil jalan selamat..

Face clamp dalam gambar tu pula Rambozzi® gunakan untuk "flush" antara dua keping kayu supaya sekata dan tak turun naik. Dan Rambozzi® alas face clamp tu dengan kayu terbuang untuk mengelakkan permukaan kayu tu ada kesan clamp pulak nanti.


Dan ini hasilnya bila kayu² tu dah melekat antara satu sama lain. Satu benda yang Rambozzi® belajar sebelum buat projek nie, kalau guna gam kayu untuk mencantumkan kayu, lap cepat² lebihan atau lelehan gam yang keluar dengan kain basah, sebab bila gam tu dah kering, memang payah giler nak buang kesan gam tu!


Ok, dah siap 4 rak untuk rak buku nie. Seterusnya Rambozzi® kena "sanding" dulu siap² setiap satu rak tu sebelum pasang ke rangka utama rak. Setakat peringkat nie, Rambozzi® rasa agak tertekan sebab Rambozzi® tak nampak lagi kecantikan dan kekemasan rak nie. Apa akan jadi pun tak tahu lagi nie...

Seterusnya, Rambozzi® nak kemaskan dan haluskan mana² bahagian yang patut dan teruskan ke proses mengecat rak nie.. Rambozzi® harap hasilnya akan memuaskan hati sebab setakat nie Rambozzi® rasa tak puas hati jugak nie...


Ok, siap Rak Buku Kak Dilah! Kesemua bahagian rak dah dicat. Setiap satu tingkat rak tu Rambozzi® cat dulu siap² sebelum dipasang ke rangka rak. Termasuk juga plywood di bahagian belakang rak tu.


Rak dari pandangan atas.

 Rak dari pandangan sisi.


Secara keseluruhan, rak buku nie adalah SANGAT CANTIK! Walaupun pada asalnya Rambozzi® dah rasa "goyang" sebab Rambozzi® ingat projek nie akan gagal. Pada Rambozzi®, hasil cat rak nie adalah yang terbaik dari Rambozzi® setakat ini. Rambozzi® rasa skil mengecat Rambozzi® dah semakin meningkat maju, heh heh heh....

Ok, selesai dua projek dari Kak Dilah nie iaitu, Rak Alatan Jahitan Kak Dilah dan Rak Buku Kak DilahRambozzi® harap kedua² rak nie memuaskan hati Kak Dilah dan menepati keperluan Kak Dilah.
--------------------------------------------------

Gambar di atas adalah Rak Buku Kak Dilah di tempat kejadian (rumah Kak Dilah) heh heh heh...
Rambozzi® rasa bangga dapat melihat gambar hasil kerja Rambozzi® nie...

8 Comments

  1. Rambozzi guna kayu jenis apa dan size apa ye untuk rak buku ni? -erizal-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk bhgn kaki tu Rambozzi guna kayu biasa je beli kat hardware..
      utk bhgn rak tu Rambozzi guna kayu jenis PINE..
      saiz rak tu tinggi 3 kaki, lebar 3 kaki, dalam 1 kaki.

      Delete
  2. Rak tu nampak kemas & cantik...tq! :-) -erizal-

    ReplyDelete
    Replies
    1. dimana boleh saya dptkan kayu pine?

      Delete
    2. paling byk dan paling best di Pekan, Pahang.
      Aizuddin boleh join kami di Facebook - Komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia utk info² berkaitan lokasi² woodworking..terima kasih.

      Delete
  3. Nk tny. Pocket hole tu cukup kuat x kalau papan tu kita terus lekatkan kat dinding tanpa ditopang hujung satu lagi. Mcm buat para tu. - Cikgu Hairul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak. Sebab teknik pocket hole tu memang untuk sambungan dari kayu ke kayu.

      Delete