- Einhell® Mini Circular Saw BT-CS 500


Tools terbaru yang Rambozzi® baru beli baru² nie adalah Einhell® Mini Circular Saw BT-CS 500. Sebenarnya ada keperluan untuk Rambozzi® membeli mini saw nie sebab Rambozzi® menghadapi masalah ketika nak potong laminate yang besar dan juga plywood. Sebelum nie Rambozzi® potong menggunakan BOSCH® Mini Trimmer / Router. Tapi tak sesuai sangat sebab itu adalah trimmer. Jadi Rambozzi® nak try guna mini saw nie pulak. Jumpa dalam Mudah.myEinhell® nie adalah buatan Jerman.



Ok inilah dia Einhell® Mini Circular Saw BT-CS 500.


Mini saw nie datang dengan carrying case yang agak cantik hehehe.


Ok dan ini adalah isi di dalamnya. Ada manual book, dust extraction hose, tools untuk tukar mata gergaji dan juga dua bilah mata gergaji. Tapi takde pulak cutting guide. Rambozzi® ingatkan ada la tapi takde la pulak untuk model nie...



Juga ada spare part apa bende ntah dalam plastik tu..



Dua bilah mata gergaji tu pulak, satunya ada 30 gigi dan satu lagi 44 gigi. Rambozzi® rasa sesuai sangat la kalau setakat nak potong laminate dengan plywood, kot... Tapi kalau yang 44 gigi tu boleh potong plastik acrylic pun lagi ok kot.. Hmmm itu kena try nanti..



Ok gambar di atas adalah hasilnya setelah Rambozzi® try test ke atas sebatang kayu, plywood dan juga laminate. Untuk tiga bende tu memang lulus sangat la mini saw nih. Kalau tengok pada plywood dan laminate tu memang hasil potongnya kemas, licin dan cantik. Untuk laminate tu, Rambozzi® sebenarnya cuma nak guna mini saw nie kalau nak potong saiz yang besar je. Kalau saiz yang kecik boleh guna Virutex® Laminate Trimmer yang Rambozzi® dah beli aritu. Kalau nak trim memang Rambozzi® akan gunakan BOSCH® Mini Trimmer / Router... Dan untuk kayu tu pulak, fungsi adjustable cutting depth alat nie pun sangat bagus dan berkesan. Sedang elok sangat la untuk kegunaan Rambozzi®.

TAPI.....heh heh heh



Tapi...ada tiga bende yang Rambozzi® sangat² tak suka dan tak puas hati dengan Einhell® Mini Saw nih! 

Pertamanya, mini saw nie berat untuk digunakan dengan sebelah tangan! Agaknya dorang buat mini saw nie memang khusus untuk tangan orang Jerman kot...

Keduanya, "ukur lilit badan" mini saw nie juga besar dan juga tak sesuai untuk digunakan dengan sebelah tangan! Lagi sekali, agaknya dorang buat mini saw nie memang khusus untuk tangan orang Jerman kot...


Dan yang ketiganya, kelemahan paling penting paling ketara dan paling Rambozzi® tak suka ialah, button untuk mengoperasikan mini saw nie, paling tak relevan tak praktikal tak logik. Apa pasal nak duduk kat tepi tu pastu kena tolak ke depan pastu kena hold pulak?! Pastu bila nak tolak ke depan, berat pulak tu. Heiiii ada jugak Rambozzi® bukak dan cabut je spring kat dalam tu nanti..... 

Kan senang kalau buat button  yang jenis On / Off macam BOSCH® kat bawah tu. Inilah akibatnya bila dah biasa pakai barang BOSCH® tetiba pakai barang bukan BOSCH®! Nasib baik sama² barang Jerman. (eh.. BOSCH® tu cap Jerman ke...)



Tapi, Rambozzi® rasa kalau untuk keperluan dan kegunaan Rambozzi®, memang boleh pakai la menatam nie. Cuma Rambozzi® kena biasakan dulu tangan Rambozzi® dengan mini saw nie. Pastu Rambozzi® kena cari penyelesaian untuk button kat mini saw tu. Rasanya Rambozzi® boleh "tangani" mini saw nie....

2 Comments

  1. boleh dpt contact number/emel? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nk mini saw tu cari kat Mudah.my
      emel Rambozzi - srambozzi@gmail.com

      Delete