- Display Rack - Puan Ima


"Kalau kanda menjadi burung, dinda nak jadi apa...?"
"Dinda nak jadi pokok, tempat untuk kanda bertenggek dan berteduh..."


"Kalau kanda menjadi pantai, dinda nak jadi apa...?"
"Dinda nak jadi pasir, agar dinda sentiasa dibelai ombak..."


"Kalau kanda menjadi kereta mainan, dinda nak jadi apa...?"
"Ohhh! Dinda tak nak jadi apa²! Dinda akan cari Rambozzi®! Dinda nak minta Rambozzi® buatkan sebuah rak hiasan dan dinda boleh simpan kanda di dalamnya! Yay! Yeah!"


Hahaha! Maka Puan Ima pun mencari Rambozzi®! Dan Puan Ima meminta Rambozzi® buatkan sebuah rak untuk suaminya. Yeah!

Jadi, so. Tanpa membuang masa lagi - demi "cinta" ini - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Display Rack - Puan Ima.

"Jadi, projek 'woodworking' kali ini adalah atas nama "cinta"... 'Love'... Kan dah berapa kali Rambozzi® ungkapkan di dalam blog ini... Kan? Betul kan? Walaupun ada orang yang akan berkata, "blog nie jiwang, poyo!" tapi Rambozzi® takkan malu. Sebab, memang Rambozzi® nie jiwang-woodworker heh heh heh heh heh... Peace!"


'with Love...', Rambozzi® mulakan dengan memotong kayu² di atas kepada saiz² yang diperlukan dengan menggunakan 'miter saw'. Ok. Oraits! Bermula dari 'entry' ini, Rambozzi® akan 'specific'kan apa 'power tools', apa 'hand tools' dan apa 'tools' yang digunakan sebab ramai pembaca yang nak tahu...kot... Hmmmmm.....

'Actually'nya, macam nie. Sebagai 'admin' di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y MalaysiaRambozzi® seringkali terbaca beberapa soalan sama yang seringkali diajukan oleh ahli² ataupun pelawat di sana. Antara soalan² yang "terlajak laris" adalah:-

- "Bro potong kayu tu pakai apa, bro? Jigsaw ke circular saw ke apa bro?"
- "Hai abang... Saya nie nubis... Apa nama tools yang abang guna tew? Ada nama spesifik kew?"
- "Awak! Awak! Awak bulatkan tepi kayu tu guna apa? Saya nak beli alat tu tapi saya tak tahu nama dia la awak. Awak! Awak!"
"Maafkan saya... Saya nak bertanya... Apakah perbedaan di antara 'table saw' dan 'miter saw'? Yang manakah di antara kedua itu yang patut saya beli dahulu sebagai permulaan? Maafkan saya kerana bertanya. Saya hanya bertanya sahaja. Maaf ye....."

Ok. Hehehehehe. Lebih kurang macam tu lah bunyi soalannya. Hehehehe. Bukanlah niat Rambozzi® nak tunjukkan bahawa Rambozzi® nie adalah seorang 'otai' yang serba tahu. Tidak. Tapi, apa yang Rambozzi® tahu dan faham, Rambozzi® akan kongsikan di dalam blog ini, dan di dalam komuniti itu juga. Sebab itu Rambozzi® buat blog nie dan wujudkan komuniti itu. Rambozzi® pun, nak belajar juga! Heh heh heh heh...

Memandangkan blog Rambozzi® ini adalah antara blog (rasanya satu²nya di bumi Malaysia nie...kot...) yang berkaitan dengan hal² pertukangan kayu, maka Rambozzi® akan cuba sebaik mungkin agar blog ini dapat dijadikan sumber rujukan oleh pembaca, yang suka membaca... Kalaupun tak banyak, sikit² pun boleh laaa........... Oraits? Cool! Yeah!

Ok. Jom kita sambung 'woodworking' kali ini - Display Rack - Puan Ima. Peace! Hehe...


Kemudian Rambozzi® bulatkan sedikit bahagian tepi atau sisi kayu² di atas dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'roundover router bit'.


Kayu² tadi ditebuk lubang² 'pocket hole' dengan menggunakan KREG® Jig K5Rambozzi® gam dan skrukan kayu tersebut dengan menggunakan 'cordless drill'. Ermmm... Kenapa Rambozzi® rasa lain macam pulak bila setiap ayat ada perkataan "dengan" tu.....

Ok. Hehehehehe. Untuk memastikan kayu² yang disambungkan adalah sama arasnya atau 'flush' di antara satu sama lain, Rambozzi® 'clamp'kan ia dengan menggunakan KREG® Automaxx™ Face Clamp.


Dan siaplah proses mencantumkan kayu untuk bahagian utama projek ini.


Kemudian ia dicantumkan pula membentuk binaan di atas.


Display Rack - Puan Ima ini akan digantungkan ke dinding dengan menggunakan 'French Cleat Hanging System'. 2 batang kayu di atas dibelah serong pada 'miter' 45° dengan menggunakan 'table saw'. Kayu yang hendak dibelah ditolak ke arah mata gergaji dengan menggunakan Kreg® Multi-Purpose Push Stick. Sekarang, mari kita lihat gambarajah di bawah dulu ye, tuan² dan puan².


Ok. Sistem ini ringkas & mudah sahaja. Sebatang kayu diskrukan ke dinding, dan sebatang lagi diskrukan ke rak atau perabot yang hendak digantungkan. Rak atau perabot tadi hanya perlu disangkutkan sahaja ke kayu di dinding tadi.


Berdasarkan gambar di atas, begitulah cara rak atau perabot digantungkan dengan menggunakan 'French Cleat Hanging System'. Gambarajah dan imej di atas Rambozzi® "pinjam" daripada Google. Gambar di atas adalah dari laman web finewoodworking.comRambozzi® nyatakan nama laman web tersebut kerana laman web itu agak "bengkeng" heh heh heh heh. Tapi sebengkeng mana pun dorang tu, tetap kena belasah jugak dek Steve Ramsey hari tu heh heh heh heh... Peace!


Beberapa lagi batang kayu dipotong dengan menggunakan 'miter saw'. Kayu² di atas akan dijadikan sebuah lagi rangka yang mempunyai fungsinya yang lain. Jom lihat proses seterusnya.


Oraits! Kayu tadi ditebuk lubang² 'pocket hole' dan digam dan diskrukan membentuk rangka seperti di dalam gambar di atas. Sekeping 'plywood' ditampal ke rangka itu. Binaan di atas akan diskrukan ke bahagian utama rak ini nanti.


Kayu² di atas pula dipotong pada miter 45° dengan menggunakan 'miter saw'. Kayu² di atas adalah untuk dijadikan bahagian pintu rak ini. Kayu² itu juga ditebuk sedikit 'rabbet' dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'straight router bit'. 'Rabbet' itu adalah bertujuan untuk dijadikan slot untuk diletakkan sekeping cermin ke dalam 'frame' yang akan dibina nanti.


Rambozzi® gam dan 'clamp'kan ia membentuk 'frame' di atas dengan menggunakan 'band clamp'. Dapat dilihat dengan jelas ruangan atau slot untuk cermin pada 'frame' di atas.


Sekarang, barulah Rambozzi® boleh mendapatkan ukuran yang tepat untuk cermin. Rambozzi® ukur dan dapatkan ukuran yang dikehendaki.


Dan Rambozzi® hanya perlu ke kedai cermin dan menempahnya sahaja.


Dan bawa ia pulang ke studio Rambozzi® untuk proses seterusnya.

Oraits! Display Rack - Puan Ima ini akan dipasangkan sekeping cermin pada pintunya, dan 7 lagi cermin kecil akan dijadikan paranya. Peace!


Cermin itu masuk dan duduk dengan selesa di dalam slot pada 'frame' di atas. Ini adalah percubaan pertama Rambozzi® bekerja dengan menggunakan cermin kaca. Setakat ini, semuanya berjalan lancar mengikut 'plan' Rambozzi®.

"Tapi, tidak semua yang kita 'plan' atau rancang akan berjalan lancar... Heh heh heh heh..."


Cermin untuk dijadikan para telah tersalah ukurannya. Yay! Aduh............ Aduh!!!

Rambozzi® pun tidak tahu, tidak pasti dan tidak ingat di mana silapnya semasa mengukur tadi. Aduh!!!


Nak tak nak, suka tak suka Rambozzi® kena potong sedikit cermin² itu agar dapat dimasukkan ke dalam ruangan di dalam rak ini. Terpaksa pula Rambozzi® membeli 'glass cutter' yang berwarna merah di atas.

Takpe... Rambozzi® takkan mengalah. Rambozzi® akan belajar bekerja dengan menggunakan cermin kaca pula.


Untuk memotong cermin kaca itu, Rambozzi® ukur dan tandakan dahulu tempat yang hendak dipotong.


Sekarang, Rambozzi® toreh cermin itu dengan menggunakan 'glass cutter'. Kayu itu sebenarnya berfungsi sebagai 'guide' sahaja agar Rambozzi® dapat memotong dengan lurus.


Dan ia siap ditoreh. 'Actually'nya... Hehehehehe... Rambozzi® tak tahu pun teknik memotong cermin kaca ini. Rambozzi® hanya mengikut sahaja cara yang dibuat oleh tokey Cina di kedai cermin tempoh hari. Hehehehehehe...


Dan cermin itu hanya perlu dipatahkan sahaja dengan mengikut 'motion' di atas. 'Motion' ke tu? Hahahaha.. Tapi begitulah cara tokey Cina tu buat hari tu.


Cermin itu perlu dialas dengan sesuatu dan ditekan sehingga ia patah. Dan ia patah! Yay!


Malangnya, daripada 7 keping yang Rambozzi® potong dan patahkan, hanya 2 sahaja yang berjaya dipatahkan dengan kemas dan cantik. 5 keping lagi telah pecah² dan tidak cantik. Rambozzi® cuba cantikkan ia dengan menggunakan DREMEL MultiPro 395 yang dipasangkan 'band sander' seperti di dalam gambar di atas. Tetapi alat itu tidak sesuai untuk tugas seperti ini.

2 daripada 7 adalah sesuatu yang menghampakan. Hahahaha! Jap jap jap! Rambozzi® nak gelak jap. Tadi Rambozzi® dah menangis...


Sekali lagi, Rambozzi® ke kedai cermin tadi. Dan menempah 5 lagi keping cermin untuk dijadikan para.




Oraits! Cermin² untuk para tadi akan hanya diletakkan sahaja di atas ermmmmmm... apa pula nama "bende" kat dalam gambar kat atas tu ye.....

Ok. "Bende" itu perlu dimasukkan ke dalam lubang yang ditebuk ke dalam kayu. Untuk memastikan Rambozzi® tidak menebuk terlalu dalam sehingga menembusi kayu itu, Rambozzi® lilitkan 'masking tape' pada mata 'drill'. 'Masking tape' itu berfungsi sebagai 'guide' agar Rambozzi® tahu bila hendak berhenti menebuk.


Memandangkan cermin tadi agak berat, Rambozzi® berasa agak bimbang juga. Rambozzi® takut pintu itu roboh, atau terjatuh, atau terlondeh, atau haaaa apa lagi perkataan yang sesuai ye.....

Jadi, Rambozzi® akan pasangkan 4 engsel untuk pintu rak ini. Diharapkan, agar 4 biji engsel itu akan dapat menampung beban berat pintu itu nanti.

Ok. Pengalaman memasang engsel dengan menggunakan teknik seperti yang Rambozzi® buat di dalam projek Photobooth - Faisal baru² ini, telah menambah keyakinan Rambozzi® untuk mencuba teknik itu lagi di dalam projek ini.

Rambozzi® tandakan tempat² yang sesuai untuk dipasangkan engsel itu, dan tebuk sedikit slot dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'straight router bit'. 'Mini router/trimmer' itu Rambozzi® pasangkan 'router parallel guide' atau dipanggil juga 'router edge guide'. Aksesori itu dapat membantu Rambozzi® mengawal kedalaman dan jarak tebukan menggunakan 'mini router/trimmer' ini.


Masih lagi menggunakan 'mini router/trimmer'Rambozzi® tebuk pula sedikit 'profile' pada pintu rak ini. 'Profile' itu ditebuk dengan menggunakan 'Roman Ogee router bit'.


Fuhhhh! Penatnya menulis! Banyak juga prosesnya ye...

Oraits! Seterusnya,Rambozzi® akan gam dan skrukan rangka yang ditampal 'plywood' tadi ke bahagian belakang rangka utama rak.


Ok. Rangka yang mempunyai 'plywood' itu sebenarnya mempunyai 2 fungsi utama.

1. Berfungsi sebagai dinding rak;
2. Memastikan sesiku rangka utama rak adalah tepat.


Seterusnya, Rambozzi® skrukan pula pintu tadi ke rak. Ok. Projek Display Rack - Puan Ima ini hampir siap sepenuhnya.

Seterusnya, Rambozzi® perlu 'sanding' keseluruhan rak ini dengan menggunakan 'orbital sander' yang dipasangkan kertas pasir grit 400.

Untuk memudahkan proses mengecat, Rambozzi® cabut dahulu pintu daripada rak.


Kemudian, ia dicat dengan 1 lapisan 'wood stain' berwarna 'Rosewood'.

Oraits! Jika diperhatikan gambar di atas, anak² panah berwarna merah itu menunjukkan kepada beberapa biji 'magnet' yang Rambozzi® "benamkan" ke dalam kayu rak. 'Magnet'² itu akan "menangkap" dan "memegang" besi "pemegang" cermin pada pintu dengan rapat dan kemas.  Ok? Faham tak? Hahahahahaha!


Seterusnya, sapukan pula 2 lapisan 'polyurethane varnish' berwarna 'Rosewood' juga. Dan selesai proses mengecat.

Sekarang, barulah kesemua bahagian akan diskrukan dan menjadi Display Rack - Puan Ima.



Rambozzi® ke rumah Puan Ima untuk menggantungkan rak ini. Dan semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Projek ini siap sepenuhnya! Yay!



Kereta² mainan berjaya disusun dengan kemas di dalam rak. Dapat dilihat dengan jelas, besi² yang "memegang" cermin itu pada pintu rak. Besi itu akan melekat pada 'magnet'² yang dibenamkan ke dalam kayu rak itu. Sangat ringkas, sangat mudah, sangat Rambozzi®!


Semasa Rambozzi® sedang menebuk lubang di dinding untuk menggantung Display Rack - Puan Ima ini, Puan Ima tak habis² memuji hasil kerja tangan Rambozzi® ini. Rambozzi® nak tebuk dinding pun rasa malu dan tak tenang. Mengekalkan gaya rambut dan aksi yang 'cool', berjaya juga Rambozzi® menebuk lubang dan menggantung rak ini. Fuhhhh! Heh heh heh heh heh heh...

"Cantik! Saya suka sangat! Saya puas hati! Yay!"

Dan ya, Rambozzi® juga amat berpuas hati dengan hasil kerja tangan Rambozzi® ini. Ia tidaklah sesusah dan sekompleks mana, ia masih lagi nampak dan ada 'feel' Rambozzi®.

Projek ini dibuat atas dasar dan atas nama "cinta". 'with Love...'Rambozzi® berjaya menyiapkannya. 'with Love...'Puan Ima berpuas hati dan suka. 'with Love...'Rambozzi® ambil gambar di atas untuk dimuatkan ke dalam 'entry' ini. Dan 'with Love...' juga, Rambozzi® secara tidak sengaja telah terambil gambar sesuatu yang indah di kaca televisyen itu.

Ada perkataan "Cinta" tertera di kaca televisyen itu. Tidak! Rambozzi® tidak 'edit' tulisan di kaca televisyen itu! Tidak! Ia hanyalah secara kebetulan sahaja.

Mungkinkah ia betul² hanyalah satu kebetulan? Atau perkataan "Cinta" itu memang mengikuti Rambozzi® ke mana sahaja? Itu adalah "misteri woodworking" Rambozzi® ini... Itu adalah "misteri Cinta" Rambozzi® ini... Itu adalah "misteri" Rambozzi®...

Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri...

Dan jangan biarkan diri anda diselubungi Rambozzi®...

Kerana diriku, begitu berharga..... 

Heh heh heh heh heh.....



6 Comments

  1. Hai Rambozzi, selamat Hari Raya,,,lewat sikit hihihi

    Saya suka kabinet ni. Tapi sebagai teman woodworker seperjuangan, saya segan order dari Rambozzi. Saya akan DIYkan konsep serupa. Added to my "to-do list". Terima kasih sebab kongsi process membuatnya.

    Happy woodworking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Bruce. Selamat Hari Raya hehe..

      Ahh janganlah Bruce cuba nak order dari Rambozzi ni ye. Bruce punya woodworking tu bkn calang2 juga hehehehe...

      Tidak ada proses yg susah pun. Semuanya hanya Pertukangan Kayu Ringkas & Mudah. Kalau Bruce dah buat nnt, wassap je kat Rambozzi ye..

      Happy Woodworking!

      Delete
    2. Aik!!!
      Apasal Mat B tu pegang angle grinder?
      Dia guna potong cermin ke?

      Delete
    3. Aikk!!!
      Mat B tu guna angle grinder tu nak grind bucu² tajam kat kaca tu la hehehe...

      Delete
  2. Klu letak kereta, maknanya rak ni memang kena level & square habis lah kan, idak nnti kereta bergolek ...
    Brp tebal kaca pintunya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Rangka utama dipastikan tepat sesikunya, setiap para dipasang dgn memastikan ianya adalah level dan pemasangan di dinding juga mestilah level.

      Kaca tu tebal 5mm.

      Delete