- Rak Alatan Jahitan Kak Dilah


Ok, kali nie Rambozzi® dapat tempahan dari Kak Dilah yang mahukan sebuah rak yang khusus untuk dia menyimpan / menyusun peralatan jahitannya. Kak Dilah sendiri yang bagi design nie, dan juga ukurannya sekali. Sebelum nie, Kak Dilah pernah tempah Meja Oven Kak Dilah. Jadi, Kak Dilah nie merupakan antara pelanggan pertama Rambozzi® la. Ok, jom start woodworking untuk Rak Alatan Jahitan Kak Dilah nie!


Macam biasa, mula² sekali Rambozzi® potong dulu kayu² kepada saiz² yang diperlukan. Untuk rak nie Rambozzi® gunakan kayu 2*2, kayu 1*2 dan beberapa kepingan chipboard. Itu mengikut pada plan asal la. Apa akan jadi dan apa masalah akan timbul Rambozzi® tak tahu lagi nie hehehehe...


Gambar di atas nie adalah kepingan chipboard yang Rambozzi® dah potong siap² untuk bahagian alas rak nie. Leceh betul la potong chipboard nie. Mesti ada bahagian yang pecah² punye. Tapi takpe, Rambozzi® ada jalan penyelesaian untuk menangani masalah itu...


Haaa untuk bahagian kaki dan lain² yang menggunakan kayu nie yang paling Rambozzi® suka sekali, sebab boleh tebuk pocket hole lagi hehehehe...


Ok dah siap tebuk pocket hole untuk kaki rak nie. Sekarang Rambozzi® nak sambungkan kaki² tu dan gam dan skru.


Ok, dah siap pasang nie dah jadi macam rangka untuk kerusi la pulak... Tapi Rambozzi® cuma ikut ukuran yang Kak Dilah nak je... Emmm tunggu tengok la apa jadi nanti, rak ke atau kerusi ke...


Seterusnya, untuk menyambungkan kaki² tu tadi, Rambozzi® potong dan tebuk pocket hole siap² kayu² nie dulu.


Ok, rangka rak nie dah siap dipasang, sekali dengan bahagian alasnya yang warna hitam tu. Sebenarnya Rambozzi® balut chipboard tu dengan stiker sbb nak cantikkan sisi² chipboard yang pecah² masa potong sebelum tu. Dan untuk menambahkan lagi kecantikannya, Rambozzi® gamkan veneer / kulit kayu tu pada setiap sisi alas tu. Cuma disebabkan dimension berdasarkan ukuran yang Kak Dilah bagi tu, rak nie dah nampak macam kerusi pulak. Rambozzi® ok je, Rambozzi® cuma ikut kehendak pelanggan. Kena tunggu tengok bila dah siap nanti la jadi macam mana...


Gambar atas, pandangan rak dari sisi. Untuk bahagian kaki, Rambozzi® gamkan kayu lain supaya tebal sikit tapaknya tu, sebab Kak Dilah nak rak nie ada roda.


Seterusnya Rambozzi® potong lagi kayu dan tebuk pocket hole siap², untuk bahagian atas rak.


Ok, kesemua bahagian rak nie dah siap dipasang, bahagian atas dan juga roda²nya. Untuk bahagian atas dan bawah alas rak nie, Rambozzi® gamkan wood veneer untuk menambahkan kecantikan design rak nie.


Gambar di atas nie adalah rak dari pandangan hadapan.


Dan gambar di atas pula adalah rak dari pandangan sisi. Rak nie dah siap sepenuhnya, cuma tinggal nak sanding dan akhir sekali cat.


Dan akhirnya, siap jugak Rak Alatan Jahitan Kak Dilah nie. Untuk rak nie, Rambozzi® cat dengan varnish sebanyak tiga lapisan berselang seli dengan "sanding" la, macam biasa..


Ini adalah rak dari pandangan atas. Adus...rak ni sangat susah nak dicat.


Ok siap sepenuhnya rak nie. Rambozzi® sendiri tak tahu apa kegunaan rak nie untuk alatan jahitan Kak Dilah tu. Tapi kalau ini menepati kehendak dan design Kak DilahRambozzi® pun tumpang happy sekali la. Apa² pun, Rambozzi® harap Kak Dilah suka dan berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi® kali nie.. 

Seterusnya, Rambozzi® nak siapkan pulak satu lagi projek Kak Dilah nie iaitu, Rak Buku Kak Dilah...
--------------------------------------------------

Haaa...ini gambar daripada Kak Dilah..Dan barulah Rambozzi® tahu kegunaan rak tu. Macam tu rupanya hahahahaha...


Rambozzi® rasa bangga dan berbesar hati dapat melihat satu lagi hasil kerja Rambozzi® "berjaya" digunakan dengan seadanya...

0 Comments