Seterusnya
Rambozzi® akan cantumkan kesemua kayu²
'pine' tu untuk dijadikan
'table top' dan juga bahagian
'shelf' bawah untuk
'cart' nie.
Untuk projek sebelum nie,
Rambozzi® terlupa nak tunjukkan gambar proses pemasangan
'table top' tu. Kali nie
Rambozzi® kongsikan heh heh heh. Sebenarnya,
Rambozzi® cantumkan kesemua kayu²
'pine' tu menggunakan
Black & Decker® Workmate 225 tu. 'Workmate' tu membantu memudahkan proses pemasangan seperti itu. Tapi malangnya kalau untuk saiz kayu seperti dalam gambar di atas tu, setakat 3 keping papan tu boleh la, sebab 'bukaan' meja tu tidaklah luas sangat...
Ok, dah siap pasang dan cantumkan kesemua bahagian utama untuk Microwave Oven Cart Yuzie nie. Seterusnya adalah proses memasang kesemua bahagian² tu menjadi sebuah meja atau 'cart'.
Mula² Rambozzi® skrukan dulu
'shelf' atau para untuk bahagian bawah tu
(apa nama dia ye...). Sebabnya, papan² yang telah dicantumkan itu akan membantu menepatkan lagi sesiku kaki² meja tu. Selepas itu barulah
Rambozzi® skrukan pula
'table top'nya.
Ok, dah siap pasang Microwave Oven Cart Yuzie nie. Dan untuk projek kali nie, Rambozzi® nak kongsikan satu teknik atau
'skill' ataupun
'trick' - bagaimana nak pasangkan kaki meja tu ke
'table top'nya, dengan tepat di tengah², dengan mudah.
Teknik nie
Rambozzi® belajar daripada seorang
'otai' tukang besi di
Kuantan tidak berapa lama dulu, iaitu sebelum
Rambozzi® menjadi
Rambozzi® heh heh heh.
Ada bermacam cara nak pasang kaki meja tu ke
'table top' dengan tepat di tengah². Tapi teknik yang
Rambozzi® nak kongsikan nie adalah yang paling mudah dan cepat. Pertama sekali, ukur dan tandakan satu garisan tengah untuk setiap sisi meja tu. Kalau mengikut gambar di atas,
Rambozzi® tunjukkan dengan
anak² panah berwarna
merah tu. Untuk teknik mengukur dan menanda tu boleh lihat di dalam
'entry' sebelum nie kat
sini.
Kedua, ukur dan tandakan satu garisan tengah untuk kaki meja tu pula (lihat
anak² panah berwarna
kuning).
Rambozzi® nie tak pandai sangat dalam bab² memberi penerangan dan penjelasan nie, tapi boleh tengok gambar di atas. Bila dah tanda kesemua garisan² tengah tu, barulah diletakkan kaki meja ke atas
'table top', dan
'align'kan atau
'temu'kan
kesemua garisan tu supaya bertemu dengan tepat. Selepas itu barulah diskrukan dengan kemas. Dengan teknik nie, kita boleh mendapat hasil pemasangan yang sangat tepat, selain daripada dapat memastikan kesemua sesiku juga adalah tepat.
Ok, dah siap pun proses pemasangan
Microwave Oven Cart Yuzie nie. Kalau melihat daripada gambar di atas, anak² panah tu menunjukkan kepada
'pertemuan' di antara sesiku kayu² 'pine' tu dan juga
sesiku kaki² meja tu. Papan hasil daripada cantuman kayu²
'pine' tu -
kalau ianya diukur, dipotong dan dipasang dengan tepat - bila dipasangkan ke kaki meja, akan membantu menepatkan lagi sesiku kesemua bahagian tersebut. Hmmm...
Rambozzi® akui agak susah untuk
Rambozzi® mencari perkataan yang sesuai untuk menerangkan maksud
Rambozzi® nie... Tapi
Rambozzi® cuba yang terbaik.
Seterusnya,
Rambozzi® akan
'sanding' keseluruhan meja atau
'cart' nie. Bermula dengan kertas pasir
80 grit. Disusuli pula dengan
'sanding' menggunakan kertas pasir
120 grit. Dan akhir sekali dengan menggunakan kertas pasir
220 grit. Untuk proses mengecat, antara setiap lapisan cat
Rambozzi® akan
'sanding' lagi dengan menggunakan kertas pasir
220 grit. Itulah yang biasa
Rambozzi® lakukan untuk mendapatkan hasil sapuan cat yang sekata, kemas dan cantik.
Tapi, itu untuk projek² sebelum nie. Untuk projek
Microwave Oven Cart Yuzie nie,
Rambozzi® 'terpaksa' mencari satu teknik baru. Sebabnya,
Yuzie nak meja nie dicat dengan warna putih, tidak
'solid', agak
'vintage' (katanya) dan pastikan nampak alur atau
ira kayunya (katanya lagi).
Rambozzi® dah
'try test' cat pada sebatang kayu terbuang menggunakan berus dan
Rambozzi® tak mendapat hasil yang dikehendaki.
Rambozzi® tak pernah menghadapi masalah macam nie sebelum nie. Ini pertama kali dan bagi
Rambozzi® -
agak kritikal!
Ok, gambar di atas tu sebenarnya adalah gambar pertama yang
Rambozzi® tunjukkan kepada
Yuzie sebelum
Rambozzi® mulakan projek nie.
Rambozzi® cuba cat pada kayu terbuang tu untuk melihat bagaimana hasilnya selepas dicat putih nanti. Mula²
Rambozzi® cat dengan menggunakan berus tetapi hasilnya sangat teruk dan menutupi ira kayu tu. Jadi
Rambozzi® lap semula kayu tu dengan kain untuk menanggalkankan cat tu - dan ketika itulah
Rambozzi® mendapat ilham yang sangat hebat. Ya,
Rambozzi® akan cat
Microwave/Oven Cart Yuzie nie dengan menggunakan kain! Gambar di atas tu adalah hasilnya selepas dicat menggunakan kain.
Rambozzi® tunjukkan gambar nie kepada
Yuzie dan
Yuzie suka dan memang macam itulah yang diinginkannya.
Rambozzi® akan 'nipiskan' lagi cat tu dengan turpentin dan akan cat projek nie mungkin sebanyak 2 atau 3 ataupun lebih lapisan cat. Berapa banyak lapisan tu bergantung kepada bagaimana hasilnya nanti.
"Satu perkara yang sangat berguna yang Rambozzi® belajar daripada projek kali nie - kalau 'test' cat pada sekeping kayu terbuang memanglah senang dan terus mendapat hasil yang diinginkan, tapi untuk sebuah meja tidaklah semudah itu..."
Selepas berhempas-pulas 'menggosok'
Microwave/Oven Cart Yuzie nie dengan kain dan cat minyak berwarna putih, akhirnya siaplah projek nie. Untuk permukaan
'table top' dan juga bahagian
'shelf' bawah
'cart' nie
Rambozzi® cat sebanyak 3 lapisan. Dan untuk bahagian kaki tu pula
Rambozzi® cat dengan menggunakan berus sebanyak 4 lapisan, sebab kayu tu bukan kayu 'pine' jadi kayu tu agak susah nak dicat. Cat putih tu cepat sangat meresap ke dalam kayu tu sebab tu
Rambozzi® terpaksa cat dengan banyak lapisan. Hmmm...
Rambozzi® kena belajar lagi cara dan teknik mengecat....
Gambar di atas tu
Rambozzi® tunjukkan kepada
Yuzie dan
Yuzie cakap,
"Saya suka!".
Rambozzi® rasa, itu adalah satu respon yang sangat membanggakan
Rambozzi®. Sungguh
Rambozzi® katakan, bukan senang (bagi
Rambozzi®) nak cat warna putih. Sebab tu kebanyakan projek²
Rambozzi® dicat dengan
'polyurethane varnish'.
Rambozzi® rasa,
'varnish' lagi mudah 'dikawal' daripada cat minyak warna putih yang memang tak boleh 'dikawal'! Jadi, bila
Yuzie kata
Yuzie suka, maka hilanglah segala kepenatan
Rambozzi®...
"...tapi AWAS! Cantik di dalam gambar tidak bermakna cantik di depan mata! Rambozzi® amat maklum akan hal nie dan Rambozzi® kena bersedia dengan apa jua reaksi dan keputusan Yuzie, atau mana² pelanggan Rambozzi® nanti. Itu risiko dan cabaran yang Rambozzi® kena hadapi dengan positif..."
Maaf, gambar²nya agak
'blur' dan kurang berkualiti. Mungkin
Rambozzi® kena beli kamera yang mahal sikit dan belajar
'photography' pulak selepas nie heh heh heh...
Rambozzi® harap
Yuzie suka dan berpuas hati dengan hasil kerja
Rambozzi® kali nie. Projek
Coffee Table Yuzie dan
Microwave/Oven Cart Yuzie nie mengajar
Rambozzi® beberapa perkara baru. Ilmu dan pengalaman yang sangat berharga dan berguna untuk memantapkan lagi kerja tangan
Rambozzi®.
Rambozzi® betul² berharap agar
Yuzie suka dan berpuas hati dengan
Coffee Table Yuzie dan
Microwave/Oven Cart Yuzie.
Terima kasih banyak²,
Yuzie.