Rambozzi® pernah mengalami satu keadaan di mana, setiap kali Rambozzi® cuba nak ukur dan nak menanda dengan tepat di tengah², Rambozzi® dihalang oleh matematik yang susah dan 'lambat'. Hmmm... macam mana Rambozzi® nak terangkan dengan perkataan yang lebih mudah... Ok, macam ni, jom tengok gambar je la heh heh heh heh...
Ok, lihat gambar di atas. Bagaimanakah cara nak ukur dan tanda di mana kedudukan atau garisan tengahnya?
Biasanya kita akan ukur panjang atau lebar keseluruhan sesuatu permukaan atau ruangan tu. Dan kita akan bahagikan dengan 2 supaya dapat ukuran tengahnya.
Kalau nombornya senang nak dibahagikan tu takpelah. Tapi kalau macam gambar di atas, lebar atau panjang permukaan tu adalah 19 INCI 1/2 HUN atau 19 1/16 INCI atau 19.0625 INCI, kan dah payah nak bahagi tu. Apakah cara paling senang?
Senang je. Lihat gambar di atas. Rambozzi® letakkan pembaris tu dengan memastikan bahawa nombor 0 berada tepat rapat ke sisi meja tu. Dan sengetkan atau tolakkan pembaris tu ke atas (label 1) sehingga selari dengan nombor yang kita senang nak bahagikan. Dalam kes di atas, Rambozzi® 'pilih' 20.
20 bahagi 2 sama dengan 10. Jadi Rambozzi® tandakan di kedudukan 10 tu. Itu adalah kedudukan tengah untuk meja di atas. 'Simple' je. Tak payah pening² kepala dengan nombor² yang susah nak dibahagikan.
Jadi, bila kita nak menanda di atas sesuatu permukaan, pastikan tandaan kita tu pun 'senang dibaca' dan tidak mengelirukan. Tandaan sepeti label A tu ok, boleh digunapakai, tapi akan mengelirukan. Jadi tandalah seperti tandaan berlabel B atau C di atas. Semua tukang menggunakan tandaan seperti B dan C tu. Tandaan seperti itu akan memudahkan mata kita melihat di mana kedudukan tandaan itu yang sebenarnya.
Bila dah tanda tu, dengan menggunakan SESIKU L atau SQUARE atau COMBINATION SQUARE, lukis satu garisan tepat² di kedudukan tandaan tadi. Garisan tu bila perlu je la. Bergantung pada projek yang kita nak buat.
Ok, Rambozzi® dah dapat tandaan dan garisan tengah untuk meja atau permukaan di atas.
Jadi, kita memang boleh elakkan masalah matematik yang rumit dalam kerja² pertukangan kayu atau dalam hal² lain juga. Cuma, nak jumpa teknik dan 'trick' tu je yang ambil masa, kena banyak 'mengembara' dulu baru jumpa benda² yang 'ringkas tapi tak terfikir dek otak' macam tu. Otak Rambozzi® memang tak terfikir la benda² macam tu, apatah lagi matematik...
Bila dah biasa dengan teknik 'mencari' tengah tu, senang la kita nak bahagikan apa² nombor pun, bukan setakat nak ukur dan tanda kedudukan tengah je. Hmmm... nanti kot² terjumpa atau 'terbelajar' lagi teknik² macam nie Rambozzi® akan kongsi lagi...
DIY
Kerja Kayu
Kerja Plastik
Melayu Malaysia
Perabot
Peralatan Pertukangan Kayu
Tips&Tricks
Tools
Woodworking
1 Comments
slm tuan Rambozzi...kat mana tuan beli measurement tape tu dn brand apakah...sebab special dia ada 1/4/1/2 dan 3/4 ?
ReplyDelete