Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

...hari ini dalam sejarah...

14 Mei 2014, MALAYSIA: Atas dasar minat, untuk perkongsian ilmu dan untuk perkembangan sektor pertukangan kayu secara D.I.Y di Malaysia, Rambozzi® hari ini melancarkan Facebook Community Page - Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia untuk para 'woodworker' di Malaysia. Komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia ini boleh dilayari di Facebook. Juga Rambozzi® sertakan 'url' untuk komuniti ini di sini: 

https://www.facebook.com/pertukangankayudiymalaysia
Komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia

Di sini Rambozzi® nak kongsikan serba sedikit informasi mengenai komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia" ini. Komuniti ini diwujudkan dengan tujuan untuk mengumpulkan para peminat, penggiat seni pertukangan kayu secara D.I.Y di Malaysia. Komuniti ini bertujuan untuk berkongsi segala maklumat berkaitan dengan kerja² pertukangan kayu. Komuniti ini juga fokus ke arah pendidikan dan ilmu pengetahuan. Segala perkongsian ilmu diharapkan akan membantu menyuburkan sektor pertukangan kayu D.I.Y di Malaysia melalui komuniti ini.

Di laman Facebook komuniti ini boleh dikongsikan hasil² kerja pertukangan kayu semua penggiat seni pertukangan kayu D.I.Y ini. Juga amat dialu²kan sebarang bentuk ilmu, 'tips & tricks', maklumat² berkaitan peralatan pertukangan kayu atau 'tools', teknik² pertukangan kayu, cadangan, komen mahupun aduan. Di dalam komuniti ini, tidak ada sesiapa yang lebih pandai dan tidak ada sesiapa yang kurang pandai di dalam membuat kerja² pertukangan kayu. Perkongsian ilmu dan pengalaman kerja² pertukangan kayu yang lebih utama.

Buat masa sekarang, Rambozzi® sendiri tidak tahu berapa ramai yang akan memeriahkan komuniti ini. Rambozzi® sendiri tidak tahu sama ada komuniti akan berjaya membuahkan hasil ataupun gagal. Tapi Rambozzi® mulakan langkah pertama ini dengan berani dan yakin, dan Rambozzi® mengharapkan usaha ini akan berjaya. Mungkin sudah wujud beberapa komuniti seperti ini di Malaysia tetapi tidak salah jika diwujudkan satu lagi atau lebih untuk 'merancakkan' lagi bidang dan minat kita bersama ini.

Rambozzi® sangat² mengharapkan agar dapat melihat hasil² kerja pertukangan kayu di laman Facebook komuniti nanti. Rambozzi® bukan tukang kayu yang profesional, Rambozzi® juga amatur. Tapi Rambozzi® berani dan yakin dengan usaha bersama kita nanti. Rambozzi® juga mengharapkan agar akan wujud lebih banyak blog atau laman web untuk kerja² pertukangan kayu ini. Malaysia agak ketinggalan dalam bidang ini di media sosial, tetapi tidak pernah terlambat untuk kita sama² mulakan.

- Rambozzi®



Baru² nie Rambozzi® menerima mesej daripada seorang pembaca Rambozzi® iaitu Herly dari Palembang, Indonesia. Herly bertanyakan beberapa hal mengenai KREG® Jig dan juga serba sedikit mengenai pertukangan kayu. Jadi, Rambozzi® tuliskan 'entry' kali ini khusus untuk Herly dan juga untuk para 'woodworker' di luar sana.
"Rambozzi® tak tahu berapa ramai orang yang membaca blog Rambozzi® nie. Rambozzi® adalah 'woodworker' yang sangat amatur tapi Rambozzi® akan cuba sebaik mungkin untuk berkongsi apa yang Rambozzi® tahu melalui pengalaman Rambozzi®."
Rambozzi® rasa antara perkara yang menarik perhatian Herly ke blog Rambozzi® nie adalah hal² berkaitan pertukangan kayu dan juga KREG® Jig. Ini juga menunjukkan bahawa blog Rambozzi® nie berada di landasan yang betul dan menuju ke arah yang Rambozzi® harapkan iaitu bertujuan untuk berkongsi ilmu dan mengumpulkan geng² yang meminati kerja² pertukangan kayu heh heh heh heh.

Jadi, Herly nie baru saja menerima KREG® Jig R3 yang di'order'nya secara 'online'. Dan perkara pertama yang Herly nie buat adalah, mengirimkan gambar²nya kepada Rambozzi® (sebenarnya Rambozzi® yang minta Herly hantarkan gambar² tu heh heh heh).




Sama seperti Rambozzi® ketika mula² mendapat KREG® Jig tidak berapa lama dulu (lihat KREG® POCKET HOLE JIG!!!), Herly juga sangat teruja menerima barang nie.


Jadi, Herly nie bertanya kepada Rambozzi® beberapa soalan berkaitan KREG® Jig dan juga asas di dalam pertukangan kayu yang "Rambozzi® tak tahu nak jawab macam mana sebenarnya" heh heh heh heh.... Tapi Rambozzi® akan cuba menjawab soalan Herly tu sebaik mungkin, dengan cara Rambozzi®.


Ok, sebelum tu, Rambozzi® nak pesan kepada Herly dan juga sesiapa yang menggunakan KREG® Jig nie, "AWAS!!! BERHATI² KETIKA MENGGUNAKAN KREG® STEP DRILL BIT TU! JANGAN BIARKAN KREG® STEP DRILL BIT TU TERJATUH KE LANTAI" (sila lihat gambar di atas). Sebab, 'drill bit' tu mudah tumpul dan lebih teruk lagi, patah! Kalau nak beli semula ia sangat mahal dan susah didapati.


Gambar di atas Rambozzi® "pinjam" dari laman web KREG® sendiri heh heh heh. Rambozzi® kongsikan di sini sebagai peringatan dan untuk panduan kita bersama. Kalau patah 'drill bit' tu, buang je lah, memang dah tak boleh digunakan lagi... Jadi, baik kita berhati² sebelum kena.

 VS

Berbalik kepada soalan Herly tadi, Herly terkeliru dengan teknik pemasangan yang sesuai dan kukuh untuk sesuatu projek 'woodworking'. Terus-terang Rambozzi® katakan di sini, Rambozzi® tidak ada jawapan yang tepat untuk soalan tu sebab Rambozzi® bukan pakar atau profesional di dalam bidang nie. Rambozzi® amatur! Tapi Rambozzi® akan jawab berdasarkan pengalaman dan 'pemahaman' Rambozzi®.

Ok, lihat gambar di atas. Teknik pemasangan atau penyambungan di atas adalah dengan menggunakan 'pocket hole' yang berbeza². Gambar A - kayu itu diskrukan ke kaki²nya. Gambar B - kaki² diskrukan ke kayu. Nampak macam sama tapi memang sangat berbeza. Jadi, soalan Herly tadi senang je - yang mana antara kedua tu yang lebih kuat dan kukuh? Rambozzi® pilih cara B. Sebab kayu tu 'duduk' di atas kaki²nya. Oh ya, ini bukan jawapan yang tepat, ini hanya pendapat Rambozzi®.


Sebab Rambozzi® memilih cara B adalah berkait rapat dengan beban. Untuk sesuatu projek 'woodworking' kita perlu tahu projek tu akan digunakan untuk apa. Berapa berat beban yang akan diletakkan ke atasnya nanti. Kita sendiri yang tentukan cara pemasangan yang bersesuaian dengan beban yang akan ditanggung perabot itu nanti. Kalau dilihat gambar di atas, kayu yang diskrukan ke kaki² akan lebih kuat dan kukuh sebab kayu itu 'ditampung' oleh kaki²nya. Ini bukan teori Rambozzi®, ini hanyalah logik akal dan fizik yang asas - pada pendapat dan 'ilmu' Rambozzi® la kan heh heh heh.


Dan untuk mengukuhkan lagi sambungan tu, Rambozzi® biasanya akan gunakan gam kayu seperti di dalam gambar di atas. KREG® sendiri mencadangkan penggunaan kayu untuk sambungan 'pocket hole'. Ini bukan cadangan Rambozzi®, ini cadangan dari KREG® sendiri! Jadi, pilihlah gam kayu yang berkualiti dan dijamin kuat.


Sekarang mari kita lihat contoh projek Rambozzi® yang masih dalam proses nie. Ok, pemilihan kayu untuk projek seperti di atas biasanya Rambozzi® tentukan selepas mendapat persetujuan daripada pelanggan Rambozzi®, berdasarkan ukuran, 'design' dan semestinya bajet pelanggan itu sendiri.


Untuk sambungannya, Rambozzi® menggunakan cara A tadi.


Logiknya, sambungan itu nampak tidak berapa kukuh. Tapi Rambozzi® tidak risau sangat. Sebab nanti akan diskrukan pula 'table top' ke atasnya. Cantuman kedua² bahagian tu akan menguatkan lagi binaan tu. Itu logiknya, kan?


Untuk bahagian para di bawahnya, Rambozzi® akan skrukan ke rangka rak nie. Logiknya, para tu mungkin akan roboh atau runtuh ke bawah jika diletakkan beban yang terlalu berat ke atasnya.


Tapi Rambozzi® tak risau. Sebab Rambozzi® akan skrukan sebatang lagi kayu di bawahnya sebagai sokongan atau 'support' untuk para tu. 
 

Itu hasilnya selepas dipasang diskrukan kesemuanya. Para tu akan diskrukan ke rangka rak dan di bawahnya ada kayu sokongan. Rambozzi® rasa, itu sangat kuat dan kukuh. Rak tu akan digunakan untuk diletakkan 'microwave/oven'. Dan Rambozzi® rasa, teknik Rambozzi® tu sesuai dan kukuh untuk menampung beban 'microwave/oven'.

Jadi, Herly, jangan risaukan teknik yang betul dan tepat untuk sesuatu sambungan kayu tu. Yang pentingnya, kita tahu di mana kita perlu kukuhkan sesuatu binaan tu. Kita sendiri yang tentukan teknik pemasangannya. Kalau ada kelonggaran atau ada bahagian yang tidak berapa kemas atau kukuh, kita juga yang akan memastikannya kuat dan kukuh. Ingat, kita yang buat dan kita yang berkuasa untuk menentukan kejayaan sesuatu projek 'woodworking' tu.

Di dalam dunia 'woodworking' secara D.I.Y nie, kita adalah 'master'. Kita adalah raja. "We are lions!" Heh heh heh heh. Jadi, jangan takut mencuba. Jangan takut dengan kesilapan. Rambozzi® banyak belajar dari kesilapan Rambozzi® sendiri. Tapi Rambozzi® takkan berputus asa. Rambozzi® akan cuba sebaik mungkin untuk kejayaan Rambozzi®. Dunia 'woodworking' nie adalah satu²nya tempat yang Rambozzi® amat minati. Ya, Rambozzi® masih amatur, tapi itu bukan penghalang untuk Rambozzi® terus berada dan berjaya di dalam dunia 'woodworking' nie!



Aduh...baru² nie Rambozzi® rajinkan diri dan tabahkan hati mempelajari sesuatu yang baru iaitu SketchUp. SketchUp nie adalah satu program untuk merekabentuk produk, plan, 'design' perabot dan macam² lagilah kegunaannya. Rambozzi® memang tak pandai langsung merekabentuk perabot menggunakan komputer. Tapi, geng² 'woodworker' orang putih tu kata, di zaman sosial media nie, selain daripada 'cool tools' seperti KREG® Jig, mesin² Bosch atau DeWalt, SketchUp juga adalah antara 'tools' yang wajib ada pada seseorang 'woodworker'. Jadi, Rambozzi® juga tidak mahu ketinggalan dan Rambozzi® cuba belajar serba sedikit untuk kegunaan Rambozzi®. Tapi, daripada 10 yang diajar, 1 1/2 je lah yang Rambozzi® faham dan dapat heh heh heh heh.....


Sebagai permulaan, Rambozzi® belajar dan cuba buat 'design' yang mudah dan ala-Rambozzi® dulu. Lagipun, kalau dilihat pada hasil² kerja tangan Rambozzi®, mana ada 'design' yang susah pun. Semua yang Rambozzi® buat adalah 'woodworking' yang sangat mudah dan sangat asas.

Mungkin selepas nie, Rambozzi® akan cuba masukkan lakaran daripada SketchUp di dalam 'post' Rambozzi® untuk sesuatu projek. Tapi, mana yang Rambozzi® boleh 'design' je la kan heh heh heh.. Ok, jom mulakan SketchUp pertama untuk 'woodworking' kali nie!

Ok, itu yang pertama yang Rambozzi® 'design'. 'Coffee table' yang lebih kurang sama dengan projek Rambozzi® sebelum nie iaitu Coffee Table Yuzie. Itulah percubaan pertama Rambozzi® menggunakan SketchUp. Sangat ringkas dan mudah. Nampak macam mudah tapi berjam² jugak Rambozzi® cuba siapkan 'design' tu heh heh heh...


Gambar di atas pula adalah 'design' kedua Rambozzi® menggunakan SketchUp. Juga 'coffee table' tapi dengan sedikit kelainan terutamanya bahagian kaki meja dan 'mitered corner' untuk bahagian 'table top'.



Dan 2 gambar di atas pula Rambozzi® dah 'advance' sedikit (heh heh heh). Dan 2 SketchUp tu sebenarnya juga adalah projek terbaru Rambozzi® yang masih di dalam proses pemasangan. Dan terus-terang Rambozzi® katakan di sini, hasil kerja Rambozzi® nanti memang akan berbeza daripada 'design' SketchUp sebab Rambozzi® bekerja dengan teknik, pengalaman dan cara kerja yang Rambozzi® tahu sahaja. Jadi, memang cantik 'design' la daripada hasil kerja sebenar nanti heh heh heh heh.....

Apa² pun, Rambozzi® rasa SketchUp nie tidaklah susah sangat untuk dipelajari dan digunakan. Lagipun, bukan semua 'function' yang ada di dalam SketchUp akan Rambozzi® gunakan. Rambozzi® hanya akan belajar dan gunakan mana² yang berkaitan dengan kerja Rambozzi® sahaja. Kalau nak dipelajari kesemua teknik dan 'skill' di dalam SketchUp nie, Rambozzi® rasa baik Rambozzi® mantapkan lagi teknik 'woodworking' Rambozzi®, kan? Kan? Kan?

p/s: Rambozzi® rasa, kalau orang² di dalam bidang I.T seperti Herly (kenalan Rambozzi® dari Palembang, Indonesia) buat 'design' menggunakan SketchUp nie, hasilnya pasti lagi dahsyat. Racun style Herly! heh heh heh...



Seperti yang Rambozzi® 'post'kan sebelum nie, Yuzie menempah dua perabot daripada Rambozzi®. Microwave Oven Cart Yuzie nie sebenarnya adalah 100% idea Yuzie sendiri. Rambozzi® cuma cuba buat yang terbaik untuk Yuzie. Dan Yuzie dah pun memberikan saiz 'microwave' ataupun 'oven'nya kepada Rambozzi®, dan juga saiz meja atau 'cart' yang dimahukan Yuzie. Jadi, jom mulakan 'woodworking' kedua untuk Yuzie - Microwave Oven Cart Yuzie.

"Kalau sebelum nie Rambozzi® ada nyatakan betapa 'deep' dan 'feel'nya Yuzie nie, projek nie sebenarnya lagi 'deep' dan 'feel'! Sebabnya, Yuzie nakkan projek nie dicat dengan warna putih - bukan 'solid' tapi agak 'rustic' ataupun 'vintage' - supaya menampakkan ira kayunya dengan jelas. Aduh...berat dan payah Rambozzi® nak terangkan, berat dan payah lagi Rambozzi® nak cat supaya kena dengan citarasa Yuzie tu..."


Untuk projek Microwave Oven Cart Yuzie nie, Rambozzi® akan gunakan kayu² 1x2 dan juga kayu² 'pine' sebagai 'table top'nya. Gabungan dua jenis kayu nie pun Rambozzi® dah dapat persetujuan daripada Yuzie. Dan gabungan penggunaan kedua² jenis kayu nie juga adalah berdasarkan kepada bajet Yuzie. Jadi bila Yuzie dah setuju, Rambozzi® pun potong la kayu² tu kepada ukuran² dan saiz² yang diperlukan...


Projek nie pun Rambozzi® siapkan dengan teknik 'pocket hole joinery'. Gambar di atas adalah rangka utama untuk projek nie. Yuzie nakkan meja nie beroda, jadi Rambozzi® pasangkan siap² 'caster' tu supaya senang nak dialih²kan.


Seterusnya Rambozzi® akan cantumkan kesemua kayu² 'pine' tu untuk dijadikan 'table top' dan juga bahagian 'shelf' bawah untuk 'cart' nie.


Untuk projek sebelum nie, Rambozzi® terlupa nak tunjukkan gambar proses pemasangan 'table top' tu. Kali nie Rambozzi® kongsikan heh heh heh. Sebenarnya, Rambozzi® cantumkan kesemua kayu² 'pine' tu menggunakan Black & Decker® Workmate 225 tu. 'Workmate' tu membantu memudahkan proses pemasangan seperti itu. Tapi malangnya kalau untuk saiz kayu seperti dalam gambar di atas tu, setakat 3 keping papan tu boleh la, sebab 'bukaan' meja tu tidaklah luas sangat...



Ok, dah siap pasang dan cantumkan kesemua bahagian utama untuk Microwave Oven Cart Yuzie nie. Seterusnya adalah proses memasang kesemua bahagian² tu menjadi sebuah meja atau 'cart'.



Mula² Rambozzi® skrukan dulu 'shelf' atau para untuk bahagian bawah tu (apa nama dia ye...). Sebabnya, papan² yang telah dicantumkan itu akan membantu menepatkan lagi sesiku kaki² meja tu. Selepas itu barulah Rambozzi® skrukan pula 'table top'nya.Ok, dah siap pasang Microwave Oven Cart Yuzie nie. Dan untuk projek kali nie, Rambozzi® nak kongsikan satu teknik atau 'skill' ataupun 'trick' - bagaimana nak pasangkan kaki meja tu ke 'table top'nya, dengan tepat di tengah², dengan mudah.


Teknik nie Rambozzi® belajar daripada seorang 'otai' tukang besi di Kuantan tidak berapa lama dulu, iaitu sebelum Rambozzi® menjadi Rambozzi® heh heh heh.

Ada bermacam cara nak pasang kaki meja tu ke 'table top' dengan tepat di tengah². Tapi teknik yang Rambozzi® nak kongsikan nie adalah yang paling mudah dan cepat. Pertama sekali, ukur dan tandakan satu garisan tengah untuk setiap sisi meja tu. Kalau mengikut gambar di atas, Rambozzi® tunjukkan dengan anak² panah berwarna merah tu. Untuk teknik mengukur dan menanda tu boleh lihat di dalam 'entry' sebelum nie kat sini.

Kedua, ukur dan tandakan satu garisan tengah untuk kaki meja tu pula (lihat anak² panah berwarna kuning). Rambozzi® nie tak pandai sangat dalam bab² memberi penerangan dan penjelasan nie, tapi boleh tengok gambar di atas. Bila dah tanda kesemua garisan² tengah tu, barulah diletakkan kaki meja ke atas 'table top', dan 'align'kan atau 'temu'kan kesemua garisan tu supaya bertemu dengan tepat. Selepas itu barulah diskrukan dengan kemas. Dengan teknik nie, kita boleh mendapat hasil pemasangan yang sangat tepat, selain daripada dapat memastikan kesemua sesiku juga adalah tepat.


Ok, dah siap pun proses pemasangan Microwave Oven Cart Yuzie nie. Kalau melihat daripada gambar di atas, anak² panah tu menunjukkan kepada 'pertemuan' di antara sesiku kayu² 'pine' tu dan juga sesiku kaki² meja tu. Papan hasil daripada cantuman kayu² 'pine' tu - kalau ianya diukur, dipotong dan dipasang dengan tepat - bila dipasangkan ke kaki meja, akan membantu menepatkan lagi sesiku kesemua bahagian tersebut. Hmmm... Rambozzi® akui agak susah untuk Rambozzi® mencari perkataan yang sesuai untuk menerangkan maksud Rambozzi® nie... Tapi Rambozzi® cuba yang terbaik.

Seterusnya, Rambozzi® akan 'sanding' keseluruhan meja atau 'cart' nie. Bermula dengan kertas pasir 80 grit. Disusuli pula dengan 'sanding' menggunakan kertas pasir 120 grit. Dan akhir sekali dengan menggunakan kertas pasir 220 grit. Untuk proses mengecat, antara setiap lapisan cat Rambozzi® akan 'sanding' lagi dengan menggunakan kertas pasir 220 grit. Itulah yang biasa Rambozzi® lakukan untuk mendapatkan hasil sapuan cat yang sekata, kemas dan cantik.

Tapi, itu untuk projek² sebelum nie. Untuk projek Microwave Oven Cart Yuzie nie, Rambozzi® 'terpaksa' mencari satu teknik baru. Sebabnya, Yuzie nak meja nie dicat dengan warna putih, tidak 'solid',  agak 'vintage' (katanya) dan pastikan nampak alur atau ira kayunya (katanya lagi). Rambozzi® dah 'try test' cat pada sebatang kayu terbuang menggunakan berus dan Rambozzi® tak mendapat hasil yang dikehendaki. Rambozzi® tak pernah menghadapi masalah macam nie sebelum nie. Ini pertama kali dan bagi Rambozzi® - agak kritikal!



Ok, gambar di atas tu sebenarnya adalah gambar pertama yang Rambozzi® tunjukkan kepada Yuzie sebelum Rambozzi® mulakan projek nie. Rambozzi® cuba cat pada kayu terbuang tu untuk melihat bagaimana hasilnya selepas dicat putih nanti. Mula² Rambozzi® cat dengan menggunakan berus tetapi hasilnya sangat teruk dan menutupi ira kayu tu. Jadi Rambozzi® lap semula kayu tu dengan kain untuk menanggalkankan cat tu - dan ketika itulah Rambozzi® mendapat ilham yang sangat hebat. Ya, Rambozzi® akan cat Microwave/Oven Cart Yuzie nie dengan menggunakan kain! Gambar di atas tu adalah hasilnya selepas dicat menggunakan kain. Rambozzi® tunjukkan gambar nie kepada Yuzie dan Yuzie suka dan memang macam itulah yang diinginkannya. Rambozzi® akan 'nipiskan' lagi cat tu dengan turpentin dan akan cat projek nie mungkin sebanyak 2 atau 3 ataupun lebih lapisan cat. Berapa banyak lapisan tu bergantung kepada bagaimana hasilnya nanti.


"Satu perkara yang sangat berguna yang Rambozzi® belajar daripada projek kali nie - kalau 'test' cat pada sekeping kayu terbuang memanglah senang dan terus mendapat hasil yang diinginkan, tapi untuk sebuah meja tidaklah semudah itu..."

Selepas berhempas-pulas 'menggosok' Microwave/Oven Cart Yuzie nie dengan kain dan cat minyak berwarna putih, akhirnya siaplah projek nie. Untuk permukaan 'table top' dan juga bahagian 'shelf' bawah 'cart' nie Rambozzi® cat sebanyak 3 lapisan. Dan untuk bahagian kaki tu pula Rambozzi® cat dengan menggunakan berus sebanyak 4 lapisan, sebab kayu tu bukan kayu 'pine' jadi kayu tu agak susah nak dicat. Cat putih tu cepat sangat meresap ke dalam kayu tu sebab tu Rambozzi® terpaksa cat dengan banyak lapisan. Hmmm... Rambozzi® kena belajar lagi cara dan teknik mengecat....

Gambar di atas tu Rambozzi® tunjukkan kepada Yuzie dan Yuzie cakap, "Saya suka!". Rambozzi® rasa, itu adalah satu respon yang sangat membanggakan Rambozzi®. Sungguh Rambozzi® katakan, bukan senang (bagi Rambozzi®) nak cat warna putih. Sebab tu kebanyakan projek² Rambozzi® dicat dengan 'polyurethane varnish'. Rambozzi® rasa, 'varnish' lagi mudah 'dikawal' daripada cat minyak warna putih yang memang tak boleh 'dikawal'! Jadi, bila Yuzie kata Yuzie suka, maka hilanglah segala kepenatan Rambozzi®...
"...tapi AWAS! Cantik di dalam gambar tidak bermakna cantik di depan mata! Rambozzi® amat maklum akan hal nie dan Rambozzi® kena bersedia dengan apa jua reaksi dan keputusan Yuzie, atau mana² pelanggan Rambozzi® nanti. Itu risiko dan cabaran yang Rambozzi® kena hadapi dengan positif..."



Maaf, gambar²nya agak 'blur' dan kurang berkualiti. Mungkin Rambozzi® kena beli kamera yang mahal sikit dan belajar 'photography' pulak selepas nie heh heh heh...


Rambozzi® harap Yuzie suka dan berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi® kali nie. Projek Coffee Table Yuzie dan Microwave/Oven Cart Yuzie nie mengajar Rambozzi® beberapa perkara baru. Ilmu dan pengalaman yang sangat berharga dan berguna untuk memantapkan lagi kerja tangan Rambozzi®.

Rambozzi® betul² berharap agar Yuzie suka dan berpuas hati dengan Coffee Table Yuzie dan Microwave/Oven Cart Yuzie.

Terima kasih banyak², Yuzie.


...sementara nak tunggu lapisan cat Microwave/Oven Cart Yuzie tu kering untuk dicat lapisan seterusnya, Rambozzi® kutip² segala kayu lebihan daripada projek untuk dibuang. Tapi ada beberapa 'cebisan' kayu yang cantik dan Rambozzi® rasa, kayu² tu boleh digunakan untuk dibuat sesuatu yang ringkas dan berguna. Rambozzi® rasa Rambozzi® nak buat 'pen stand'. Ok, Rambozzi® nak buat sekarang!


2 keping kayu di atas akan Rambozzi® gunakan terus macam tu je. Cuma cantumkan kedua² kayu tu dan tebuk beberapa lubang untuk pen.


Baik tebuk lubang dulu la, nanti kalau dah dicantumkan susah pulak nak tebuk kan.


Untuk mencantumkan kayu² tu Rambozzi® cuma gunakan 2 biji skru dan gam kayu sahaja.


Heh heh heh siap! Nie betul² malas punye projek nie! Takpe, lain kali kalau ada lebihan kayu yang cantik² lagi Rambozzi® akan buat sesuatu yang lebih menarik dan 'artistik' (pinjam ayat Yuzie jap heh heh heh).


Sangat ringkas tapi boleh digunakan. Tapi bila ada logo Rambozzi® kat tepi tu nampak cantik dan macam ekslusif la pulak. Pelik betul...



"...ketika orang lain melihat hasil² kerja Rambozzi® dari satu sudut yang agak sama, Yuzie pula melihat dari satu sudut pandangan yang agak berbeza dan sangat 'halus' pengamatannya. Susah Rambozzi® nak terangkan apa yang Yuzie nie lihat, tapi Rambozzi® dapat rasa yang Yuzie nie sangat 'feel' dalam citarasanya..."
Yuzie telah menghubungi Rambozzi® baru² nie untuk mendapatkan apa yang dimahukannya - meja dari kayu 'pine'. Bukan satu, tapi dua. Dan ini amat membimbangkan Rambozzi®, sebab biasanya orang akan beli satu dulu, kalau puas hati baru akan membeli lagi dari penjual yang sama. Tapi Yuzie nie dengan beraninya terus meng'order' dua perabot dari Rambozzi®. Memang membimbangkan la sebab dia tak tahu lagi macam mana hasil kerja tangan Rambozzi®. Tapi Rambozzi® cuba tunaikan 'hajat' dan kemahuan Yuzie nie sebaik mungkin, dan Rambozzi® mulakan 'woodworking' kali ini dengan Coffee Table Yuzie dulu.


Ok, gambar di atas adalah kayu² 'pine' yang Rambozzi® dah potong kepada ukuran² yang diperlukan untuk dijadikan Coffee Table Yuzie nie. Idea asal projek nie datang daripada projek Study Table / Coffee Table Aishah yang Rambozzi® buat tidak berapa lama dulu. Yuzie telah terbaca blog Rambozzi® mengenai Study Table / Coffee Table Aishah nie dan meminta Rambozzi® membuat satu meja yang serupa untuknya. 
"Yuzie ada menyebut sesuatu yang membuatkan Rambozzi® agak terkejut iaitu, "Yuzie suka tengok ira kayu tu yang cantik". Itu sesuatu yang sangat 'deep' dan sangat 'feel' yang Rambozzi® dengar daripada pelanggan Rambozzi® setakat nie! 
Rambozzi® sendiri pun tak pernah guna perkataan tu.Ngeri!"


Macam biasa, Rambozzi® akan gunakan 'teknik keramat' Rambozzi® untuk 'coffee table' nie iaitu 'pocket hole joinery technique' heh heh heh. Itulah satu²nya teknik pertukangan kayu yang Rambozzi® tahu setakat nie... Ok, kayu² tu akan ditebuk menggunakan KREG® Micro Pocket Drill Guide yang dipasangkan di atas KREG® Jig K5 tu. Seterusnya kayu² tu akan dicantumkan antara satu sama lain dan menjadi 'table top'.


Ok, dah siap tebuk 'pocket holes' untuk 'table top' nie. Seterusnya Rambozzi® nak cantumkan kesemua kayu² tu menjadi 'table top'.


Gambar di atas adalah pandangan dari belakang 'table top' yang telah siap dipasang atau dicantumkan.


Dan gambar di atas pula adalah pandangan dari depan 'table top' tu. Rambozzi® tunjukkan gambar nie kepada Yuzie dan Yuzie menyukainya. Selamat Rambozzi® heh heh heh...


Gambar di atas pula adalah rangka untuk bahagian bawah meja tu yang akan berfungsi sebagai 'support' atau 'apron' yang mana juga akan dipasangkan kaki² meja tu nanti. Rambozzi® akui Rambozzi® tak tahu nama atau istilah yang tepat untuk bahagian tu. Takpe, Rambozzi® akan belajar lagi...


Dan gambar di atas pula adalah kaki² meja untuk projek nie. Keseluruhan proses untuk projek nie adalah sama dengan proses untuk projek Study Table / Coffee Table Aishah dulu. Anak panah di dalam gambar di atas menunjukkan lubang² 'pocket hole' yang akan digunakan untuk memasang kaki² meja tu ke 'table top'. Rambozzi® tebuk dulu siap² supaya tak kelam-kabut bila nak pasang kaki² tu nanti.


Sekarang tibalah masanya untuk memasang kesemua bahagian² kayu tadi menjadi sebuah 'coffee table' yang siap. Rambozzi® pasangkan dulu rangka kayu tadi ke bawah 'table top' tu dan kemudian kaki²nya. Kesemua proses pemasangan nie adalah dengan menggunakan skru dan gam kayu. Anak panah di dalam gambar di atas menunjukkan lubang 'pocket hole' tadi yang digunakan untuk diskrukan kaki² meja tu ke 'table top'.


Ok, selesai proses pemasangan Coffee Table Yuzie nie.Memandangkan Yuzie tak nak meja nie dicat langsung, jadi Rambozzi® akan sapukan 2 atau 3 lapisan 'tung oil' ke semua permukaan meja nie.


Untuk kemasan meja nie, Rambozzi® akan gunakan 2 produk dari Formby's® iaitu Formby's® Build-Up Remover dan Formby's® Tung Oil Finish seperti di dalam gambar di atas. Pertama sekali Rambozzi® akan 'sanding' terlebih dahulu kesemua permukaan meja nie dengan kertas pasir 220 grit. Kemudian Rambozzi® bersihkan segala habuk dan kotoran dengan menggunakan Formby's® Build-Up Remover tu. Kemudian barulah Rambozzi® akan sapukan 2 atau 3 lapisan Formby's® Tung Oil Finish tu pula. Kedua² minyak dari Formby's®  nie memang jarang² sangat Rambozzi® pakai sebab minyak nie mahal sangat. Biasanya Rambozzi® cat dengan 'varnish' atau cat minyak jadi tak perlu la nak sapukan minyak nie dulu. Memandangkan Yuzie tak nak meja dia dicat, jadi Rambozzi® akan sapukan minyak nie sebagai lapisan perlindungan untuk kayu tu.


Sebenarnya Formby's® Tung Oil Finish nie pun adalah sejenis 'varnish' juga. Cuma hasil kemasannnya nanti tidaklah setebal 'varnish'. Formby's® Tung Oil Finish nie akan meninggalkan kesan 'varnish' yang amat nipis di atas kayu untuk mencantikkan kayu selain dari melindungi permukaan kayu tersebut. Dan 'tung oil' sesuai sangatlah kalau untuk projek kayu yang tidak menggunakan cat atau 'varnish'.
"As a drying oil, tung oil hardens (dries) upon exposure to air. The resulting coating is transparent and plastic-like, a property exploited in most of its application which include wood finishing and the composition of oil paints and printing inks."
Kedua² minyak Formby's® Build-Up Remover dan Formby's® Tung Oil Finish tu hanya perlu disapukan dengan menggunakan kain sahaja. Tapi untuk Formby's® Tung Oil Finish, dicadangkan oleh pakar mengecat orang putih tu supaya disapukan lapisan pertama menggunakan kain, biarkan kering semalaman dan gosok 1 atau 2 lapisan lagi dengan menggunakan kertas pasir 220 grit pula. Dia cakap, dengan cara tu, minyak tu akan betul² meresap masuk ke dalam urat² kayu tu.Yuzie cakap "ira kayu".




Ok, akhirnya siaplah Coffee Table Yuzie nie. Rambozzi® berpuas hati dengan hasil sapuan Formby's® Tung Oil Finish tu. Seterusnya, Yuzielah yang akan menentukan segala²nya. Kalau Yuzie suka, selamatlah Rambozzi® heh heh heh. Tapi kalau Yuzie tak suka, nak buat macam mana kan? Tapi,dalam diam Rambozzi® berharap supaya Yuzie suka la kan hahahahaha....


Selesai projek nie, ada satu lagi projek daripada Yuzie nie iaitu Microwave Oven Cart Yuzie yang lagi 'feel' dan lagi 'deep'. Projek Microwave Oven Cart Yuzie tu sebenarnya Rambozzi® buat serentak dengan Coffee Table Yuzie nie. Tapi, 'finishing'nya agak berlainan sedikit. Itu dalam 'entry' seterusnya - Microwave Oven Cart Yuzie...

Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ▼  2021 (6)
    • ▼  April 2021 (1)
      • Kabinet Kecil Bilik Air
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes