Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

4 projek daripada Zaza sebelum nie adalah 'pusingan pertama' untuk projek² Rambozzi® daripada Zaza. Untuk 'pusingan kedua' pula, Rambozzi® akan cuba siapkan beberapa projek lagi daripada Zaza nie. Rambozzi® rasa, tahun 2014 nie adalah tahun Rambozzi® untuk Zaza. Zaza betul² berminat nak terus menempah lagi barangan daripada Rambozzi®. Dan Rambozzi® rasa, Zaza dah 'faham' dan selesa dengan hasil kerja Rambozzi®.

  

Seterusnya, Zaza minta Rambozzi® buatkan 2 buah meja sisi atau 'side table'. 'Side table' nie akan digunakan untuk diletakkan 'mesin perubatan' (Rambozzi® pun tak tahu apa nama mesin tu heh heh) di atasnya. Jadi, Rambozzi® dapatkan terlebih dahulu saiz mesin tersebut. Zaza nak 'side table' lebih kurang sama macam Bedside Table Safa yang Rambozzi® buat tak lama dulu. Tapi kali nie dengan sedikit 'sentuhan' Zaza sendiri. Ok, jom mulakan 'woodworking' untuk projek kali nie, Side Table Zaza.


Gambar di atas menunjukkan kayu² 1x½ dan 1x1 yang akan dijadikan 'table top'. Rambozzi® akan menggunakan teknik yang sama seperti Bedside Table Safa dulu. Teknik yang sangat ringkas tapi amat disukai pelanggan Rambozzi® heh heh heh. Kayu² 1x½ tu akan ditebuk 'pilot holes' dan 'countersink' terlebih dulu sebelum diskrukan ke atas kayu² 1x1 tu. Dan Rambozzi® akan menggunakan EZYLIF Drill Press yang Rambozzi® 'post'kan sebelum nie, untuk mendapatkan lubang 'countersink' yang sama kedalamannya.


Sebelum menebuk lubang² 'countersink', Rambozzi® terlebih dulu ukur dan dapatkan 'center' dan tandakan di atas kayu² tu. Dengan menggunakan EZYLIF Drill Press tu Rambozzi® setkan kedalaman Rambozzi® nak dan tebuk perlahan-lahan supaya bulatannya kemas dan tidak pecah atau berbulu-bulu.


Ok dah siap tebuk semua lubang 'pilot holes' dan 'countersink'.


Seterusnya Rambozzi® cantumkan kesemua kayu² 1x1 tadi dan tampal 'plywood' di atasnya. Kayu² 1x½ yang telah siap ditebuk  'pilot holes' dan 'countersink' tadi akan diskrukan di atas kedua "rangka" di atas.


Selepas kayu² 1x½ itu diskrukan ke atas "rangka²" tu, Rambozzi® 'trim' di sekeliling 'table top' tu menggunakan BOSCH® Mini Trimmer / Router supaya kemas dan Rambozzi® pastikan bahawa sesikunya adalah tepat. Selepas itu barulah boleh diskrukan 'frame' luar tu dan menjadi 'table top' lengkap.


Kayu 1x2 untuk dijadikan 'frame' di sekeliling 'table top' tu akan Rambozzi® pasang menggunakan 'pocket hole' juga. Kali ini Rambozzi® akan menggunakan KREG® Jig K5 dan juga KREG® Micro Pocket Drill Guide.



Seterusnya Rambozzi® potong kayu² 2x2, 1x2 dan 1x1 untuk dijadikan kaki meja. Kaki meja ini juga akan Rambozzi® pasang menggunakan 'pocket hole' sahaja.


Ok, semua bahagian kaki² meja dan 'table top' telah siap dipasang. Seterusnya Rambozzi® nak skrukan 'frame' di sekeliling 'table top' tu skrukan kaki meja tu ke 'table top'.


Ok dah siap pasang dan sudah siap menjadi sebuah 'side table'. Kerja kayu yang sangat mudah, kemas dan menarik.


Ok, untuk kaki² meja tu, biasanya Rambozzi® pasangkan 'adjustable stud' atau 'leveller stud' di bawahnya. Selain untuk mencantikkan kaki² meja, 'stud'² tu juga berfungsi untuk menstabilkan meja tu. Biasanya kalau meja kita tu tak stabil atau bergoyang² kita akan letak kertas atau tisu kat salah satu kaki tu kan? Dengan menggunakan 'adjustable stud' atau 'leveller stud' nie hanya perlu pulaskan kat mana² kaki yang tak stabil, dan ia akan stabil. Kemas, cantik dan murah.


Tapi kena tebuk lubang dulu la kat bawah kaki² meja tu, baru boleh dipasang 'adjustable stud' atau 'leveller stud' tu.


Ok, begitulah rupanya selepas dipasangkan. 'Stud'² tu boleh dipulas macam skru dengan tangan je tanpa sebarang 'tools'.

Sekarang, Rambozzi® nak 'sanding' meja² nie dan seterusnya cat dengan menggunakan 'polyurethane varnish'.


Ok, siap! Dengan itu Rambozzi® berjaya menyiapkan 2 buah 'side table' untuk Zaza heh heh heh. Ok, 'side' table' nie, macam biasalah, Rambozzi® cat dengan menggunakan 'polyurethane varnish' sebanyak 3 lapisan. Dengan setiap lapisannya diselangi dengan 'sanding' menggunakan kertas pasir 220 grit. Setiap lapisan Rambozzi® biarkan kering semalaman. 3 lapisan bermakna 3 malam.


Projek nie Rambozzi® buat serentak dengan Bakul² Sampah Zaza tetapi disebabkan atas beberapa hal, kedua² projek nie agak lambat disiapkan. Nasib baik Zaza memahami situasi yang dihadapi Rambozzi®.

Ok, siap projek Side Table Zaza, Rambozzi® nak teruskan dengan satu lagi projek dari Zaza....next!


Baru² nie Rambozzi® menerima mesej daripada seorang pembaca Rambozzi® bernama S.J yang bertanyakan tentang KREG® Pocket Hole Jig. Beliau sendiri telah memiliki KREG® Jig R3. S.J menghadapi sedikit masalah berkenaan unit ukuran pada KREG® Pocket Hole Jig tu. KREG® Pocket Hole Jig menggunakan unit ukuran dalam inci. Dan masalah S.J ialah, kita di Malaysia dah terbiasa dan diajar sejak dari sekolah lagi unit ukuran dalam cm, mm dan lain² lagi. Jadi, Rambozzi® "tergerak hati" nak buat 'post' berkenaan hal nie, sebagai sedikit panduan asas dan ilmu untuk bidang pertukangan kayu nie. 'Post' kali nie khusus untuk S.J dan semua pembaca Rambozzi® (macam ramai je yang baca blog nie heh heh heh.

Ok, sebenarnya Rambozzi® sendiri pun pernah menghadapi keadaan 'terkeliru' seperti S.J nie. Ok, macam nie, mamat tukang orang putih nie biasanya menggunakan unit ukuran dalam inci seperti berikut:- 1/8 inci, 3/8 inci, 1/32 inci, 1/16 inci dan berikutnyalah yang memang kita tak biasa guna. Dan jangan tak tahu, tukang kayu orang kita (Melayu, Cina, India, Bumiputera - 1Malaysia) di Malaysia pula menggunakan unit ukuran 'HUN':-  1/2 HUN, 1 HUN, 2 HUN, 3 HUN dan seterusnyalah. Jadi, ilmu sifirnya yang Rambozzi® tahu ialah, dalam 1 inci ada 8 HUN. Sekali lagi, DALAM 1 INCI ADA 8 HUN. 

Sekarang, mari kita cuba 'tukarkan' unit HUN tukang kita di Malaysia ke unit ukuran inci orang putih tu, dan sebaliknyalah:-

1 HUN     =     1/8 INCI
2 HUN     =     1/4 INCI
3 HUN     =     3/8 INCI
4 HUN     =     1/2 INCI
5 HUN     =     5/8 INCI
6 HUN     =     3/4 INCI
7 HUN     =     7/8 INCI
8 HUN     =        1 INCI

Tapi kalau 8 HUN tu, orang tak sebut la 8 HUN, 1 INCI je la terus, senang...



Sekarang jom lihat gambar "tali tape" di atas. "Tali tape" yang di atas tu adalah "tali tape" yang biasa kita jumpa di 'hardware', kalau tak silap Rambozzi® yang tu jenis 'decimals measure tape'. Dan "tali tape" yang di bawahnya tu pula, memang jarang sangat kita jumpa, kalau tak silap Rambozzi® yang tu jenis 'fractions measure tape'. Rambozzi® pun kebetulan terjumpa di ACE Hardware dan Rambozzi® terus beli. Beza di antara kedua 'measure tape' tu adalah, yang jenis 'fractions measure tape' tu ada dicetak unit ukuran untuk 'fractions'. "Tali tape" nie sangat sesuai untuk digunakan dengan KREG® Pocket Hole Jig yang juga menggunakan unit ukuran 'fractions'.


Untuk "tali tape" biasa yang takde unit ukuran 'fractions' pun boleh digunakan. Lihat gambar di atas, dan Rambozzi® rasa S.J boleh faham. Dapat dilihat dengan jelas garisan² untuk unit ukuran HUN, jadi tukarkan je ke unit ukuran 'fractions' tadi. 'Simple'. Jadi, untuk kayu di atas, saiznya adalah 7 HUN ataupun 7/8 inci.


'Try' guna "tali tape" jenis 'fractions' pula, sama je, 7/8 inci ataupun 7 HUN.


Seterusnya, menurut S.J, beliau biasa membuat kerja kayu menggunakan 'plywood' setebal 12 mm. 12 mm tu adalah sama dengan lebih kurang 1/2 inci. Jom 'try' tengok kalau guna 'fractions' measure tape' pula.


Ya, sama! 1/2 inci. Yahoo!


Jadi, KREG® nie juga telah memberikan panduan untuk menggunakan KREG® Pocket Hole Jig mereka. Carta di atas adalah dari laman web rasmi KREG® sendiri. Kalau beli KREG® Jig R3 dapat carta nie dalam buku panduannya. Menurut S.J, untuk 'plywood' 12 mm beliau akan setkan 1/2" pada KREG® Jig R3 miliknya. Betullah tu. Lihat balik carta di atas, memang betul dan sudah mengikut panduan dari KREG® tu. Tapi kata S.J, kalau tebuk lubang 'pocket hole' di atas 'plywood' setebal 12 mm dan menggunakan 'setting' 1/2" pada KREG® Pocket Hole Jig, lubangnya tidak keluar tepat di tengah² 'plywood' dan agak ke bawah. Jawapannya adalah, 'plywood' tu agak nipis dan skru yang kita skrukan memang akan agak 'turun' ke bawah. Ini yang Rambozzi® tahu la.. Ok, jom kita 'try' buat eksperimen..


Sekarang Rambozzi® nak 'try' tebuk 'pocket hole' pada kayu yang sama tebal dengan 'plywood' 12 mm S.J tu, iaitu menggunakan kayu 1/2 inci. Pertama sekali, Rambozzi® akan ukur dan dapatkan ketebalan kayu yang hendak ditebuk 'pocket hole' tu. Kemudian Rambozzi® setkan pada KREG® Jig R3 tu pada 'setting' 1/2", iaitu sama dengan ketebalan kayu. Ini akan memastikan bahawa skru yang diskrukan melalui lubang 'pocket hole' tu akan keluar tepat² di tengah² kayu tu. Dan ini juga akan memastikan bahawa sambungan atau 'joint' tu adalah kuat dan kukuh.


Lepas tu baru Rambozzi® setkan kedalaman lubang 'pocket hole' tu dengan mengetatkan 'depth collar' di KREG® Step Drill Bit pada 'setting' 1/2" juga. Sebenarnya, untuk 'depth collar' nie bergantung pada saiz atau panjang skru yang kita nak guna. Boleh lihat balik carta KREG® di atas.


Ok, dah siap tebuk 'pocket hole' pada kayu 1x1/2.


Gambar di atas menunjukkan keadaan skru yang diskrukan melalui lubang 'pocket hole' tadi.


Berdasarkan gambar di atas, Rambozzi® rasa inilah yang dimaksudkan si S.J tu. Nampak jelas skru tu tak keluar tepat di tengah² kayu. Tak berapa tepat, agak ke bawah, kata S.J. Rambozzi® rasa, ini disebabkan ketebalan kayu atau 'plywood' tu sendiri yang agak nipis. Tapi itu tak menjadi masalah. Yang menjadi masalahnya ialah, ke mana kayu tu nak diskrukan? Ke kayu yang lebih tebal atau ke kayu yang sama tebal?


Rambozzi® cuba skrukan kayu 1x1/2 tu ke kayu 1x1/2 juga. Kalau 'pocket hole' tu dihadapkan ke bawah dengan niat untuk 'menyembunyikannya', memang skru tu akan menembusi kayu yang nak disambungkan tu dan kayu tu sendiri pecah. Itu adalah sebab kenipisan kayu tu sendiri. Kalau gunakan skru yang pendek sikit pun boleh juga, tapi Rambozzi® rasa, setakat mana sangat la kekuatan sambungannya...


Kalau diskrukan macam dalam gambar di atas pula, lubang 'pocket hole' akan kelihatan dan kalau gunakan skru yang pendek sikit, 'perfect'lah sambungan tu. Kalau nak kukuh dan selamat, skrukan kayu atau 'plywood' yang nipis macam tu ke kayu atau 'plywood' yang lebih tebal. Dan gunakan skru yang lebih panjang.


Rambozzi® memang jarang menebuk lubang 'pocket hole' di atas kayu 1x1/2. Rambozzi® selalu membuat kerja² pertukangan kayu menggunakan kayu 1x1, 1x2 dan 2x2 je. Kayu² saiz tu tak besar sangat dan mudah nak buat kerja. Tapi bergantung pada projek tu sendiri jugak la...

Carta di atas menunjukkan saiz kayu yang kita biasa beli di 'hardware' dan juga saiz sebenar. Untuk makluman, saiz kayu tu kecil sedikit daripada saiz yang kita "nak" beli tu. Maknanya, kalau kita beli kayu 1x1, sebenarnya kita dapat kayu 3/4 x 3/4 atau kadang² besar sikit dalam lebih kurang 7/8 x 7/8. Ntah, Rambozzi® pun konfius.. hahaha... Tapi takpe, yang penting kita ukur dulu saiz kayu tu.


Gambar di atas menunjukkan kayu 1x1 yang Rambozzi® biasa guna dalam projek² Rambozzi®. Saiz sebenarnya adalah 7/8".


Bila dah dapat ukuran kayu tu baru Rambozzi® setkan pada KREG® Jig R3 tu - 7/8".


Dan juga pada KREG® Step Drill Bit.


Dan itu hasilnya untuk kayu 1x1. Nampak dengan jelas kemah-keming dan padat, skru tu keluar tepat² di tengah² kayu. Rambozzi® rasa, ini yang diharapkan si S.J tu tadi, kan? Jadi, S.J, gunalah kayu atau 'plywood' yang tebal sikit kalau nak dapat 'result' macam tu. Dan Rambozzi® ada tanya kat tauke 'hardware' tu "apa saiz 'plywood'  you ada?" Tauke Cina tu cakap ada saiz 3mm, 6mm, 9mm, 12mm, 15mm, 18mm dan 25mm. Itu kat kedai 'hardware' kat Dengkil dengan Puchong nie la, kalau kat Besut atau Lawas Rambozzi® tak tahu la pulak...


Biasanya, Rambozzi® akan 'try' skrukan dulu skru supaya keluar melalui kayu tu untuk melihat dan menentukan berapa panjang skru yang Rambozzi® nak gunakan. Ok, ini satu lagi sifir yang Rambozzi® tahu, pastikan skru yang digunakan adalah 2/3 panjangnya bila diskrukan ke kayu yang hendak disambungkan. Tak faham? Lihat gambar di atas, nampak dengan jelas bahawa skru tu masuk tak sampai setengah pun ke kayu berlabel "B" tu. Ini tak bagus, tak cukup kuat.


Dan lihat pula gambar di atas, skru tu masuk lebih kurang 2/3 dari ketebalan kayu berlabel "B" tu. Itu adalah saiz skru yang ideal untuk saiz kayu² di atas.


Jadi, bila makin lama Rambozzi® buat kerja² pertukangan kayu menggunakan KREG® Pocket Hole Jig (satu²nya teknik perkayuan yang Rambozzi® tahu heh heh heh heh) maka, Rambozzi® dah tau la mana skru yang Rambozzi® nak beli dan berapa panjang yang Rambozzi® nak gunakan. Gambar di atas adalah skru² yang biasa Rambozzi® gunakan. Rambozzi® tak gunakan skru 'self tapping screw' dari KREG® sebab mahal sangat. Jadi, Rambozzi® gunakan skru hitam tu, jenis 'drywall screw'.


Skru² yang Rambozzi® biasa guna. Eh, ntah ke mana² dah cerita Rambozzi® nie. Dah panjang sangat dah citer nie.. Takpe sikit lagi...sikit je lagi..


KREG® sendiri turut mencadangkan agar menggunakan 'wood glue' untuk 'pocket hole' mereka. 'Wood glue' nie akan menguatkan lagi sambungan kayu tu. Rambozzi® biasanya menggunakan 'wood glue' cap ELMER's® atau Titebond®.


Rambozzi® memang tak pernah membuat perabot menggunakan 'plywood' yang tebal seperti S.J tu. Sebab buat masa nie Rambozzi® tak ada mesin yang sesuai ataupun 'table saw' untuk memotong 'plywood' yang besar ke saiz² yang Rambozzi® nak. Sebab tu Rambozzi® senang bekerja menggunakan kayu, yang mana Rambozzi® akan jadikan rangka terlebih dulu, dan ditampal 'plywood' yang nipis dan di'laminate' atau dicat. Untuk makluman juga, 'plywood' senipis 3mm, 4mm dan 6mm boleh dipotong menggunakan pisau 'cutter' je. Tak perlu mesin macam 'table saw' atau 'circular saw'.


Ok, jadi Rambozzi® rasa setakat nie saja dulu untuk kali nie. Rambozzi® bukan nak tunjukkan bahawa Rambozzi® nie 'expert' atau 'otai' atau 'legend' di dalam kerja² pertukangan kayu nie. Rambozzi® masih amatur, sangat amatur. Rambozzi® baru setahun jagung. Tapi bila si S.J nie mesej Rambozzi® dengan perkataan 'harap tunjuk ajar', Rambozzi® rasa bertanggungjawab nak kongsi apa yang Rambozzi® tahu dengannya. Rambozzi® harap S.J dapat faham apa yang Rambozzi® cuba sampaikan nie. Rambozzi® harap Rambozzi® menjawab persoalannya tu. Kalau S.J nie tak faham atau nak tanya benda lain pulak, silakan. Rambozzi® alu²kan. Kalau rajin, Rambozzi® buat la 'post' macam nie, tapi kalau malas atau 'busy' sebab "banyak sangat projek sampai tak sempat nak tengok komputer la..." Rambozzi® akan jawab dengan mesej je la heh heh heh...

Seperti yang Rambozzi® pernah 'post'kan dulu, blog Rambozzi® nie adalah untuk berkongsi ilmu, maklumat, teknik dan 'tools' untuk kerja² pertukangan kayu. Rambozzi® nak wujudkan satu komuniti 'woodworking' di Malaysia, lagi ramai yang buat blog macam nie, berkongsi macam yang Rambozzi® buat nie lagi bagus, seperti yang berlaku di U.S. Jadi, Rambozzi® alu²kan sesiapa sahaja yang melawat blog Rambozzi® nie, berkongsi idea dan maklumat, tanyalah apa² yang nak ditanya, Rambozzi® akan cuba jawab kalau Rambozzi® tahu, dan kalau nak 'order' dari Rambozzi® lagi bagus heh heh heh.....

p/s: TERIMA KASIH S.J SEBAB DAH MASUK 'CIRCLE' RAMBOZZI®.



Sebelum nie Rambozzi® pernah buat satu "papan pencanai" untuk Kak Nor. Baru² nie Kak Nor mintak Rambozzi® buatkan satu lagi papan pencanai tu untuk saudaranya. Projek nie adalah antara projek yang paling mudah dan sangat ringkas prosesnya. Jadi, sekarang Rambozzi® nak mulakan 'woodworking' untuk projek kali nie, Papan Pencanai Kak Nor Pt.II.


Untuk projek kali nie, Rambozzi® akan menggunakan kayu 1*2, 'plywood' dan juga 'laminate'. Kayu² 1*2 di atas akan dijadikan rangka untuk papan pencanai nie. Macam biasa, Rambozzi® akan menggunakan teknik 'pocket hole' sahaja.


Gambar di atas adalah rangka untuk papan pencanai nie yang telah siap dipasang. Kalau diperhatikan, 3 batang kayu di tengah² rangka itu Rambozzi® skrukan ke tengah sedikit sebab kalau papan nie akan digunakan untuk 'mencanai', maka logiknya tekanan adalah lebih di bahagian tengah papan. Logiknyalah, kot...


Seterusnya Rambozzi® tampalkan 'plywood' ke atas rangka tadi. Dan diikuti dengan menampal 'laminate' pula di atasnya. Proses terakhir adalah menampal 'edging' di sekeliling papan nie. Gambar di atas menunjukkan beberapa keping 'laminate' yang Rambozzi® dah potong besar sedikit daripada saiz atau ukuran sisi² papan nie untuk dijadikan 'edging'. 'Edging'² tu Rambozzi® potong menggunakan Virutex® Laminate Cutter. Lebihannya nanti Rambozzi® akan 'trim' menggunakan BOSCH® Mini Router / Trimmer GMR1. Dan Rambozzi® akan kikir di sekeliling sisi² papan nie menggunakan kikir dan juga kertas pasir untuk menghaluskannya.


Ok dengan itu siaplah projek Papan Pencanai Kak Nor Pt. II. Harap maaf, kualiti gambar kurang memuaskan. Pencahayaan yang teruk kan hahahaha...

Untuk bahagian "kaki" papan pencanai nie Rambozzi® skrukan 4 biji 'adjustable stud' ataupun 'leveller stud' di bawah papan ini. Kalau papan nie terjongkang-jongket atau tak 'balance', hanya pulas mana² salah satu daripada 'stud' tu, senang je.


Projek yang sangat ringkas dan mudah. Projek nie boleh disiapkan dalam masa tak sampai setengah hari - kalau semua barang dah ada la..


Ok dengan itu siaplah projek Rambozzi® kali nie - Papan Pencanai Kak Nor Pt. II. Rambozzi® harap saudara Kak Nor tu akan suka dengan hasil kerja tangan Rambozzi® nie. Sekarang Rambozzi® hanya menunggu, apa pula projek selepas nie...
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ▼  2021 (6)
    • ▼  April 2021 (1)
      • Kabinet Kecil Bilik Air
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes