Kok! Kok! Kok!
E - panggil emak
EMAK!
I - ikan nan nan nang (berenang)
Di dalam kolam..."
Lagu itu terus diulang-nyanyi bertalu² tanpa simpati oleh Fatiha. Sedang Fatima pula berputar² menari mengikut irama lagu itu. Rambozzi® bagai didera. Telinga Rambozzi® terasa panas. Hati ini mendidih². Kepala Rambozzi® terasa berpusing². Kalau diulang 2 atau 3 kali, tidak mengapa lagi. Tapi kalau berpuluh kali sehari selama hampir 3 minggu, ini satu penderaan jiwa secara halus kepada Rambozzi®.
Pernah Rambozzi® menegur Fatiha, "Dah la tu.....". Tapi dijawab kembali oleh Fatiha, "Ayah. Kita lupa nak pergi Giant, kan?". Alaaa bila masa pulak yang kita ada "ingat" nak pergi ke Giant?
Sedang Fatima pula hanya pandai mengeluarkan bunyi²an yang tidak dapat dimengertikan oleh benak Rambozzi®. "Tssst! Auppp! Pooofff!".
"Ayah! Ayah! Kenapa kita lupa nak pergi Giant?"
"Alaaa sape yang ingat nak pergi Giant?"
"Nanti kita pergi Giant tau?"
"Ye... Nanti ayah ada duit, kita pergi Giant... "
"Nanti kawan ayah datang ambik kayu tu, ayah ada duit kan?"
"Ye... Nanti kawan ayah datang ambik kayu tu, kita ada la duit..."
"Ayah! Ayah! Kenapa kawan ayah tu ada duit?"
"Sebab gaji dia banyak, dia ada la duit..."
"Ayah! Ayah! Kenapa gaji ayah tak banyak?"
"Sebab..... "
"A - bunyi Ayah
Kok! Kok! Kok!
A - panggil Ayah
AYAH!
A - Ayah nan nan nang (berenang)
Di dalam kolam..."
Jadi, 'so'. Disebabkan Rambozzi® sendiri terpaksa menyanyikan lagu itu untuk "menghiburkan" hati yang resah-gelisah ini, maka Rambozzi® akan cuba "curahkan kehibaan" ini dengan cara Rambozzi®. Tiada cara lain - tiada kelayakan, tiada kewangan, hanya anganan - Rambozzi® akan 'woodworking' sahaja.
Apabila Puan Arfah meminta Rambozzi® membuatkan sebuah 'dollhouse' untuk anaknya, secara automatik Rambozzi® terniat untuk membuatnya untuk Fatiha & Fatima juga. Harapan Rambozzi®, agar perhatian mereka berdua teralih dan boleh "melupakan" lagu itu sekejap.....
Jadi, 'so'. Dengan tidak membuang masa lagi - kerana Rambozzi® juga memerlukan lebih banyak masa untuk pergi berenang - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Dollhouse - Puan Arfah.
Jadi, 'so'. Dengan tidak membuang masa lagi - kerana Rambozzi® juga memerlukan lebih banyak masa untuk pergi berenang - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Dollhouse - Puan Arfah.
Oraits! Rambozzi® mulakan dengan membelah beberapa kepingan 'plywood' setebal 18 mm dengan menggunakan 'table saw'. Lebar dan panjang untuk setiap kepingan 'plywood' itu sebenarnya boleh kita tentukan mengikut kesesuaian atau kehendak kita sendiri. Ok. Rambozzi® akan kongsikan ukuran atau 'design' untuk projek Dollhouse - Puan Arfah ini. Harap 'design' dari SketchUp di bawah boleh membantu sesiapa sahaja yang ingin membuat sendiri 'dollhouse' seperti ini.
'Design' di atas sebenarnya adalah mengikut ukuran dan kehendak dari Puan Arfah sendiri. Rambozzi® hanya cuba membuat yang terbaik untuk memenuhi kehendak Puan Arfah sahaja.
Ada beberapa kepingan 'plywood' yang dipotong serong 'bevel'nya sebanyak 30°. Operasi di atas sesuai dilakukan dengan menggunakan 'table saw' yang dicondongkan mata gergajinya kepada 30°. Tapi kalau tidak ada 'table saw', boleh juga dipotong dengan menggunakan 'sliding miter saw'. Cuma, 'sliding miter saw' agak terbatas dengan lebar yang boleh dipotong.
Gambar di atas menunjukkan kepada mata gergaji pada 'table saw' yang telah dicondongkan kepada 30°. Dan begitulah hasilnya setelah 'plywood' itu dipotong.
Memandangkan Rambozzi® masih belum berkesempatan untuk membuat sebuah 'miter sled' untuk 'table saw' milik Rambozzi® itu, maka Rambozzi® akan menggunakan 'sliding miter saw' sahaja untuk membuat potongan 90° untuk bahagian² lain untuk projek ini. Berapa banyak untuk daa.... Hahahahaha!
Dan kesemua bahagian telah siap dipotong kepada saiz² yang diperlukan.
Rambozzi® akan "cuba" selesaikan bahagian paling susah untuk projek ini dahulu. 'Dollhouse' ini mempunyai 4 tingkap yang berbentuk 4 segi tepat. Untuk memastikan setiap tingkap adalah sama bentuk dan saiznya, Rambozzi® akan gunakan 'cutting template' untuk 'mini router/trimmer' milik Rambozzi®.
'Cutting template' di dalam gambar di atas telah ditebuk secara kasar dengan menggunakan 'jigsaw'. Kemudian bentuknya dikemaskan lagi dengan menggunakan mini router/trimmer' yang dipasangkan 'flush trim router bit'. Sebatang 'plywood' terbuang diskrukan ke bahagian tepi 'template' di atas yang akan berfungsi sebagai 'guide' agar Rambozzi® dapat memastikan ia diletakkan di tempat yang sepatutnya - dengan tepat dan kemas.
Menggunakan 'template' berkenaan, Rambozzi® lukis bentuk kotak di atas 'plywood' yang hendak ditebuk tingkap.
Rambozzi® tebuk 1 lubang untuk dimasukkan mata 'jigsaw'.
Dan lubang² untuk tingkap itu ditebuk secara kasar dengan menggunakan 'jigsaw' dahulu.
Rambozzi® 'clamp'kan 'cutting template' tadi di bawah 'plywood' yang hendak ditebuk tingkap. Seperti biasa, Rambozzi® laraskan mata 'flush trim router bit' pada 'mini router/trimmer' agar 'bearing' pada 'router bit' itu menyentuh permukaan 'template' di bawahnya. 'Bearing' pada 'flush trim router bit' akan mengikut bentuk 'template' di bawahnya dan akan hanya memotong mengikut bentuk 'template' itu sahaja. Adoih! Susahnya la nak terang!
"Rambozzi® teringat "teguran" seorang rakan di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Katanya, bukan senang hendak membuat kerja² 'woodworking' dalam keadaan di mana Rambozzi® "terpaksa" berhenti pada setiap proses kerja, mengambil gambar, menyuntingnya, memasukkannya ke dalam blog, dan menulis pula penerangan mengenai setiap satu proses kerja itu. Hmmm... Rambozzi® rasa macam pernah tulis mengenai ini tidak lama dulu... Tapi, 'point' Rambozzi® adalah, Rambozzi® bukanlah seorang 'woodworker' "biasa". Rambozzi® adalah seorang 'woodworker' yang "sangat luar biasa". Rambozzi® adalah seorang 'woodworker' yang "rare". Aaa! Aaa! Aaa! No! No! No! Rambozzi® bukanlah "sejenis mamalia" yang mengalami kepupusan. Rambozzi® bukan 'dinosaur' atau 'ornithorhynchus anatinus'. Rambozzi® adalah seorang 'woodworker' yang "susah hendak dicari atau ditemui" sahaja. Heh heh heh heh..."
Dan hasilnya memang tidak mengecewakan Rambozzi®. Ini adalah 'woodworking' Rambozzi®.
Oraits! "Masih setia" dengan Teknik Keramat Rambozzi®, beberapa lubang 'pocket hole' ditebuk untuk proses pemasangan.
Oh ya! Beberapa lubang 'pilot hole' yang siap di'countersink' juga ditebuk di beberapa bahagian.
Proses pemasangan 'dollhouse' ini tidaklah sesukar mana. Binaan 'dollhouse' ini adalah sangat asas dan mudah, dan ringkas.
Untuk memastikan jarak di antara setiap tingkat 'dollhouse' adalah sama, Rambozzi® hanya gunakan 2 keping 'plywood' untuk projek ini sendiri sebagai 'spacer'.
Ok. Untuk bahagian bumbung 'dollhouse' ini, agak 'tricky' juga untuk memasangnya kerana ia telah dipotong serong 30° tadi kan? Kan?
"Awak dah lupa? Hah lupa la tu kan? Lupa lagi kan? Dah banyak kali saya cakap kan? Jangan sesekali lupa apa yang saya cakap pada awak tu, ok?", tegas Rambozzi® kepada 'Love'.
'Love' hanya mendiamkan diri. Sedikit airmata terbit di hujung matanya. Sambil memalingkan wajahnya ke arah lain, 'Love' menyapu airmatanya perlahan, dan mengesat juga sedikit air yang keluar dari hidungnya dengan menggunakan lengan baju Rambozzi®.
"Awak lap kat baju awak sendiri boleh tak?!", bentak Rambozzi® dengan keras.
Kali ini 'Love' tidak dapat menahan hati dan perasaannya lagi. 'Love' tersedu-sedu tanpa malu² atau takut² lagi. 'Edging' pada 'plywood' yang telah siap di'laminate' itu digigit² oleh 'Love' dengan rakus, tetapi bersih kerana ketajaman giginya.
"Jangan sampai saya gigit jari awak tu Rambozzi®..........! Pulangkan!!!", jerit 'Love' tetapi hanya di dalam hatinya... "Pulangkan?".
Pulangkan apa? Apakah yang diminta pulangkan oleh 'Love' itu? Sama² kita nantikan kisah percintaan di antara kedua mereka itu, tidak lama lagi...
Rambozzi® skrukan sementara 2 batang 'plywood' lebihan ke 'plywood' di atas untuk memastikan bukaan itu "tidak lari" sementara menunggu gam kayu itu kering sepenuhnya.
Bahagian 'plywood' yang di'clamp'kan di atas pula akan diskrukan dari bawah. Memandangkan ruangan itu agak sempit, maka Rambozzi® pasangkan 'right angle drill attachment' ke 'cordless drill' itu. 'Right angle drill attachment' itu akan memudahkan Rambozzi® memutar skru di ruang² yang sempit yang tidak boleh dimasuki oleh 'cordless drill'.
'Dollhouse' ini siap dipasang sepenuhnya. Rambozzi® belah pula beberapa kepingan kayu nipis seperti yang dapat dilihat di dalam gambar di atas untuk dijadikan 'edging' untuk menutup 'end grain' yang kelihatan pada 'plywood'. Hmmm... Rambozzi® masih belum berkesempatan lagi hendak berkongsi cara Rambozzi® membelah kepingan² 'edging' senipis itu dari sebatang kayu 1x2.....
'Love' masih lagi merajuk. Rajuk 'Love' kali ini lebih panjang. Kali ini 'Love' melancarkan "mogok lapar" pula. 'Love' enggan menjamah sebarang makanan. 'Love' secara terang-terangan menolak untuk "memamah" kepingan² 'edging' di atas kepada saiz yang lebih tepat.
"Inikah erti cinta sebenar awak kepada saya?", soal Rambozzi® kepada 'Love'.
"Awak cakap awak sayang dan cintakan saya kan? Tapi sekarang awak buat perangai macam nie pulak ye?!!!", Rambozzi® tanpa sedar telah meninggikan suara kepada 'Love'.
"Deyyy!!! Jangan cabar kesabaran dan kelembutan saya ini! Dalam kelembutan ini ada "battu batta" yang sangat keras! "Singga" pun akan tunduk mendengar ngauman saya! "Raja" akan turun dari takhtanya! Deyyy awak akan menyesal bila saya tunjukkan rupa saya yang sebenar! Awak belum kenal lagi siapa saya yang sebenarnya! Auuummmmm!!! Deyyy!!!!!", jerit 'Love'.
Perlahan², rupa wajah 'Love' berubah menjadi sedikit bengis. Beberapa helaian misai tumbuh dari tepi bibir dan pipinya. Kuku²nya mula memanjang dan meruncing sedikit demi sedikit. Matanya pula menjadi semakin bulat dan merah. Keningnya sedikit terangkat ke atas. Telinganya pula menjadi tajam dan panjang. Panjang? Kulitnya yang halus mula ditumbuhi bulu² keras berwarna hitam dan "oles". Warna "oles"? Oh itu adalah sebutan Fatiha untuk warna oren. 'Love' secara perlahan menunjukkan wajahnya yang sebenar! 'Love' adalah seorang 'werewolf'!
"Haiya! Bukan seligala lah! Halimau jadian maa! Limau!", tegur seorang tokey Cina di 'hardware' berdekatan kami berdua. Selepas menegur kami berdua, tokey Cina itu tiba² sahaja ghaib bersama angin lalu. Keadaan itu amat menggerunkan hati Rambozzi®. Tegurannya yang tidak dijangka agak mengerikan. Dan yang lebih mengerikan lagi, bilakah masanya dia berada berdekatan dengan kami berdua? Dari manakah dia muncul? Siapakah dia? Bagaimanakah dia mampu menghilangkan dirinya begitu sahaja? Sama² kita nantikan kesudahannya di dalam episod yang akan datang, minggu depan...
Rambozzi® lekatkan kepingan 'edging' itu ke setiap sisi atau 'end grain' pada 'plywood' yang kelihatan dengan menggunakan gam kayu. Dan Rambozzi® tampalkan 'masking tape' agar ia melekat dengan kemas sementara menunggu gam itu kering sepenuhnya. 'Masking tape' itu berfungsi sebagai 'clamp'.
Selepas ia kering sepenuhnya, dengan menggunakan 'Love', Rambozzi® ketam lebihan 'edging' itu agar sekata atau 'flush' dengan permukaan 'plywood'. Ohhh my 'Love' memang tidak pernah menghampakan Rambozzi®. Setiap 'kiss of 'Love'' bagaikan gigitan cinta yang berbekas indah dan abadi. 'I love U so much, my 'Love'.........,' pujuk Rambozzi® selepas teruk dibelasah oleh 'Love' sebentar tadi.....
Kemudian Rambozzi® gam dan skrukan pula bahagian tapak ke 'dollhouse' ini. Tapak itu dipastikan sedikit lebar agar 'dollhouse' itu stabil dan tidak mudah terbalik menghempap anak² kecil.
Sekarang, projek Dollhouse - Puan Arfah ini sudah siap sepenuhnya.
Seterusnya, Rambozzi® 'sanding' keseluruhan 'dollhouse' itu dengan menggunakan 'random orbital sander' yang dipasangkan kertas pasir bergrit 400. Dan Rambozzi® cat ia dengan menggunakan cat minyak berwarna putih, sebanyak 2 lapisan. Oh! Sebelum itu, 'dollhouse' itu terlebih dahulu dicat dengan 1 lapisan cat 'undercoat'.
Dan, projek Dollhouse - Puan Arfah ini sudah siap sepenuhnya! Yay!
Eh? Apa yang eh?
Eh? Kenapa gambar kat atas tu nampak teruk benar kualitinya? Tiba² je kan? Kan?
Ok. Rambozzi® harap Puan Arfah akan suka dengan hasil kerja Rambozzi® ini. Rambozzi® harap, anaknya juga akan suka dengan 'dollhouse' ini.
Rambozzi® ada menyatakan kepada Puan Arfah, 'dollhouse' ini akan dicat dengan menggunakan warna putih. Kalau tidak dicat pun, rupa, warna dan corak 'plywood' itu sendiri masih lagi kelihatan cantik dan menarik. Rambozzi® cadangkan kepada Puan Arfah agar ia dicat putih supaya ia sedia untuk dihiaskan lagi nanti. Maksudnya, Puan Arfah boleh mengecat dan menghiasnya menjadi lebih menarik, bersama² dengan anaknya. Itu akan menjadi satu aktiviti yang sangat menarik, dan sangat bagus untuk hubungan di antara seorang ibu dan anaknya. Dan Puan Arfah bersetuju dengan cadangan Rambozzi® itu. Setelah ia dicat putih, permukaannya adalah sedia untuk diwarnakan, dicorakkan, dan dihiaskan dengan lebih menarik lagi.
Rambozzi® harap, projek ini akan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang di antara Puan Arfah dan anaknya. Rambozzi® rasa agak gembira pula, kerana secara tidak langsung, Rambozzi® memainkan peranan yang sangat penting di dalam kehidupan mereka sekeluarga. Rambozzi® juga berasa agak lega dan tenang, kerana rupa²nya "dunia woodworking" ini membawa terlalu banyak pengertian kepada Rambozzi®, walaupun banyak pula yang tidak dapat Rambozzi® mengertikan. Rambozzi® juga berasa amat lega dan tenang, kerana kewujudan Rambozzi® di dalam "woodworking" ini, bisa membawa bahagia kepada orang lain....
Sedang Rambozzi® pula, masih lagi "dihantui" oleh lagu sama yang diulang nyanyi sampai pagi, dan "bunyi²an misteri" yang tidak dapat dimengertikan... "Bauppp!!!". Apa kebende la "bauppp!!!" tu.....? Aduh.....
Dan seperti yang Rambozzi® maklumkan di awal 'entry' ini tadi, Rambozzi® juga membuat sebuah 'dollhouse' untuk Fatiha dan adiknya, Fatima. Tidak banyak beza dengan Dollhouse - Puan Arfah. Kecuali bahagian tapaknya sahaja, kerana Rambozzi® kekurangan 'plywood' untuk dijadikan tapak.
'Dollhouse' milik Fatiha & Fatima ini tidak dicat langsung. Sengaja Rambozzi® membiarkan ia dengan warna asal 'plywood' itu agar Fatiha & Fatima boleh bersama² mengecat dan menghiasnya nanti, dengan kreativiti mereka.
Rambozzi® sendiri tidak pasti bagaimanakah hasilnya nanti. Sebab, apabila Rambozzi® terpandangkan Kristoff dan Elsa yang "kehilangan" kepala mereka itu, Rambozzi® berasa agak gusar juga. Hmmm? What? Tak nampak? Ok, mari Rambozzi® 'zoom'kan. Mari...Hulurkan tanganmu, dan pejamkan matamu itu...
Nampak? Nampak kan? Dan 1 daripada 2 tanduk Sven juga telah patah dan hilang! 'Oh man...'.
Rambozzi® harap Anna dan Hans tidak "diapa²kan". Dan Olaf pula tidak sepatutnya "beraksi" riang seperti itu. Dia juga "belum tentu akan selamat" lagi. Heh heh heh heh.....
Tidak mengapalah. 'Nevermind'. Kalaupun 'dollhouse' itu rosak atau punah jahanam sekalipun, Rambozzi® tidak akan memarahi Fatiha atau Fatima. Rambozzi® boleh membuat 'dollhouse' yang baru untuk Fatiha & Fatima. Rambozzi® kan seorang 'woodworker'? Dan Rambozzi® bukan seorang 'woodworker' biasa. Rambozzi® adalah Rambozzi®. 'I am Rambozzi®. I am Your Woodworker. i-woodworking with Style. i-woodworking with Heart. i-woodworking with Love. Always with Love...'..........
'Love'
"My Heart"
BOSCH®
Cintaku
Dollhouse
Frozen
I Love You
Irwin®
Jigsaw
Kerja Kayu
KREG®
Mini Router/Trimmer
Plywood
Tips&Tricks
Tools
Woodworking
8 Comments
Nk nuntut ilmu Sketchup bole tak.. hihihihi
ReplyDeleteR.Y
Hehehehe bro R.Y lagi advance lah!
DeleteHahahahaha!
salam..
ReplyDeletebro rambozzi, dekat mana nak dapatkan flush trim bit, yang blade dia panjang macam rambozzi punya tu?
beli set dapat yg pendek blade dia...
Salam afiq faiz.
DeleteRambozzi beli kat Teamstar kat Kawasan Perindustrian Puchong Utama.
Saya minat bar clamp parts tu. Berapa harga sepasang?
ReplyDeleteHappy woodworking.
Clamp head tu RM100 satu set. Rambozzi beli kat Hup Sheng Hardware.
Deletelepas ni pegi aeon plak bang..hahahhaa..
ReplyDeleteAeon lagi la mahal tak hingat bro!
DeleteNangis punye! Huu huu huu