- Replika Kiosk - Nadia n Friends


Ada... Ada la... Ada ni kan... Kan...

Ye. Memang ada. Memang Rambozzi® ada maklumkan di dalam 'entry' Photobooth - Ariff & Fadzli sebelum ini, bahawa Rambozzi® akan membuat sebuah projek 'woodworking' yang:-

"PALING BESAR dalam sejarah Rambozzi® sebagai 'woodworker' ini"! 

"PALING SUSAH dalam sejarah Rambozzi® sebagai 'woodworker' ini"!

"PALING RAMBOZZI® dalam sejarah Rambozzi® sebagai 'woodworker' ini"!

Dan saiz projek ini memang besar, sebesar saiz tapak tangan Rambozzi® ini sahaja heh heh heh heh...

Sebenarnya, 'actually'nya, projek ini adalah lebih kepada kraftangan. Tetapi ia masih lagi menggunakan kayu dan 'plywood' sebagai materialnya. Jadi, ia adalah sebuah projek 'woodworking' juga.

"Gelisah...
Gelisah...
Gelisah..."

Disebabkan, ia lebih menjurus ke arah kraftangan, Rambozzi® agak gusar, resah "gelisah" juga. Kerana berkemungkinan besar, Rambozzi® buat pertama kalinya tidak akan berpeluang langsung untuk menggunakan sebarang 'power tools' untuk projek ini. Ohhh! Itu satu kegelisahan bagi Rambozzi®! Jadi, 'so', untuk mengubat hati yang "gelisah" ini - rasanya lebih kepada melayani perasaan daripada cuba mengubatinya - maka Rambozzi® tidak patut melayan sebuah lagu 'rock' ketika membuat projek ini. Rambozzi® akan layan sebuah lagu yang kerap berkumandang di radio ketika Rambozzi® masih bayi dahulu. Heh heh heh heh... Macam mana laa rupanya Rambozzi® ini ketika bayi ye, puan²? Sebenarnya, tidak banyak beza pun dengan Rambozzi® yang masih remaja pada ketika ini. Perbezaan paling ketara hanyalah pada warna pakaian Rambozzi® ketika bayi sahaja. Rambozzi® sering dipakaikan pakaian bayi berwarna 'pink' dan warna "oles" berbanding warna MERAH MEMBARA kegemaran Rambozzi®, remaja ini. Eh apa daa citer bayi pulak nie?! Jom layan "Gelisah" dendangan Allahyarham Ahmad Jais.


"Gelisah menanti dinda 
Di ambang bahgia 
Mungkinkah khabaran cinta 
Akan menjelma..."

Hmmmm... Lagi "gelisah" ada la lepas layan lagu ni kan? Hahahahahaha! Takpe! It's oraits! Mari baca perenggan seterusnya yang mengandungi kata² keramat dari Rambozzi®!

Tanpa membuang masa lagi - kerana hati ini akan bertambah "gelisah" - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Replika Kiosk - Nadia n Friends.


Memang Rambozzi® "gelisah" la, bro! Mana mungkin Rambozzi® membuat sebuah projek 'woodworking' tanpa menggunakan sebarang 'power tools'?! Hmmm... TakpeRambozzi® akan mulakan projek dengan memotong beberapa kepingan 'plywood' di atas dengan menggunakan 'slide miter saw'.

Mana boleh Rambozzi® tak gunakan 'power tools' langsung! Rambozzi® akan merinduinya!

"Rindu hati ku tiada terkira 
Atau impian yang menggoda..."


Kepingan² 'plywood' itu kemudiannya Rambozzi® gam dan skrukan membentuk binaan di atas. Dan semestinya Rambozzi® akan "terus setia" dengan "Teknik Keramat Rambozzi®" - apa lagi kalau bukan 'pocket hole joinery technique'! Sekeping 'plywood' yang lebih nipis akan digamkan ke bahagian bawahnya.


Rambozzi® hanya 'staple'kan sahaja 'plywood' itu ke binaan tersebut.


Menggunakan 'mini router/trimmer'Rambozzi® 'trim' lebihan 'plywood' berkenaan.


Beberapa lagi kepingan 'plywood' akan ditampalkan ke bahagian dalam sebagai penghadang atau pembahagi ruang atau 'divider' haaa mana satu ntah!


Begitulah rupanya selepas kesemua bahagian digamkan.


Dan siaplah bahagian pertama untuk projek Replika Kiosk - Nadia n Friends ini! Hahahahaha!

Dan, lepaslah sedikit rasa "gelisah" di hati Rambozzi® ini.....


"Gelisah inikah dia 
Getarannya jiwa 
Bergema menyiksa dada 
Aku derita..."



Sekarang, bolehlah Rambozzi® teruskan ke proses pemasangan untuk projek ini.


Rambozzi® akan cuba 'apply'kan konsep 'tiles' yang biasa Rambozzi® gunakan di dalam projek² terdahulu. Hmmmm... Ini satu lagi "kegelisahan" Rambozzi®Rambozzi® tidak berapa pasti sama ada konsep 'tiles' itu sesuatu yang bagus untuk perkembangan dunia 'woodworking' Rambozzi® ini. Tetapi konsep itulah yang Rambozzi® "gilai" dewasa ini. Tidak dapat dipastikan - tiada penjelasan khusus mengenainya - tetapi konsep ini agak mengujakan hati Rambozzi®. Ada beberapa proses di dalam pembikinannya yang membuatkan hati Rambozzi® ini berasa seronok, dan puas.

Ok! Itu untuk projek² 'woodworking' yang menggunakan kayu. Berlainan dengan projek ini, kayu² nipis dan halus yang Rambozzi® gunakan adalah seperti kayu aiskrim sahaja saiznya. Tapi ia bukan kayu aiskrim, men! Ohhh! Kemon men! Kemon! Kayu itu Rambozzi® beli di kedai buku lah! Hahahahahaha!

Oraits! Dengan hanya menggunakan 'super glue', kayu² itu Rambozzi® cantumkan membentuk binaan seperti di dalam gambar di atas.


Kemudian ia dicantumkan pula membentuk binaan di atas.


Dan menjadilah ia sekeping "dinding".

Rambozzi® lukiskan bentuk pintu dan tingkap pula.


Dengan menggunakan 'art knife', bentuk pintu dan tingkap itu dipotong perlahan² kerana kayu itu agak nipis dan mudah pecah.

Binaan² di atas akan dicantumkan pula membentuk seperti sebuah 'kiosk' - juga dengan menggunakan 'super glue'. Ok. Keseluruhan projek ini disiapkan dengan hanya menggunakan 'super glue' sahaja. Tiada sebarang skru atau paku digunakan.


Dan, kerana ia menggunakan 'super glue', maka itulah akibatnya. Heh heh heh heh...

Daya lekatnya yang cepat dan kuat (dalam masa 3 saat sahaja) boleh membawa pelbagai masalah juga. Selain perlu bekerja dengan cepat dan tepat, Rambozzi® juga perlu berhati² agar jari Rambozzi® tidak terlekat ke permukaan yang dititis 'super glue'. Dan sebagai Rambozzi® ini, ada masanya Rambozzi® berjaya, akan ada masanya Rambozzi® akan gagal pula. Ada masanya Rambozzi® akan kacak, ada masanya Rambozzi® akan kurang kacak hehehehe 'peace'! Ada masanya Rambozzi® sangat 'strong', dan akan ada masanya Rambozzi® akan lemah-longlai sampai berlutut di lantai.....

"Permasalahan" di atas telah mengambil masa Rambozzi® hampir 30 minit juga untuk diselesaikan. Pergh! Bukan senang nak "lepaskan" jari Rambozzi® dari situ, bro.....


Tapi tidak mengapa. 'Nevermind'. Binaan di atas berjaya juga Rambozzi® pasang dan lekatkan dengan kemas.


Seterusnya, Rambozzi® cantumkan pula kayu² di atas untuk dijadikan bahagian atap 'kiosk' ini.


Sekeping 'plywood' setebal 3 mm akan turut digunakan untuk bahagian atapnya.


Beberapa lagi bahagian kayu dipotong dan dicantumkan membentuk binaan² di atas. Ia adalah untuk bahagian "kaunter di luar tingkap 'kiosk'".


Kesemua bahagian dilekatkan dengan teliti dan berhati².


Bahagian dalam tingkap pula dikuatkan dengan beberapa kayu kecil untuk mengukuhkan binaannya.


Dan ini satu lagi masalah apabila bekerja dengan menggunakan 'super glue'. Kesan dari titisan 'super glue' itu tidak boleh dipadamkan, atau dikesat, atau dibersihkan langsung. Kesan itu akan kekal dan mencomotkan permukaan kayu atau 'plywood'.

Untuk menangani permasalah itu, Rambozzi® "cat" keseluruhan projek ini dengan menggunakan 'super glue' juga! Hahahahahaha! Nak sangat jadi comot kan? Alang² dah comot, Rambozzi® "comotkan" keseluruhan projek ini dengan 'super glue'!

Dan hasilnya agak memberangsangkan. Warna keseluruhan projek ini telah menjadi sekata! Dan dalam masa yang sama - disebabkan sifat 'super glue' yang akan mengeras - projek ini menjadi sangat kukuh dan teguh. Ohh! Ini adalah sesuatu yang di luar dugaan Rambozzi®!


Permukaan keseluruhan projek ini yang menjadi agak kasar kerana kesan dari sapuan 'super glue' tadi Rambozzi® 'sanding' dengan menggunakan kertas pasir grit 240. Kemudian Rambozzi® 'sanding' lagi dengan menggunakan kertas pasir grit 400 pula.

Sebagai kemasan akhir, Rambozzi® 'spray' 3 lapisan 'lacquer' ke keseluruhan projek ini.


Dan projek Replika Kiosk - Nadia n Friends ini siap sepenuhnya! Yay!


Fuhhh! Leganya Rambozzi® rasa!



Oh ya! Bahagian atap dan 'kiosk' itu tidak bercantum sebenarnya. Bahagian atap itu boleh dibuka. Untuk tujuan apa, Rambozzi® tidak tahu. Tapi itulah permintaan Nadia n Friends. Dan Rambozzi® cuba sebaik mungkin untuk memenuhi kehendak Nadia n Friends.


Ok. Rambozzi® harap, projek Replika Kiosk - Nadia n Friends ini akan memuaskan hati Nadia n FriendsRambozzi® hanya mencuba sebaik mungkin dengan kemahiran amatur Rambozzi® setakat hari ini.

Rambozzi® teringat pula kepada komen² yang Rambozzi® berikan kepada rakan² ahli di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Sebagai 'admin' di 'page' itu, memberikan pandangan dan pendapat sudah menjadi seperti satu tugas atau tanggungjawab bagi Rambozzi®Rambozzi® sendiri tidak pasti, sama ada mereka suka atau tidak dengan setiap patah perkataan yang Rambozzi® tuliskan.

Rambozzi® yang amatur ini semacam menjadi berani untuk memberikan pandangan terhadap hasil² kerja 'woodworking' mereka di sana. Tetapi, Rambozzi® tidak pernah mengkritik mereka. Kritikan tanpa pandangan yang membina bukanlah 'style' Rambozzi®. Kerana Rambozzi® tahu; Rambozzi® faham; Rambozzi® pernah melaluinya - di dalam pelbagai "sektor" lain selain dari 'woodworking' ini - kritikan biasanya tidak membawa apa² faedah atau kebaikan pun. Kritikan itu bagi Rambozzi® hanya satu peluang untuk melepaskan geram; atau untuk memperlekehkan atau merendahkan orang lain; atau lebih teruk lagi untuk menjatuhkan orang lain. Rambozzi® cuba membawa beberapa nilai positif dengan cara yang lebih mesra, halus dan menggembirakan hati mereka. Rambozzi® rasa, dengan cara itu, selain daripada pandangan yang positif dan membina, mereka mungkin boleh mendapat sedikit ilmu yang sangat berguna.

Jadi, 'so'. Untuk projek Replika Kiosk - Nadia n Friends ini, Rambozzi® dengan sukacitanya memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk memberikan sebarang pendapat atau pandangan.

Dan kita terima panggilan dari pemanggil pertama iaitu Puan Jolie dari Ampang.

"Apa khabar puan?"

"Baik! Cool! Baik punye! Pheeewwiiittt!"

"Wah! Sangat bersemangat dan bertenaga puan pagi ini ya?"

"Yeah! Ooooooh! Cool!"

"Ok. Puan boleh berikan komen puan untuk projek ini ya. Silakan puan..."

"Jap bro! Jap! Saya nak 'parking' kereta saya kat tepi jalan dulu. Saya tengah 'drive' ni! Pon! Pon! Haaa! Dengar tak bunyi hon Kelisa saya ni? Pon! Pon! Yeah!"

"Ok! Ok! Puan 'parking' dulu! Bahaya tu puan!"

"Ok! Dah 'parking' dah!"

"Ok. Ok. Puan boleh berikan komen puan ye. Silakan..."

"Hmmmm..... Satu projek mini 'cute' yang chomel sangat menarik nampaknya....
Susunan baris² kayu yang kemas....Sangat menarik! Sangat menarik...
Pemasangan pintu yang kemas, cenuram atap pada darjah yang tepat, bila hujan air tak akan bertakung membasahi ruang dalam rumah ....
Dinding disusun kemas , tak de lubang² , so , jadi, orang tak boleh intai...
Menarik projek ni!! Cool!! Saya suka 106% Inc GST!
Comel lote.... Mcm pipi yang tersenyum sampai bulat²...
Hehehehehe peace!"

"Wah! Agak panjang lebar juga komennya ye puan?"

"Yeah! Jap Jap! Saya tengah 'drive' ni! Ada kereta Kelisa lain ajak saya 'drift' nih!"

"Wah! Jangan puan! Bahaya tu! Awas puan!"

Ya. Begitulah komen dari Puan Jolie ya. Agak 'hardcore' juga Puan Jolie tu ye... Kita terima pula panggilan seterusnya. Siapa pula kali ini ye.....

Satu hari nanti, Rambozzi® nak jadi DJ radio pula. Heh heh heh heh.....

"Mungkinkah kita dapat bersua 
Menjalinkan kasih mesra 
Di alam nyata....."


4 Comments

  1. Macam mana bro berjaya melepaskan diri dari super glue tu?
    :mirul:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambozzi fight la, my men! Hahahahaha!

      Rambozzi titiskan air ke jari yg melekat tu dan toreh super glue yg mengeras dgn menggunakan Milwaukee® Fastback™ Utility Knife. Rambozzi toreh perlahan² dgn berhati² agar tidak melukai jari yg terlibat di dalam peristiwa tersebut. Rambozzi titiskan juga sedikit turpentine dgn harapan ia akan mencairkan super glue itu. Tapi itu rupanya hanya harapan palsu. Selepas hampir 30 minit bergelut, Rambozzi berjaya di dalam fight itu! Ye. 1 fight yg agak mencabar dan bersejarah. Rambozzi berjaya memenanginya! Rambozzi kini sebaris dgn Hector dan Achilles! Yay!

      Hahahahahaha! Mcm ni punye soalan pun ada ke? Hahahahahaha peace bro!

      Delete
  2. Assalamualaikum bro rambozzi, sy zaini. Boleh nk tanya ttg selok belok woodworking ni. Kalau sy br nk mula, wajar tak saya beli power tools yg intermediate punya. Pastu try buat n belajar n buat praktikal. Boleh advise jenama n jenis power tools yg bersesuaian. Sy cuma nk buat stool, bench or meja picnic yg simple2 dulu. Tq. Boleh tanya melalui whatsap tak lepas ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam bro mohd zaini mafti

      Aduh bro ni tanya Rambozzi, di blog Rambozzi ini. Rambozzi ni pengguna dan penggila Bosch bro. Rambozzi tak berani langsung nak rekemen jenama yg sesuai. Ikut bajet dan minat bro la, senang citer.

      Bro boleh try baca artikel ni http://rambozzi.blogspot.my/2015/08/3-power-tools-asas-untuk-memulakan-hobi.html

      Delete