Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

"A-E-I-O-U
A-E-I-O-U"

"A - bunyi ayam
Kok! Kok! Kok!
E - panggil emak
EMAK!
I - ikan nan nan nang (berenang)
Di dalam kolam..."

Lagu itu terus diulang-nyanyi bertalu² tanpa simpati oleh Fatiha. Sedang Fatima pula berputar² menari mengikut irama lagu itu. Rambozzi® bagai didera. Telinga Rambozzi® terasa panas. Hati ini mendidih².  Kepala Rambozzi® terasa berpusing². Kalau diulang 2 atau 3 kali, tidak mengapa lagi. Tapi kalau berpuluh kali sehari selama hampir 3 minggu, ini satu penderaan jiwa secara halus kepada Rambozzi®.

Pernah Rambozzi® menegur Fatiha, "Dah la tu.....". Tapi dijawab kembali oleh Fatiha, "Ayah. Kita lupa nak pergi Giant, kan?". Alaaa bila masa pulak yang kita ada "ingat" nak pergi ke Giant?

Sedang Fatima pula hanya pandai mengeluarkan bunyi²an yang tidak dapat dimengertikan oleh benak Rambozzi®. "Tssst! Auppp! Pooofff!".

"Ayah! Ayah! Kenapa kita lupa nak pergi Giant?"
"Alaaa sape yang ingat nak pergi Giant?"
"Nanti kita pergi Giant tau?"
"Ye... Nanti ayah ada duit, kita pergi Giant... "
"Nanti kawan ayah datang ambik kayu tu, ayah ada duit kan?"
"Ye...  Nanti kawan ayah datang ambik kayu tu, kita ada la duit..."
"Ayah! Ayah! Kenapa kawan ayah tu ada duit?"
"Sebab gaji dia banyak, dia ada la duit..."
"Ayah! Ayah! Kenapa gaji ayah tak banyak?"
"Sebab..... "

"A - bunyi Ayah
Kok! Kok! Kok!
A - panggil Ayah
AYAH!
A - Ayah nan nan nang (berenang)
Di dalam kolam..."

Jadi, 'so'. Disebabkan Rambozzi® sendiri terpaksa menyanyikan lagu itu untuk "menghiburkan" hati yang resah-gelisah ini, maka Rambozzi® akan cuba "curahkan kehibaan" ini dengan cara Rambozzi®. Tiada cara lain - tiada kelayakan, tiada kewangan, hanya anganan - Rambozzi® akan 'woodworking' sahaja.

Apabila Puan Arfah meminta Rambozzi® membuatkan sebuah 'dollhouse' untuk anaknya, secara automatik Rambozzi® terniat untuk membuatnya untuk Fatiha & Fatima juga. Harapan Rambozzi®, agar perhatian mereka berdua teralih dan boleh "melupakan" lagu itu sekejap.....

Jadi, 'so'. Dengan tidak membuang masa lagi - kerana Rambozzi® juga memerlukan lebih banyak masa untuk pergi berenang - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Dollhouse - Puan Arfah.


Oraits! Rambozzi® mulakan dengan membelah beberapa kepingan 'plywood' setebal 18 mm dengan menggunakan 'table saw'. Lebar dan panjang untuk setiap kepingan 'plywood' itu sebenarnya boleh kita tentukan mengikut kesesuaian atau kehendak kita sendiri. Ok. Rambozzi® akan kongsikan ukuran atau 'design' untuk projek Dollhouse - Puan Arfah ini. Harap 'design' dari SketchUp di bawah boleh membantu sesiapa sahaja yang ingin membuat sendiri 'dollhouse' seperti ini.


'Design' di atas sebenarnya adalah mengikut ukuran dan kehendak dari Puan Arfah sendiri. Rambozzi® hanya cuba membuat yang terbaik untuk memenuhi kehendak Puan Arfah sahaja.


Ada beberapa kepingan 'plywood' yang dipotong serong 'bevel'nya sebanyak 30°. Operasi di atas sesuai dilakukan dengan menggunakan 'table saw' yang dicondongkan mata gergajinya kepada 30°. Tapi kalau tidak ada 'table saw', boleh juga dipotong dengan menggunakan 'sliding miter saw'. Cuma, 'sliding miter saw' agak terbatas dengan lebar yang boleh dipotong.


Gambar di atas menunjukkan kepada mata gergaji pada 'table saw' yang telah dicondongkan kepada 30°. Dan begitulah hasilnya setelah 'plywood' itu dipotong.


Memandangkan Rambozzi® masih belum berkesempatan untuk membuat sebuah 'miter sled' untuk 'table saw' milik Rambozzi® itu, maka Rambozzi® akan menggunakan 'sliding miter saw' sahaja untuk membuat potongan 90° untuk bahagian² lain untuk projek ini. Berapa banyak untuk daa.... Hahahahaha!


Dan kesemua bahagian telah siap dipotong kepada saiz² yang diperlukan.


Rambozzi® akan "cuba" selesaikan bahagian paling susah untuk projek ini dahulu. 'Dollhouse' ini mempunyai 4 tingkap yang berbentuk 4 segi tepat. Untuk memastikan setiap tingkap adalah sama bentuk dan saiznya, Rambozzi® akan gunakan 'cutting template' untuk 'mini router/trimmer' milik Rambozzi®.

'Cutting template' di dalam gambar di atas telah ditebuk secara kasar dengan menggunakan 'jigsaw'. Kemudian bentuknya dikemaskan lagi dengan menggunakan mini router/trimmer' yang dipasangkan 'flush trim router bit'. Sebatang 'plywood' terbuang diskrukan ke bahagian tepi 'template' di atas yang akan berfungsi sebagai 'guide' agar Rambozzi® dapat memastikan ia diletakkan di tempat yang sepatutnya - dengan tepat dan kemas.


Menggunakan 'template' berkenaan, Rambozzi® lukis bentuk kotak di atas 'plywood' yang hendak ditebuk tingkap.


Rambozzi® tebuk 1 lubang untuk dimasukkan mata 'jigsaw'.


Dan lubang² untuk tingkap itu ditebuk secara kasar dengan menggunakan 'jigsaw' dahulu.


Rambozzi® 'clamp'kan 'cutting template' tadi di bawah 'plywood' yang hendak ditebuk tingkap. Seperti biasa, Rambozzi® laraskan mata 'flush trim router bit' pada 'mini router/trimmer' agar 'bearing' pada 'router bit' itu menyentuh permukaan 'template' di bawahnya. 'Bearing' pada 'flush trim router bit' akan mengikut bentuk 'template' di bawahnya dan akan hanya memotong mengikut bentuk 'template' itu sahaja. Adoih! Susahnya la nak terang!

"Rambozzi® teringat "teguran" seorang rakan di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Katanya, bukan senang hendak membuat kerja² 'woodworking' dalam keadaan di mana Rambozzi® "terpaksa" berhenti pada setiap proses kerja, mengambil gambar, menyuntingnya, memasukkannya ke dalam blog, dan menulis pula penerangan mengenai setiap satu proses kerja itu. Hmmm... Rambozzi® rasa macam pernah tulis mengenai ini tidak lama dulu... Tapi, 'point' Rambozzi® adalah, Rambozzi® bukanlah seorang 'woodworker' "biasa". Rambozzi® adalah seorang 'woodworker' yang "sangat luar biasa". Rambozzi® adalah seorang 'woodworker' yang "rare". Aaa! Aaa! Aaa! No! No! No! Rambozzi® bukanlah "sejenis mamalia" yang mengalami kepupusan. Rambozzi® bukan 'dinosaur' atau 'ornithorhynchus anatinus'. Rambozzi® adalah seorang 'woodworker' yang "susah hendak dicari atau ditemui" sahaja. Heh heh heh heh..."


Dan hasilnya memang tidak mengecewakan Rambozzi®. Ini adalah 'woodworking' Rambozzi®.


Oraits! "Masih setia" dengan Teknik Keramat Rambozzi®, beberapa lubang 'pocket hole' ditebuk untuk proses pemasangan.

Oh ya! Beberapa lubang 'pilot hole' yang siap di'countersink' juga ditebuk di beberapa bahagian.


Proses pemasangan 'dollhouse' ini tidaklah sesukar mana. Binaan 'dollhouse' ini adalah sangat asas dan mudah, dan ringkas.


Untuk memastikan jarak di antara setiap tingkat 'dollhouse' adalah sama, Rambozzi® hanya gunakan 2 keping 'plywood' untuk projek ini sendiri sebagai 'spacer'.


Ok. Untuk bahagian bumbung 'dollhouse' ini, agak 'tricky' juga untuk memasangnya kerana ia telah dipotong serong 30° tadi kan? Kan?

"Awak dah lupa? Hah lupa la tu kan? Lupa lagi kan? Dah banyak kali saya cakap kan? Jangan sesekali lupa apa yang saya cakap pada awak tu, ok?", tegas Rambozzi® kepada 'Love'. 

'Love' hanya mendiamkan diri. Sedikit airmata terbit di hujung matanya. Sambil memalingkan wajahnya ke arah lain, 'Love' menyapu airmatanya perlahan, dan mengesat juga sedikit air yang keluar dari hidungnya dengan menggunakan lengan baju Rambozzi®. 

"Awak lap kat baju awak sendiri boleh tak?!", bentak Rambozzi® dengan keras. 

Kali ini 'Love' tidak dapat menahan hati dan perasaannya lagi. 'Love' tersedu-sedu tanpa malu² atau takut² lagi. 'Edging' pada 'plywood' yang telah siap di'laminate' itu digigit² oleh 'Love' dengan rakus, tetapi bersih kerana ketajaman giginya. 

"Jangan sampai saya gigit jari awak tu Rambozzi®..........! Pulangkan!!!", jerit 'Love' tetapi hanya di dalam hatinya... "Pulangkan?". 

Pulangkan apa? Apakah yang diminta pulangkan oleh 'Love' itu? Sama² kita nantikan kisah percintaan di antara kedua mereka itu, tidak lama lagi...

Rambozzi® skrukan sementara 2 batang 'plywood' lebihan ke 'plywood' di atas untuk memastikan bukaan itu "tidak lari" sementara menunggu gam kayu itu kering sepenuhnya.


Bahagian 'plywood' yang di'clamp'kan di atas pula akan diskrukan dari bawah. Memandangkan ruangan itu agak sempit, maka Rambozzi® pasangkan 'right angle drill attachment' ke 'cordless drill' itu. 'Right angle drill attachment' itu akan memudahkan Rambozzi® memutar skru di ruang² yang sempit yang tidak boleh dimasuki oleh 'cordless drill'.


'Dollhouse' ini siap dipasang sepenuhnya. Rambozzi® belah pula beberapa kepingan kayu nipis seperti yang dapat dilihat di dalam gambar di atas untuk dijadikan 'edging' untuk menutup 'end grain' yang kelihatan pada 'plywood'. Hmmm... Rambozzi® masih belum berkesempatan lagi hendak berkongsi cara Rambozzi® membelah kepingan² 'edging' senipis itu dari sebatang kayu 1x2.....

'Love' masih lagi merajuk. Rajuk 'Love' kali ini lebih panjang. Kali ini 'Love' melancarkan "mogok lapar" pula. 'Love' enggan menjamah sebarang makanan. 'Love' secara terang-terangan menolak untuk "memamah" kepingan² 'edging' di atas kepada saiz yang lebih tepat. 

"Inikah erti cinta sebenar awak kepada saya?", soal Rambozzi® kepada 'Love'. 

"Awak cakap awak sayang dan cintakan saya kan? Tapi sekarang awak buat perangai macam nie pulak ye?!!!", Rambozzi® tanpa sedar telah meninggikan suara kepada 'Love'. 

"Deyyy!!! Jangan cabar kesabaran dan kelembutan saya ini! Dalam kelembutan ini ada "battu batta" yang sangat keras! "Singga" pun akan tunduk mendengar ngauman saya! "Raja" akan turun dari takhtanya! Deyyy awak akan menyesal bila saya tunjukkan rupa saya yang sebenar! Awak belum kenal lagi siapa saya yang sebenarnya! Auuummmmm!!! Deyyy!!!!!", jerit 'Love'.

Perlahan², rupa wajah 'Love' berubah menjadi sedikit bengis. Beberapa helaian misai tumbuh dari tepi bibir dan pipinya. Kuku²nya mula memanjang dan meruncing sedikit demi sedikit. Matanya pula menjadi semakin bulat dan merah. Keningnya sedikit terangkat ke atas. Telinganya pula menjadi tajam dan panjang. Panjang? Kulitnya yang halus mula ditumbuhi bulu² keras berwarna hitam dan "oles". Warna "oles"? Oh itu adalah sebutan Fatiha untuk warna oren. 'Love' secara perlahan menunjukkan wajahnya yang sebenar! 'Love' adalah seorang 'werewolf'!

"Haiya! Bukan seligala lah! Halimau jadian maa! Limau!", tegur seorang tokey Cina di 'hardware' berdekatan kami berdua. Selepas menegur kami berdua, tokey Cina itu tiba² sahaja ghaib bersama angin lalu. Keadaan itu amat menggerunkan hati Rambozzi®. Tegurannya yang tidak dijangka agak mengerikan. Dan yang lebih mengerikan lagi, bilakah masanya dia berada berdekatan dengan kami berdua? Dari manakah dia muncul? Siapakah dia? Bagaimanakah dia mampu menghilangkan dirinya begitu sahaja? Sama² kita nantikan kesudahannya di dalam episod yang akan datang, minggu depan...


Rambozzi® lekatkan kepingan 'edging' itu ke setiap sisi atau 'end grain' pada 'plywood' yang kelihatan dengan menggunakan gam kayu. Dan Rambozzi® tampalkan 'masking tape' agar ia melekat dengan kemas sementara menunggu gam itu kering sepenuhnya. 'Masking tape' itu berfungsi sebagai 'clamp'.


Selepas ia kering sepenuhnya, dengan menggunakan 'Love', Rambozzi® ketam lebihan 'edging' itu agar sekata atau 'flush' dengan permukaan 'plywood'. Ohhh my 'Love' memang tidak pernah menghampakan Rambozzi®. Setiap 'kiss of 'Love'' bagaikan gigitan cinta yang berbekas indah dan abadi. 'I love U so much, my 'Love'.........,' pujuk Rambozzi® selepas teruk dibelasah oleh 'Love' sebentar tadi.....


Kemudian Rambozzi® gam dan skrukan pula bahagian tapak ke 'dollhouse' ini. Tapak itu dipastikan sedikit lebar agar 'dollhouse' itu stabil dan tidak mudah terbalik menghempap anak² kecil.

Sekarang, projek Dollhouse - Puan Arfah ini sudah siap sepenuhnya.

Seterusnya, Rambozzi® 'sanding' keseluruhan 'dollhouse' itu dengan menggunakan 'random orbital sander' yang dipasangkan kertas pasir bergrit 400. Dan Rambozzi® cat ia dengan menggunakan cat minyak berwarna putih, sebanyak 2 lapisan. Oh! Sebelum itu, 'dollhouse' itu terlebih dahulu dicat dengan 1 lapisan cat 'undercoat'.


Dan, projek Dollhouse - Puan Arfah ini sudah siap sepenuhnya! Yay!




Eh? Apa yang eh?

Eh? Kenapa gambar kat atas tu nampak teruk benar kualitinya? Tiba² je kan? Kan?

Ok. Rambozzi® harap Puan Arfah akan suka dengan hasil kerja Rambozzi® ini. Rambozzi® harap, anaknya juga akan suka dengan 'dollhouse' ini.

Rambozzi® ada menyatakan kepada Puan Arfah, 'dollhouse' ini akan dicat dengan menggunakan warna putih. Kalau tidak dicat pun, rupa, warna dan corak 'plywood' itu sendiri masih lagi kelihatan cantik dan menarik. Rambozzi® cadangkan kepada Puan Arfah agar ia dicat putih supaya ia sedia untuk dihiaskan lagi nanti. Maksudnya, Puan Arfah boleh mengecat dan menghiasnya menjadi lebih menarik, bersama² dengan anaknya. Itu akan menjadi satu aktiviti yang sangat menarik, dan sangat bagus untuk hubungan di antara seorang ibu dan anaknya. Dan Puan Arfah bersetuju dengan cadangan Rambozzi® itu. Setelah ia dicat putih, permukaannya adalah sedia untuk diwarnakan, dicorakkan, dan dihiaskan dengan lebih menarik lagi.

Rambozzi® harap, projek ini akan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang di antara Puan Arfah dan anaknya. Rambozzi® rasa agak gembira pula, kerana secara tidak langsung, Rambozzi® memainkan peranan yang sangat penting di dalam kehidupan mereka sekeluarga. Rambozzi® juga berasa agak lega dan tenang, kerana rupa²nya "dunia woodworking" ini membawa terlalu banyak pengertian kepada Rambozzi®, walaupun banyak pula yang tidak dapat Rambozzi® mengertikan. Rambozzi® juga berasa amat lega dan tenang, kerana kewujudan Rambozzi® di dalam "woodworking" ini,  bisa membawa bahagia kepada orang lain....

Sedang Rambozzi® pula, masih lagi "dihantui" oleh lagu sama yang diulang nyanyi sampai pagi, dan "bunyi²an misteri" yang tidak dapat dimengertikan... "Bauppp!!!". Apa kebende la "bauppp!!!" tu.....? Aduh.....


Dan seperti yang Rambozzi® maklumkan di awal 'entry' ini tadi, Rambozzi® juga membuat sebuah 'dollhouse' untuk Fatiha dan adiknya, Fatima. Tidak banyak beza dengan Dollhouse - Puan Arfah. Kecuali bahagian tapaknya sahaja, kerana Rambozzi® kekurangan 'plywood' untuk dijadikan tapak.

'Dollhouse' milik Fatiha & Fatima ini tidak dicat langsung. Sengaja Rambozzi® membiarkan ia dengan warna asal 'plywood' itu agar Fatiha & Fatima boleh bersama² mengecat dan menghiasnya nanti, dengan kreativiti mereka.

Rambozzi® sendiri tidak pasti bagaimanakah hasilnya nanti. Sebab, apabila Rambozzi® terpandangkan Kristoff dan Elsa yang "kehilangan" kepala mereka itu, Rambozzi® berasa agak gusar juga. Hmmm? What? Tak nampak? Ok, mari Rambozzi® 'zoom'kan. Mari...Hulurkan tanganmu, dan pejamkan matamu itu...


Nampak? Nampak kan? Dan 1 daripada 2 tanduk Sven juga telah patah dan hilang! 'Oh man...'.

Rambozzi® harap Anna dan Hans tidak "diapa²kan". Dan Olaf pula tidak sepatutnya "beraksi" riang seperti itu. Dia juga "belum tentu akan selamat" lagi. Heh heh heh heh.....

Tidak mengapalah. 'Nevermind'. Kalaupun 'dollhouse' itu rosak atau punah jahanam sekalipun, Rambozzi® tidak akan memarahi Fatiha atau Fatima. Rambozzi® boleh membuat 'dollhouse' yang baru untuk Fatiha & Fatima. Rambozzi® kan seorang 'woodworker'? Dan Rambozzi® bukan seorang 'woodworker' biasa. Rambozzi® adalah Rambozzi®. 'I am Rambozzi®. I am Your Woodworker. i-woodworking with Style. i-woodworking with Heart. i-woodworking with Love. Always with Love...'..........

"O - panggil Olaf
OLAF!
U - panggil Ummi
UMMI!
U - Ummi nan nan nang (berenang)
Di dalam kolam..."




"Oooh!"

Pehal pulak tetiba "Oooh!" nie haa? Hahahahaha! 'Wait! Wait! Wait!'. Sebenarnya, itu adalah perkataan pertama kepada lirik lagu 'Photograph' dendangan kumpulan 'Rock' terkemuka 80-an dulu - Def Leppard. Jap. Rambozzi® nak layan sikit lagi lagu nie pastu baru kita sambung 'woodworking', ok? Oraits?

"I'm out a luck, out a love
Gotta photograph, picture of
Passion killer, you're too much
You're the only one I want to touch

I see your face every time I dream
On every page, every magazine
So wild and free so far from me
You're all I want, my fantasy..."


- Def Leppard "Photograph" (Pyromania) - 1983 - 

"Oooh!" 'Cool!' 'Yeah!' Rambozzi® rasa sangat bersemangat! Sebab Rambozzi® "dicari" oleh Ariff dan kawannya, Fadzli, yang suka melihat hasil kerja Rambozzi® sebelum ini iaitu "Photobooth - Faisal". Manakan tidak, projek "Photobooth - Faisal" itu boleh dikatakan antara projek yang paling mencabar tetapi sangat bagus untuk perkembangan dan kemajuan Rambozzi® di dalam bidang 'woodworking' ini. 

Jenis projek seperti ini adalah yang paling Rambozzi® suka. Kerana, di samping ia memberi peluang kepada Rambozzi® untuk cuba memenuhi segala kehendak pelanggan, ia juga memberi peluang kepada Rambozzi® untuk mencuba sesuatu yang baru, dan yang di luar bidang 'woodworking' ini sendiri. Rambozzi® suka cabaran berbentuk 'customize' atau 'custom made' (hah! mana satu ntah!) seperti ini. 

Proses perbincangan untuk menentukan hala tuju projek seperti ini sendiri adalah sangat menarik. Rambozzi®, Ariff dan Fadzli berpeluang untuk mengutarakan 'idea' dan pendapat masing² dengan sangat bebas, sangat santai, sangat mesra, dan ya, Rambozzi® akui, sangat professional.

Projek ini juga adalah atas dasar kepercayaan. Untuk membuat sesuatu yang seperti ini, semestinya Rambozzi® memerlukan segala peralatan yang hendak mereka letakkan ke dalam 'photobooth' ini seperti kamera, (mahal, beb. Rambozzi® takkan mampu nak beli kamera semahal ini. Rambozzi® "lebih rela" membeli 'power tools' cap Bosch® yang "jauh lebih murah". Heh heh heh heh...) 'monitor', 'speaker' dan lain², berada di dalam tangan Rambozzi®. Itu dalam bentuk barangan. Yang lebih utama, adalah kepercayaan Ariff dan Fadzli terhadap kemahiran Rambozzi® untuk membantu mereka berdua mencapai cita² dan impian mereka.

Sebagai 'woodworker', Rambozzi® faham "kegilaan" mereka berdua terhadap dunia 'photography'. Bidang kami amat jauh berbeza, tetapi "kegilaan" itu tetap sama. Dan apabila "gila woodworking" bertemu "gila photography", Rambozzi® rasa, kami mendapat peluang untuk "melampiaskan kegilaan" itu, 'together-gether'². Heh heh heh heh...

Berbeza dengan projek "Photobooth - Faisal" yang menggunakan konsep "kamera klasik", projek Photobooth - Ariff & Fadzli ini pula menggunakan konsep "peti televisyen klasik".

Jadi, dengan tidak membuang masa lagi - kerana "kegilaan" ini semakin memuncak; kerana jiwa ini semakin berkocak; dan kerana cinta ini semakin rancak - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Photobooth - Ariff & Fadzli.


Rambozzi® mulakan dengan memotong kayu² 1x2 di atas kepada saiz² yang diperlukan. Kayu² di atas adalah untuk bahagian paling penting projek ini, iaitu "muka depan TV" ini.


Kayu² tadi digam dan di'clamp'kan antara satu sama lain. Kemudian ia dibiarkan kering selama lebih kurang 2 jam, kot... A'ah kan? Rambozzi® lupa pulak berapa lama Rambozzi® biarkan ia kering hari tu kan? Kan? Lain kali, Rambozzi® kena catat tempoh masanya tu untuk lebih ketepatan lagi...



Selepas gam kering, Rambozzi® ketam pula permukaan panel di atas dengan menggunakan 'Love'.


Dan begitulah hasilnya selepas ia siap diketam. Sebenarnya, panel di atas adalah sebahagian sahaja daripada keseluruhan "muka depan TV" ini. Disebabkan kekangan masa, situasi dan ruang studio yang amat "menyesakkan hati" Rambozzi®, Rambozzi® telah terlupa hendak mengambil gambar proses seterusnya...

"Oh, look what you've done to this rock 'n' roll clown
Oh oh, look what you've done..."


Photobooth - Ariff & Fadzli ini akan dibina dengan menggunakan 'plywood' setebal 18 mm. 'Material' yang dipilih ini adalah atas persetujuan Ariff & Fadzli sendiri.

Kepingan² 'plywood' di atas telah dibelah kepada saiz² yang diperlukan dengan menggunakan 'table saw'. Lubang² 'pocket hole' juga ditebuk untuk proses pemasangan.


Oraits! Projek ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu kotak TV dan kotak 'speaker'. Di dalam kotak 'speaker' itu nanti akan diletakkan sebuah kamera.

'Plywood' di atas adalah untuk bahagian muka depan kotak 'speaker'. Rambozzi® dapatkan dahulu saiz lensa kamera yang akan digunakan dan tebuk lubang untuknya di atas 'plywood' di atas.

Rambozzi® gunakan 'drill press' yang dipasangkan 'hole saw' untuk menebuk lubang tersebut. Di bahagian bawah 'plywood' itu Rambozzi® alas dengan sekeping lagi 'plywood' terpakai untuk mengurangkan pecahan atau 'tearout'. Rambozzi® 'clamp'kan kedua² keping 'plywood' itu ke permukaan 'drill press table' untuk menstabilkan kedudukannya semasa proses menebuk lubang.


Kemudian Rambozzi® 'rout' pula sekeliling bulatan pada 'plywood' itu dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'roundover router bit'.


Dan ia dicantumkan dan membentuk kotak 'speaker' seperti yang dapat dilihat di dalam gambar di atas yang telah diambil oleh Rambozzi® selepas selesai proses mencantumkan kotak di atas tadi dan ia akan digunakan untuk diletakkan sebuah kamera di dalamnya selepas projek ini Rambozzi® siapkan dan serahkan kepada Ariff & Fadzli untuk kegunaan mereka mengambil gambar di lokasi² penggambaran yang akan dipilih oleh mereka atau pelanggan atau peminat mereka di waktu yang mungkin bersesuaian dengan tema yang akan dipilih oleh mereka ataupun pelanggan ataupun peminat mereka nanti. Wah! Ada ke orang yang baca ayat di atas sampai habis haaaa?!

"Photograph - I don't want your
Photograph - I don't need your
Photograph - all I've got is a photograph
But it's not enough..."


Sebenarnya, sengaja Rambozzi® menulis panjang² tadi. Sebab, Rambozzi® panas hati lah! Kotak 'speaker' itu telah gagal dengan jayanya. Hmmmph!

Bulatan itu telah ditanda pada kedudukan yang salah. Hmmmph!

Lensa kamera akan condong ke bawah kerana kedudukan bulatan itu yang agak ke bawah. Hmmmph!

Rambozzi® terpaksa pecahkan kotak itu kerana kedua² bahagian yang telah dirosakkan di atas, masih boleh digunapakai. Sekarang, Rambozzi® terpaksa membuat operasi "pembersihan" pula. Hmmmph!


Sekali lagi, 'Love' telah Rambozzi® "seru" untuk membantu Rambozzi® menyelamatkan keadaan ini.

"Datanglah kepadaku, wahai 'Love' sayang... 
Sejukkanlah mata dan hatiku ini, 'Love' 'sweetheart'...
Temanilah hidupku dengan kehalusan belaian kasih dan sayangmu itu, 'Love' 'darling'...
Berdampinglah dengen ku, wahai si 'Love', sayang...
Hanya itulah pesen ku, mambang.........."


Jadi, 'Love' tidak pernah menghampakan Rambozzi®. Kehadiran 'Love' senantiasa menggembirakan hati Rambozzi®. Kewujudan 'Love' senantiasa menceriakan hati Rambozzi®. Kelahiran 'Love' di dalam hidup Rambozzi® senantiasa membawa sinar mentari di hati Rambozzi®. 'I love u so much, 'Love'...'


Bahagian yang rosak tadi "telah selamat diselamatkan". Ia masih boleh digunakan. Ia akan dijadikan pintu untuk kotak 'speaker' itu.

Dengan menggunakan 'jigsaw', Rambozzi® tebuk lubang untuk diletakkan sekeping 'acrylic sheet' pada pintu berkenaan. Lubang itu ditebuk secara kasar sahaja. Lubang yang lebih kemas, tepat dan halus akan ditebuk dengan menggunakan 'mini router/trimmer' pula, selepas ini.


Oraits! Rambozzi® bakal menghadapi sedikit masalah untuk menerangkan proses di atas hehehehe peace! Takpe, 'it's ok'. Rambozzi® akan cuba terangkan dengan perlahan² dan seteliti mungkin kerana teknik seterusnya ini adalah antara "nikmat" seorang 'woodworker' yang bekerja dengan menggunakan sebuah 'router'. Ia ringkas, tetapi ia tetap sebuah teknik yang 'best'.

Sila baca setiap perkataan seterusnya satu persatu dengan perlahan² dan penuh pengamatan ye...?

Kayu² lebihan yang bertanda anak panah merah di atas diskrukan ke 'plywood' yang akan berfungsi sebagai pintu kotak 'speaker' nanti. 

Ia berfungsi sebagai 'guide' untuk 'bearing' pada 'flush trim router bit'. 

Kayu² lebihan itu tidak diskrukan sesuka hati sahaja. 

Ia telah diukur dan ditandakan dengan tepat bersesuaian dengan saiz lubang pada pintu yang hendak Rambozzi® tebuk.

Apabila 'bearing' pada 'flush trim router bit' "menyentuh" permukaan kayu² lebihan itu, 'mini router/trimmer' akan hanya memotong 'plywood' hanya berpandukan kepada bentuk kotak hasil daripada 'frame' sementara yang dibina daripada kayu² lebihan yang diskrukan itu. Ok? Hang bulih paham kaaa? Hahahahaha!

'Frame' sementara yang dibina daripada kayu² lebihan yang diskrukan itu juga boleh dipanggil 'cutting template'. Oraits?

Maka Rambozzi® akan mendapat sebuah lubang yang sangat tepat dan kemas pada pintu kotak 'speaker' itu nanti.


Perhatikan gambar di atas dengan teliti. 'Bearing' pada 'flush trim router bit' itu Rambozzi® pastikan menyentuh permukaan kayu lebihan yang diskrukan ke 'plywood' kotak 'speaker' itu. Jadi, mata 'router bit' itu akan hanya memotong mengikut bentuk 'frame' sementara yang dibina daripada kayu² lebihan yang diskrukan ke kotak 'speaker' berkenaan.

Ya. Rambozzi® terpaksa mengakui bahawa Rambozzi® terpaksa menggunakan perkataan² yang sama yang diulang² beberapa kali sehingga memenatkan mata dan memeningkan kepala. Tetapi percayalah. Baca satu persatu, perlahan² dan Rambozzi® yakin, ia akan dapat difahami dengan jelas.


Sekarang, Rambozzi® akan mula memotong lubang tersebut dengan menggunakan 'mini router/trimmer'.


Dan itulah hasilnya. Dapat dilihat dengan jelas juga, kayu² lebihan yang diskrukan ke 'plywood' di atas masih berada di bawahnya.

'Roundover router bit' berwarna hitam di dalam gambar di atas akan digunakan untuk membulatkan sedikit bucu pada lubang pintu berkenaan.


Oraits! Rambozzi® sudah terlepas peluang untuk mengambil gambar beberapa proses. Rambozzi® agak kelam-kelibut sekarang.

Bahagian² di atas adalah keseluruhan bahagian untuk projek Photobooth - Ariff & Fadzli ini. "Muka depan TV" itu juga telah siap dipasangkan sepenuhnya. Beberapa lubang yang akan berfungsi lubang untuk 'speaker' juga telah ditebuk dengan kemas dan jayanya (lihat anak panah merah di dalam gambar di atas).


Ok. Sebenarnya, agak banyak juga gambar proses kerja yang tidak sempat Rambozzi® ambil. Projek yang Rambozzi® jangkakan "tidaklah sesusah mana" ini rupa²nya boleh tahan susah! Wah!

Oraits! Anak² panah berwarna merah di atas menunjukkan kepada lapisan 'nyatuh veneer' yang telah ditampal ke kotak 'speaker' dan juga kotak TV. Ia akan dicat dengan warna hitam nanti, atas pemintaan Ariff dan Fadzli sendiri.

Anak panah berwarna biru itu pula menunjukkan kepada bahagian dalam "muka depan TV" yang Rambozzi® potong 45° dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan '45° chamfer router bit'. Itu adalah 'idea' dan 'design' daripada Ariff dan Fadzli sendiri.

"I'd be your lover, if you were there
Put your hurt on me, if you dare
Such a woman, you got style
You make every man feel like a child, oh

You got some kinda hold on me
You're all wrapped up in mystery
So wild so free and far from me
You're all I want, my fantasy..."


Di bahagian belakang kotak TV pula Rambozzi® pasangkan sebuah pintu untuk memudahkan Ariff dan Fadzli "bekerja" nanti. Pintu itu tidak mempunyai sebarang pemegang, 'handle' atau 'knob'. Ia hanya perlu ditekan sahaja dan pintu akan terbuka secara automatik. Sebenarnya tidak automatik mana pun heh heh heh heh. Rambozzi® hanya pasangkan 'push to open magnetic door latch' sahaja hehehehe peace!

Di bahagian belakang kotak 'speaker' itu pula juga telah siap dipasangkan 'acrylic sheet' ke bahagian pintunya. Dan projek ini sudah hampir siap sepenuhnya.

Setakat ini, tidak ada banyak masalah sangat. Segala²nya berjalan agak lancar, dan Rambozzi® tunjukkan gambar di atas kepada Ariff dan Fadzli. Dan mereka berdua suka dengan hasil kerja Rambozzi® setakat ini.

"Oh, look what you've done to this rock 'n' roll clown
Oh oh, look what you've done..."


Oraits! Rambozzi® akan terangkan serba sedikit mengenai bahagian dalam kedua² kotak di atas. Untuk kotak 'speaker', tidak banyak 'setting' yang kritikal pun. Rambozzi® hanya gamkan beberapa kayu sahaja di bahagian dalamnya yang akan berfungsi sebagai tempat untuk diletakkan kamera dengan kemas. Kayu² itu akan memastikan kamera diletakkan di tempat yang tepat dan ia akan mengekang kamera itu daripada bergerak².

Di bahagian dalam kotak TV pula, Rambozzi® skrukan 2 buah 'speaker' dan 'extension plug'. Sebatang kayu juga dipasangkan di dalam bahagian dalam kotak di atas sebagai "pengunci" untuk TV yang akan diletakkan nanti.



Projek Photobooth - Ariff & Fadzli ini siap sepenuhnya! Fuhhhh! Boleh tahan susah juga! Hahahahaha!

Ok. Kotak 'speaker' itu Rambozzi® cat dengan 3 lapisan cat minyak berwarna hitam. Untuk "muka depan TV" pula, Rambozzi® cat dengan 3 lapisan 'polyurethane varnish' berwarna 'Rosewood'.


"Photograph I don't want your
Photograph I don't need your
Photograph all I've got is a photograph
You've gone straight to my head..."



Oraits! Begitulah keadaan di bahagian dalam kedua² kotak di atas selepas kesemua barangan dimasukkan. Dapat dilihat bahawa kamera itu hanya diletakkan begitu sahaja di dalam kotak 'speaker'.

Untuk kotak TV pula, kayu yang bertanda anak panah merah itu Rambozzi® pasangkan sebiji engsel untuk membolehkan ia dilipat keluar jika hendak memasukkan atau mengeluarkan 'monitor' berkenaan. Dan ia hanya perlu dikunci dengan menggunakan pengunci yang ditunjukkan oleh anak panah merah itu.

Di bahagian kanan, bawah kotak itu pula, anak panah merah itu menunjukkan kepada 'push to open magnetic door latch' yang Rambozzi® sebutkan tadi.

Tiada sebarang 'setting' atau tetapan yang kompleks. Projek ini masih lagi mengekalkan konsep Rambozzi® - Pertukangan Kayu Ringkas & Mudah itu.


Rambozzi® berharap, Ariff & Fadzli akan berpuas hati dengan hasil kerja tangan Rambozzi® ini. Rambozzi® hanya cuba mengikut kehendak dan keperluan mereka sahaja. 'Idea' dan konsep untuk projek ini hampir 100% adalah dari Ariff & Fadzli. Rambozzi® hanya cuba mengikut dan cuba memenuhi citarasa mereka berdua sahaja.

Sekarang, Rambozzi® akan teruskan ke projek yang seterusnya pula. 

Projek yang seterusnya ini adalah "projek PALING BESAR dalam sejarah Rambozzi® sebagai 'woodworker' ini"! 

Projek yang seterusnya ini adalah "projek PALING SUSAH dalam sejarah Rambozzi® sebagai 'woodworker' ini"!

Projek yang seterusnya ini adalah "projek PALING RAMBOZZI® dalam sejarah Rambozzi® sebagai 'woodworker' ini"!

Tunggu. Nantikan kemunculan 'entry' yang seterusnya. Sekarang Rambozzi® nak minta si Ariff & Fadzli ni ambil gambar Rambozzi® dulu. Sekarang Rambozzi® nak pergi mandi dulu, sabun tubuh ini bersih², dan syampu rambut ini. Kemudian, Rambozzi® akan pakai gel rambut dan gayakan rambut Rambozzi® ini dengan gaya paling 'cool'. Rambozzi® akan semburkan juga wangian kegemaranku dan juga kamu. Rambozzi® akan pakai 'Converse Cons Weapon' kesayangan Rambozzi®. Jap. Rambozzi® kena pakai seluar dulu. Kbai! Heh heh heh heh.....

"Photograph - I need only your
Photograph - I'm out a love
Photograph - I'm out a love
Photograph - You're the only one
Photograph - I want to touch..."


Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ▼  2021 (6)
    • ▼  April 2021 (1)
      • Kabinet Kecil Bilik Air
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes