- Kangen Water Wall Shelf - Otai


"Ka-ngen Wa-ter....." (Sebutannya hampir sama dengan bunyi sebutan iklan Yusuf Taiyoob tetapi dengan 'tone' suara yang lebih keras dan dalam seperti Mael XPDC).

"Ka-ngen Wa-ter....." itu bukan 'woodworking'"Ka-ngen Wa-ter....." itu adalah nama sejenis air minuman yang hmmmm.... Rambozzi® rasa, baik Rambozzi® jangan cuba² menulis mengenainya. Rambozzi® tidak mempunyai cukup maklumat mengenainya. Yang Rambozzi® tahu, "Ka-ngen Wa-ter....." itu diproses dengan menggunakan sejenis alatan, atau mesin khas yang agak mahal. Mesin itu juga Rambozzi® tidak mempunyai sebarang maklumat mengenainya. Ia bukan sejenis 'power tools'. Jadi, ia telah tidak menarik perhatian Rambozzi® untuk membuat sebarang carian mengenainya.

Tapi, mesin untuk memproses "Ka-ngen Wa-ter....." itu pula memerlukan sebuah tempat khas untuk diletakkannya. Nah! Di sinilah datangnya fungsi Rambozzi® sebagai 'woodworker' ini! Ya! Rambozzi® telah diminta oleh seorang "Otai" untuk membuat sebuah rak dinding yang sesuai untuk diletakkan mesin "Ka-ngen Wa-ter....." itu. Rambozzi® memanggil beliau "Otai" kerana beliau memang adalah seorang "Otai". Heh heh heh heh.....

"Ka-ngen Wa-ter....." (Ingat ya? Sebutannya hampir sama dengan bunyi sebutan iklan Yusuf Taiyoob tetapi dengan 'tone' suara yang lebih keras dan dalam seperti Mael XPDC).

Projek ini tidaklah sesusah mana. Tapi ia masih lagi sebuah projek 'woodworking'. Projek ini sangat ringkas & mudah. Ia berjaya Rambozzi® siapkan dalam masa yang singkat sahaja. Ya. Sekejap sahaja. Tetapi ia masih lagi memberikan sedikit peluang kepada Rambozzi® untuk menulis lagi di blog ini.

Ohhhh... Tanpa sebarang projek 'woodworking'Rambozzi® tidak akan mempunyai sebarang "modal" untuk terus menulis di sini. Rambozzi® perlukan 'woodworking' itu. Dan Rambozzi® "amat" memerlukan peluang untuk menulis di sini. Tanpa 'woodworking' dan blog ini, Rambozzi® akan "hilang"Rambozzi® akan luput dari ingatan. Rambozzi® akan dilupakan...

Jadi, 'so'. Dengan tidak membuang masa lagi - agar Rambozzi® ini tidak dilupakan - jom kita mulakan "sedikit" 'woodworking' kali ini dengan projek - Kangen Water Wall Shelf - Otai

"Ka-ngen Wa-ter....." heh heh heh heh.....


Rak ini kecil sahaja saiznya. Setelah mendapat ukuran yang diperlukan, Rambozzi® mulakan dengan memotong kayu² di atas kepada saiz² yang diperlukan dengan menggunakan 'slide miter saw'. Setiap sisi kayu² di atas Rambozzi® 'rout' sedikit 'chamfer edge profile' dengan menggunakan 'mini router/trimmer'. Dan semestinya dengan menggunakan 'chamfer router bit'.


Kemudian ia digam dan dicantumkan membentuk binaan di atas. Hanya dengan menggunakan gam kayu dan 'pocket hole joinery technique' sahaja. Oh men! Kemon! Itulah Teknik Keramat Rambozzi®, men!


Dan ia dicantumkan pula membentuk binaan di atas. Bahagian di atas adalah bahagian para untuk rak ini. Sangat ringkas, sangat mudah dan sangat cepat. Sangat Rambozzi®!


Untuk bahagian kaki, atau 'support', atau 'bracket' atau.... Ok! Rambozzi® tidak tahu nama yang sesuai atau tepat untuk bahagian itu! Hahahahahaha!

Rambozzi® potong bahagian² kayu di atas dengan menggunakan 'slide miter saw' yang disetkan 'miter'nya kepada 45°.


Dan siaplah 2 bahagian utama untuk projek Kangen Water Wall Shelf - Otai ini.


Dan ia digam dan diskrukan menjadi 1 rak yang lengkap.


Rambozzi® 'sanding' keseluruhan bahagian projek ini dengan menggunakan kertas pasir grit 400. Dan Rambozzi® 'spray' 3 lapisan 'lacquer' ke atasnya.  'Spray lacquer' itu agak cepat kering. Rambozzi® biarkan ia kering selama 30 minit sebelum menggosoknya lagi dengan kertas pasir grit 400. Dan Rambozzi® 'spray' pula lapisan seterusnya. Begitulah turutan prosesnya sehingga selesai 3 lapisan kemasan itu.

Dan projek Kangen Water Wall Shelf - Otai ini siap sepenuhnya! Yay!

"Ka-ngen Wa-ter....."


Seterusnya Rambozzi® bergegas pula ke lokasi "Otai" dan memasang Kangen Water Wall Shelf - Otai ini ke tempat yang dikehendaki. 


 Dan siap!


Dan mesin "Ka-ngen Wa-ter....." itu diletakkan dengan "selesanya" ke atas Kangen Water Wall Shelf - Otai itu.....

Sangat ringkas & mudah!

"Ka-ngen Wa-ter....."

Oraits! Rambozzi® harap, "Otai" akan berpuas hati dan suka dengan hasil kerja Rambozzi® ini. Walaupun projek ini kecil, ringkas & mudah sahaja, Rambozzi® tetap membuatnya dengan sebaik mungkin, dengan kemahiran Rambozzi® ini. Rambozzi® tidak membuatnya secara sambil-lewa. Rambozzi® tetap memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan Rambozzi®Rambozzi® tetap Rambozzi®Rambozzi® bukan Mael XPDC

Sekarang Rambozzi® rasa agak kurang selesa. Tubuh Rambozzi® ini terasa melekit². Tubuh Rambozzi® ini telah dibasahi keringat. Rambozzi® nak mandi. Sambil layan lagu XPDC - Jangan Tak Mandi. Heh heh heh heh heh.....

"Panas terik aku berjalan
Membakar tubuh yang kering kaku
Aku penat aku berhenti
Terjumpa air dan mahu mandi

Eloklah aku mandi
Biar bersih diri sendiri
Yang kotor semua pergi
Di syampu di sabun wangi

Hidup kita serupa saja
Mula bersih tersapu kotor
Bila kotor harus dicuci
Pastikan tiada kotor lagi

Setelah kita mandi
Pandai-pandailah jaga diri
Dari kekotoran kita alami
Buat apa semua tak jadi

Pemalas! (sebutan kurang jelas tak tahu apa yang dia sebut) 
Jangan tak mandi!
Woi! Gua mahu mandi laa!
Ok! Kalau macam tu lu ikut gua nyanyi sama² oraits! 
Kemon!
Hey! Hey! Hey! Hey!
Hey! Hey! Hey! Hey!

Yeahhhh!!!!

Hidup kita serupa saja
Mula bersih tersapu kotor
Bila kotor harus dicuci
Pastikan tiada kotor lagi

Setelah kita mandi
Pandai-pandailah jaga diri
Dari kekotoran kita alami
Buat apa semua tak jadi

Sudah penat aku menyanyi
Mahu pulang mahu terus mandi
Esok boleh menyanyi lagi
Nyanyikan lagu jangan tak mandi"




XPDC - Jangan Tak Mandi (Darjah Satu) 1990

Hmmmmm! What?! Ada jugak lagu macam nie ke haaa?!



0 Comments