- 3 'Power Tools' Asas Untuk Memulakan Hobi Pertukangan Kayu Secara D.I.Y


Semenjak Rambozzi® menjadi Rambozzi®Rambozzi® telah "dianggap" atau "disalah anggap" sebagai seorang "pakar" di dalam bidang ini. Heh heh heh heh... Itu adalah satu kesilapan, 'man'. 'Actually'nya, ia berpunca dari blog ini. Blog ini adalah satu²nya 'woodworking blog' di dalam Bahasa Melayu yang paling aktif di Malaysia. Blog ini tanpa Rambozzi® sedari telah menjadi sumber rujukan untuk bidang pertukangan kayu secara D.I.Y ini. Dan sebagai penulis blog ini, Rambozzi® telah "dihujani" dengan "ribuan" soalan daripada "ratusan ribu" pembaca dan peminat Rambozzi® mengenai bidang ini. Heh heh heh heh...

Selepas Rambozzi® mewujudkan komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia di laman Facebook, hampir "setiap minit" Rambozzi® menerima pelbagai pertanyaan dari pelbagai platform berkenaan hobi ini. Rambozzi® kini adalah 'woodworker' paling sibuk di Malaysia, bukan sibuk bertukang, tetapi sibuk menjawab pelbagai pertanyaan dari "para peminat" Rambozzi®. Hehehehehehe... Tetapi Rambozzi® cuba untuk tidak "menghampakan" mereka. Rambozzi® cuba sebaik mungkin untuk berkongsi sedikit ilmu, info dan pengalaman Rambozzi® mengenainya. Mungkin tidak banyak yang boleh Rambozzi® kongsikan dengan mereka, tetapi dari "respon" yang Rambozzi® terima, rasanya, mungkin ada sedikit yang boleh digunapakai. Kot...

Jadi, 'so'. Ada beberapa kali, Rambozzi® tidak berjanji, tetapi maklumkan pada mereka bahawa Rambozzi® akan menulis sebuah artikel mengenai peralatan asas yang diperlukan untuk memulakan hobi pertukangan kayu ini. Selepas beberapa bulan (Rambozzi® bukannya malas, Rambozzi® sebenarnya tidak berapa rajin je heh heh heh heh...) akhirnya, kali ini - di dalam 'entry' ringkas ini - Rambozzi® akan cuba memberikan sedikit pendapat dan pandangan Rambozzi®.

Untuk hal ini, Rambozzi® akan hanya memberikan sedikit pandangan mengenai 'power tools' asas sahaja. Sebab, ohhh memang terlalu banyak 'power tools', 'hand tools', aksesori dan lain² perkakasan dan mesin untuk 'woodworking' ini. Hatta, terdapat juga 'software' atau 'application' yang perlu ada dan dipelajari dengan menggunakan komputer pula. Nak bertukang kayu je, bro. Komputer pun kena guna jugak tau? Tau?

Oraits! Sebelum Rambozzi® teruskan tulisan ini, suka Rambozzi® nak ingatkan beberapa perkara. Iaitu:-

Rambozzi® bukanlah seorang pakar di dalam bidang ini.
Rambozzi® bukanlah seorang pakar mengenai mesin² untuk bidang ini.
Rambozzi® hanyalah seorang 'woodworker' yang sangat amatur.
Rambozzi® masih baru di dalam bidang ini.
- Rambozzi® masih muda remaja.
Rambozzi® tidak menjamin "kesahihan" sebarang maklumat di dalam 'entry' ini.
Rambozzi® tidak menipu, Rambozzi® bukan penipu.
Rambozzi® bukan seorang anggota polis.
- Polis akan tangkap Rambozzi® kalau Rambozzi® menipu.
Rambozzi® akan dipenjarakan.
Rambozzi® tidak berani "menjamin" bahawa uolls akan datang menjamin Rambozzi®.
- Apatah lagi melawat Rambozzi® di penjara.
Rambozzi® tidak pasti sama ada berus gigi ada dibekalkan di penjara.
- Susah la Rambozzi® nak gosyok gigi nanti.

Ok? Untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan sahih, amalkan budaya membaca. Terdapat banyak 'woodworking blog' dan 'channel' di Youtube yang "bercerita" mengenai 'woodworking' ini.

Jadi, 'so'. Dengan tidak membuang masa lagi, jom kita mulakan cerita 'woodworking' kali ini - 3 'Power Tools' Asas Untuk Memulakan Hobi Pertukangan Kayu Secara D.I.Y. Ya. Tajuk itu agak panjang kerana Rambozzi® tamakkan semua 'keywords' itu. Yeah! Heh heh heh heh...


Jadi, antara soalan yang selalu Rambozzi® terima adalah seperti berikut pula:-

Yo bro! Gua baru nak 'start' jadi 'woodworker' ni, ann? Sebab lu la, bro! Jadi, gua nak tanya lu sikit la kalau lu tak kerekann? Mesin apa gua nak kena beli dulu nie, bro? Aduh... Ann?"

- Salam sejahtera kepada tuan Rambozzi® yang kini sedang berada di dalam keadaan santai. Diharapkan agar kehadiran surat ini tidak mengganggu rutin harianmu. Adapun tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk mendapatkan sedikit pendapat tuan Rambozzi® mengenai hal² pertukangan kayu ini. Sebab lu la, bro! Ohh! Maafkan bahasa saya itu. Saya ingin mengetahui mengenai beza di antara mesin ini dengan mesin itu. Harap tuan Rambozzi® sudi melayan pertanyaan saya ini. Pecah kaca, pecah gelas. Sudah baca, harap balas.

- Hai awak... Tengah buat apa tuuu? Tengah bertukang ke? Awak guna miter saw ke table saw? Ok... Gud nite awak...  Sweet dreams...

Hehe. Hahahaha! Aduh... Lebih kurang macam tu lah bunyi soalan²nya...

Biasanya Rambozzi® hanya menjawab secara ringkas sahaja. Iaitu, hanya 3 'power tools' sahaja yang diperlukan untuk memulakan bidang ini. Dan 3 'Power Tools' Asas Untuk Memulakan Hobi Pertukangan Kayu Secara D.I.Y itu adalah:-

1. GERGAJI ELEKTRIK


Ya. Gergaji elektriklah yang paling diperlukan. Dan Rambozzi® tidak akan menyentuh mengenai gergaji tangan. Bukanlah bermakna gergaji tangan itu sudah tidak relevan di zaman 'social media' ini. Tetapi sebab Rambozzi® sendiri. Rambozzi® adalah 'modern woodworker' yang gilakan teknologi mesin. Atau lebih tepat lagi, Rambozzi® tidak pandai menggunakan gergaji tangan, sebenarnya. Hehehehehehe peace!

Ada pelbagai jenis gergaji elektrik dari pelbagai 'brand' yang terdapat di Malaysia ini. Rambozzi® hanya senaraikan 4 jenis gergaji elektrik yang paling 'famous' di kalangan 'woodworker' iaitu:-

1. 'Jigsaw'
2. 'Circular saw'
3. 'Miter saw'
4. 'Table saw'

Pilih salah satu atau dua atau kesemua jenis gergaji elektrik di atas dengan mengambil kira faktor² seperti modal, tahap penggunaan, jenis atau 'style' kerja kayu yang hendak dibuat, tahap kerja kayu itu sendiri sama ada untuk tujuan hobi atau secara 'hardcore', dan lain² faktor yang berkaitan.

Oraits! Untuk mendapatkan sedikit 'idea' dan maklumat mengenai kegunaan dan beza di antara 4 jenis gergaji elektrik itu, Rambozzi® juga akan tulis sebuah artikel mengenainya, sekejaaaap je lagi ye...

2. CORDLESS DRILL


'Cordless drill' boleh didapati dari pelbagai jenama, 'power', 'design' dan macam² ciri lagi la. Dapatkan satu. Mesin ini sangat berguna dan paling banyak digunakan di dalam 'woodworking'.

3. SANDER


'Sander' atau 'sanding machine' atau 'power sander' haaa mana satu ntah! adalah mesin yang sangat² Rambozzi® rekemenkan agar dibeli kalau nak jadi 'woodworker'! Dulu, Rambozzi® telah membeli agak lambat mesin ini. Dan Rambozzi® menyesal.....

3 'power tools' sahaja. Gergaji elektrik, 'cordless drill' dan 'sander'. Itu sudah lebih dari cukup untuk menjadi seorang 'woodworker'.

Ada banyak lagi 'power tools' untuk 'woodworking' ini seperti 'planer', 'router', 'nail gun', dan lain². Tetapi mesin² itu boleh dibeli secara berperingkat atau mengikut keperluan. Dapatkan 3 'power tools' itu dahulu, mulakan 'woodworking' dan kita akan tahu sendiri apa yang perlu dibeli lagi nanti. Pastikan kita faham dan tahu cara² menggunakan setiap satu 'power tools' tersebut. Dan yang paling penting, pastikan kita tahu dan amalkan langkah² keselamatan ketika mengoperasikan mesin² tersebut. Oraits? Cool! Yeah!


Jadi, 'so'. Of coz la, bro. Lain² alatan tangan juga perlu ada. 'Measuring tape', sesiku L, 'clamp', 'workbench', pensil, 'marker', pembaris, 'level', tukul, pahat, kikir dan lain² tu WAJIB ada. Ada banyak lagi tetapi Rambozzi® tidak akan senaraikan di sini sebab 'entry' ini hanyalah mengenai 'power tools' sahaja. Beli secara berperingkat dan mengikut keperluan kerja.


Dan ya. 'Vacuum' pun kena ada juga. 'Woodworking' ni banyak habuk kayu, bro. Setakat hari ini, sudah 4 'vacuum' yang Rambozzi® beli. 2 dah meletup sebab habuk kayu yang halus telah menyebabkan 'filter' pada 'vacuum' tersumbat. 1 lagi tidak menyedut habuk dengan berkesan. Dan Skil® 8700 Wet & Dry Vacuum Cleaner 30L (by Bosch®) di atas adalah yang terbaru yang Rambozzi® beli, tidak berapa lama dulu.

'Woodworking' ini memang sangat menyeronokkan. Ada yang menjadikannya sebagai hobi di masa lapang. Ramai pula yang menjadikan bidang ini sebagai satu sumber pendapatan. Yang penting adalah minat. Minat kena ada, bro. Ada bakat, tapi tak de minat pun tak guna, bro. Dan kena ada "hati".

Sebagai Rambozzi®, "hati" Rambozzi® ini amat seni dan halus, juga amat sensitif. Sedikit kesilapan dan kecuaian ketika "woodworking" akan membuatkan "hati" Rambozzi® ini terguris, dan Rambozzi® akan menangis. Di dalam "woodworking" ini, Rambozzi® boleh merancang dan menetapkan pendirian untuk satu² teknik itu. Tetapi Rambozzi® memang takkan boleh lari dari melakukan kesilapan.

Tapi Rambozzi® tidak pernah merasa malu atau ego untuk meminta maaf. Sepanjang menjadi 'woodworker' ini, sudah berkali² Rambozzi® meminta maaf kepada 'power tools', hand tools', kayu² 'pine' yang "cantik", 'plywood'², 'laminate'² dan lain² yang rosak dan "terguris" akibat kecuaian Rambozzi® itu. Kalau ada yang datang melawat Rambozzi® di studio kecil ini, janganlah terkejut atau berasa pelik tatkala melihat Rambozzi® tiba² sahaja melutut di lantai dan memohon maaf. Itu tandanya Rambozzi® telah melakukan kesilapan. Hahahahaha! Aduh... Apa punye tulisan daa..... 


15 Comments

  1. Huiihhh!!! 2 vacuum meletup sebab filter tersumbat!!!

    Ni dah kronik. Kena buat "dust separator" dah ni. Kalau tak, vacuum skill tu pun akan tersumbat. Secara peribadi, saya prefer konsep "Thian Baffle" sebab boleh letak air dalam tong tu. Bila dust dah kena air = problem settled.

    Happy woodworking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok! Rambozzi akan belajar dan try buat sistem tu!
      Thank you Bruce! Hahahaha!

      Delete
    2. I agree, you must have a dust separator , I take a photo to show you later after work, the vacuum cleaner will only take up 1% of dust , the rest 99% masuk tong.

      Delete
  2. Boleh saya tahu mana nak dpt kayu yg bentuk 4 segi? Lebih kurang saiz loyang buat kek tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambozzi tak tahu la Waniey.....
      Try guna plywood tebal la...

      Delete
  3. abam rambozzi memang ohsem!!!

    ReplyDelete
  4. xde tulis pasal rak power tools tu ke?? :)

    ReplyDelete
  5. salam bro rambozi.. untuk miter saw tak kuat ke bunyi kalau nak diguna dalam rumah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro nurizzuan.

      Tengok brand dan model jugak la. Kalau Bosch dgn Skil memang agak kuat. Kuat giler la senang citer hehehehe...

      Delete
  6. Bro memang ohsem, sula baca blog ni..memberi inspirasi utk memulakn kerja2 kayu....tq bro kipidappp

    ReplyDelete
  7. salam bro, nak tanya, plan nak beli antara circular saw dan mitre saw dua2 brand skil, yang mana lebih baik untuk kegunaan kerja kayu dan besi?

    ReplyDelete
  8. Salam bro,...table saw tu ,jenama ape dn berapa price?

    ReplyDelete
  9. Salam bro Rambozzi, nk tanye ape nme software utk woodworker tu..?

    ReplyDelete